Order Guidelines

Monday, June 24, 2013

How To: Menghasilkan Tabs / Side Links di Blog

Assalamualaikum. Hai. Gua dalam mood exam untuk block 4. Lepas ni university exam. Lepas tu BALIK MALAYSIA! Yay tak sabar! Harap segalanya bakal dipermudahkan oleh Allah SWT dan segalanya berjalan lancar tanpa ada musibah aameen.

Ada kawan bertanya haritu pasal layout blog, and then pasal tabs/ side links kat blog. Secara ringkasnya, tabs tu adalah links/ buttons yang korang boleh klik dan location dia adalah secara horizontal kat dalam blog. Selalunya orang letak tabs kat bawah header blog, nak kasi contoh, ni sila lihat di blog craft aku yang dah berhabuk ni. Hehe


Kalau side links pulak, nama pun dah side kan, so dia adalah links/ buttons yang sama fungsinya macam tabs, tapi location dia kat sidebar blog, kat kiri atau kanan, doesn't matter as long as it is a sidebar hahahahaha. Kalau kat blog aku ni, aku guna side links (sila rujuk di sidebar kanan blog ni, di bawah tajuk 'Menu di sini' -___-)

Sho sho sho... memandangkan ada kawan bertanya perihal perihal benda benda ni, aku pun tetiba cam rajin offer diri nak tunjukkan camne nak buat benda alah ni melalui tutorial How To di blog aku. Lagi senang whaddd. Kalau nak cerita kat private message kat fb memang agak jenuh la kan. Hehe

Aku ni memang seorang yang dipenuhi sifat paranoid dalam diri, tambah-tambah kat dalam internet kan. Ate aku mana tau kot-kot ada je apa-apa kat dalam printscreen-printscreen aku ni yang bisa menjadi sebab orang boleh hack ke, orang buat jampi ke, orang buat pape la. Aku dah kata, aku paranoid.. manusia zaman sekarang ni banyak akai nya. Akai jahat lagi banyak dari akai baik kan... Hahahaha.. k dah. So aku blur kan part-part yang tak penting dalam printscreen-printsreen ni sekaligus boleh menyebabkan korang fokus lebih kat apa yang perlu untuk aku tunjuk je. Hehe



1. Bukak www.blogger.com, dan inilah homepage korang kan. Pastu, selari dengan option untuk blog korang tu, ada arrow button yang bisa diklik kan? Macam dalam gambar kat atas ni ha. Jadi klik lah di situ. Pastu, select Pages.




2. Ini rupa pabila korang dah klik Pages. Macam aku, ni lah link-link yang available kat side links aku tu. Ada Home, My Artwork, Delicia, Travel, Perkongsian Umum, My Review and bla3.. Korang boleh susun page-page ni ikut kesukaan korang dengan drag pages tu ikut susunan yang korang nak.



3. Ni untuk start wujudkan page yang korang nak dalam tabs/ side links korang.

Blank page
Untuk blank page, korang boleh buat like a new blog entry, tapi dia bukan blog entry. Dia adalah page.. Hahaha.. macam dalam blog craft aku tu, aku guna blank pages ni untuk create About, Contact, How To Order buttons ha yang cam cam tu la.

Web address
Tapi kat blog ni, yang aku link-kan di side links aku ialah blog posts aku yang aku dah categorizedkan menggunakan 'Labels' yang mana korang boleh jumpa waktu menaip entry tersebut. So bila dah guna 'Labels', korang boleh bukak 'Labels' tu kat satu webpage yang baru, then copy url tersebut, dan paste-kan kat option 'Web address' ni.



3. Ni pulak options untuk korang nak pilih antara Top Tabs ataupun Side Links. Yang Don't Show tu sila abaikan kahkahkah.

Kalau Top Tabs, jadilah macam yang anak panah tu tunjuk tu; macam dalam blog Lovely Box aku tu.. Dia berada di bawah header blog aku tu.

Kalau Side Links, ialah macam apa yang anak panah tu tunjukkan, ataupun korang boleh je tengok contoh secara live kat dalam blog ni, iaitu di sidebar aku yang kat kanan blog aku ni. Dia vertically arranged and Top Tabs lak horizontally arranged.


Akhir sekali, sila Save Arrangement-kan pages korang ni kalau tak sesia je korang tulis memacam kat situ hahahahahaha
K harap-harap ini membantu bagi sesiapa yang tak tahu. Sharing is caring kan? All the best! Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment