Order Guidelines

Friday, August 30, 2013

Sabah Part 2: Kiram's Village (Penginapan di Kundasang)

Assalamualaikum!
HA HA HAAAA!! AKU NAK JADI GILE!!
Tadi best-best menulis, dah panjang gile tau tak?? Tapi sebab menulis secara offline, lepastu terklik button untuk add photo, habis, HABIS SEGALANYA! Takleh nak buat apa dah. Sebab dia terjadi waktu offline kan, plus masa offline takde autosave. Arghhh tensionnya haku. Haha

Okay, meh la kita try tulis balik apa yang kita dah tulis tadi *menangisi nasib diri di tepi kolam ikan*

Okay camni ceritanya, kitorang gi Sabah 4 hari 3 malam, so the first two nights we spent in Kundasang, and the third night pulak kat KK. So satu malam je kat KK. Dalam entri ni ingat nak cerita pasal tempat kitorang menginap kat Kundasang je, ye la kot-kot leh bagi panduan sikit kat sapa-sapa yang nak travel Kundasang lepas ni.. Hehe




Kitorang menetap di..... KIRAM'S VILLAGE!
Sebenarnya agak lambat jugak kitorang book bilik kat sini. Tu pun lepas ayah bertanya pada suatu hari yang hening...

"Kamu dah cari tempat tido ke belum?"

Oh emm gee.. Nak pegi Sabahnya masa hujung minggu tu, tapi satu habuk pun tak buat lagi! Daku memikirkan cutiku masih panjang lagi agaknya.. TT____TT
So di satu malam, tengah malam, tengah survey-survey tempat penginapan, so terjumpa la Kiram's Village ni. Check je website dia, saya terus terpana dek surroundingnya yang berbunga-bunga..

Prinsip aku nak cari tempat tido kat Kundasang ni:

1. Nak ada suasana nature. Hotel - pangkah!
2. Nak murah murah murah! Ehehehe

Tapi memula baca nama 'Kiram' tu, macam ada perasaan-perasaan cenggitu la kan *you know what I mean hihi*. Nampaknya peristiwa pencerobohan orang Sulu dia Lahad Datu masih berbekas di jiwa rakyat Malaysia.. haha



So lepas dah survey-survey website KV ni sekali dengan facebook page dia, rasa macam dah yakin 'oh inilah tempat penginapanku di Kundasang nanti!' *mata berkaca-kaca*
Dia macam seronok kat sini sebab surrounding dia ada banyak bunga, and terletak dekat dengan gunung Kinabalu. Kedudukannya secara relatif ialah antara Kampung Mesilau dengan Mount Kinabalu Golf Club. Tinggi tempat ni.. ada satu part jalan tu masa nak naik ke tempat ni, jalannya sangat curam, macam nak ke 90 degree dah kecondongan dia gituh. Haha

Ni ada sedikit details mengenai KV ni yang boleh aku share:

Check-in time : 2:00 petang
Check-out time : 12:00 tengah hari

Yang paling penting, kenapa aku suka tempat ni mainly sebab konsep dia. Macam ala-ala kampung sikit dengan binaan chalet-chalet dia dalam taman bunga cewah. Rasa nyaman segar mata memandang camtu lah.



Ni cabin kitorang. Chilli and Onion cabin. Satu malam (weekdays) RM80 untuk satu bilik. And cabin ni ada dua bilik, which kitorang book dua-dua terus. So kiranya kitorang amik satu chalet ni terus la, so satu malam = RM160. Satu bilik ada satu katil single dan satu katil queen. Maksimum orang yang boleh menginap kat sini adalah seramai 4 orang satu bilik. Makanya, kitorang yang 5 orang ni kena la amik dua bilik.. Hahaha... Dan setiap bilik pula ada bilik air sendiri.

Dekat sini ada beberapa jenis cabin/ chalet yang disediakan, dan harga bergantung kepada jenis cabin. Ada cabin yang untuk dua orang je (macam untuk honeymoon je?), ada yang besar siap ada dapur, ada ruang tamu, kawasan untuk ber-BBQ.







Ni main office dia.



Pintu gerbang dia yang aku nak sangat tengok in real life ni. Sebab aku dah tengok awal-awal dalam internet, sungguh jatuh hati saya pada pintu gerbang ni... hahaha. Dengan bunga rosnya yang banyak gila tu. Haihh.. melting :*



Ni jalan menuju ke Mount Kinabalu Golf Club. Sebelah KV ni je.. Jalan kaki pun boleh. Kat depan tu la Gunung Kinabalu. Dekat tak dekat tak dekat tak??? Waktu ni ada la dalam jam 6:30 pagi kot. Ingat ye! Waktu kat Sabah ni cepat lebih kurang satu jam dari Semenanjung, tapi jam tetap sama sebab dah standardized dalam Malaysia ni. Tak perlu kot nak explain benda ni? Semua dah belajar kot masa kat sekolah dalam subjek Geografi dulu.. Sapa taktau, boooo! Hahaha. So yang penting, kena cakna sikit dengan perubahan waktu solat ya ya..



Okay now nak highlight the main attraction kat KV ni, which is bunga-bunga dia!















Subhanallah cantik gile kan? Best gile tengok bunga-bunga tumbuh sehat-sehat je sini.. bestnyaaaa banyak bunga! Whyyyyy bunga taknak tumbuh di tempat panas.. whyyyyy :'(



Mount Kinabalu Golf Club



Ni kat kawasan MKGC ni actually. Boleh je nak lalu nak lepak-lepak kawasan ni. Cantik sangat!



Ni pokok pine kan? Ala kalau tak pun, lebih-lebih kurang gitu la. Hehe. Cantik juge!!!

Dari Kiram's Village ni nak ke pekan Kundasang, takde la jauh mana pun. Ada kot dalam 15-20 minit camtu? Mungkin la. Tapi cam berbaloi la dok sini sebab surrounding dia best, bukan kat tengah pekan. Oh lupa nak cakap, masa kitorang stay kat sini haritu, ada krew-krew penggambaran drama gak yang stay sini. Ada la beberapa artis ada haritu, tapi aku tak amik port pun. Kalau Aaron Aziz atau Lisa Surihani atau Tiz Zaqyah dejavu di kinabalu mungkin aku akan melompat kat diorang wahahahahahaa

Dari segi facilities pulak, KV ada menyediakan cafe kat situ, so pagi-pagi boleh la pi melantak roti canai kat situ. Seingat gua la, sekeping RM 1.80 kot. Dari segi facilities bilik pulak, harap pihak pengurusan boleh tingkatkan lagi kualiti dalam memberikan keselesaan yang tiptop kat pengunjung. Yang lain-lain okay dahhh. Oh, kadang-kadang ada anjing jugak melintas-lintas kawasan ni. Taktau anjing siapa atau anjing dari manakah. Haha.

Okay la tu je nak cerita. Sedeh lagi ni sebab entry yang first tulis tadi sebenarnya lebih berkualiti dari yang ni huhu T_T

Thanks membaca! Assalamualaikum!

29 comments:

  1. Salam..menarik jugak kawasan kiram village ni..xde ke gambar dlm.cabin ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. boleh bukak laman web atau facebook page Kiram's Village ni. Saya ada sertakan link dalam entri ni :)

      Delete
  2. Salam.. mmg nama dia kiram ke.. tgk emel dia pon jamalulk@gmail.com.. mcm mnggerunkn je nama tu.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Salam liana..dlm bln 9 ni sy akn kesana..tp seriously xtau cm dr airport KK tu nk g KV ni...plz plz plz help me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mudah je, awak direct terus ke Kundasang, then sampai pekan Kundasang (ada KFC kat situ), boleh tanya arah kat orang local, tanya hala ke Kampung Mesilau, nanti insha Allah kat kampung tu ada nampak signboard KV yang tunjukkan arah ke KV tu.

      Delete
    2. Ok..dr airport ke kundasang cost utk cab mahal x? Then dari pekan kundasang tu nk ke kg. Mesilau tu naik cab juga?

      Delete
    3. Saya taktau pulak la rate untuk cab. Sebab haritu family saya sewa kereta sendiri. Erm tapi jarak perjalanan lebih kurang 100km atau 2 jam perjalanan. Jauh jugak. Kalau amik cab, boleh suruh dia hantar direct je ke KV tu rasanya, tak perlu turun ke Kg. Mesilau dulu :)

      Delete
    4. Owh...oke...ok last Q... Liana pny aktiviti kt sane ape? Atau tempat menarik yg liana pergi....mohon share...

      Delete
    5. Kat Kundasang? Erm macam biasa la, mesti pegi Desa Dairy Farm, Kinabalu Park, lepas tu ada cam memorial park kat Kundasang tu, terlupa pulak namanya. Haha. Lepas kitorang gerak otw ke Ranau, ada satu tempat nama Kampung Luanti Baru, situ ada aktiviti main dengan ikan kat sungai, macam bagi makan, sebab ikan-ikan situ sangat jinak. Semua ni saya belum cover story lagi dalam blog ni, tak sempat huhu

      Delete
    6. Oh lagi satu boleh pergi ke Poring Hotspring. Paling best situ experience jalan kat titian kanopi.

      Delete
    7. Terima kasih liana..kt kawasan KV tu ade kenderaan awam masuk ke? If ade..blh lah dr KV ke pekan kundasang -> airport KK...kan?

