Order Guidelines

Saturday, January 26, 2013

Membina Diri Yang Kuat Melalui Kawalan Amarah


Assalamualaikum!

Pekabar readers? Ceyyy bajet la readerS ngat kan. Tapi mesti la plural untuk word ‘reader’ tu sebab kalau tengok statistic takde la satu entri tu satu orang je yang bukak kekekeke. Maknanya lebih dari seorang yang ada bukak entri-entri blog gua ni, so boleh la guna readerS kat sini hihi.

Tanpa gua sedari, dah lama gua tak tulis entri berbaur (bunyi cam sesuatu yang negative lak) perkongsian, well, macam kat sidebar kanan ni kan, kan ada tab (tab ke panggil benda tu ha?) “Perkongsian Umum” tu kan? Ha yang berbaur cam cam tu la. Haha. So, kali ni macam ada rasa seruan sikit nak menulis sebab sebelum-sebelum ni kebanyakan entri yang di-update lately ni semua penuh dengan gambar kan? Satu, sebab tengok gambar lagi best dari membaca (kalau korang tak cam ni, at least aku la. Aku ni minda bergambar mungkin cewaaah). Dua, kalau nak menulis panjang, aku perlukan masa berterusan kat depan laptop. Khusus untuk menulis entri tu sahaja. Kalau terpotong-potong, potong-potong jugaklah isinya. Nanti tak sampai apa yang lahir dari fikiran aku yang sebenarnya sebab tak dapat dikeluarkan masa yang sepatutnya ia dikeluarkan. Heh? Ala like kalau korang terfikir satu idea bernas korang tu, tapi time korang kena turun hostel sebab, contohnya “Eh kena pegi jogging kat End Point sekarang ni!” then, idea bernas korang tu tak sempat dikeluarkan lalu ia masuk balik dalam ingatan lalu semakin degenerate, degenerate, degenerate, lalu akhirnya, Poof! Hilang. Hahaha…. Cey padahal gua tak pernah pun nak jogging-joging ni kat sini. Tapi tu la, aku nak menulis, kena pada waktu yang tepat. Ha cenggitu la. And nak bagitau, dalam perenggan-perenggan yang seterusnya, aku nak guna kata ganti diri “saya”. Well, ikut mood entri la kan. Haha baru rasa cam menjiwai sikit cewah.

So, kali ni nak kongsi sikit pasal satu perkara yang manatak kurang penting gak la dalam usaha kita membina jiwa yang lebih baik. Ek? Lebih kurang la. Sebab perkara ni berkaitan dengan hati. Apa yang aku nak kongsikan ni, aku rujuk pada majalah JOM, tak ingat edisi apa, tapi cover depan dia gambar ala-ala Superman tu. Ha. Tau tak. Ni majalah pinjam dari kak usrah aku kikikik. Sebabnya ada satu kali time usrah tu, kak Atiqa bagi each one of us satu majalah JOM, then kitorang pick up satu artikel dalam majalah tu then kongsikan apa ilmu yang artikel tu sampaikan kat semua ahli usrah kitorang. And artikel yang aku pilih, yang juga merupakan highlight dalam majalah JOM edisi tersebut, ialah

MENJADI MANUSIA SUPER!

Insha Allah betullah tu tajuknya. Hehe. Sebabnya dah pulangkan balik dah majalah tu kat kak Atiqa. Kita sebagai muslim mesti tau yang Allah itu lebih sayangkan hambaNya yang kuat kan. Dan disebabkan itu kita sangat digalakkan untuk bersukan dalam usaha untuk membina individu yang kuat. Tapi ada satu faktor lain yang menjadikan kita kuat secara dalaman, dan bukan secara fizikal. Dan kita jarang mengingatkan diri kita tentang faktor yang satu ni.

MENAHAN MARAH.

*gambar dari Google*

Ya. Menahan marah. Nampak remeh, tapi marahlah yang membuatkan kita lemah secara dalaman. Ni saya beri hadith yang saya rujuk melalui artikel dalam majalah tu, yalah memandangkan saya membuat entri berdasarkan artikel tu, jadi hadith-hadith yang saya selitkan dalam entri ni juga saya rujuk kepada artikel tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (HR Ahmad)

Sebenarnyakan, ada sebab lain juga kenapa saya pilih artikel ni untuk dikongsikan dalam usrah hari tu. Sebabnya, saya rasa tapik ni dekat dengan saya memandangkan saya adalah jenis yang cepat marah. Is it sensitive? Sifat marah dan sensitive ni kadang-kadang saya rasa satu pakej, sebab sebab kadang-kadang kita terlalu sensitive, so cepatlah terasa dan bila cepat terasa, cepatlah marah kan? Tapi bergantung la pada individu tu. Ada yang sensitive, tapi tak cepat marah. Manusia kan boleh tergolong dalam 4 jenis, iaitu:

