Order Guidelines

Friday, June 7, 2013

KMS North India Trip: Mumbai Gateway of India


8 FEBRUARY 2013

Assalamualaikum, alhamdulillah dah sampai akhirnya fasa kegemaran aku dalam travelogue ni... Fasa melawat tempat yang bersejarah lagi mempunyai signifikan dan nilai seni dan estetika! Wahwah kau...

Kali ini, kita akan melancong ke.....

Mumbai Gateway of India!

Tu diaaaaa start start entri lagi dah tayang kasut kotoqqq dia.



Secara geografinya, Gateway of India versi Mumbai ni (ada lagi Gateway of India kat India ni lagi, tau? Bukan kat Mumbai je ada.. haha..) terletak di Colaba, Mumbai Selatan. Kalau kita lihat dalam peta ni, dia terletak kat penghujung Apollo Bunder ni (actually word dia ialah 'tip of Apollo Bunder', tapi aku taktau nak translate pe word 'tip' tu). Dan ianya menghadap Laut Arab (Arabian Sea). Kalau rajin pi tatap header blog aku ni, nampak kan kat peta tu, ada tulis Arabian Sea? Hahahaha.. eh tajamnya mata korang kalau leh nampak! Hihik! Mumbai ni terletak kat tepi laut kalau ikutkan peta India, and dia memang menghadap Laut Arab.



SEJARAH

Mumbai Gateway of India ni dibina sebagai memperingati lawatan King George V dan Queen Mary ke Mumbai pada tahun 1911. Korang mesti sedia maklum yang dulu India diduduki British kan masa zaman sebelum India merdeka? Ha adik beradik la tu Malaysia dengan India. Ceh.  Ha, zaman ketika mana India ni diperintah oleh kerajaan orang putih, ia digelar zaman British Raj. Asas pembinaan monumen ni bermula pada 31 Mac 1911 oleh Sir George Sydenham Clarke yang merupakan Gabenor Mumbai (Bombay) pada masa tu. Reka bentuknya direka oleh George Wittet yang telah diluluskan pada tahun 1914. Ianya siap dibina pada tahun 1924.

Sayang seribu kali sayang, masa lawatan King dengan Queen tu, diorang hanya sempat melihat model cardboard monumen ni je. Haha. Apa boleh buat kan. Monumen ni telah menelan belanja lebih kurang 21 lakh (1 lakh = 100,000 rupees) dan sepenuhnya dibiayai oleh kerajaan India. Eh penjajah punya hal nak bina-bina monumen peringatan bagai, kerajaan tempatan lak kena tanggung modal? Eh sibuk lak pelancong Malaysia ni nak komplen ahaks.


"Erected to commemorate the landing in India of their Imperial Majesties King George V and Queen Mary on the second December MCMXI"



Ni aku pun tak tau sape tah dok berkuda kat taman bertentangan dengan Gateway of India ni ha. Mungkin, King George V? :I

Hasif dan Adzrif


ARCHITECTURE

Actually aku nak tulis 'architecture' tu dalam bahasa melayu, tapi cam pelik je bila eja dalam bahasa melayu. ARKITEKTUR. Betul ke wujud term sebegini dalam bahasa melayu?? :/

Seperti yang kita lihat, monumen ni adalah berbentuk seperti sebuah pintu gerbang, yang mana mempunyai ketinggian 26 meter. Hmm tinggi juge ye. Mengikut sumber-sumber pembacaan aku, monumen ni punya senibina adalah bercirikan Indo-Saracenic. People, don't ask me what kind of architecture is that, trust me, I'm a dental student. Ahaks! At this point, baru aku sedar yang word 'architecture' tu dalam bahasa melayu ialah 'senibina'!

Dan kata sumber lagi, kita sebenarnya boleh detect senibina Islam juga dalam Gateway of India ni. Architecture students, please kaji sikit pasal Gateway of India kat Mumbai ni. Hehe. Dikatakan rekabentuk senibina monumen ni menjadikan ia unik sebab kita akan dapat melihat latar biru air laut di belakangnya, seuampama mengalu-alukan kedatangan kita dan babai pulak kat kapal-kapal yang nak berlalu pergi.. Ewah.


Leanot dah sampai di Mumbai Gateway of India!


Kitorang datang ke sini jalan kaki beramai-ramai je petang tu berpandukan GPS henpon Sarah. Baru adventure kan. Dakdak smartphone nowadays kan... hahaha. Jauh jugak la kitorang berjalan tu sebenarnya, tapi perasaan travelling tu lebih terasa kalau bergerak macam ni kan. Oh, and masa berjalan tu pun kan, ada satu kawasan ni tak boleh lalu, ada road block. And ramai orang kat situ. And dengar cerita, ada penggambaran filem masa tu. Mumbai kan pusat Bollywood kan wahwah.. Huwaaa hampir-hampir aja muka aku bisa dimasukin ke dalam movie Hindustan!! T.T




Ibu, ayah dan kaklong pun dah sampai sini! Hahaha


Ironinya satu fakta mengenai Mumbai Gateway of India ini adalah ianya dibina untuk mengalu-alukan kedatangan kerabat diraja British ke Mumbai, tapi bertahun-tahun kemudiannya, kumpulan terakhir askar British keluar meninggalkan India melalui gateway yang sama pada 28 Februari 1948, sempena kemerdekaan India dari genggaman British. Ironi, kan? Hihi 





Dalam kawasan yang sama juga, terdapat sebuah hotel yang bernama Taj Mahal Hotel. Hotel ni merupakan hotel yang paling berprestij dan paling mewah di India. Memang tak mungkin la aku tido kat situ masa ni... Kami dakdak hotel bajet je.. Haha!


Panorama view of Mumbai Gateway of India, and Taj Mahal Hotel at the right.







Capturing happy moment.. wahwah

Korang boleh je melawat tempat ni bebila masa. Tapi kalau ikutkan pembacaan dari internet, the best period of time untuk melawat is from November to March, which is the period of post-monsoon season. So agak cam mendamaikan la melawat dalam tempoh tu. Well, kitorang datang masa bulan February. Just right in time! >:)


Aku telah decide untuk memilih Adilah sebagai Model of the Entry! Yay tahniah tahniah... Gambar ni tampak menarik sekali, persis model gitewww. Hahaha!



Balik pun kitorang jalan kaki jugak. Ni Hedaya dengan Adilah stretching kaki jap masa kitorang berhenti sekejap on the way balik tu. Jauh weh berjalan, jauh! Kira hebat la ni leh jalan kaki pergi balik. SURVIVAL LEVEL INCREASED!!




Ini, pemandangan biasa kat India. Kalau peserta-peserta American Next Top Model tengok la makcik-makcik kat India ni buat camni, mau menangis melutut diorang mintak diturunkan ilmu catwalk. Hahahaha



Ni ole-ole buat family gua. Mumbai Gateway of India! (Actually ni beli dari Bangalore sebab kat Mumbai tak sempat pun nak shopping. Kahkah. Main cheat dah ye kau sekarang ni Iliana. New achievement UNLOCKED!)



Ni group photo kitorang kat sini. Huwaaaa I really miss this moment!



Dan sebagai penutup entri..


Mumbai Gateway of India,

5 comments:

  1. kau gune kamera ape? s3 ke? santekkk2 sume gmbar kau, haha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh, akaun mak aku plak dh~ ahh, lantak lah, malas nk logout, haha~ -AzrulFarhan-

      Delete
    2. Haha. Guna Nikon 1 J1. Yang gamba kasut dengan panorama tu je guna S3.

      Delete
    3. patut laa gmbar cecantik, gune kamera mahal rupe nye, haha~ tpi gmbar gune s3 tu pn lawa!

      Delete
    4. well, tengok orang la yang tangkapnya... hahahahah

      Delete