Order Guidelines

Sunday, June 30, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434!


Assalamualaikum
Tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk kita menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Oh and sebab tu juga, poster di atas ni dihasilkan atas permintaan seorang sahabat :D so disebabkan poster tu dibuat atas permintaanya, maka bila nak upload ke blog, perlulah tanya dulu boleh ke tidak kalau nak guna. Sebab malas pulak nak buat poster lain. Di samping tu, tujuan dia nak gak update apa yang aku dah hasilkan ye dak. Hehe

K nak ubah mood guna 'saya' pulak :D

Tak banyak yang saya mampu kongsikan mengenai bulan Ramadhan dek kerana kekangan ilmu, tak beranilah :D Tapi ni ada serba sedikit mengenai isu-isu yang patut kita fokuskan lebih pada bulan Ramadhan, supaya dapat kita tingkatkan lagi kualiti Ramadhan kita pada tahun ini insha Allah. Berikut adalah sedikit intipati yang saya cedok dari laman web Ustaz Zaharuddin. Moga bermanfaat! 

1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.


Sumber: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html

Selain tu, semalam kitorang ada hadiri talk bertajuk Warming Up Ramadhan oleh Ustazah Asma' live dari Brisbane, Australia. Dulu Ustazah hampir setiap minggu bagi kuliah kat muslimat-muslimat Kolej MARA Seremban pada hari Jumaat, sebelum berpindah mengikut suaminya ke Brisbane. Rasa lepas rindu pulak bila dapat tengok muka ustazah and dengar ceramahnya T.T hehe

Tak semua la aku dapat salin, tapi insha Allah ini pun boleh lah untuk di-share dari takde kan.

PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN

1. Persiapan hati. Perlulah kan bagi kita untuk membersihkan hati, bukan bila nak datang Ramadhan je, sebenarnya setiap masa kan sepatutnya. Tapi memandangkan kita bakal menyambut tetamu yang istimewa yakni Ramadhan, jom cuba buat dengan lebih power! Insha Allah (Iliana, take note!)

Bagaimana untuk membersihkan hati?
- taubat nasuha
- solat (cuba untuk memperbaiki kualiti solat kita)
- istighfar

2. Persiapan emosi.

3. Persiapan akal. Ini adalah persiapan dari sudut ilmu. Ilmu tentang bulan Ramadhan dan berpuasa. Sebagai contoh, perkara-perkara sunat, makhruh, yang membatalkan puasa dan sebagaimana. Sangat perlu kita titikberatkan supaya dapat meningkatkan kualiti puasa kita dan menjaga puasa kita dari terbatal..

"Yang banyak membentuk manusia itu bukanlah perkara-perkara yang positif, tetapi perkara-perkara negatif yang menghasilkan sesuatu yang positif." - Ustazah Asma'

Betul kan?
Kita lebih banyak belajar melalui kesilapan-kesilapan yang kita lakukan which is a negative thing kan. Negative takkan selamanya menjadi negative jika kita berusaha menggunakan ia untuk menghasilkan sesuatu yang positive, selagi tidak bertentangan dengan syarak. Makanya, mungkin ini masanya untuk kita menyemak kembali kesilapan-kesilapan yang mungkin ada kita lakukan pada Ramadhan yang lalu, untuk kita perbaiki Ramadhan kita kali ini, dan seterusnya membentuk individu muslim yang lebih baik kali ini, insha Allah.

Selamat beramal dan ahlan wasahlan ya Ramadhan!
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment