Order Guidelines

Friday, February 21, 2014

Bukit Bendera Mai Mai~




Assalamualaikum

Aku selalu rasa aku suka tempat-tempat yang tinggi sebab dari situ kita boleh tengok pemandangan yang subhanallah cantiknya! Dan kalau bernasib baik, dapatlah merasai suasana dingin-dingin gitu disapa bayu bukit dan tetiba rasa macam tak kena je letak frasa 'bernasib baik' kat situ. Haha insha Allah dingin jeee! Kalau tak dingin pun, sure berangin. Walau aku menyedari aku ni agak takut juge dengan ketinggian, namun aku tetap mengecopkan diri sebagai insan yang sukakan tempat tinggi. Hmm adakah aku mempunyai phobia of height?

(semenjak dua menjak ni semua benda aku nak kaitkan dengan phobia)

So, siapa pernah pergi Bukit Bendera? Wawawa... aku pernah naik masa kecik dulu je, dan satu-satunya memori yang aku ada pasal Bukit Bendera, adalah pasal abang saudara aku yang mengalami nausea dan vomiting lepas naik train Bukit Bendera tu. Tu je. Wakaka (harap dia tak baca ni hahaha)

Bukit Bendera terletak di.... yes, of course la Pulau Pinang. Siapa taktau sila jangan tinggal di Malaysia (sarcastic mode on tetiba).

Memandangkan aku pergi last week (14 Februari 2014), so kadar tiket naik train ke puncak Bukit Bendera ni (cecei puncak) adalah:
Dewasa: RM8
Kalau ada student card: RM4

Kanak-kanak, erm i don't know. Maybe free? Ceh pepandai je. And make sure bawak IC k! Kalau tak, kena charge harga foreigner walau sejawa mana pun muka kau :P
Harga foreigner: RM30 !

Boleh pulak kan aku pergi berjalan tak bawak IC. Walaupun berwajah melayu tulen, aku tetap taknak dapat title foreigner hanya disebabkan aku terlupa bawak IC. This is the perk of being an overseas student hihi. Dah biasa ke mana-mana tak perlu bawak IC, hanya perlu bawak passport je, so tadaaa! Aku bawak passport je dan dengan bangganya tunjuk passport kat kaunter tu -_-

Nasib baik diterima. Menghela nafas lega.


Oh ya, aku pergi ni dengan kakak, sepupu dan makyong! Makyong drive dari Alor Setar tau. She's an anaesthetist yang baru sebulan transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dari HKL. Makyong la yang belanja semua ni. Macih makyong =)



Ada budak sekolah naik train ke Bukit Bendera gak hewhew


Dah sampai! About 10-15 minutes gak kot untuk sampai ke puncak. Beberapa kali gak train tu macam slows down, then stop, gerak balik, slows down, stop, and gerak balik. Memula cam cuak, oh adakah ini pengakhiran hidupku. Hmm mungkin memang train tu memang begitu sistemnya kot.



Tuuuu diaaaa Pulau Pinang!




Me and my sistah =)



Kat situ ada gerai-gerai makan juga. Makyong juga yang belanja ni. Macih makyong =')




Sedang bersiar-siar, tetiba baru perasan kat atas kawasan makan-makan tu, ada satu area yang luas, and ada perkataan LOVE ni. So kitorang pun pergi ke situ. Ingatkan kena bayar nak bergambar kat situ, rupanya free je siap ada props lagi hewhew

Dekat area LOVE tu juga, ada satu gerai. Ingatkan jual cenderahati. Rupenye jual mangga dan kunci je. JE. Bila tengok dengan lebih rapat, cehhh rupanya untuk couple-couple conteng mangga tu dengan nama diorang then kuncikan kat pagar tepi tu! Kengkonon simbolik cinta terkunci rapi ah ni? So so so drama la you guys =) jangan marah hahahaha


Cei ni macam nak buat ala-ala kat Korea tu la. Entah, I never been there, tapi cukup takat baca dalam blog Fatin Liyana je hihi








Tetiba baru terperasan, "OH HARINI VALENTINE'S DAY!"

Kita tak sambut so mari ignore sambutan-sambutan sebegini dan teruskan mengambil gambar ahaks.



Perkhidmatan bersiar-siar naik macam golf caddy ni turut disediakan pada kadar harga RM30 seorang. Dia bawak bersiar-siar ke bukit yang lebih tinggi, and katanya ada bagi penerangan pasal budaya-budaya i-don't-know. Ada la something kat atas tu tapi aku taktau la sebab kitorang tak naik pun benda ni pasal mahal benor.. katanya 4 kilometer, pergi dan balik. Aku memula ingat 4 km pergi dan 4 km balik. Rupenye 4 km tu total jarak pergi dan balik hewhew



 Aku taktau la, tapi aku rasa macam aku bergaya ala-ala Indonesia pulak, pakai tudung camtu, pakai kemeja pastu pakai skirt. But I don't care hewhew



Kat sini korang boleh teropong Pulau Pinang pada kadar RM1 untuk, erm seminit kot?




Ada kuda, periuk kera, ada juga tempat untuk bergambar dengan pets contohnya macam burung. Tapi kena bayo le kome k...

Lepas tu makyong belanja makan Seoul Garden kat Gurney Plaza. Macih makyong =')
Malam pulak, pergi teman makyong shopping kat Queensbay Mall, makyong belanja baju juge (what girls usually like hihi), macih lagiiii makyong! Te amor muah



Tu je kali ni! Selamat Cuti-Cuti Malaysia!


* semua gambar tangkap guna S3 aku je, ada beberapa gambar guna iPhone makyong. Sekadar mengeluh kesedihan di sini, lens Nikon J1 aku rosak sebenarnya. So sedih I feel like crying again for the 100th time :'(

No comments:

Post a Comment