Assalamualaikum
Alkisahnya aku pernah join satu contest anjuran Langit Ilahi ni masa cuti bulan dua haritu. Aku pernah mentioned pasal benda ni kat post aku yang pasal lukisan Enma Ai dulu tu. Masa tu Langit Ilahi bukak contest untuk rekrut muslimat masuk dalam krew diorang. Ada banyak bidang, antaranya penulisan, fotografi, dan yang aku applied tu adalah bidang grafik. Thanks to kak Madhiah yang inform aku pasal contest tu hehe jazakillah khair kak :')
Untuk bidang grafik, Langit Ilahi letakkan task untuk buat 3 poster baru yang tak pernah kita publish kat mana-mana. So, dalam entri ni, aku saja je nak share poster yang aku buat dulu tu. But takde la lawa mana, dan mungkin terlalu simple kot. Aku takde idea poster yang macam mana sebenarnya yang dimaksudkan LOL. Tapi alhamdulillah, berjaya hantar sebelum tarikh tutup pun dah cukup bermakna dah bagi aku.
Fafirru ilallah - bersegeralah kembali kepada Allah. Ayat tema untuk khatibah masa bulan Januari dulu :) ni versi ada bintang. |
Ni pulak versi plain. Tak ingat yang mana satu aku hantar. |
Untuk ni pulak, aku rasa aku hantar yang warna mustard tu. Sebab nampak lebih naik berbanding warna pink.
Ni pulak poster yang terakhir.
Semua poster aku cuba buat sesimple habis, sebab aku sukakan konsep minimalis. Walaupun aku tak menang pun contest tu, and tak dapat peluang untuk join Langit Ilahi, tapi aku bersyukur jugak sebab Allah bagi peluang kepada aku untuk join benda ni, melalui ilham untuk generate idea untuk buat poster-poster ni, dan memudahkan aku untuk menghasilkan ketiga-tiga poster ni dalam waktu yang agak suntuk sebenarnya. Aku email penyertaan aku ni pada hari hari tutup tau tak. Haha. Semua ini, harapnya tidak sia-sia. Harapnya ada nilai dan kebaikan yang orang boleh perolehi dari poster-poster ni. Jangan risau, it's free :)
Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment