Order Guidelines

Showing posts with label artwork. Show all posts
Showing posts with label artwork. Show all posts

Sunday, November 9, 2014

Black & White

Assalamualaikum
Haritu aku ada join Black & White Challenge setelah nominated oleh kawan aku. Mula-mula aku ingatkan kena post gamba yang memang originally amik dengan B&W mode, tapi kawan aku kata boleh je edit gamba berwarna jadi B&W, so I accepted the challenge!

Challenge ni disertai melalui facebook. So just upload gambar kat facebook beserta caption "Got nominated by bla3... Now nominating bla3 to post a black and white shot for 5 days and nominating someone else on each day. #BW_Challenge"

Hashtag tu harus ada k. Kita perlu post gambar pada hari-hari yang berlainan, satu gambar setiap kali post, untuk 5 hari. Not necessarily kena post setiap hari la. Just post bila korang free dan ada mood. Mood tu penting k. Haha

Aku sebenarnya agak suka dengan B&W. The thing about B&W photos ni kan, bagi aku senang nak bagi gambar nampak outstanding. Kalau gambar berwarna, kadang-kadang nampak biasa tapi bila in B&W, nampak lawa dan senang nak bagi gambar nampak lebih dramatik. That's one thing why I like B&W photos.

So kat sini aku nak share a few photos yang aku dah pilih untuk upload ke FB dalam #BW_Challenge ni. Dan aku include sekali original photos untuk comparison. Saja jaaa nak bagi orang tengok coloured and B&W versions. Haha






















#1 Kapu Beach, Karnataka, India

Gambar original untuk shot ni personally is one of my favourite shots. Sebab aku suka. Tu je reasonnya. Hahaha

Taken using Nikon 1 J1 10-30mm



 

#2 Yellow Lotus at Dal Lake, Srinagar, Kashmir

Gambar ni diambil waktu naik shikara (pengangkutan utama di Dal Lake) waktu petang-petang. Tenang sangat! Huwaa rindu Kashmir :'(

Taken using Samsung Galaxy S3






















#3 A Baby Boy From Matayen Village

Matayen Village ni satu kampung yang agak isolated dari kawasan ramai penduduk. Sebab kampung ni terletak kat lereng-lereng gunung, on the way to Ladakh. Kampung ni supah lawa, one of the best places I have been to. Selain tu, gambar ni jugak adalah one of my favourite shots. Budak ni pulak dah la comel, wangi lak tu. Aku sempat mintak kebenaran mak dia untuk cium dia hahaha

Taken using Samsung Galaxy S3






#4 Hand-to-Hand

A cute squirrel found in..... Taman Negara Kinabalu! Memandangkan kamera aku tak power, so bokehnya pun tak power la kat background gambar ni. Tak ingat la apa kategori bokeh camni, pernah baca dulu tapi dah terlupa. Kiranya bukan bokeh yang bagus la. So bila tuka jadi B&W, aku terangkan sikit background so that tak rosakkan fokus pada subjek.

Taken using Nikon 1 J1 10-300 mm





#5 St. Philomena's Church, Mysore, India

Gambar ni pada aku biasa-biasa je asalnya. Tapi bila dah tuka B&W, macam jadi menarik pulak. Langitnya nampak extra dramatic, tambah lak dengan subjeknya bangunan church yang architecturalnya ala-ala zaman gothic. Read more about this church's architectural on the net ya. Menarik!

Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm



Gambar-gambar extra:



#1 The Sky Lantern Project

Event ni akan diadakan setiap kali musim Diwali di Manipal, India. Tempat kampus kitorang dulu.. Hehe. Akan diadakan pada waktu malam di padang Endpoint. Aku pernah cover story pasal event ni dulu. Sila rujuk travelogue India di sidebar kanan blog --->

Taken using Samsung Galaxy S3





#2 Sunset at Agra Fort, India

Agra Fort ni terletak di Agra, India. Berdekatan dengan Taj Mahal jugak. Ni pun one of my favourite shots.

Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm

Okay tu sesi sharing gambar-gambar kite! Thank you for viewing this hehe =)


Tuesday, June 17, 2014

Of 3 Posters

Assalamualaikum

Alkisahnya aku pernah join satu contest anjuran Langit Ilahi ni masa cuti bulan dua haritu. Aku pernah mentioned pasal benda ni kat post aku yang pasal lukisan Enma Ai dulu tu. Masa tu Langit Ilahi bukak contest untuk rekrut muslimat masuk dalam krew diorang. Ada banyak bidang, antaranya penulisan, fotografi, dan yang aku applied tu adalah bidang grafik. Thanks to kak Madhiah yang inform aku pasal contest tu hehe jazakillah khair kak :')

Untuk bidang grafik, Langit Ilahi letakkan task untuk buat 3 poster baru yang tak pernah kita publish kat mana-mana. So, dalam entri ni, aku saja je nak share poster yang aku buat dulu tu. But takde la lawa mana, dan mungkin terlalu simple kot. Aku takde idea poster yang macam mana sebenarnya yang dimaksudkan LOL. Tapi alhamdulillah, berjaya hantar sebelum tarikh tutup pun dah cukup bermakna dah bagi aku.

Fafirru ilallah - bersegeralah kembali kepada Allah. Ayat tema untuk khatibah masa bulan Januari dulu :) ni versi ada bintang.

Ni pulak versi plain. Tak ingat yang mana satu aku hantar.




Untuk ni pulak, aku rasa aku hantar yang warna mustard tu. Sebab nampak lebih naik berbanding warna pink.



Ni pulak poster yang terakhir.

Semua poster aku cuba buat sesimple habis, sebab aku sukakan konsep minimalis. Walaupun aku tak menang pun contest tu, and tak dapat peluang untuk join Langit Ilahi, tapi aku bersyukur jugak sebab Allah bagi peluang kepada aku untuk join benda ni, melalui ilham untuk generate idea untuk buat poster-poster ni, dan memudahkan aku untuk menghasilkan ketiga-tiga poster ni dalam waktu yang agak suntuk sebenarnya. Aku email penyertaan aku ni pada hari hari tutup tau tak. Haha. Semua ini, harapnya tidak sia-sia. Harapnya ada nilai dan kebaikan yang orang boleh perolehi dari poster-poster ni. Jangan risau, it's free :)

Thanks for reading!

Friday, April 25, 2014

Two Events of the Same Week; I'm Screwed!

Assalamualaikum

Hahaha tajuk tu gempak je lebih. Takde la screwed mana pun, tapi ada la screwed sesikit macam nak screw gigi kat cast plastik (i dont know whether it is really called as 'cast'?) untuk kelas Conservative Dentistry tu, sikit-sikit terlepas. Hahahaha

K cut the crap. Actually minggu depan, we're gonna have two big events. First. Hijab Day. And second, Liqa' Mahabbah. And to make the story interesting, I am involved with these two events as committee member. Multimedia committee for Hijab Day and Promotion committee for Liqa' Mahabbah, andddd we're having block exam now. Yep, this week and next week. Haha

So far, I have skipped like two meetings for Hijab Day. Actually, that means I've never been to any of Hijab Day meeting. Okay the first meeting was held during the day that BDS kids were having class. Okay never mind. And the second meeting, which was held yesterday, also I didn't attend to. Haha. I just forgot that we had meeting yesterday, and we BDS kids were having our first theory paper exam yesterday, and I was like really exhausted physically and mentally that I sleep like a log for hours in the afternoon, and I didn't realise that there WERE a meeting yesterday. I know, my bad. 

But somehow, I dont really feel I am useful to Hijab Day team. Because this time, this event is mostly worked by MBBS Batch 32. My batch and MBBS 31 did this event for 2013, and maybe this year is batch 30's turn to organise it. I don't know what am I doing in this team, like literally I dont know. Are they even notice me? Hahaha. Thanks to Hariz batch 32, he did so much works, realising that I'm having exam.

Well, sometimes we have to give chances to other people to have the experience of working on certain events isn't it? That's what I'm doing, i think so =P Hahahaa



So far, these are the DPs made for Hijab Day promotion on Facebook. A big THANKS to them! I didn't took any part of doing it. For last year's Hijab Day in Manipal, you can refer to this entry.

Oh actually I have put my priority to Liqa' Mahabbah event because this time it is organised by my batch BDS4 and MBBS Batch 30. And so, I have made the first poster for teaser, and it has been released yesterday on Facebook.


I like the theme, which is spring season, and it really makes easier for me to choose what kind of design I would like to put in the poster.

And don't quickly get impressed with the poster, because the drawing ain't mine. Thanks to google, I have to make an express poster due to lack of time. Hello, I'm having exam don't you remember?

And yesterday, I was stuck in between Hijab Day and Liqa' Mahabbah. Which one should I use for my Facebook dp? I wanna use my poster for Liqa' as my dp, but... how about Hijab Day?



Nahh problem solved.



Thursday, April 10, 2014

Illustration Order

Assalamualaikum!

Hai, just q quick update. Last month, ada orang email aku untuk tempah illustration untuk bestfriend dia. Hehe. Now baru ada kesempatan nak update kat blog.


Macam biasa, she gave me the picture of her friend, and tadaaaa! Ni je la hasil yang mampu aku buat haha. Kaki tu gelap sikit pasal dia pakai socks tau. Socks kaler kulit, tapi nanti nampak cam kaki lak, so aku buat kalernye gelap sikit haha

Jazakillah khayr Syia! =)

Saturday, March 15, 2014

Freebies March!

Assalamualaikum

Hai! Tetiba tadi rasa nak lukis something, and memandangkan aku berniat nak bagi freebie dalam blog, so, ini ialah freebies aku yang pertama! 

Takde la lawa sangat sebab tak berapa kemas, tapi takpe la, nak jugak buat freebies! Hehe. So, anyone boleh amik, dengan syarat

- tak padam signature gua
- tak gatai pi tambah signature sendiri pulak. hihi
- tak reuse dalam apa-apa bentuk untuk tujuan komersial
- digalakkan jika ianya untuk tujuan charity!




Tiga je la aku mampu buat untuk permulaan ni. Okaytengsbyesalam!

Thursday, March 13, 2014

Belle Alyahya

Assalamualaikum

Last two days aku ada lukis seseorang. Orang tu kan, dia comeiiii amat. Aku taktau la kalau korang kenal dia ke tak, tapi dia agak popular jugak sebab dia ada buat clothing business untuk muslimah.

Nama sebenar dia, aku pun taktau. Tapi nama komersial dia is Belle Alyahya. Dia owner kepada Bella Ammara. Actually aku baru beberapa minggu follow dia kat Instagram sebab aku suke ngatt tengok muka dia.. Comel cam arab-arab. Hehe



Ini illustrasi dia yang aku buat based on gambar yang dia post kat Instagram dia. Gambar lama dah ni. 




Semalam aku hantar dua-dua gambar ni kat kawan aku Nadiah yang ada kat Belgaum. Dia tanya, siapa ni?
Aku cerita la pasal dia ni, bisnes apa whatsoever2. Pastu tetiba kawan aku tanya,

"Berapa umur dia ni? Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.."



Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.
Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.
Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.
Kecik-kecik lagi dah pandai buat bisnes.




Hahahahahaa sungguh lawak ayat Nadiah! Padahal orang ni dah kawin siapppp. Lawak hahahadoiii.
Kawan aku kata muka dia nampak sangat muda, macam budak-budak, haha terkejut dia aku kata dia dah kawin.


This time aku dah cuba buat lebih banyak pembaharuan bila melukis. Contohnya, ada aksesori tambahan iaitu beg. And ini contoh illustration yang ada complicated pattern, and kalau nak tempah, senarai harga boleh tengok kat sini ye =)

Okay tu sahaja. Tengs membaca!

Monday, March 10, 2014

Murabbi.

Assalamualaikum

Just a quick update. Last night I made a doodle for someone whom I miss. Saje-saje nak buat, sebab haritu nak bagi hadiah tengok-tengok tak sempat ='( Dia selalu bagi hadiah kat kitorang (kitorang??). Yep. Kitorang. Haha. Tapi bukan hadiah yang kita nak highlightkan. Tapi yes, rindu nak berusrah dengan dia. Sebab dia dah balik Malaysia.. 

Dia ialah Kak Marina! Hehe. Kak Marina is my akak usrah sebelum ni, and dia dah balik ke Malaysia untuk sambung clinical phase kat Melaka. Akak, tunggu kitorang nanti! Kak Marina ni kecik je, bak kata Hanis, kalau diri sebelah orang kecik ni, rasa macam kita ni gergasi je -_- hahahahahaaa!


Baju ni aku penah nampak Kak Marina pakai masa hari raya aidiladha (kitorang sambut kat Manipal) and masa Akhawat Day ritu (stalker much??) Hahaha no la I'm not a stalker la tapi baju ni cantek.. hehe. Lagipun Kak Marina kata,

"Ala akak ada baju ni je pun, tu yang selalu pakai."



Aku nak tingkatkan kualiti drawing aku, so aku try lah tiru jugak corak kat lengan baju ni. Hmm buat first trial ni, okay lah. Nanti boleh perbaiki lagi untuk nampak lebih baik!

And dalam drawing ni aku ada try buat lesung pipit tapi rasa macam tak jadi je. Sebab Kak Marina ada lesung pipit. And lagi satu kan, Kak Marina ni suka kaler pink (ek?). Sebab dia punya stuffs, baju, tudung, mostly kaler pink. Tu yang Anis dan Aida telah membuas panggil dia,

Kak Pinky Mary (nama asal, Kak Pinky Marina)

Hahaa dasar!

Akhir kata, cewah, semoga dipermudahkan study dan kerja-kerja dakwah akak di sana, dan doa yang sama buat kita semua juga. Go go go agogogo~ we miss you ='(


Rindu Wardatul Jannah te amor miamor :* (pengaruh Rosalinda ayamor masa cuti haritu)


I'm taking orders to make illustration.
Click here for details.

Saturday, March 8, 2014

Dr. Kamaliah T'ng!

Assalamualaikum

Hi. Selamat hari Ahad! Wah hari Ahad hari untuk bergembira bangun lambat. Isn't it? Kakaka. Ceh orang yang ada kelas 6 hari seminggu je yang faham menghargai nikmatnya hari Ahad walaupun esoknya dah start balik kelas minggu baru. Well, nak kata apa lagi.

Last time aku buat doodle Liyana (Liyana apanye? Serius aku nak tertaip Liyana Manan weh -_- ). Sebenarnya aku buat doodle Fatin Liyana! Tu la sepanjang minggu lepas banyak sangat baca pasal gosip Hanez Suraya tu. Hahahaha k geli nak gossip gurlss gossip gurlss dengan artis ni.

Tapi sebenarnya, aku dah buat doodle lain lebih awal dari doodle FL tu. Tapi aku gi cover story FL dulu dari yang ni memandangkan semalam I excited terlebih je bila FL tinggalkan comment kat IG I hahahaha

Doodle yang aku buat tu ialah doodle untuk bestfriend aku. One of Fo9 (Friends of 9 pepoyo sikit zaman sekolah kan, ada nama gang. Tapi kekal sampai sekarang so suwit hahaha)



Say hi to Dr. Kamaliah T'ng! Kamaliah ni mixed Malay-Chinese, and T'ng tu surname ayah dia. kawan-kawan aku ada jugak yang perasan dia ni kat FB aku, and mesti la ada tanya kenapa nama ada T'ng tu. Tu baru aku. Belum lagi dia sendiri yang dari sekolah lagi dah asyik kena menjawab je soalan orang pasal nama tu haha. Antara yang aku ingat dia cerita dulu, masa dia pergi lawan debat kat mana tah, ada orang tanya T'ng tu apa? Tengku ke? Wahwah :')

Kamaliah amik course sama dengan aku. Dental rules! Haha. Tapi dia dah third year now kat USM Kubang Kerian. Hi kakak third year :')

Ni dah apa pulak dah macam entry biografi Kamaliah je.



Aku lukis outfit Kamaliah ikut dalam gambar ni! Please la kata ada iras-iras outfit dia yang sebenar. Haha. And Kamaliah request nak ada extra accessory, dia nak ada stethoscope dia jugak. Dia ni pelik sikit, sebab stethoscope dia kaler bright orange.. Ingat lagi sebab dulu dia kata nak nampak menyerlah and senang cari -_-''

Actually dia dah mintak aku lukiskan doodle since last year lagi. Katanya nak buat phone casing. Taktau la jadi ke tak. Sebelum aku balik cuti raya lagi hahaha namun aku ini insan yang alpa. So untuk mengubati kelukaan di jiwanya, aku offer untuk lukis dia first sekali lepas aku dapat Bamboo aku tu. And memang aku buat pun apa yang aku janji tu. Tapi kiranya illustration ni adalah yang kedua aku buat guna Bamboo selepas first trial aku yang buruk gila shaking-shaking everywhere tu.

Tang mata, tak usah cakap. Hahaha yang penting Kamaliah gembira aku lukis mata bulat instead of mata sepet satu garis kakakaka. Dasar taknak berpijak di bumi yang nyata!

Love you friend. Gambatte! *tetiba*

I'm taking orders to make illustration.
Click here for details.

OMG It's Fatin Liyana On My Instagram!

Assalamualaikum

Ceheh tajuk nak gempak aje. Haha. Semalam, well, still dalam mood excited dapat graphic tablet kan, lalu aku terus memikirkan untuk melukis apa (read: siapa) lagi. Then aku teringat Fatin Liyana. Well, sebab aku suka dia! Haha. Siapa yang tak kenal dia, boleh baca blog dia honeykoyuki.blogspot.com

Aku telah memilih gambar FL masa dia pergi trip ke South Korea dulu. This is the entry. And this is the drawing I made!


Aku sangat suka coat FL ni. Dah la aku memang suka winter coat kaler merah berbutang besar dan ber-double breasted. Namun hingga kini aku tidak dapat memilikinya.. Satu-satunya winter coat yang aku ada ialah sehelai pea coat berwarna merah perlahan yang berbutang besar hanya di area leher dan single breasted :'( tsk tsk takpe lah Manipal tak sejuk pun wakakaka. Winter coat tu aku beli kat Mumbai sebab masa tu on the way nak naik ke utara yang sho shejuk shejuk hikhik








Daripada tiga gambar FL yang aku pinjam sat dari blog dia, hehe, aku terjemahkannya ke dalam lukisan aku cewaaah. Dah buat sehabis mungkin dah untuk kelihatan sama, terutamanya part tudung tu. Walaupun lukisan tu nampak keras sikit. Yela ni first time aku lukis kat dalam laptop badan yang ada gaya sikit, takde tangan straight di sisi dan kaki tegak seperti menyanyi lagu Negaraku yang lazim aku buat sebelum ni. Hihi

And kemudiannya, semalam aku upload kat Instagram dan dengan yakin dirinya pergi mention nama FL di situ. Dan caption lak kengkonon macam tak kisah la derr FL nak tengok ke tak walaupun dia dapat notification, sebab mesti hari-hari FL dipenuhi dengan notifications likes dan comments dan followers baru kat IG dia, dan kemungkinan untuk dia terperasan notification dari aku tu adalah sangat tipis. Namun, jauh di dasar hati, memang la aku berharap dia tengok walaupun tak like mahupun komen! Hahaha

Namun, pada pagi ini.. ketika aku baru pulang dari kelas, aku pun merehatkan diri di atas katil, sambil on wifi kat phone, dan dapat la notifications IG. Wah, ada orang like.. bisik hatiku hewhew, dan tiba-tiba mataku tertancap pada sesuatu.

IT WAS HER! Fatin Liyana did noticed me! She liked and commented on the picture! Hahahahaaa I'm so happy that I shouted in my room. K beria je lebih. Walaupun maybe ada orang kata, ala FL je pun, kenapa happy sangat.. tak kurang juga ada kawan yang "Wah FL komen kat kamu?? Mana mana?!", tapi kalau aku nak happy jugak, biarkan je la aku nak happy hahahaha. Well, I sometimes feel inspired when reading her blog, tambah-tambah cerita dia pasal study last minute nak exam la, and macam-macam lagi. Tak kenal maka tak cinta. Cewah.






At least FL penah tinggalkan comment kat aku bluek kbai. Hahaha



I'm taking orders to make illustration.
Click here for details.

Friday, March 7, 2014

New Baby is in da House! Wacom Bamboo One CTL-471 Small

Assalamualaikum!

Hi readers. I just got back in town (read: Manipal *insert sigh*) last week. Yea my holiday is OVER! Now I hafta get back to class everyday, six days in a week, hafta face the books, teeth arrangements, cavity preparations, and so on. A typical dental student life, what can you expect. Haha. But I'm glad I didn't cry at all. Oh my, I really didn't cry you know? And no homesick :D Alhamdulillah.

Oh ya, last week I had bought something online. Guess what. Now I have my own graphic tablet! Seronok gilaaa! How I really want to have that thing so long! I once searched it on eBay, but all of them were so expensive I couldn't afford to buy it. Well, I'm not that fanatic to spend about RM1k on this gadget. But during my vacation last time, I had chitchatting with a senior from my college, and he is one kind of an expert-I-would-say in drawing comics. He was the one who initiates me to have my own graphic tablet. And I was so surprised to know that his graphic tablet only costs him around Rs2k, which is equivalent to about RM100++ only. ONLY! Then only I realised I never know Wacom has this cheaper model of graphic tablet instead of all the expensive ones I saw in eBay once upon a time :P so, the model is Wacom Bamboo ONE!

Wacom offers ONE in three different sizes; small, medium and large. Mine is the small one. Well, I think small is enough for me. I'm a beginner though. And small size for this ONE model is not that small like what I think before actually. The size is just like an iPad mini.

My graphic tablet is called as Wacom Bamboo ONE CTL-471. I had it for Rs3600 which is quite cheaper than in Malaysia. I don't exactly know the current price of this tablet in Malaysia, but last time I asked the worker of a computer store in Ipoh, he said the cheapest is around RM300. So mahal! Thus, I made my mind to just purchase it in India :P

I received it two days back. No. I mean, three days back. As I told you, I always procrastinate on completing my blog entry hehe. I was sooo excited to unwrap the parcel, and to preserve the moment, I did record a video, ala-ala konon nak buat video unboxing la.. haha.. But the video was a horror. Tell me how am I suppose to record a good video using my left hand, while my right hand doing the unboxing? That's kinda stupid haha but yea, that's how I did it, that's why it turned out to be, yea, HORROR! Hahaha

Never mind, yesterday I already did a photography session with my dear Bamboo. I wrapped and placed it back into the box, exactly like how it was before. Struggle enough?




JENG JENG JENG.... Let's unboxing it!



I didn't wrap it neatly I know =)



Here they are! One happy family at home!

This whole set consists of the tablet itself, a pen, a USB cable, three extra pen tips, and a small box of CD for installation and a piece of paper contains the basic instructions.



This is our main actor, Mr Bamboo!



The pen. There's a, urm I don't know what it is called as, but it's like a long button which you can press it to perform a certain function when using it on the computer.



This is the close-up of the pen tip.

I'm not really familiar with Wacom Bamboo products, but as far as I know, they also sell this pen individually with different types which i don't know what differs one kind from another. Maybe you can do your own research if you wanna know more about it, because so far, I am satisfied using only this pen.

If you want to know more about the specifications of this graphic tablet, do visit http://www.wacom.asia/onebywacom/



The first drawing I did using Bamboo. Shaking everywhere. Still longggg way to go. This is exciting!


I put this entry under Review label, but please do not expect a 'real' review from me. Hahaha. This is just an unboxing review, it's enough right? :P

Thank you for reading!

Saturday, February 22, 2014

My First Doodle Order!

Assalamualaikum

Masa baru cuti haritu, aku ada dapat first tempahan berbayar hihi. Tengs to Fuzah my collagemate! Dia bagi gambar usrah dia untuk aku lukis. Well, aku takde la lukis sama sebijik. Just sama sikit tang baju/tudung la. Asalkan ada nampak cam orang tu.


Memandangkan aku lukis one-by-one, bila nak dicantumkan semua baru perasan ratio badan setiap satu tu, tak sama! Haha nasib baik Fuzah tak kisah, yela first time amik order kot. Hehe

Design ni Fuzah request untuk print pada mug. So, inilah hasilnya! Jazakillah khair Fuzah!





 Oh ya. Aku baru test-test buat mata ala-ala anime (yela sangat) hihi. Selama ni kartun aku semua mata dot dot je kan?? Ha hambik marilah kita mencuba sesuatu yang baru! Aku cerita perihal mata ni kat entri ni. Nasib baik teringat aku dah penah membebel pasal benda ni kat blog ni kalau tak dah termelalut menaip lagi panjang tadi hihi.


Nak tanya pasal tempahan doodle? Boleh email ke laena_kim@yahoo.com atau pm di facebook saya! :)