Order Guidelines

Showing posts with label How To. Show all posts
Showing posts with label How To. Show all posts

Friday, June 13, 2014

How To: Stitch Gambar Untuk Menghasilkan Panorama View Menggunakan Adobe Photoshop CS6

Assalamualaikum

Hai semalam aku baca blog Ejad Fotopoyo, and latest entri dia adalah pasal panorama. And aku bukan nak cerita pasal apa itu panorama pun, so kalau nak tau, sila bukak link blog dia tu, sebab dia lagi layak bercerita haha. Anyway, aku suka gambar panorama sebab... entah, sebab aku suka la! And lagipun dalam handphone memang ada kan mode tu, which kita kena tangkap gambar bergerak mula dari kiri ke kanan tu. And hasilnya, dapat la gambar panorama yang panjang tu.

Sebelum ni aku ingat gambar macam tu just boleh dapat guna camera yang memang ada built-in panorama mode. Kalau takde, pandai-pandai la tangkap gambar betul-betul so that nanti boleh cantum kemudian. Maybe kalau zaman sebelum adalah teknologi stitching gambar ni, orang buat camtu kot?

Stitching gambar tu apa?

Stitching gambar tu ialah proses mencantum beberapa keping gambar untuk jadi satu gambar yang wide, dalam kes ni, panoramic view.

Okay nak jadi cerita, dari entri blog tu la aku dapat tau yang kita boleh buat gambar panorama tu secara manual hahaha. So tadi aku saje la try masa balik dari kelas. Harini kelas habis awal yay!

Kalau dalam blog tu, dia bagi situasi kalau sesorang tu nak amik gambar wide, tapi orang tu bawak kamera yang lensnya tak berapa nak wide, jadi bolehlah dia mengaplikasikan teknik ini. Dalam kes aku, aku more to curious nak try buat sendiri sebenarnya. And dia jugak bagitau yang dia buat stitching tu guna software AutoStitch, which aku takleh nak download dari link yang dia bagi tu sebab tak compatible dengan Mac. Lagipun aku dah ada photoshop, so baik aku belajar je camne nak buat guna photoshop. So hasil menggugel telah memberi ilmu photoshop yang baru buat aku! Hahaha senang gila! Okay meh aku share camne nak stitching gambar kat Adobe Photoshop CS6.

First of all, korang kena pastikan gambar yang korang tangkap tu hujung antara setiap satu gambar tu overlap antara satu sama lain. Kalau nak tau, sila rujuk lagi kat entri Ejad Fotopoyo ni. Kat situ dia ada bagi teknik-teknik nak amik gambar macam mana.


Ni contoh 4 keping gambar yang aku amik kat meja ruang makan rumah aku kat India ni. Macam rumah hantu kan? Hihihii



Kemudian, bukak Photoshop, dan bukak File > Automate > Photomerge.



Lepas tu, just upload files gambar tadi ke sini. Layout, aku guna Auto tu je. Options lain aku tak test lagi. Next time maybe. Lepas dah upload semua, just klik OK tu.


So, Photoshop yang bijaksana ni akan automatically merge-kan (stitch) gambar-gambar korang tadi tu, macam kat atas ni. Lepas tu, korang boleh merge-kan pulak kesemua layers so that keempat-empat gambar ni akan jadi satu gambar.




Akhir sekali, cropkan untuk buang area of defiency (aku yang bagi term ni kat area kosong keliling gambar tu wakakaka) tu, dan jadilah seperti ini!



Lastly, edit la gambar tu kalau rasa perlu diedit. Yeeehaaa!

Best kan? Apa yang aku nampak dari benda ni, ini adalah satu alternatif kepada wide angle lens! Hahahaha. Aku suka gila gambar-gambar wide angle, tapi tak mampu kan nak ada kamera sendiri yang ada wide angle lens (melainkan attached lens untuk smartphone haha), so boleh la buat camni, just perlu sedikit kerja tambahan je. But it worths it!

Macam dalam entri blog Ejad Fotopoyo tu kan, ada satu gamba masjid tu, nampak macam tangkap guna wide angle lens padahal dia buat guna style stitching ni je.

Oh by the way, sekarang ni dah monsun dah kat India. Memang best sebab sejuk, tapi disebabkan construction jalan depan rumah kitorang ni tak settle lagi, so rumah kitorang yang rendah ni (sebelum ni tinggi dari jalan, sekarang jalan dah ditinggikan pulak) asyik banjior je disebabkan hujan sepanjang malam dan hampir sepanjang hari.

Tapi alhamdulillah ada insan yang berhati mulia tolong letakkan batu-batu loncatan tu, kalau tak memang kitorang tetiap pagi takleh gi kelas tau tak! Maybe pakcik-pakcik yang kerja construction jalan ni kot yang letak. Daniyavadaa :)

(Daniyavadaa = terima kasih dalam bahasa Kannada)

Ni gambar yang aku amik balik dari kelas pagi tadi. Kalau jernih dah lama boleh buat swimming pool =(





Nampak macam rumah hantu yang ditinggalkan kan? Tapi kalau nak nampak lebih fun, boleh kata nampak macam Istana Takeshi leh main lompat-lompat atas batu jangan bagi jatuh dalam air. Who remember Istana Takeshi? Lol

 Okay tu saje untuk hari ini.. Bertemu lagi pada hari lain hihi
Thanks membaca!


Monday, June 24, 2013

How To: Menghasilkan Tabs / Side Links di Blog

Assalamualaikum. Hai. Gua dalam mood exam untuk block 4. Lepas ni university exam. Lepas tu BALIK MALAYSIA! Yay tak sabar! Harap segalanya bakal dipermudahkan oleh Allah SWT dan segalanya berjalan lancar tanpa ada musibah aameen.

Ada kawan bertanya haritu pasal layout blog, and then pasal tabs/ side links kat blog. Secara ringkasnya, tabs tu adalah links/ buttons yang korang boleh klik dan location dia adalah secara horizontal kat dalam blog. Selalunya orang letak tabs kat bawah header blog, nak kasi contoh, ni sila lihat di blog craft aku yang dah berhabuk ni. Hehe


Kalau side links pulak, nama pun dah side kan, so dia adalah links/ buttons yang sama fungsinya macam tabs, tapi location dia kat sidebar blog, kat kiri atau kanan, doesn't matter as long as it is a sidebar hahahahaha. Kalau kat blog aku ni, aku guna side links (sila rujuk di sidebar kanan blog ni, di bawah tajuk 'Menu di sini' -___-)

Sho sho sho... memandangkan ada kawan bertanya perihal perihal benda benda ni, aku pun tetiba cam rajin offer diri nak tunjukkan camne nak buat benda alah ni melalui tutorial How To di blog aku. Lagi senang whaddd. Kalau nak cerita kat private message kat fb memang agak jenuh la kan. Hehe

Aku ni memang seorang yang dipenuhi sifat paranoid dalam diri, tambah-tambah kat dalam internet kan. Ate aku mana tau kot-kot ada je apa-apa kat dalam printscreen-printscreen aku ni yang bisa menjadi sebab orang boleh hack ke, orang buat jampi ke, orang buat pape la. Aku dah kata, aku paranoid.. manusia zaman sekarang ni banyak akai nya. Akai jahat lagi banyak dari akai baik kan... Hahahaha.. k dah. So aku blur kan part-part yang tak penting dalam printscreen-printsreen ni sekaligus boleh menyebabkan korang fokus lebih kat apa yang perlu untuk aku tunjuk je. Hehe



1. Bukak www.blogger.com, dan inilah homepage korang kan. Pastu, selari dengan option untuk blog korang tu, ada arrow button yang bisa diklik kan? Macam dalam gambar kat atas ni ha. Jadi klik lah di situ. Pastu, select Pages.




2. Ini rupa pabila korang dah klik Pages. Macam aku, ni lah link-link yang available kat side links aku tu. Ada Home, My Artwork, Delicia, Travel, Perkongsian Umum, My Review and bla3.. Korang boleh susun page-page ni ikut kesukaan korang dengan drag pages tu ikut susunan yang korang nak.



3. Ni untuk start wujudkan page yang korang nak dalam tabs/ side links korang.

Blank page
Untuk blank page, korang boleh buat like a new blog entry, tapi dia bukan blog entry. Dia adalah page.. Hahaha.. macam dalam blog craft aku tu, aku guna blank pages ni untuk create About, Contact, How To Order buttons ha yang cam cam tu la.

Web address
Tapi kat blog ni, yang aku link-kan di side links aku ialah blog posts aku yang aku dah categorizedkan menggunakan 'Labels' yang mana korang boleh jumpa waktu menaip entry tersebut. So bila dah guna 'Labels', korang boleh bukak 'Labels' tu kat satu webpage yang baru, then copy url tersebut, dan paste-kan kat option 'Web address' ni.



3. Ni pulak options untuk korang nak pilih antara Top Tabs ataupun Side Links. Yang Don't Show tu sila abaikan kahkahkah.

Kalau Top Tabs, jadilah macam yang anak panah tu tunjuk tu; macam dalam blog Lovely Box aku tu.. Dia berada di bawah header blog aku tu.

Kalau Side Links, ialah macam apa yang anak panah tu tunjukkan, ataupun korang boleh je tengok contoh secara live kat dalam blog ni, iaitu di sidebar aku yang kat kanan blog aku ni. Dia vertically arranged and Top Tabs lak horizontally arranged.


Akhir sekali, sila Save Arrangement-kan pages korang ni kalau tak sesia je korang tulis memacam kat situ hahahahahaha
K harap-harap ini membantu bagi sesiapa yang tak tahu. Sharing is caring kan? All the best! Assalamualaikum~

Thursday, February 21, 2013

How To: Make Homemade Pepper Spray

Assalamualaikum..