      Delete
  4. Salam.. sekadar berkomgsi pandangan. Selalunya naik cab agak mahal , Lepas itu kalau naik cab kita susah nak gerak di kundasang atau ranau. Saya sarankan sewa kereta . Selalunya orang semenanjung dah booked kereta awal lagi. So sampai airport terus dapat kereta. Lepas tu terus gi Kundasang. Jarak sekitar 100 km. dalam perjalanan boleh singgah di Tamparulli. jangan risau sesat sebab signboard banyak. lagipun boleh guna wazw.
    Banyak sangat benda yg happening masa di Kundasang... National Park, Dairy Farm, Memorial park,,, terus ke ranau pergi Poring Hot Spring,,,, terus lagi jumpa sabah tea... terus lagi jumpa fish spa,
    Kena bermalam di Kundasang baru seronok.
    rahimuddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, yes betul. Saya dari semenanjung and dah siap book kereta sewa beberapa hari sebelum tarikh flight. Dan insha Allah takda masalah nak berjalan sendiri, lagipun GPS kan ada :)

      Delete
  5. Antara tempat yang kita patut pergi bila melawat Sabah...Semasa dalam perjalanan ke Kundasang atau sebaliknya cuba-cuba untuk singgah di Jambatan Di Tamparulill dan juga rumah terbalik.Selain itu cuba kita usahakan untuk mengunjungi Tamu Minggu atau Pasar Ahad di gaya Street di KK.
    Ada masa boleh jengah ke pulau-pulau seperti Manukan .
    Ambil kesempatan untuk melawat Yayasan Sabah di Likas
    Jangan lupa mengunjungi pasar malam dan pasar phlipina

    ada pertanyaan boleh hubungi saya... khidmat nasihat percuma
    Rahimuddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Anonymous, saya n famili (7) plan nak pegi Feb 2015, skrg tengah cari info ke sana. pakej charge Rm330++ per pax 2 mlm di kundasang n 1 mlm di kk termasuk lawatan ke pulau manukan. makan sendiri. Pandangan you macam mane, sesuai by pakej or semuanya dibuat sendiri. ini 1st time ke Sabah. sebenarnya takut gak sesat atau ambil masa utk smpai kat tempat nak buat lawatan,

      Delete
    2. En Anonymous, saya pon plan nk ke sabah december 2014 hujung tahun ni...1st time nk kesane...nk mintk pendapat, klu sewa kereta dan penginapan sendri senang x nk berjalan2 kat sane...atau kene memerlukan pakej2? tq

      Delete
  6. As'salam..sekadar ingin bg pendapat..
    En Anon june 26,kalau x ambik pakej,rasanya lebih murah..jgn risau,jln area sabah ni senang je..beli je map.kalau ada gps or waze laaagi senang..kalau sendiri,bole pilih tempat penginapan sesuai ikut bajet.kundasang ada baaaaanyak tempat oenginapan dr yg mahal sampai la yg semurah2nya.homestay utk satu family duduk beramai2 pn byk.

    ReplyDelete
  7. Saya cadangkn stay d walai tukou homestay puan julia kalau x silap.betul2 tepi jalan besar.bole ambik rumah utk family.yg bestnya,homestay ni betul2 berdepan dgn gunung kinabalu.pas solat subuh,duduk lepak2 d anjung sambil menghayati pemandangan,tgk sun rise..ya Allah best gilerr..pastu ade ruang utk bbq sambil menghadap gunung.owner ln sgt peramah

    ReplyDelete
  8. Sape2 nk khidmat nasihat utk percutian d sabah,bole la sms/wassap saya..inshaaAllah saya akan bantu sekadar yg saya tahu..for free..niat nk tolong je :-) 0192434590 :-)

    ReplyDelete
  9. Sy plan nk pegi sabah bln 11 2014..tahun ni..hihi tiket dh beli cuna blum book bilik.tingin nk stay d kv..nk tnya suggest kereta sewa blh? Contact no ker? Sy g bdua dgn somi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply.. sini saya ada letakkan sekali nombor telefon owner kereta sewa kitorang :)

      http://myflannelroom.blogspot.com/2013/08/sabah-part-1-off-to-sabah.html

      Delete
  10. Transport service.. MURAH dan berbaloi...dari airport ke destinasi2 anda di kundasang ranau dan hantar ke airport. info call/sms :0138919702

    ReplyDelete
  11. salam,

    boleh cadangkan tempat makan di sekitar KV?
    sy plan utk menginap di KV, bimbang pasal tmpat makan pula.

    maceh

    ReplyDelete
  12. Salam. Nak tnye, nak naik kiram vilage tu mmg curam sgt ke? Kalau saga boleh naik tak eh?

    ReplyDelete