Order Guidelines

Tuesday, June 4, 2013

New Month With A New Header!


Assalamualaikum! Hai! Nampaknya setelah beberapa bulan lepas habis travel India, barulah Allah mengurniakan ilham untuk aku men-design header baru yang menepati bayanganku selama ini setelah selesai fasa travel India. Lepas balik Manipal dulu tu memang nak sangat tukar header yang berkaitan dengan travelling (ate, alang-alang dah gi berjalan kan, tema blog harusssslah ditukar juga ekekeke), tapi idea tak datang dan sangat buruk aku rasa aku design yang dulu tu. So, tadi masa before keluar pegi library, ada masa sikit, start la men-design. Ala sekejap je, so tak makan masa aku pun :p hihi

So kat sini nak cerita sikit features yang ada kali ni dalam header baru blog ni. Oleh sebab nak ada fefeeling travelling tu kan, so tema blog aku yang baru ni ialah,

TRAVEL & VINTAGE !


Nama blog masih sama, La Laena, dan subtitle juga masih sama. 'Episode India's Dreams', telah ku ceritakan kisahnya dulu masa tukar header blog first time after sampai India, dan malas bagiku untuk diceritakan kembali :p Cuma this time aku tuka font tajuk blog je. Nampak klasik-klasik gitew font tersebut. Dan background, berlatarbelakangkan surface meja tulis yang aku cilok dari internet. Malas aku nak gi tangkap gambar study table bilik ni pulak kan.. Renyah, renyah!



Ni feature yang paling aku suka! Old map of India. And kat situ aku tambahkan thumbtacks beraneka warna, menandakan setiap point yang telah aku jejaki masa travel haritu. Ini termasuklah Mangalore dan Bangalore, Goa, Mumbai, New Delhi, Jaipur, Agra, dan Manali. Eh sebenarnya aku tak jumpa nama Manali dalam peta ni, so aku pakai letak je la satu thumbtack tu dekat-dekat Shimla, ala lebih kurang la tu dekatnya Shimla-Manali kan :p ekekeke



Atas peta ni saje aku selerakkan sikit 3 keping 'illustration card' of myself yang aku buat, bajet cam kad-kad la kan. Saje nak menunjukkan yang kini aku lebih terer berdoodle dari zaman tahun lepas di mana aku menghasilkan doodle yang maha buruk cam *insert suitable word here* je. Baguslah, manusia harus bertambah baik dari sebelumnya kan. Hahahaha... pandai je kau.



Pastu ececeh sesaje nak selerakkan beberapa keping gambar dari landmarks yang popular yang dah kitorang jejaki masa travel haritu. Ni senarai nama-nama tempat tersebut:

Barisan atas dari kiri:

1. Gate of India, New Delhi
2. Taj Mahal, Agra
3. Hawa Mahal, Jaipur
4. Manali

Barisan bawah dari kiri:

1. Gate of India, Mumbai
2. Jama Masjid (the largest mosque in India, built by Shah Jahan, the same person who built Taj Mahal), New Delhi
3. Amber Fort, Jaipur
4. Jal Mahal, Jaipur
5. City Palace, Jaipur



Ni kengkonon saje nak tambah macam barang-barang extra atas meja ni. So mula-mula google lah image 'I love India', pastu rasa cam derhaka kat negara sendiri la pulak, nasib ada gambar ni, sekali gus ada I love Malaysia dengan bendera India... Wahahahaha... strategi yang sangat pintar! Sini aku gunakan effect satin untuk kasi dia, err, berefek cam tu lah.




Last but not least, my best companion all time during our trip tu. My Nikon 1 J1! Beli last year bulan 12 kat Mangalore. Huwaaa first time aku beli barang mahai!!! Panjang cerita di sebalik kamera ni sebenarnya, yang pada asalnya kamera idaman aku adalah Sony NEX (tak kisah siri yang mana), tapi tu la, Allah dah tetapkan si Nikon J1 ni yang jadi best companion aku, nak buat camne kan. I love u my camera! Don't worry, gua takkan curangi lu dengan Sony NEX dah. Hahahahaha!

By the way, gambar kamera ni bukan gambar kamera aku sebenarnya (sebenarnya, saya isteri dia :I k tipu, aku tak tengok pun cerita tu :P). Ni pun google je. Malaih aih nak amik gambo kamera lak. Punya la google nak cari gambar kamera ni dari pandangan atas, keyword "Black nikon J1 from above" wakakakakaka. So ini je hasil yang terbaik, yang nampak agak sesuai dengan angle yang dipaparkan dalam design header aku ni, so, inilah dia. Siap!

Tu sahaja nak share kali ni. Babai semua! Assalamualaikum!


(editing software: Adobe Photoshop CS6)

2 comments: