Order Guidelines

Wednesday, February 12, 2014

Second Year of BDS

Assalamualaikum

BDS? Apetewww? Tau la BDS tak sepopular MBBS =')
BDS tu ialah Bachelor of Dental Surgery. K dah tu je taknak explain lebih-lebih tambah-tambah mengenai apakah perbezaan BDS dengan DDS (Doctor of Dental Surgery) cause I don't know that as well hikhik

Well, kitorang budak BDS Melaka-Manipal Medical College kampus Manipal University di Manipal, India (apakah perlu elaborate sebegini panjang?) sedang bercuti, kira cuti midyear la ni kot? Kira baru seminggu yang lepas kitorang habis exam yang menandakan berakhirnya block 2 untuk second year BDS.

Second year ni, aku rasa berganda-ganda kepayahannya berbanding first year. Tak dinafikan subjek-subjek second year memang best dan lebih menampakkan kedoktoran (ehem), yela ada Pharmacology (belajar pasal ubat-ubatan), Microbiology (belajar pasal kuman-kuman virus-virus), dan Pathology (belajar pasal penyakit), tapi nama pun dah meningkat remaja dalam course ni cewah, maka degree of difficulty tu semakin meningkat la. Tapi personally, bagi aku subjek first year pun susah dan sesungguhnya tidak ingin aku ulangi kembali detik-detik first year dulu. Cukuplah belajar Anatomy, Oral Biology, Biochemistry, Physiology, setakat itu sahaja. Ditambah pula dengan Dental Materials dan Prosthodontics, walaupun tak masuk theory exam, hmm tapi... takde tapi-tapi!

Masuk second year ni pulak, subjek dental yang sebelum ni adalah Oral Biology, sekarang belajar Dental Materials pulak which akan masuk theory exam. Masa first year DM tak masuk theory exam. Masa block 2 of second year ni, DM banyak belajar pasal cements yang guna pada gigi. Hmm.. dasar kena hafal contents yang ada dalam setiap jenis cement! Gerutu hatiku.

Anyway, aku bukan nak membebel pasal benda-benda ni sebenarnya. Dalam taknak membebel tu, 4 perenggan jugak dah terhasil! Hewhewhew..

Actually, I just came across this post on Instagram:


Sumpah lawak gila! Hahaha. Benda selalunya akan jadi lawak bila dia memang terjadi secara realiti kat seseorang kan. And that caption, merujuk kepada jurnal-jurnal second year. Hmm memang betul! Tak kira la kau BDS ke MBBS (sebab post atas ni budak MBBS yang post). Jurnal ni kira macam buku praktikal la, setiap subjek ada. Macam kalau masa first year, buku jurnal Biochemistry kita kena tulis ikut apa yang kita salin dalam lab. Physiology jugak, isi dengan jawapan pada soalan-soalan yang disediakan, dan juga diisi dengan results experiment-experiment yang dibuat, contohnya macam buat blood group test. Masa first year, jurnal semua subjek akan siap, complete! Tak ada masalah dah bila dah nak exam. Maybe sebab mudah nak diisi and macam Biochem tu, salin je dari lab. So senang boleh siapkan dari awal (kalau tak pemalas hehe)

Dah second year ni, cara mengisi jurnal juga sudah berubah mengikuti peredaran zaman. Cewah. Kalau Pharmacology dengan Pathology, at least ada soalan untuk dijawab jugak, just bezanya soalan tu bukan ada dalam buku, tapi akan disiarkan guna projector masa waktu practical dalam lecture hall. That's how we do. No. That's how THEY do. Hahahaha. So yang membuatkan lambat untuk disiapkan sama ada taktau jawapan, atau malas. Ye, MALAS.

Tapi kalau jurnal Microbiology, ya Allah. Banyak gila! Belajar satu block untuk block 2 haritu, ada berapa banyak microorganisms kena belajar, and each one of them kena tulis lab diagnosis, and sangat banyak benda yang perlu ditulis! Nasib baik dapat copy jurnal senior tau hikhik

Dari start block 2 lagi aku dah nasihatkan diri sendiri, oi kamu ni rerajin le siapkan jurnal awal-awal.. Tapi apa yang jadi? Jurnal senior ada je kat rumah, tapi, hmm tu la, everytime habis satu lab, aku ada perasaan ketidakpastian yang mana satu sebenarnya kena buat. Sebab jurnal senior turutan topik dia ada yang tak sama dengan kitorang, so, hmm aku agak keliru di situ, dan aku tak suka buat kerja dua kali, kalau dah tersilap salin nanti, hmm kena buat balik hmm, so, hmm, tunggu nantilah! Hihi so akhirnya, dragged sampai dah nak ke minggu exam huahua. 

Tapi tak kira la puncanya malas atau tidak, tapi jurnal-jurnal second year saaaaangat banyak! Makanya, dalam second year inilah aku mula belajar erti sebuah pengalaman kelam-kabut menyiapkan sisa-sisa saki-baki jurnal yang tak siap lagi di saat-saat akhir. Time lunch sebelum masuk exam practical (OSPE) pun boleh wahahaha. Hmm, survival level increased +1000 kot.

K la, jom memasang azam lagi untuk upcoming block 3 ni. Tak salah untuk memasang azam, asalkan ada inisiatif untuk melaksanakannya. Harapnya aku boleh beristiqomah menyiapkan jurnal awal untuk block 3 oh pleaseeee dear meeeee =')

Thanks bace!

3 comments:

  1. sama-sama bace! haha.

    kawan aku yang kakaknya doktor pernah habaq mai kat aku.
    "hanya orang-orang terpilih je boleh jadi doktor (including dentist la tuh) ni sebab memerlukan mujahadah dan tahap kesabaran yang tinggi"
    haha. lebih kurang macam itu lah kot ayat dia. tahniah..... kerana menjadi orang yang terpilih dalam banyak2 orang! tak semua orang mampu sampai tahap ini :D

    no turning point. inshaallah ini yang terbaik. selamat meneruskan kerjaya ini sampai titisan peluh dan airmata yang terakhir. haha.

    siapakah aku?
    aku hanyalah 'aku'. haha.

    ReplyDelete
  2. thank u sesangat!! God bless!!

    KEEP CALM WE'RE GONNA BE A DENTIST ;-)

    ReplyDelete