Cewaaaah tajuk nak english je tapi entri bahasa jiwa bangsa. Kekeke. Harini, kite mau mengajak anda semua untuk sama-sama belajar cemana nak buat pepper spray sendiri! Sepatutnya ni untuk perempuan je la kan tapi kalau lelaki-lelaki yang baik di luar sana nak buat jugak pun boleh, tapi orang jahat di luar sana plish jangan buat :'( dah la jahat, jangan nak dok aniaya orang guna benda ni pulak. Gua just nak sharing je cemana nak produce benda ni sebab malas nak cari dan beli yang dah siap. Lagipun ni kitorang buat time sebelum nak pegi trip North India haritu sebab sebagai protection kan. Nak nak kat Delhi tu ha tengah top dengan kes gang rape dia. Tak pasal-pasal lak kan kalau kita tak bersedia, dari best-best jadi tourist, kita lak masuk newspaper diorang dengan kes camtu :'( nauzubillah min zalik.

So, kepada perempuan-perempuan di luar sana, ni hanyalah satu cara untuk melindungi diri sendiri yela kalau-kalau korang taktau any self defence technique kan, cam AKU.. haha.. yang aku tau hanyalah mencucuk mata orang menggunakan dua jari tangan dengan gaya peace tu.. ala-ala kungfu sikit kan. 

Resipi pepper spray ni banyak je dalam internet. Ni pun kitorang google je. Menurut orang tu, pepper spray ni mungkin leh tahan dalam 2 minggu kot. Yela buat sendiri kan, bukannya ada bahan pengawet pun nak tahan benda ni dari expired. And insha Allah berkesan, sebab menurut orang tu, dia test kat mata dia dulu, dan dia kata sangat pedih okay (dia tulis in english la sebab dia orang putih) dan kepedihan tu bertahan dalam 15 minit jugakla. So, dalam masa 15 minit tu la korang perlu lari secepat mungkin untuk menyelamatkan diri dari musuh durjana itu.. wahahaha...

Tapi, kalau musuh durjana pakai spek/shades, pepandai la korang nak selamatkan diri :/



Okay, so ini adalah ramuan utama kita; SURGICAL SPIRIT! Mana nak cari? Entah, tanya je la kat kedai-kedai. Ethanol a.k.a. minyak tanah pun mungkin boleh. This is just for the solvent, so cari la apa-apa bahan pelarut yang bisa melarutkan. Tu diaaaa botol ni tampak sungguh ganas sekali. Siap tulis POISON besaq-besaq habaq hang. Makanya, pasti sangat power kalau spray kat mata orang jahat huahuahua



First of all, dapatkan serbuk lada hitam (black pepper). Banyak mana nak guna, aku malas nak restrict creativity korang. Makanya, saya memberi kebebasan kepada anda semua untuk taruh berapa banyak pun hua ha ha haaaa.. *gelak kuasa hitam*



Pastu, tambahkan pula serbuk cili (chilly powder) sesuka hati korang juga. Tapi selalunya taruh serbuk ni lagi banyak la dari serbuk lada hitam tu.


Pastu, masukkan surgical spirit ke dalam bekas adunan. Dan kacau kacau gaul seadanya dan semahunya.

AWAS: Jangan kacau lama sangat sebab seperti yang kita belajar, sifat alcohol adalah apa? Ya, volatile. Cepat meruwap. Nanti korang kacau-kacau-kacau, tak sedar dah separuh volume adunan korang hilang ke udara. Buat rugi jek wakakakaka




Lepas tu, sediakan bekas untuk menapis adunan tadi (kenapa cam pelik je guna word adunan kat sini ha? :/  ). Kat sini kitorang buat double-filtration (cey nama nak mantap je) sebab akan dapat banyak sisa serbuk cili dan black pepper yang tak dissolve tu kan. So untuk filter belah bawah tu, kitorang guna kertas A4 je yang dilipat macam kita lipat filter paper dalam makmal masa sekolah dulu tu, then filter belah atas tu guna penapis teh je.

Eh jangan tanya lak kenapa ada kulit pisang di situ.




So inilah hampas cili korang ekekeke. Buang okay benda ni, jangan recycle dalam masakan pulak. Eee nak muntah terbayangkan benda ni dalam masakan :/






Sesudah tapis, bolehlah isi dalam botol spray yang comel-comel.. ehehehe




Pastu sediakan dalam 3 botol, pastu leh susun lelawa camni k pastu dah leh buat ala ala Totally Spies kan. Tadaaaaaa! Dah siap. Kbai malas nak buat penutup dah hihi selamat mencuba semua! :)

Untuk orang-orang jahat,

"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"

Tak jatuh kat dunia, kat akhirat konpemmmm jatuh! Haha bye! Assalamualaikum.