1.      Cepat marah dan cepat hilang marah
2.      Lambat marah dan lambat hilang marah
3.      Cepat marah dan lambat hilang marah
4.      Lambat marah dan lambat hilang marah

Rasanyakan, yang nombor 3 tu la paling hardcore kut hehe. Sebab dah la cepat marah kan, pastu lambat pulak hilang marah. Okay okay takpe. Saya nombor 1 tu mungkin, berdasarkan pengamatan sendiri pada diri sendiri haha. Sebenarnya dulu-dulu sifat cepat marah ni tak memberi masalah pada saya pun sebab saya seorang yang jenis memendam perasaan marah tu dalam diri diam-diam, dan akhirnya hilang macam tu je la, tapi sejak terjebak dalam dunia social networking, kita seakan-akan rasa kita mempunyai kebebasan bersuara yang mutlak semutlak-mutlaknya. So kesannya, kalau marah je, update kat status Facebook. Kalau terasa je, tweet kat Twitter. Kalau bengang je, update kat blog. Benda ni dah jadi common kan? Termasuklah saya jugak. Dan kesannya, saya akan rasa sangat tak selesa dan seakan macam ada satu perasaan bersalah mengganggu dalam hati lepas dah meluahkan perasaan tak puas hati tu kat website-website social ni.

Dan Alhamdulillah, sejak dah bertambah usia dan bertambah matang sikit ni ececehh saya cuba untuk mengawal keinginan untuk menceritakan segala perasaan marah saya kat internet. I want the old me. Saya dah cukup jauh tersasar dari diri saya yang dulu. Seriously. I wasn’t what I am now. Dan untuk mengawal diri untuk marah tu ada banyak cara sebenarnya. Banyak je. Sebab agama islam kan lengkap, memang agama dari Allah jadi hanya Allah yang tau apa yang boleh melengkapi kehidupan hamba-hambaNya. Jadi, kat sini saya nak share sikit panduan mengawal kemarahan yang akan saya huraikan mengikut pandangan dan pengalaman sendiri dan point-pointnya, terima kasih kepada majalah JOM hehehe.

SENTIASA MEMBACA AL-QURAN DAN BERAMAL DENGANNYA

Al-Quran adalah manual kehidupan kita yang Allah berikan kepada kita untuk memandu kehidupan kita ke jalan yang sebenarnya-benarnya. Dan dalam Al-Quran itu sendiri terkandung macam-macam bentuk ilmu kan, ada sains, ibadah, sirah, dan termasuklah juga nasihat. Jadi kalau kita marah, sesuai sangatlah untuk kita membaca Al-Quran sebab dalam Al-Quran kan ada nasihat? Special dari Allah pulak tu kan. Come on, tak rasa special ke kita sebab memiliki kata-kata Allah dalam tangan kita? Tuhan tu, Pencipta kita semua. Tak rasa special ke? Sangat sangat special *pejam mata sambil mengangguk-anggukkan kepala dengan muka yakin*

Dan kalau dah special dari Tuhan kita, mestilah setiap nasihat yang kita perolehi dari Al-Quran adalah nasihat-nasihat yang meyakinkan dan memang akan membantu hati kita sendiri, well, khas dari Allah kottt :)

“Dan sungguh, Al-Quran itu kebenaran yang meyakinkan.” (Al-Haqqah, ayat 51)

Dan kalau korang cam ai, well, tak reti bahasa Arab en en en, bacalah terjemahan Al-Quran. Ehee. Barulah sampai maksud ayat-ayat yang kita baca tu pada kita kan?


MENJADIKAN RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI ROLE MODEL DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN

Dalam agama kita sendiri, kita dah ada role model yang boleh dijadikan ikutan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Siap dah diiktiraf oleh dunia sebagai manusia terhebat dalam dunia ni kan? Nabi kita di samping menjadi pemimpin, baginda juga mempunyai akhlak yang sangat mulia yang boleh dicontohi. Kat sini saya tekankan dua perkara, iaitu pemimpin dan akhlak. Hal ini sebab saya nak kita bandingkan Nabi S.A.W. dengan diri kita. Rasulullah menjadi pemimpin yang sangat besar tanggungjawabnya, tambah-tambah lagi masa berdakwah. Macam-macam dugaan yang baginda terima, sangat berat kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita pernah lalui, tapi tengok macam mana bersabarnya Rasulullah yang tak pernah marah pada orang-orang yang menyakitinya.

Satu contoh yang boleh saya bagi adalah kisah baginda dengan penduduk Taif. Nabi disakiti oleh penduduk Taif, berdarah kerana dibaling batu oleh mereka sehingga penuh kasut Nabi berisi darahnya sendiri. Lalu malaikat Jibril meng-offer untuk menghempapkan bukit Taif ke atas penduduk-penduduk itu, tapi Nabi terima ke offer tu? Agak-agak kalau kita kat tempat Nabi ketika tu, pastu dalam kasut Vincci kita masa tu la kan contohnya, kasut Nike ke, kasut Converse ke, kasut beli kat Nose ke, made by Jimmy Choo ke, penuh dengan darah kita sendiri akibat dibaling batu oleh sekumpulan manusia, kita terima tak pelawaan Jibril tu? Saya rasa, ya saya memang yakin, yang kita akan lebih memilih dan memang mahu memilih untuk menerima pelawaan tersebut. Saya tak menghukum, tapi tanyalah pada diri sendiri. Sedangkan kita kalau disakiti sedikit pun, malah hanya diuji dengan kata-kata yang menyakitkan hati sahaja, kita dah marah. Sedangkan bukan itu satu je dugaan yang Nabi dapat, berlambak lagi. Tapi marahkah Nabi kita? Sedangkan kalau nak bandingkan taraf baginda dengan kita, siapalah sangat kita ni. Layakkah kita nak marah-marah over-over sebenarnya ni kan? Masha Allah tertampo diri sendiri lak haha :’(

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 33-34, iaitu
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmudan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa,(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.”

Makanya, Nabi Muhammad S.A.W. adalah role model terbaik kita dalam usaha kita mengawal marah! ;)


MELATIH DAN MENGAJAR JIWA DENGAN PELBAGAI SIFAT TERPUJI SEPERTI SABAR, LUHUR DAN TIDAK TERGESA-GESA DALAM SEGALA HAL

Bila kita menjadi Nabi Muhammad S.A.W. sebagai role model, secara tak langsung kita juga dalam usaha melatih diri kita sendiri dengan sifat-sifa mahmudah. 2 in 1.

“Fasobrun jameel”, sabar itu indah.

Allah berfirman dalam surah Asy-Syura, ayat 43,
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”

Allah telah mengatakan bahawa bersabar itu termasuk dalam perbuatan yang mulia. Macam kalau masa sekolah rendah dedulu kan, kita belajar nilai-nilai murni. Pastu kalau asal perbuatan mulia je, mesti contohnya macam kalau terjumpa barang berharga tepi jalan, kita jangan ambik, kita bagi kat balai polis. Kalau ada benda-benda yang menghalang laluan jalan, kita alihkan ia, itu pun perbuatan yang mulia. Tapi dalam situasi marah ni pulak, dengan bersabar dan memaafkan sahaja dah cukup menjadikan perbuatan kita itu sebagai mulia. Tak guna energy pun kan. Tak guna kekuatan fizikal pun. Tapi dah mulia dah perbuatan tu. Tak luak mana pun energy kita kan ewah.

Tapi ya, realitinya memang sukar nak bersabar dan memaafkan tambah-tambah bila kita disakiti, tapi at least kita boleh cuba kan? At least in my case, saya cuba melawan perasaan nak meluahkan perasaan geram atau marah dalam facebook atau twitter. Tapi kadang-kadang tu, ada jugak lah terlepas sikiiiiiit hehe. Tapi takpe, perlahan-lahan kita cuba sebab Allah kan pandang pada usaha kita walaupun sedikit, kan?

Macam kisah burung sewaktu Nabi Ibrahim dibakar tu, burung tu berulang-alik membawa air dalam paruhnya yang kecik tu untuk dituang ke atas api yang marah tu (banyak kali kisah ni ditimbulkan dalam usrah kitorang hihi). Walaupun nampak macam impossible je nak padam, tapi at least ada usaha kat situ kan? Ambil ibrahnya di sini, satu-satu perkara yang baik yang kita nak buat tu, usaha yang sekecil-kecil usaha pun dikira sebagai usaha juga. Anggaplah melawan nafsu marah sendiri sebagai jihad kita en en en ;)


Oh ni ada selingan sikit, semalam terbaca status sorang kawan kolej ni dulu, tapi ada yang kata ni ayat Zizan, eheh taktau la aku, sejak dok India ni berita yang gempak-gempak je yang dapat diambil tau, yang lain-lain harammmm dengor. Haha. Okay statusnya lebih kurang cam ni lah,

“Kalaulah mak Si Tanggang menyumpah Si Tanggang dalam keadaan tenang dantidak tergesa-gesa dan marah, pasti Si Tanggang akan disumpah menjadi emas ataupun Lamborghini.”

Haha nice gile ayat ni. Ku sukaaaa! Nampak tak, kalau kita tak tergesa-gesa dalam sesuatu hal, dan emosi kita dapat dikawal dengan baik, mesti pengakhirannya juga adalah kesuahan yang baik kan kan? Yang stok hepi hepi ending je kan. Haha


KETIKA MANA DIRI DALAM KEADAAN INGIN MARAH KEPADA SESEORANG, REDAKAN SEGERA DENGAN MENGINGATI KELEBIHAN ORANG ITU

Ni saya rasa sangat berkesan. Because I have tested this on myself! Haha. Kalau kita marah kat seseorang tu, perasaan marah tu hanya akan mengorek balik keburukan-keburukan silam orang yang kita marah tu, dia takkan keluarkan balik cerita-cerita yang nice-nice je pasal orang tu, dan ini hanya akan menjadikan kemarahan kita semakin mebuak-membuak. Common sense la kan, kalau marah selalunya memang kita akan fikir yang buruk je pasal orang tu. Tapi bayangkan, kalau ada api yang tengah marak, tiba-tiba ada orang curah air sejuk ke dalam api tu, SPLASH! Api pun padam dan bayangkan keadaan kat situ tiba-tiba rasa sangat nyaman dan sejuk (kenapa terbayangkan iklan Listerine atau chewing gum yang perisa berangin-angin ni ha?). Ha macam tu la perasaannya kalau kita lawan perasaan marah kita tu dengan mengingati kebaikan-kebaikan orang tu. Serius macam ni la perasaanya! Haha

Contohnya kita marah kat seorang sahabat kita, atau mungkin terasa hati je lah kan. Mungkin a few first moments kita akan melayan perasaan marah kita, tapi lepas tu cuba kita cut scene buruk-buruk pasal sahabat kita tu, dan cuba recall apa kebaikan yang sahabat tu dah buat kat kita. Confirm banyak lah kan. Insha Allah kita akan dapat terima dan cuba untuk redakan kemarahan kita tu.

Saya pulak ada ingatkan diri, kita berkawan bukan nak masa senang je, tapi masa susah jugak. Tapi fair ke kalau kita terasa sikit, terus kita nak mengamuk-ngamuk kat kawan kita tu, sedangkan kalau kita susah dulu, dialah yang kita cari, dialah tempat kita nak mintak tolong, tambah-tambah kalau kita jauh dari family kan, sahabat-sahabat kita la yang menggantikan ahli keluarga kita kan? Hummm memang kena jaga hubungan baik kita dengan sahabat-sahabat kita! *muka yakin*

Untuk membuatkan hati kita bertambah berbunga-bunga dan bersemangat nak mengawal perasaan marah, terdapat hadith yang berbunyi:

“Tidaklah seorang hamba menahan marah kerana Allah kecuali rongganya dipenuhi dengan keimanan.” (HR Imam Ahmad)

Pertama sekali, kalau kita nak menahan marah, kita buat kerana apa? Lillahi ta’ala. Kalau bukan sebab Allah, sebab apa lagi kan? Motif segala yang kita buat ni semua kerana Allah kan? Kalau tak, takde makna pun kita nak menahan marah, tapi kita tahan marah kerana kita mahukan keredhaan Allah ke atas kita balik. Kan. Jadi, berdasarkan hadith tu, kalau kita menahan marah kita kerana Allah, bermakna kita ni beriman. Tak sure ayat ni betul ke tak, tapi cam tu la yang saya nak maksudkan. Sebab sebagai manusia, iman kita ada masanya turun dan ada masanya naik. Dan pada pendapat saya, iman kita akan turun sewaktu kita marah, di mana waktu tu la syaitan mengambil peluang untuk mencucuk-cucuk dan mengapi-apikan lagi kita. So, kalau time marah, kita dapat menahan marah kita tu, conclusionnya? Insha Allah naik iman kita ketika tu.

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 yang bermaksud,
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?”

Kat sini saya just nak suggestkan, sebab ada perkaitan antara perkataan ‘beriman’ dan ‘diuji’, so kalau kita rasa iman kita tu kuat, insha Allah, kita boleh je wujudkan persepsi yang ‘orang yang membuatkan kita marah tu adalah ujian Allah kepada hati kita’ dalam diri kita sendiri. Insha Allah mungkin marah kita tak berlanjutan dan bersegeralah beristighfar (kan kan kan?)


MEMBACA TA’AWUDZ (DOA PERLINDUNGAN)

Iaitu membaca ‘a uzubillahiminasshaitonirrajim.


