Order Guidelines

Friday, June 13, 2014

How To: Stitch Gambar Untuk Menghasilkan Panorama View Menggunakan Adobe Photoshop CS6

Assalamualaikum

Hai semalam aku baca blog Ejad Fotopoyo, and latest entri dia adalah pasal panorama. And aku bukan nak cerita pasal apa itu panorama pun, so kalau nak tau, sila bukak link blog dia tu, sebab dia lagi layak bercerita haha. Anyway, aku suka gambar panorama sebab... entah, sebab aku suka la! And lagipun dalam handphone memang ada kan mode tu, which kita kena tangkap gambar bergerak mula dari kiri ke kanan tu. And hasilnya, dapat la gambar panorama yang panjang tu.

Sebelum ni aku ingat gambar macam tu just boleh dapat guna camera yang memang ada built-in panorama mode. Kalau takde, pandai-pandai la tangkap gambar betul-betul so that nanti boleh cantum kemudian. Maybe kalau zaman sebelum adalah teknologi stitching gambar ni, orang buat camtu kot?

Stitching gambar tu apa?

Stitching gambar tu ialah proses mencantum beberapa keping gambar untuk jadi satu gambar yang wide, dalam kes ni, panoramic view.

Okay nak jadi cerita, dari entri blog tu la aku dapat tau yang kita boleh buat gambar panorama tu secara manual hahaha. So tadi aku saje la try masa balik dari kelas. Harini kelas habis awal yay!

Kalau dalam blog tu, dia bagi situasi kalau sesorang tu nak amik gambar wide, tapi orang tu bawak kamera yang lensnya tak berapa nak wide, jadi bolehlah dia mengaplikasikan teknik ini. Dalam kes aku, aku more to curious nak try buat sendiri sebenarnya. And dia jugak bagitau yang dia buat stitching tu guna software AutoStitch, which aku takleh nak download dari link yang dia bagi tu sebab tak compatible dengan Mac. Lagipun aku dah ada photoshop, so baik aku belajar je camne nak buat guna photoshop. So hasil menggugel telah memberi ilmu photoshop yang baru buat aku! Hahaha senang gila! Okay meh aku share camne nak stitching gambar kat Adobe Photoshop CS6.

First of all, korang kena pastikan gambar yang korang tangkap tu hujung antara setiap satu gambar tu overlap antara satu sama lain. Kalau nak tau, sila rujuk lagi kat entri Ejad Fotopoyo ni. Kat situ dia ada bagi teknik-teknik nak amik gambar macam mana.


Ni contoh 4 keping gambar yang aku amik kat meja ruang makan rumah aku kat India ni. Macam rumah hantu kan? Hihihii



Kemudian, bukak Photoshop, dan bukak File > Automate > Photomerge.



Lepas tu, just upload files gambar tadi ke sini. Layout, aku guna Auto tu je. Options lain aku tak test lagi. Next time maybe. Lepas dah upload semua, just klik OK tu.


So, Photoshop yang bijaksana ni akan automatically merge-kan (stitch) gambar-gambar korang tadi tu, macam kat atas ni. Lepas tu, korang boleh merge-kan pulak kesemua layers so that keempat-empat gambar ni akan jadi satu gambar.




Akhir sekali, cropkan untuk buang area of defiency (aku yang bagi term ni kat area kosong keliling gambar tu wakakaka) tu, dan jadilah seperti ini!



Lastly, edit la gambar tu kalau rasa perlu diedit. Yeeehaaa!

Best kan? Apa yang aku nampak dari benda ni, ini adalah satu alternatif kepada wide angle lens! Hahahaha. Aku suka gila gambar-gambar wide angle, tapi tak mampu kan nak ada kamera sendiri yang ada wide angle lens (melainkan attached lens untuk smartphone haha), so boleh la buat camni, just perlu sedikit kerja tambahan je. But it worths it!

Macam dalam entri blog Ejad Fotopoyo tu kan, ada satu gamba masjid tu, nampak macam tangkap guna wide angle lens padahal dia buat guna style stitching ni je.

Oh by the way, sekarang ni dah monsun dah kat India. Memang best sebab sejuk, tapi disebabkan construction jalan depan rumah kitorang ni tak settle lagi, so rumah kitorang yang rendah ni (sebelum ni tinggi dari jalan, sekarang jalan dah ditinggikan pulak) asyik banjior je disebabkan hujan sepanjang malam dan hampir sepanjang hari.

Tapi alhamdulillah ada insan yang berhati mulia tolong letakkan batu-batu loncatan tu, kalau tak memang kitorang tetiap pagi takleh gi kelas tau tak! Maybe pakcik-pakcik yang kerja construction jalan ni kot yang letak. Daniyavadaa :)

(Daniyavadaa = terima kasih dalam bahasa Kannada)

Ni gambar yang aku amik balik dari kelas pagi tadi. Kalau jernih dah lama boleh buat swimming pool =(





Nampak macam rumah hantu yang ditinggalkan kan? Tapi kalau nak nampak lebih fun, boleh kata nampak macam Istana Takeshi leh main lompat-lompat atas batu jangan bagi jatuh dalam air. Who remember Istana Takeshi? Lol

 Okay tu saje untuk hari ini.. Bertemu lagi pada hari lain hihi
Thanks membaca!


No comments:

Post a Comment