Order Guidelines

Monday, February 10, 2014

Finally, My Very Own Enma Ai!

Assalamualaikum

Warghhh lamanya aku tak update blog! Baru dapat petunjuk nak bagi makan kat blog ni T.T kalau la blog ni adalah seekor haiwan peliharaan sudah tentu jasadnya pun dah hilang ditelan bumi, dan seterusnya meneruskan kitaran nitrogen dalam alam yang fana ini.

Aku sebenarnya, on vacation! Makanya, aku sedang berada di Malaysia! Wah terharu gila dapat balik Malaysia sebab last time balik ke India, aku menghadapi homesick. Walaupun menyampah untuk mengakuinya, namun yes, aku dapat homesick haritu sebab setahun tak balik Malaysia, tetiba balik, memang homesick kennnn.

Actually banyak gila benda aku nak share kat blog ni, tapi yes, aku malas! Banyak je draft entries dalam blog ni tau tak. Tak tau bila baru dapat settlekan. Andddd, dah genap setahun aku travel India haritu, anddddd, travelogue north India aku tak siap lagi! Baru sampai Mumbai. Dem tak dem? Sedangkan travelogue north India pun tak siap, apatah lagi travelogue Sabah mahupun Mysore. Adik-adik, jangan tiru sifat keji ini T.T (Hei aku malas bersebab k. Blame dentistry. Dah salah dentistry pulak kan. Hikhik)

Anyway, haritu masa still kat Manipal, ada akak senior ni share iklan Langit Ilahi yang mencari kolumnis muslimat kat wall facebook aku. Andddd aku agak berminat la untuk kategori poster. So masa tu kita leklek lu la kan sebab dah nak block exam pun masa tu, and dah alang-alang banyak free time masa cuti, baik buat masa cuti.

Yes. Di sini aku sekarang. Harini dah 11 Februari 2014. Tarikh tutup penyertaan Langit Ilahi tu, 15 Februari. Oh Tuhan adakah aku memang tidak ditakdirkan untuk ngejoin benda tu :'(
Padahal ada je masa, tapi melihatkan prestasi aku yang sangat lembab untuk brainstorm nak buat poster (dah la nak 3 poster tau!), aku tak tau la dapat buat ke tak. Dulu nak buat poster Lagenda pun, nak dapatkan the right time for the right idea to come, LAMA TAU, lebih dari dua minggu aku rasa kot? Melampau gila. Tapi camtu la. Aku dah cerita dulu kan? Oh okay tak. Entri tu ada dalam draft aku :P

Tadi cuba la jugak untuk brainstorm, ended up, aku malas nak fikir dan aku pun melukis benda lain!



Yes.. Enma Ai! Hell Girl / Jigoku Shoujo. Sapa suke anime ni? *angkat tangan*

Actually, baru baru-baru ni (wau banyaknya perkataan baru) aku reti nak buat mata style anime ni. Thanks to Fuzah sebab tempah doodles (plural okay!) yang menyebabkan aku berusaha untuk buat dengan lebih bagus maka terhasillah mata ini! Kalau tak, mungkin aku malas nak mencuba sebab aku ingat sangat rumit buat mata macam ni.

*Insha Allah nanti aku share pasal tempahan cik Fuzah k hihi*

Alhamdulillah, mungkin ini kesan aku yang rajin melukis ala-ala gadis anime masa sekolah menengah dulu, so aku dah ada basic dalam melukis mata anime, just tinggal untuk godek-godek manipulate sikit Adobe Photoshop untuk menghasilkan mata sebegini rupa. Sebenarnya aku lukis mata camni based on cerita Shakugan no Shana masa sekolah dulu tu. Aku tak reti lukis mata anime yang lain, plus bagi aku mata Shana sangat cantik, tambah-tambah dengan color blend dia, cantikkkk sangat! Efek dalam anime tu sangat cantik okay.

Tapi still mata yang aku lukis ni tak lawa sangat. Kalau nak tau mata yang lawa camne, sila google mata Shana okay! *Iliana mengajar masyarakat agar menjadi rajin berdikari*
Aku bajet color mata dia tu boleh buat guna effect color dodge ke, tapi bila aku buat, lain jadinya. Takpe boleh cuba lagi next time yek. Meheheh dan sebenarnya, banyak je cacatnya dalam gambar Enma Ai tu. Satu, aku lupa nak letak bahu dia. How come collar baju dia boleh terapung gitu kan? Haha how silly. Second, small mistake yang aku tak perasan, line biru kat collar belah kiri tu tak extend sampai ke hujung. Sebab aku ada ubah collar tu tadi, lupa nak extendkan line biru tu sekali :P

Semoga ada rezeki untuk aku join pencarian kolumnis Langit Ilahi tu, walaupun hanya sekadar penyertaan!
(Aku tak join sekadar saje nak join tau, sebagai seorang manusia yang ingin membina individu muslim dalam diri, aku ada hadaf aku yek kenapa aku nak join! Hehe)

Bye, tengs bace! :D

No comments:

Post a Comment