MENGUBAH POSISI BADAN

Yang ni, saya sendiri pun tak pernah buat lagi walaupun dah tahu mengenai perkara ini. Takpe kita boleh cuba amalkan sama-sama yek. Hehe. Iaitu,

Rasulullah S.A.W. bersabda, yang bermaksud
“Jika salah seorang dalam kalangan kalian marah, dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana kemarahan akan hilang. Jika belum juga hilang, maka hendaklah dia baring.” (HR Ahmad dan Abu Daud)


BERWUDHUK

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, maksud sabda Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Jika salah seorang di antara kalian marah maka hendaklah dia berwudhuk.”

Berwudhuk itu salah satu daripada cara bersuci juga kan, bukan untuk bersolat semata-mata. Berwudhuk pun berguna juga kalau kita dalam keadaan marah. Selain itu, ada hadith juga yang menyatakan kalau kita berwudhuk dengan sempurna, kita akan dibersihkan dari dosa-dosa kecil ( masa kat Malaysia selalu baca hadith ni time masuk waktu solat Asar, kat TV3 kan. Haha). Anggota badan kita yang berwudhuk juga akan bercahaya pada hari akhirat.

* * * * * *

Alhamdulillah habis jugak menulis entri ni. Tak expect untuk jadi sepanjang ni, tapi tu la menaip tanpa sedar tengok-tengok dah panjang cenggini. Lama dah tak menaip pepanjang gini ni. So, kesimpulannya, kita boleh menjadi muslim yang kuat dari dalaman jika kita mampu menahan marah. Keupayaan kita menahan marah adalah satu indicator dalam bagi menentukan sama ada kita ni layak ke tidak untuk mendapatkan title “Muslim Super” !

Akhir kata, nak tinggalkan satu ayat Al-Quran ni, yang mungkin boleh menjadi pemujuk hati kita kalau kita disakiti, dan dalam masa yang sama kita berusaha melawan nafsu untuk membalas kejahatan orang kepada kita.

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim.”
(Asy-Syura, ayat 40)




*Ada sedikit maklumat dari artikel tersebut yang mana menyatakan marah kerana Allah itu memang ada. Tapi takyah kot huraikan dalam entri ni. Yep, marah demi menegakkan agama Allah itu ada :)

*footnote: semua teks yang ber-italic, termasuk subtopics dalam entri ni diambil sepenuhnya dari artikel rujukan tersebut.

Rujukan: majalah JOM yang dah lupa apa edisinya hehehe :p

Saturday, January 12, 2013

St. Mary's Island, Malpe

Assalamualaikum! Hai this time nak cerita pasal jalan-jalan kat St. Mary's Island pulak. Haritu dah update pasal Malpe Beach kan, now pasal pulau yang available kat Malpe tu pulak yang boleh kita kunjungi. Dan harus diberitahu bahawa pulau ini sangat cantik! Dah la kecik je. Binaan geografi pulau ni yang membuatkan dia menarik (cewah ayat nak power je. Maksud entah betul entah idok). Nanti kite tunjukkan! Hehe



So dalam last entry, gua ada letak map Malpe Beach, dan kita boleh spot kat mana kedudukan St. Mary's Island ni dalam map tu. Dan ini adalah gambar yang menunjukkan rupa bentuk pulau tu kalau kita lihat dari dalam helikopter. Cewah tipu je takdenye servis bawak korang naik helikopter kat Malpe tu.




Untuk ke pulau tu, kita kena naik bot! Bayaran individual adalah sebanyak:

Rs. 150 (RM 9) sekepala ye. SEKEPALA.

Tau tak, time ni kan, kelakar gila. Kitorang datangla kat pakcik bot ni kata nak naik bot whatsoever whatsoever, pastu lepas dah deal pebenda semua, pakcik tu menjemput kitorang semua menolak bot ni ke tengah laut sikit beramai-ramai =.='' yih lucunya! kitorang ni pelancong la pakcik, dah la semua perempuan =='' hahaha so kitorang tolak la beramai-ramai siap bersorak-sorak lagi... .__.

Perjalanan dari pantai Malpe ke St. Mary's Island ni gua tak tau la berapa lama, tapi mungkin dalam 15 minit kot.




Ni Amy. Nama Yindia dia, Yemmmmmmy.



Ni Hedaya dan Husni. Dua-dua mek klate. Nampak kat belakang tu? Ha tu la St. Mary's Island kita!




Dannnn akhirnya menjejakkan kaki di atas pulau ini! Subhanallah cantik sangat! Mari sebut lagi sekali beramai-ramai, Subhanallah!



Nampak tak orang berbaju putih tu? Diorang orang ghaib sebenarnya =I

Ceyyy tetipu je. Diorang tu local people kot, and muslim. Ada cerita menarik pasal diorang. Will tell you!



Dak dak Robinson Crusoe..



Ni semua adalah struktur yang awal-awal kitorang nampak masa turun kat pulau ni. Masa ni pun dah like "Waaawhhh..." sebab batu-batu kat tepi pantai dia sangat unik. Ala-ala hydroxyapatite crystals dalam enamel gigi korang camtu~ ewah~




Batu ni masa tengok dari pandangan atas, ala-ala cam penyu pun ada. Subhanallah ciptaan Allah kan.. mesti le tantek.. hihi



Then kitorang meneruskan perjalanan kat the other side of the island. Cam dalam gambar rajah di atas. Tak syak lagi lukisan perjalanan kitorang tu (line putus-putus kaler merah) aku lukis dengan betul kat sini! Sebab boleh cam bentuk muka bumi kat side lagi satu tu (tanda tick hijau tu). Best gila kat situ! (Oleh sebab dalam photoshop takde clipart bentuk bot, guna je la bentuk kereta. P/s aku malas nak cari gambar bot. Ala buat apa nak beria sangat pun kan hahahahahaha)


Ni antara pemandangan yang dikecapi ketika dalam perjalanan ke Tick Hijau itu......








Tadaaaaaaa! Akhirnya dah sampai!


Sedikit info mengenai St. Mary's Island:

Ia juga dikenali sebagai Coconut Island atau Thonsepar. St. Mary's Island merupakan salah satu daripada empat geological monuments di Karnataka, dan diiktiraf sebagai lokasi yang penting bagi "Geo Tourism" di India.

Cerita orang-orang tua mengatakan bahawa pada 1498, Vasco da Gama (ish dia ni ada je kat mana-mana. Dok diam sikit takleh ke?) telah menjejakkan kaki di pulau ini dalam pelayarannya dari Portugal ke India, dan menamakan pulau tu sebagai O PadrĂ£o de Santa Maria sebagai dedikasi kepada Mother Mary which aku malas nak google siapakah gerangan saudari itu hihihi (wait, adakah gerangan itu adalah Mariam/Mary ibu kepada Nabi Isa a.s? Tak syak lagi) sebelum dia proceed ke Kozhikode kat Kerala. Kerala ni paling selatan tak silap aku kat India ni.



Deyy Vasco, lu penah jejak Malaysia, and tempat ni kan? Gua pun. So win-win! Hahahahahahaha




Anis, Anis dan Aida. Hahaha



Jaie dan Yemmmy


Awesome kan? Air jernih, batu-batu unik.. Awhh begitu mendamaikan. Angin bertiup berhembus lembut, deruan ombak memukul pantai.. Ewaaaah




Jernih ngatttt air dia! Biasalah pulau kalau orang tak berendam sangat memang airnye jernih. Cam air laut kat Pulau Beras Basah kat Langkawi yang aku pergi masa form 4 dulu hihi




Hydroxyapatite crystals lagi! HAHA

St. Mary's Island ni terbentuk daripada gabungan empat pulau, dan dalam empat-empat pulau tu, pulau yang paling utara sekali ada "basaltic rock formation" dalam bentuk hexagon, yang mana merupakan satu-satunya jenis yang ada di India (semoga aku translate artikel wikipedia ni dengan jayanya hahahaha)

Keluasan pulau ni adalah 500 meter x 100 meter. Ia mempunyai banyaaaaak pokok kelapa yang mana menjadikan ia turut dikenali sebagai Coconut Island, seperti yang telah dinyatakan di atas tadi ^^

Dan ye, takde sape yang tinggal kat atas pulau ni. Tu la, dah kata dah, tempat ni best kalau korang nak jadi Robinson Crusoe.. hahaha




Lagi binaan geografi yang menawwwwik!





Ni geng kongsi gelap kat pulau ni. The Black Gagaks. The Dead Crow pun boleh tapi tak melambangkan semangat juang kongsi gelap diorang lak kan kalau dah ada word 'dead'.

*The Dead Crow: poem belajar dalam subjek English masa form 1 dulu. Jangan kata kome dah lupa...



Mereka bertempiaran lari setelah menyedari kegiatan mereka dihendap oleh aku.



Beburung yang ni lak geng lovebirds. Tapi bergaduh kot. Rumahtangga berantakan. Sekor pandang sana, sekor pandang situ. Alolololo merajuk...



"I WAS HERE!" ujar Leanot.



"Babai sohabatku," ujar gagak yang masih setia bertenggek di atas puncak batu kepada sahabatnya yang telah terbang.





Oh yang menarik pasal lelaki-lelaki muslim yang naik satu bot dengan kitorang tadi tu kan, yang pakai baju putih semua tu kan, kitorang nampak diorang berjalan-jalan atas batu-batu besar tepi laut ni, and sampai satu point, maybe tempat tu diorang rasakan paling best or sesuai, lalu diorang menunaikan solat kat situ. Masha Allah rasa teruja gila kitorang tengok sebab bayangkan la, tempat tu sangat peaceful, ada tiupan angin cool-cool, pastu ada bunyi-bunyi ombak rindu kan, ada bunyi kicauan beburung, pastu sujud lak kat atas batu yang tinggi dari permukaan air laut, subhanAllah what a great place to remember our Creator! Sangat tenang!






Tu sahaja pendedahan gua untuk St. Mary's Island ni. Insha Allah nanti uolls mai la ramai-ramai solat kat pulau ni kan. Pastinya satu pengalaman yang berbeza kan? Cewah. Okay la tengs baca! Haha assalamualaikum!


Source: http://en.wikipedia.org/wiki/St._Mary's_Islands_(Karnataka)

Thursday, January 10, 2013

Malpe Beach, Udupi


Tarikh: 6 Januari 2013
Tempat: Malpe Beach, Udupi, Karnataka, India
Event: Sambut birthday dak dak Disember dan Januari

Assalamualaikum!

Haip. Pe yang korang dah buat dalam 2013 ni? Aku dah pegi pantai! Hahahahaha.. Birthday aku bulan Oktober, and one of my birthday wishes is to go to beach. Any beach. Sebab tak pernah sampai lagi ke pantai kat India ni padahal orang lain dah berapa kali dah pegi pantai ye idok? Tapi tu la, kite rancang je kan, kalau belum sampai masanya, memang Allah dah tetapkan tak dapat pergilah. But this time, Allah dah izinkan, soooo... ke Malpe Beach le kome!

Malpe Beach ni terletak kat Udupi. Udupi ni ni macam daerah kot kat negeri Karnataka ni. Cop gua serius tak reti pembahagian-pembahagian kawasan ni. Tapi camtu la yang boleh gua konklusikan. Karnataka ni negeri dia, Udupi salah satu tempat dalam Karnataka, which boleh diklasifikasikan sebagai daerah mungkin, and Manipal kat dalam Udupi. Haa cam tu la. Tapi still, kat sini kitorang panggil Udupi tu macam satu tempat yang lain dari Manipal, sebab kalau nak pegi Udupi, kitorang akan cakap "Nak pergi Udupi" la. Padahal Manipal tu sendiri dalam Udupi. Hahaha. Kalau tak silap aku lah berdasarkan pengamatan dalam dunia realiti mahupun fantasi di alam maya internet.

Okay, disebabkan dah biasa guna term asing-asing Manipal-Udupi, kitorang meng-term-kan lokasi Malpe Beach ni di Udupi. Memang kat Udupi pun kan. Eh sudah lah. Makin konfius je aku =..=



Untuk membuatkan entri ni tampak berilmiah sikit, ni ha aku screenshot-kan map Malpe Beach ihsan pakcik gugel.

*eh tak sangka pula ada Malpe Light House di situ. Boleh pergi tak??*



Ni pula adalah gambaran jarak antara Manipal dan Malpe Beach.

Picnic ni dihadiri oleh ceyyy dak-dak BDS yang sebelum ni buat persediaan kat Kolej Mara Seremban (KMS) dan Kolej Teknologi Timur (KTT). Cam bajet reunion dak-dak Mara BDS le ni. Hiks

Kitorang dah bahagi into 2 trips, which the first trip akan pergi naik van yang ditempah pukul 6 am pagi itu. Tengok-tengok, sampai pukul 6:20 am pun tak datang jugak. Mula la carutan-carutan manis dihamburkan kepada syarikat van tersebut pada pagi-pagi buta tu. Coppp tak mencarut pun k. Hiperbola je tu. Marah-marah sikit la kan, biasa la. Apa punya bisnes la kalau timing pun takleh nak ikut. So dakdak yang 1st trip ni pun amiklah auto (tuk-tuk tu, tau kan? Kat sini panggil auto) untuk ke pantai. Lebih kurang cam 20 minit kot sampai. Kena Rs 200 (RM12) gak la T.T kat sini kire mahal la  tu. Haha. Padahal dulu kat Seremban pegi JJ Seremban 2 elok je bayar RM12 hahahahah



Inilah suasana pada pagi yang hening itu. Wauuuu sangat seronok pegi tepi pantai pagi-pagi sebab sejuk! Suasananya cam best-best je.. bajet asalnya kitorang nak tengok sunrise la kengkononnya dan akhirnya membebel-bebel je mengata syarikat van tu sebab hampeh meng-spoil-kan plan orang je. Tapi kat pantai ni takde sunrise pun sebab kedudukan dia leh tengok sunset je wahahahahaha. Tapi boleh la sikit-sikit ni nampak sunrise dari arah bertentangan dengan laut, macam kat belakang Paradise Isle Beach Resort ni. Hehe



Ni dak-dak 1st trip!



