Order Guidelines

Thursday, January 10, 2013

Malpe Beach, Udupi


Tarikh: 6 Januari 2013
Tempat: Malpe Beach, Udupi, Karnataka, India
Event: Sambut birthday dak dak Disember dan Januari

Assalamualaikum!

Haip. Pe yang korang dah buat dalam 2013 ni? Aku dah pegi pantai! Hahahahaha.. Birthday aku bulan Oktober, and one of my birthday wishes is to go to beach. Any beach. Sebab tak pernah sampai lagi ke pantai kat India ni padahal orang lain dah berapa kali dah pegi pantai ye idok? Tapi tu la, kite rancang je kan, kalau belum sampai masanya, memang Allah dah tetapkan tak dapat pergilah. But this time, Allah dah izinkan, soooo... ke Malpe Beach le kome!

Malpe Beach ni terletak kat Udupi. Udupi ni ni macam daerah kot kat negeri Karnataka ni. Cop gua serius tak reti pembahagian-pembahagian kawasan ni. Tapi camtu la yang boleh gua konklusikan. Karnataka ni negeri dia, Udupi salah satu tempat dalam Karnataka, which boleh diklasifikasikan sebagai daerah mungkin, and Manipal kat dalam Udupi. Haa cam tu la. Tapi still, kat sini kitorang panggil Udupi tu macam satu tempat yang lain dari Manipal, sebab kalau nak pegi Udupi, kitorang akan cakap "Nak pergi Udupi" la. Padahal Manipal tu sendiri dalam Udupi. Hahaha. Kalau tak silap aku lah berdasarkan pengamatan dalam dunia realiti mahupun fantasi di alam maya internet.

Okay, disebabkan dah biasa guna term asing-asing Manipal-Udupi, kitorang meng-term-kan lokasi Malpe Beach ni di Udupi. Memang kat Udupi pun kan. Eh sudah lah. Makin konfius je aku =..=



Untuk membuatkan entri ni tampak berilmiah sikit, ni ha aku screenshot-kan map Malpe Beach ihsan pakcik gugel.

*eh tak sangka pula ada Malpe Light House di situ. Boleh pergi tak??*



Ni pula adalah gambaran jarak antara Manipal dan Malpe Beach.

Picnic ni dihadiri oleh ceyyy dak-dak BDS yang sebelum ni buat persediaan kat Kolej Mara Seremban (KMS) dan Kolej Teknologi Timur (KTT). Cam bajet reunion dak-dak Mara BDS le ni. Hiks

Kitorang dah bahagi into 2 trips, which the first trip akan pergi naik van yang ditempah pukul 6 am pagi itu. Tengok-tengok, sampai pukul 6:20 am pun tak datang jugak. Mula la carutan-carutan manis dihamburkan kepada syarikat van tersebut pada pagi-pagi buta tu. Coppp tak mencarut pun k. Hiperbola je tu. Marah-marah sikit la kan, biasa la. Apa punya bisnes la kalau timing pun takleh nak ikut. So dakdak yang 1st trip ni pun amiklah auto (tuk-tuk tu, tau kan? Kat sini panggil auto) untuk ke pantai. Lebih kurang cam 20 minit kot sampai. Kena Rs 200 (RM12) gak la T.T kat sini kire mahal la  tu. Haha. Padahal dulu kat Seremban pegi JJ Seremban 2 elok je bayar RM12 hahahahah



Inilah suasana pada pagi yang hening itu. Wauuuu sangat seronok pegi tepi pantai pagi-pagi sebab sejuk! Suasananya cam best-best je.. bajet asalnya kitorang nak tengok sunrise la kengkononnya dan akhirnya membebel-bebel je mengata syarikat van tu sebab hampeh meng-spoil-kan plan orang je. Tapi kat pantai ni takde sunrise pun sebab kedudukan dia leh tengok sunset je wahahahahaha. Tapi boleh la sikit-sikit ni nampak sunrise dari arah bertentangan dengan laut, macam kat belakang Paradise Isle Beach Resort ni. Hehe



Ni dak-dak 1st trip!



