Order Guidelines

Friday, September 6, 2013

Sabah Part 3: Desa Dairy Farm


25 Ogos 2013

Assalamualaikum
Pernah dengar pasal Dairy Farm kat Kundasang? Aku dengar bila ada kawan yang dah sampai kat Kundasang je hahahaha. Just so you know, Desa Dairy Farm ni pun salah satu tempat pelancongan kat Kundasang, Sabah.

Nama pun dairy farm kan, mesti la ada lembu. Lembu-lembu dia lawo.... Cam lembu-lembu yang jadi model iklan-iklan susu tu ahaks. The best thing about Desa Dairy Farm ni ialah, dia sejuk dan pemandangan ala-ala New Zealand gituh (asal lembu je New Zealand. Asal New Zealand je lembu). And, tempat ni sangat dekat dengan Gunung Kinabalu, so tangkap la gambar kat mana pun, boleh mendapatkan latar belakang Gunung Kinabalu. Hiyarghhh sangat cantik!


Haritu kitorang keluar dari rumah penginapan around 8:30 am cam tu. So pagi tu, destinasi pertama kitorang ialah ke Desa Dairy Farm! Pada hemat aku, cey cey, tempat ni ialah tempat persendirian. And kawasan ladang dia saaaaaaangat luas dengan rumput hijau yang tebal meliputi kawasan ladang tu. Lembu-lembu jangan cakap la, taktau berapa ratus ekor yang ada. Tah-tah mau beribu ekor yang ada kat situ dan masing-masing melakukan aktiviti memasing seperti meragut rumput, mengorat, bersiar-siar, mengawan (eh? haha), dan menjadi model dengan duduk meragut rumput di tepi-tepian ladang untuk tatapan pengunjung yang berhenti kat tepi pagar ladang ni untuk tengok lembu-lembu ni dengan lebih dekat.

Hari operasi: Hari-hari
Waktu operasi: 8:30 pagi - 12:00 tengah hari, 1:00 petang - 5:00 petang
Bayaran: Dewasa - RM 4 / orang,
Kanak-kanak/murid - RM 3 / orang



Ni pemandangan dari entrance ke ladang ini.



Ni la contoh lembu yang jadi model untuk tatapan pengunjung-pengunjung yang datang berhenti kat tepi ladang ni sebab nak tengok lelembu yang bapak besar ni dari dekat. Kusyuk sangat dia makan rumput.



Ni tempat pemprosesan susu. Takleh masuk pun, so, tataplah gambar ni puas puas! Kahkah



Main building dia a.k.a. kedai dia. Kat sini ada jual memacam. Ayoh kita masuk ke dalam bangunan ini...



Kat kedai dia ada jual macam-macam produk tenusu contohnya aiskrim, susu segar, dan sebagainya (cara mudah nak lepaskan diri dari memberi contoh kehkeh). Ooops! Amaran untuk sesiapa yang tau dirinya ada lactose intolerance or rasa dirinya ada. Jangan minum susu segar nanti korang cirit-birit macam gua kahkahkah. Tak pernah sangka pulak aku taktahan minum susu segar yang segar. Haha

Selain tu, ada jugak jual fridge magnets (of course mesti ada!), postcards, tshirts, badges and macam-macam lagi. Sediakan sahaja duitnya ya! :D



Tempat memerah susu. Sayang diorang tak sediakan servis untuk bagi peluang kat pengunjung merasa sendiri perah susu lembu. Or, maybe ada just masa hari aku pergi tu dia tak bukak? Tak tau laaaaah ai... Haha


Next. Jom ke kandang anak lembu dan kambing-kambing!


Sebelum korang dapat masuk ke kawasan kandang ni, pihak Desa Dairy Farm ada menyediakan satu tapak yang lembap berisi air untuk korang pijak sebelum masuk ke kawasan kandang.





1st time pegang anak lembu! Hihi. Mak bapak lembu dah lama dah pernah merasa pegang.. ekekeke (acah acah otai). Alaaaah kat India tu ha, merata-rata kau boleh jumpa lembu, pe de hal kan takat lembu-lembu ni hihi. Lembu kat sana dah macam kucing berkeliaran kat Malaysia ni ha.



Ayah pegang kambing. Oh! Nak bagitau, main dengan kambing dewasa yang paling best kat sini sebab diorang sangat ramah! Haha okay la, bukan ramah la of course la kan daaaaa, tapi aktif sangat! Melompat sana-sini bila nampak orang. Ish ish macam perangai sapa la ni... ish ish.. #random hahaha



Jangan tersilap ye. Yang kat tengah tu, yang kotak susu tu, itu susu segar yang dibeli dari kedai Desa Dairy Farm ni. Harga, tak ingat. Yang pasti, rasa dia sangat sedap sampai separuh kotak gak la aku minum sebelum perut memulas masa kat Kinabalu Park and akhirnya mendapat CB* kahkahkah

Yang susu dalam botol tu untuk kita bagi minum kat lembu atau kambing kat sini. Harga sebotol ialah RM 1.50. Selain tu leh jugak bagi diorang makan rumput, harga seikat rumput ialah RM 1.00. Tapi aku tak recommend la korang beli rumput sebab tak best pun bagi lembu kambing ni makan rumput, and nampaknya lembu kambing ni lagi suka kalau kita bagi susu percayalah ahaks.

(Pandai bos buat bisnes.. orang beli makanan lembu kambing untuk bagi makan lembu kambing bos.. wakakaka)


Tapi serius la, best sangat bagi lembu kambing ni minum susu! Berebut-rebut minum dan sangat laju! Subhanallah that feeling when we feel so close to nature, mesti la seronok gile kan! Bila susu dalam botol tu dah habis, kambing ni akan menghidu-hidu kat puting botol susu tu dan tak kan hisap dah botol tu sebab dia tau susu dalam botol tu dah habis melalui penghiduan dia tu. Learned behaviour I guess, cam yang belajar dalam Biology HL masa dalam International Baccalaureate dulu tu... HAHAHA



Bergambar satu family berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Subhanallah, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman)



Bila dah balik, baru bergambar kat batu welcoming ni.


Apa yang perlu diperbaiki?
Sila naiktarafkan jalan masuk ke ladang ni. Haha. Tu sahaja.




Itu sahaja pengalaman di Desa Dairy Farm. Moga bermanfaat walau sedikit! :)
Thanks for reading and assalamualaikum!



*CB = ciwet biwet la..  -..-  hewhewhew

No comments:

Post a Comment