Assalamualaikum
Last travelogue entri aku tak silap aku pasal Palolem Beach kot. Lepas tu actually ada satu lagi tempat kitorang pergi, tapi disebabkan aku ni full of bias and selection, and aku malas nak cover cerita tempat tu sikit (hihi), makanya aku terus lompat ke destinasi seterusnya;
MUMBAI!
Mumbai ialah ibu kota di negeri Maharashtra. Sedap kan nama negeri yang ni? Tapi nama negeri kitorang pun sedap gak; Karnataka. Hihi. Well basically kitorang bergerak ke Mumbai menggunakan train dari Madgaon train station dan turun di CST Mumbai. Perjalanan ni memakan masa lebih kurang 10 jam. So, kitorang telah sampai di bumi Mumbai dengan selamat dan berbunyinya pada tanggal
9 FEBRUARI 2013
pada jam around 5am.
Sesampai je kitorang kat CST Mumbai ni, jalan-jalan nak cari tempat duduk dulu sementara tunggu masuk waktu subuh, macam "wow not bad station ni. Interior lawa dan tampak moden je." Ha jangan konfiden sangat dik.. Dah namanya India kan, kau jangan letak expectation tu tetinggi benor ha.. hahaha..
Lalu berjalanlah kami memasuki ruang menunggu yang utama.. dan ini yang kami lihat!
Tadaaa! Wah di mana sahaja anda berada. Ingat lagi dulu masa first time datang India, turun flight kat Chennai, agak kagum dan jakun gak aaa tengok ramai orang tido kat airport Chennai tu. Lepas tu tak heran dah kau... Ha amekauuu berlambak je orang tido di mana-mana. Budaya diorang kut, and mungkin diorang akan bawa lapik tidur (samada kain atau kotak, atau tak beralas langsung :I ) dan selimut. Dengan yang ber-baby-baby pun ada ha tido berjemaah atas lantai ni.
And rasanya kat Malaysia kita takde la jumpa pemandangan macam ni kan? So dari situ mulalah rasa 'wah, bersyukurnya aku dilahirkan tidak sesusah mereka ini' dan 'wah, orang malaysia sebenarnya agak manje kan sebab rasanya takde sape akan sanggup nak tido macam ni. lagi rela tido duduk atas bangku atau tido berdiri pun sanggup mungkin". Eh apa kaitan dengan hidup susah atau senang pulak ni. Tak semestinya diorang ni miskin melarat. Just diorang nak tido, mungkin sebab dah biasa, so diorang leh tido je di mana-mana.
Bak kata Ustazah Asma' kat KMS dulu,
"Orang yang boleh tido di mana-mana je ni maknanya hati dia tenang." -> merujuk kepada orang-orang yang tido dalam surau masa fardhu ain berlangsung :P hahahaha!
Hari itu ialah hari Sabtu. Dan cuaca Mumbai tidaklah seperti yang ku duga. Sebab dia agak ke utara kan, walaupun jauh dari area yang konfem sejuk seperti Delhi dan Agra, tapi dia still kat utara, so expect cuaca agak sejuk. Tengok-tengok.. hampehh.. sama jek. Hahaha!
Kami mengambil teksi untuk ke hotel dan kat sini lagi sekali agak jakun bila semuanya hanya ada teksi je.. DI MANA AUTO? Bentak hati ini yang dah biasa naik auto (auto-rikshaw) setelah hampir setengah tahun tinggal di India.. hahaha.. Lepas tu teksinya semua kereta macam zaman 80an punya..
Hambik kau tetiba aku rasa warna-warna di sekelilingku pudar seakan-akan aku berlakon dalam movies tahun 80an.
So kitorang check-in kat Oasis Hotel (hotel budget, but not bad la, tapi aircond style lama la. Dah ku kata tadi duniaku berubah menuju zaman 80an dah) pada jam 7am. Lepas tu semua mandi, rehat-rehat, dan blablabla, dalam pukul 9 lebih ada la some of us yang turun ke lobi sebab nak gi shopping :I Katanya Mumbai ni syurga shopping-menyopping gak kat India ni, selain Bangalore. Wahahahaha bunyi cam anak raja je kau mention perihal perihal shopping ni!
Pastu dalam excited nak gi shopping mall ni, kegembiraan kami dibantutkan dek orang hotel ni lame benor proses dokumen perjalanan kitorang, so duduk la kau menonong kat lobi tu. Ate bukannya kau leh gi jalan pun kalau takde passport di tangan kan. Satu hal masyarakat tempatan ni; memang lambat kalau buat kerja. Hahahahahahahahaa! Eh orang Malaysia, jangan nak suka sangat. Kau pun sama jek.
Ni teksi yang kitorang naik pagi tu, dan shopping mall pilihan kami pada pagi itu ialah Phoenix Mills! Pheonix Mills ni terletak kat kawasan Mumbai baru. Aku taktau whether nama ni betul-betul ada ataupun tak, tapi Mumbai ni macam terbahagi dua la, ada part old Mumbai dan ada part new Mumbai. Cenggitu la roughly. New Mumbai macam city betul, moden dan futuristik (ewah). Old Mumbai ni klasik, banyak bangunan-bangunan tinggalan sejarah orang putih. Hotel tempat kitorang duduk ni kat old Mumbai, dan kat situ memang tiada auto. Auto dilarang sama sekali mendekati kawasan old Mumbai ni sebab taknak berlaku masalah trafik. Hahahaha! Kesian auto-auto.. So itu menyelesaikan misteri mengapa tiada satu pun auto yang ditemui di Mumbai tempat kitorang duduk ni.
