Order Guidelines

Tuesday, June 10, 2014

Malpe Beach: Water Sports



Assalamualaikum haiii Iliana datang balik dengan entri pasal Malpe Beach!
Kalau orang ada baca blog aku selalu (adakah wujud insan sebegini? Wah iloveyou =') ), mesti heran kenapa asyik Malpe Beach je. Takde beach lain ke kat sini? Bosannyaaa budak-budak Manipal ni sikit-sikit pergi Malpe je hahahaa!

Ate kome ni dah Malpe Beach je paling dekat, pegi je la kan. Pantai lain jauh, macam Kaup beach, mau sejam kot nak ke sana. Lagipun, kitorang kan takde tempat fancy-fancy macam orang lain.. So banyak habiskan masa dengan alam je la =P lol


16 Mac 2014


Masa ni, kitorang budak-budak perempuan ex-KMS dengan ex-KTT BDS4 buat picnic kat Malpe Beach. Menu utama adalah..... nasik lemak pelbagai jenis sambal dan pelbagai jenis telur! Well, kitorang plan sebelum tu, setiap rumah masak satu jenis hidangan, lebih kurang macam tu la. And rumah aku (Iliana Wani, Husni pergi Belgaum masa ni) dapat tugas buat sambal udang. Tuu sambal aku yang kat tengah-tengah tu haha. Rumah Farah Dolly Fatau buat sambal kerang, and rumah Tiha Aisyah Dila buat sambal bilis. Rumah Anis Aida Anis (ada dua Anis dalam rumah ni) pulak yang sediakan telur pelbagai jenis seperti telur dadar dan telur rebus. Sedap gila weh semua orang masak. Jangan risau uols, gadis-gadis BDS power masak *flattered* hahahahahaha

Selain tu, ada begedil, cheesecake, cream puff, roti jala, karipap, macaroni bakar, oh is that apam balik? Tak ingat pun ada apam balik. Tapi tu macam apam balik (refer pada gambar).

Anyway, entri ni taknak cerita pasal makanan pun. Aku nak cerita pasal water sports yang ada kat Malpe ni je. Haritu aku cerita pasal camel ride dengan makan seafoods kat Malpe kan? Oh ya kat Malpe ada jugak ponny ride dengan ATV, tapi masa pergi tu aku tak naik la, sebab masa dah suntuk. So, this time aku nak cerita water sports yang aku pernah main kat Malpe ni pulak.



Yes! Benda pertama kitorang main haritu ialah banana boat! Sebab sepanjang hidup aku tak pernah lagi merasa naik banana boat. So, masa tu aku berjaya hasut diorang semua kat atas ni, supaya naik sekali dengan aku kahkah!

Bayaran dia, kitorang kena Rs 200 (around RM 12 per person). Tapi rasanya sebelum tu lagi mahal kot, tapi kitorang paksa jugak bagi murah haha! Dengan tempe ni korang takleh mengalah sangat. Kadang-kadang diorang sesuka hati je charge tinggi kat kita macam eh haritu murah, why harini mahal, tetiba lusa murah balik. Kalau tak dapat jugak, akur je la k. Sebab outdoor activities macam ni kat India ni kira murah la kalau nak compare kat Malaysia ye dok.



Seronok gila main banana boat, belum pape lagi dah dia jatuhkan kitorang dalam air. Pastu payah gila nak naik balik, sebab kitorang tak bagi dia pegang tangan kitorang haha. Well, kita kena teguh dalam menjaga diri! Jangan bagi bukan muhrim sentuh kita sesuka hati kalau takde darurat k. So alhamdulillah, tempe tu akhirnya faham bila kitorang tak nak bagi dia pegang, so dia tarik kitorang guna life jacket yang kitorang pakai tu. Alhamdulillah semua boleh naik hahaha

Lepas tu, dia bawak pusing sikit, pastu terus tinggalkan kitorang kat tepi pantai. What? Sekali je?? Bentak hati kami. Patut la murah je 200 rupees. Sekali jatuh je! Ceh. Lepas dah jatuh tu, sebab tak puas lagi main air, kitorang gi berendam dalam laut tu pakai life jackets tu. Taknak kasi balik kat tempe tu huahua.