Pelik jugak kadang-kadang tengok tempe-tempe ni cam bersemangat ye datang pantai awal-awal pagi sebab diorang kan orang local, why bother nak datang awal. Kitorang ni yela kan. Hahahaha. Pagi-pagi tu ramai gila tempe dah berendam bersuka ria dalam laut tu tau tak ==''



Ha bagus belah sini kurang sikit orang. Tenang je. Hihi




Ha! Gambar ni adalah sempena untuk meraikan kejayaanku berjaya melengkapkan birthday wish! I WAS HERE ON MALPE BEACH! Wahahahaha



Ditemani dengan jersi kelas yang baru dapat. Hakhak. That's my roll number. 41.
Hi orang putih over there! *waving*




Sementara tunggu budak-budak 2nd trip, kitorang makanlah roti jala yang some of our friends buat semalamnya. Sedaaaaap.. dah la lapo. Makan cam orang gile. Puaih.

And nak tau tak, akhirnya pakcik van tu datang depan hostel kitorang dalam pukul 7:10am. Rasa nak mengamuk tak? Asalnya dah la plan 1st trip pukul 6am, 2nd trip pukul 6:30am, ended up cam ni lak. Memanggggg aaa. Geram je.

Oh the bila semua dah sampai, kitorang pegi tangkap-tangkap gambar, main-main tepi laut dannnn...

MAKAN! Wuhuuu!


Ada ayam masak merah,


cekodok pisang, gulai udang masak lemak!




Auwhhh cam pelancong sangat ai :}







padahal pinjam shade Aida bahahahahahhahahahaha



Ni adalah pasangan pakcik makcik datang dari Hyderabad kot kalau tak silap. Diorang suruh gua amikkan gambar diorang guna kamera diorang. Atotototo... 



Pastu kan, pakcik tu suruh kitorang lak bergambar dengan isteri dia.

Abaikan keseksian manusia-manusia kat belakang tu. Kalau tak jadi spoiler takleh ka haaaaa =I



Antara aktiviti yang ada kat sini termasuklah parasailing. Rs 500 (RM30) sorang. Gua tak naik ni sebab gua pergi naik bot ke pulau. Ada la some of our friends yang try naik parasailing ni. Takpe Iliana.. next time next time hihi

Ada jugak aktiviti menunggang unta kat sini. Tapi nampaknya dah sampai ke tengahari pun unta tak bangun tido lagi agaknya. Kau mengecewakan aku, unta!



Ni my new travel companion. Ceyyy cakap macamlah before ni ada old travel companion. Hahahaha. Gua gantung dia kat beg kamera gua. Comel je kan hikhik. Nama dia Leanot. Sebutan = Lenot. Ish jangan pedulikan nama tu. Tu nama ex-pemadam aku masa kat sekolah menengah dulu. Hahaha bongek je kitorang dulu setiap pemadam ada nama.













Oh. Hampir semua gambar dalam entri ni dan entri sebelum ni, aku tangkap guna camera baru! Beli kat Mangalore haritu, hehe. Actually this camera wasn't the one that I really wanted to buy. Haish panjanglah cerita dia. Nantilah, teringin gak nak cerita tapi, nantilah. Hehe. But I'll promise that I will love you, my Nikon 1 J1! T.T Perasaan dia kan, macam you ada boypend yang you sangat cintai ewaaaah tengok-tengok you kena kawen dengan orang lain wahahahahahaha pastu everytime ternampak gambar camera yang i was supposed to buy tu, mesti cam "Ishhh asal kau ada je kat mana-mana weh?? Aku taknak tengok kau dah :( "

So kesimpulannya, couple itu takde dalam islam hahahahahaha




Kenal ni sapa? Tak kenal memang low la general knowledge korang wakakakakakaka





Perasan tak dalam map kat atas tadi tu, ada St. Mary's Island? Next entry, insha Allah :)

Kesimpulannya lagi, Malpe beach is okaylah, seronok! Pantai bersih, toilet bersih, erm, overall, not bad :D

Bye! Assalamualaikum :)

*** to be continued ***


No comments:

Post a Comment