Pelik jugak kadang-kadang tengok tempe-tempe ni cam bersemangat ye datang pantai awal-awal pagi sebab diorang kan orang local, why bother nak datang awal. Kitorang ni yela kan. Hahahaha. Pagi-pagi tu ramai gila tempe dah berendam bersuka ria dalam laut tu tau tak ==''



Ha bagus belah sini kurang sikit orang. Tenang je. Hihi




Ha! Gambar ni adalah sempena untuk meraikan kejayaanku berjaya melengkapkan birthday wish! I WAS HERE ON MALPE BEACH! Wahahahaha



Ditemani dengan jersi kelas yang baru dapat. Hakhak. That's my roll number. 41.
Hi orang putih over there! *waving*




Sementara tunggu budak-budak 2nd trip, kitorang makanlah roti jala yang some of our friends buat semalamnya. Sedaaaaap.. dah la lapo. Makan cam orang gile. Puaih.

And nak tau tak, akhirnya pakcik van tu datang depan hostel kitorang dalam pukul 7:10am. Rasa nak mengamuk tak? Asalnya dah la plan 1st trip pukul 6am, 2nd trip pukul 6:30am, ended up cam ni lak. Memanggggg aaa. Geram je.

Oh the bila semua dah sampai, kitorang pegi tangkap-tangkap gambar, main-main tepi laut dannnn...

MAKAN! Wuhuuu!


Ada ayam masak merah,


cekodok pisang, gulai udang masak lemak!




Auwhhh cam pelancong sangat ai :}







padahal pinjam shade Aida bahahahahahhahahahaha



Ni adalah pasangan pakcik makcik datang dari Hyderabad kot kalau tak silap. Diorang suruh gua amikkan gambar diorang guna kamera diorang. Atotototo... 



Pastu kan, pakcik tu suruh kitorang lak bergambar dengan isteri dia.

Abaikan keseksian manusia-manusia kat belakang tu. Kalau tak jadi spoiler takleh ka haaaaa =I



Antara aktiviti yang ada kat sini termasuklah parasailing. Rs 500 (RM30) sorang. Gua tak naik ni sebab gua pergi naik bot ke pulau. Ada la some of our friends yang try naik parasailing ni. Takpe Iliana.. next time next time hihi

Ada jugak aktiviti menunggang unta kat sini. Tapi nampaknya dah sampai ke tengahari pun unta tak bangun tido lagi agaknya. Kau mengecewakan aku, unta!



Ni my new travel companion. Ceyyy cakap macamlah before ni ada old travel companion. Hahahaha. Gua gantung dia kat beg kamera gua. Comel je kan hikhik. Nama dia Leanot. Sebutan = Lenot. Ish jangan pedulikan nama tu. Tu nama ex-pemadam aku masa kat sekolah menengah dulu. Hahaha bongek je kitorang dulu setiap pemadam ada nama.













Oh. Hampir semua gambar dalam entri ni dan entri sebelum ni, aku tangkap guna camera baru! Beli kat Mangalore haritu, hehe. Actually this camera wasn't the one that I really wanted to buy. Haish panjanglah cerita dia. Nantilah, teringin gak nak cerita tapi, nantilah. Hehe. But I'll promise that I will love you, my Nikon 1 J1! T.T Perasaan dia kan, macam you ada boypend yang you sangat cintai ewaaaah tengok-tengok you kena kawen dengan orang lain wahahahahahaha pastu everytime ternampak gambar camera yang i was supposed to buy tu, mesti cam "Ishhh asal kau ada je kat mana-mana weh?? Aku taknak tengok kau dah :( "

So kesimpulannya, couple itu takde dalam islam hahahahahaha




Kenal ni sapa? Tak kenal memang low la general knowledge korang wakakakakakaka





Perasan tak dalam map kat atas tadi tu, ada St. Mary's Island? Next entry, insha Allah :)

Kesimpulannya lagi, Malpe beach is okaylah, seronok! Pantai bersih, toilet bersih, erm, overall, not bad :D

Bye! Assalamualaikum :)

*** to be continued ***