Tapi tak lama lepas tu..... tempe tu menjerit-jerit kat kitorang dari tepi pantai suruh kitorang pulangkan balik life jackets sebab orang lain nak main banana boat pulak -_-


Pakcik penjual aiskrim pantai


Next! Aku main parasailing lak! Parasailing kat Malpe ni, kalau korang datang sini, aku cakap ni khusus buat budak-budak yang nak datang Manipal je la sebab manada pelancong nak datang ke tempat ulu macam Manipal ni. Baik travel tempat lain kan. Haha. Okay okay. Kalau korang datang sini, korang kena main jugak parasailing ni sebab kat sini berkali ganda lagi murah dari pantai kat Malaysia!

Harga bagi seorang: Rs 500 (around RM 30)

Setahu aku, paling murah boleh dapat kalau kat Malaysia pun mungkin dalam RM90 kan? Taktau la kalau ada tempat yang boleh bagi lagi murah. Anyway, macam biasa, tempe ni sesuka hati je kadang-kadang letak harga. Macam haritu, sebab kitorang senior (ceii) dan dah tau harga yang kebiasaan, so memang bayar Rs 500 je. Kebetulan masa tu ada junior BDS datang pantai jugak, and nak main. Hampir-hampir je diorang akur bayar Rs 700 (ke Rs 900? Tak ingat) kat tauke tu, tapi kitorang sempat tahan dan suruh diorang "Hey fight for your right! Kitorang bayar Rs 500 je k?"



Buat parasailing adalah sangat best! Tepi pantai kan, angin best gila! Mula-mula masa nak naik ke udara dah, aku menjerit tau, tapi bila je kaki dah tak cecah tanah, terus tersenyap automatik, and ya Allah rasa tenang gila tengok pemandangan dari udara! Nampak banyaknya pokok kelapa kat sepanjang pantai, nampak sangat cantik dari atas, walaupun pemandangan pokok kelapa tu nampak biasa je dari bawah. Nampak orang-orang kecil je kat bawah, nampak laut yang membiru, angin 'wuishh wuishh wuishhh' kat telinga, masha Allah rasa tak rugi membayar untuk satu pengalaman ni!

Ada sesetengah orang mungkin tak selesa main parasailing ni sebab orang yang bawak benda alah tu adalah lelaki (kat sini la), and rasa macam kaki dia menolak-nolak ehem, punggung kita masa naik benda tu (sila rujuk dalam gambar). Tapi sebenarnya tak kena pun punggung. Sebab kita kan pakai harness tu, dia tolak kat tali harness tu sebenarnya. Entah la, maybe ada orang pernah rasa macam kena tendang punggung kot, tapi aku tak rasa camtu sebab aku tau dia sentuh harness tu je. Entah, susah nak explain, tapi tak kena la kesimpulannya haha.



Oh, satu tips kalau nak beraktiviti berbasahan. Selain pakai tracksuit, korang boleh jugak try pakai palazzo. Masa ni aku pakai palazzo, sebab best longgar je kan. Tapi make sure palazzo korang tu made of thick material, jangan yang nipis. Dan jangan lupa pakai seluar lain kat dalam. Aku pakai legging traditional Indian tu, yang diorang pakai dengan kurti. Dan pakai dengan baju yang panjang k?

Ni cadangan pemakaian kat pantai je. Kalau rasa suke, boleh try haha.
Kesimpulannya, oh I love beach so much! -beachgurl- ahakz

Thanks for reading!

p/s gambar ihsan Aida =) Iliana dok edit-edit brightness color balance bagai jewww hahaha

1 comment:

  1. What is an "make money" in sports betting? - Work
    How to Make a งานออนไลน์ Living by Using A To make money by betting on the NFL on football games. I'll also cover the basics of making money by

    ReplyDelete