So sementara naik teksi tu, kitorang pun melilau-lilaukan lah segenap pandangan ke seluruh isi Mumbai lama ni... haha amboi ayat. Tanpa pemandu teksi yang petah berbahasa Inggeris dan tanpa pemandu pelancong, so kitorang taktau la bangunan-bangunan pe suma ni, so tak semua aku leh namakan yek. Hihi
Luckily aku adalah jenis yang suka amazed dengan bangunan-bangunan lama dan yang unik-unik cenggini, so aku rasa gembira la even dapat tengok dari dalam teksi je.
The Chhatrapati Shivaji Terminus, formerly known as Victoria Terminus, is the headquarters of the Central Railwayand a UNESCO World Heritage Site. (kopipes Wikipedia hihi)
PHEONIX MILLS
Actually nama terkini shopping mall ni ialah High Street Phoenix, yang terletak di Lower Parel, Mumbai. Nama lamanya ialah Phoenix Mills. Shopping mall ni adalah yang kedua terbesar di India k. Jangan main-main k. Hihik
Pheonix Mills ni asalnya adalah tempat pengeluaran cotton textiles kat Bombay (nama Mumbai dalam english) bermula tahun 1905, dimiliki oleh keluarga Ruia. Dalam gambar kat atas ni ada chimney kan? Tu menjadi lambang bahawa tempat ni pernah menjadi tempat yang penuh dengan cotton mills sebelum dibangunkan semula menjadi shopping mall.
Shopping mall ni menjemput ramai orang-orang kaya untuk melabur di dalamnya, maka kami yang biasa-biasa ni je hanya mencuci mata ekekekeke. Bila balik, kitorang pun like, "Hmphhh tempat orang kaya rupenye!" Memang tak berbelanja la kan. Hahahaha
Ni kat sebuah kedai aiskrim/coffee kat High Street Phoenix ni. Aisyah saje nak jadi model ni. Kedai ni sangat cantik! Dan harga aiskrim pun bisa membuatku menangis lalu aku yang suka makan aiskrim pun berkata "Malas la nak makan aiskrim."
Okay anyway, takat tu je la cerita shopping mall. Petang tu kitorang jalan-jalan di sekitar old Mumbai, jalan kaki of course, sebab kata nak tengok bandar kan, buat pe amik cab kan.
Terserempak dengan pakcik misai ni, dia yang suruh tangkapkan gambar dia melihatkan kamera yang tergantung di bahu gua. Haha uncle you're so cool!
Basically, Mumbai ni (I mean old Mumbai) macam satu town yang klasik, or a vintage town I would say. Bangunan lama, teksi lama (eh?). Dan kawasannya pun bersih. So saya suka! Despite of the fact yang someone told me bahawa udara Mumbai sangat kotor sampai boleh diumpamakan macam kau menyedut asap rokok (eh yeke? Not sure, tapi lebih kurang camtu la fact dia).
Di mana ada kesan peninggalan orang putih, di situlah ada ukiran manusia yang menyeramkan -_-''
Mural yang cantik menghiasi dinding di tepi jalan!
Eh banyak gambar bangunan je kan. Aku kali ni taknak pulak bias and selection, so aku upload je bebanyak gambar bangunan yang aku amik. Hahahahaha sooo Iliana...
Boring ke tengok gambar bangunan? Seni lah bangunan tu, seni!
Boring ke tengok gambar bangunan? Seni lah bangunan tu, seni!
So takat tu sajalah cerita sikit-sikit pasal Mumbai. And kitorang dok Mumbai like satu setengah hari je. Tak banyak tempat leh pergi. Kalau nak tau pe tempat-tempat menarik kat Mumbai, korang search je la kat internet. Banyak je, just pepandai la korang susun jadual korang kalau nak pergi banyak tempat kat Mumbai ni kan. And jangan lupa plan duit jugak sebab bukan semua tempat dalam walking distance, so naik teksi itu perlu. Lagi satu. Pemandu teksi ni pun bukan leh percaya sangat. Kadang-kadang bila kita kata nak pergi satu tempat tu, alih-alih dia tanya kita balik kat mana tempat tu. Memang la kitorang tau sangat tempat diorang ni kan. Haha. Tak pasal-pasal je naik angin pastu kena google map lak tempat yang kitorang nak gi tu. Last-last fed up punya pasal, baik balik hotel je terus. Nak balik hotel pun satu hal, diorang boleh taktau kat mana hotel tu? -_- haiya penat aku nak naik angin. Haha
And sampai satu point tu, pakcik teksi tu berhenti and tanya orang tempatan, kat mana Oasis Hotel. Orang tu pun kata dia taktau. Kitorang pun sambil-sambil tu tengok-tengok gak sekeliling, rupa-rupanya hotel tu kat belakang orang yang ditanya tadi tu je! Like, seriously uncle? -_- haihhh penatttt! So kalau nak gerak kat India ni, better prepare yourself dengan sedikit ilmu pasal tempat-tempat yang korang nak pegi, and kalau boleh belajar bahasa Hindi yang simple-simple and basic. Senang sikit kalau diorang takleh cakap english kan.
Last but not least.
Ehhhh apa ni? Hahahaha tunggu next entry insha Allah!
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment