Order Guidelines

Wednesday, August 28, 2013

Sabah Part 1: Off to Sabah!

Assalamualaikum..
Hi Iliana datang lagi dalam segment travelogue! Hihi
Okay travelogue India sebenarnya tak siap-siap lagi, ingat nak buat time cuti first year ni, tapi rupa-rupanya bila cuti kat Malaysia, lagilah hilang feel nak menulis travelogue India. Hihi. Oh ya, kitorang tengah cuti first year now lepas habis exam 3 Ogos haritu! :) And result keluar 1 week after that. Alhamdulillah lulus first year :P hehe

Okay, plan nak pegi Sabah ni bermula a few months (or is it just a month ago?) before, bila kawan bagitau ada tiket AirAsia murah ke Sabah. Bila check, takde la murah mana, tapi murah sikit la.. hihi. So masa tu la ajak family, buat decision and terus book the tickets. Masa tu harga promosi ticket satu hala ialah RM99.


So we flew off to Sabah on 24th August 2013, departure time jam 11:05 am dari LCCT. Oleh sebab ni adalah first time pergi Sabah, and tak amik mana-mana travel agent, so haruslah buat research sendiri kalau nak vacation kita tu berjalan secara smooth and silky hehee dan menjimatkan masa. For this, I suggest untuk pi google blog-blog orang yang menulis pasal travelling kat Sabah. Baca pengalaman orang adalah lebih reliable dari kita dapatkan info kat mana-mana website yang rasmi. It's trueeee what... Haha

Oh ya, 1 more thing. Kita kena study map tempat mana yang kita nak pergi tau. Gua pun print berapa keping tah map yang gua google je haritu. Jangan amik Google Map, susah nak tengok, at least for me. Hehe. Aku cari map yang simple-simple je, and bandingkan antara semua maps yang aku print out tu. At least kita dapat la gambaran kasar pasal kedudukan tempat-tempat yang kita nak pergi tu.



So, here it is; SABAH!

Air dia jernih gila gua cakap sama lu. Ni gambar masa kat Kota Kinabalu ni sebelum mendarat kat Kota Kinabalu International Airport Terminal 2. Walaupun KK tu bandar, tapi laut dia still cantik! Subhanallah.. lawa gilossss. Well Sabah memang popular dengan laut yang cantik pun kan.

OH lagi satu! Kalau yang rasa nak travel sendiri, korang kena prepare dengan kenderaan jugak. Cari siap-siap. So I have a few numbers which I got from my junior in KMS. Sebab dia budak Sabah. Dulu siap tanya dia macam-macam la apa yang best kalau nak jalan sekitar KK dengan Kundasang. Hehe. Tengs Pikaaaa :D

Tapi dalam masa yang sama, kitorang cari jugak kereta sewa kat KK dalam internet. Hasilnya, kaklong dapat nombor sorang kakak ni, nama Kak Maya, dan akhirnya deal untuk sewa kereta Saga BLM dengan harga RM350 untuk 3 hari. Auto la kan senang, Kundasang tinggi benor nak mendaki.. *cakap bajet aku seorang yang kerap drive hahahaha*

Boleh contact Kak Maya di sini:

+60198325485 (Kak Maya)


So ikutkan plan perjalanan kitorang, hari pertama, terus ke Kundasang. Lepas sampai je airport KK, kaklong terus call Kak Maya, sebab dah janji dengan dia, dia hantar kereta kat airport. Tengok-tengok Kak Maya tak sampai lagi, sebab jalan jem. Yes, memang jem KK petang tu! Akibatnya, perjalanan jadi lebih panjang dari yang dianggarkan. Ikutkan maklumat dari blog orang lain, perjalanan KK-Kundasang adalah sejauh lebih kurang 100km bersamaan dengan lebih kurang 2 jam perjalanan. And tengok-tengok, we took longer than that! Haha. Last-last, lepas tersesat ke jalan menuju ke Ranau, akhirnya kitorang check in kat Kiram's Village (tempat penginapan kitorang kat Kundasang) masa waktu malam. Haha padahal waktu check in kat situ adalah pukul 2:00 pm. Ingatkan dapat la check in time petang, bila dah jalan jem, pastu sesat pulak, last-last check in waktu malam.




On the way ke Kundasang, kitorang singgah kedai makan kat Tuaran, lapo kome, LAPOR! Kat sini la first time kitorang jumpa kepak ayam bakar style Sabah ni. Memang kat mana-mana kat Sabah ni pun ada kepak bakar macam ni dijual ek? Diorang panggil sayap ayam. Memula dengar, kitorang pun like "SAYAP whadddd???" Rupanya diorang panggil sayap ayam... haha.



Sayap bakar ni cicah dengan sos dia yang macam kicap tu. Dua kali je aku pernah makan sayap bakar ni sepanjang kat Sabah ritu. Sekali kat Tuaran ni, sekali kat Kundasang. Tapi percayalah, sayap bakar yang aku makan kat Tuaran ni paling sedap yang aku makan, lepas tu sos dia lagi sedap dari yang aku makan kat Kundasang tu ahaks.



Kitorang gak ada lalu kat Jambatan Tamparuli ni yang terletak kat, err, Tamparuli lewww. Hiks. Ayah le dok cakap "Ni la Jambatan Tamparuli tu.. Tangkap gambo! Tangkap gambo!"

Kitorang pulak mesti la pelik. Kenapa? Popular ke jambatan ni?? Ada nilai sejarah ke?? Rupanya, nama jambatan ni ada dalam lirik lagu pe tah. Wakakakaka




Lagi satu, bila korang dah lepas kat jalan gunung, sepanjang perjalanan ke Kundasang tu korang akan ditemani oleh Gunung Kinabalu. Bila first time tengok, depan mata pulak, wiowwww besar gila Gunung Kinabalu! Subhanallah cantiknya bila tengok depan mata hanya Allah yang tau! Dan siapa-siapa yang dah pernah gi tengok. Hihi. Memang la. Sebab selama ni tengo gambar je kan. Belajar dalam subjek Geografi je kan.
Cuaca pulak memang sejuk-sejuk nyaman gitu la sebab dah nak malam masa tu.

Okay la takat tu je la cerita masa perjalanan nak ke Kundasang. Next entri insha Allah review tempat penginapan kitorang kat Kundasang, iaitu Kiram's Village! Familiar dengan nama Kiram tu? Wahahahahaha lek luuuu. Ni bukan Sultan Kiram. Hahaksss. K bye!

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. Thanks to u sbb sy dapat no fon Kak Maya from ur blog. Hari tu sy sewa kereta kak maya servis ok. kereta murah. kitorang sewa 2 kereta. viva rm80/day saga yg kat atas tu rm85/day. kak maya dah turunkan harga khas untuk penyewa dari semenanjung sahaja. syukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome! seronoknya dah turun harga. Kitorang pun macam plan nak gi sabah lagi hehe. Thank you sebab view blog saya! :)

      Delete
  2. salam nak tanya yg kereta sewa tu tmph awal2 ke ?

    ReplyDelete