Assalamualaikum
Yay akhirnya Iliana mendapat petunjuk untuk menggerakkan kembali travelogue yang dah berusia lebih setahun ni! Phew
Okay let's sambung cerita. Kitorang stay kat Mumbai sehari je. Sampai ke Mumbai on 9 Februari 2013, and esoknya, hari Ahad 10 Februari kitorang gerak ke New Delhi jam 7:40 malam. Kitorang naik train dari CST Mumbai (train station yang sangat klasik rekabentuk binaannya. Sangat cantik! Tapi dalam, especially tandas dia, hmm faham-faham je la haha) ke NLDH (train station di New Delhi). Perjalanan train Mumbai-New Delhi adalah selama.......... 28 jam! Yeeeeehaaaaa!
Kitorang sampai kat NLDH pada hari Isnin, 11 Februari 2013 pada jam 11:30 malam. Dan sebab masa tu awal tahun, utara India masih sejuk, so masa tu suhu di New Delhi adalah lebih kurang 17 degree celcius. Ada yang check kata 15 degree. Memana la. It was really cold berjalan waktu malam dari terminal di train station nak keluar ke tempat parking, where our travel agent was waiting for us. Dengan backpack maha berat, dengan cuaca sejuk, aku rasa nak give up je malam-malam tu. Rasa sesak dada. Namun, kita haruslah tidak mengenal erti putus asa! Dan disebabkan aku adalah supergirl, maka aku berjaya jalan kaki pada malam yang sejuk bersama backpack berat ke tempo (bas persiaran / van travel tu dipanggil tempo di India)! Dasar diorang ni tak boleh nak parking jauh lagi keeee kalau dah alang-alang nak test ability kitorang meredah malam sejuk dengan baju tak berapa tebal dengan beg berat -_-
Ni esok paginya. Aku dengan Chah main hembus-hembus water vapour sebab sejuk haha. Ada dua tempat yang bakal kitorang lawati. Jeng jeng jenggg. Kalau nak tau, sila terus baca!
The hotel |
12 Februari 2013
Gate of India (New Delhi)
Macam Mumbai, New Delhi pun ada Gate of India. Tapi pembinaannya adalah untuk tujuan yang berbeza. Macam Gate of India kat Mumbai tu, dia bina untuk raja dengan queen british nak datang ke India. As tugu peringatan tarikh kedatangan diorang. Tapi kalau Gate of India kat New Delhi ni, ia dibina sebagai tugu peringatan untuk 70 000 orang askar India yang mati masa Perang Dunia Pertama. Nama-nama diorang ada di (-ukir? -pahat? -tulis? ) kat Gate of India ni.
Gate of India New Delhi dan Mumbai adalah binaan bersejarah yang terawal yang aku tau dekat India ni selain Taj Mahal. Well, Taj Mahal tu dah common sangat. Aku found out pasal gateways ni pun pasal aku pernah google 'popular historical landmark in India', sebab masa tu nak cari idea untuk pertandingan clay modelling yang ended up kitorang buat pokok bonsai je :/
Group photo! |
So, alhamdulillah sebab Allah perkenankan permintaan aku untuk sampai kat dua-dua tempat ni hehe
Seterusnya, kitorang ke.....
Jama Masjid, New Delhi
Belum pape lagi dah ada group photo which aku takde pon dalam ni zzzzz =P |
Tak sure berapa jarak jauh antara Gateway of India dengan Jama Masjid ni. Tapi tak jauh la, sebab still dalam New Delhi. Nak masuk masjid ni free je, tapi kalau nak bawak kamera masuk, kena bayar Rs 300 (approx. RM18).
Masjid ni tinggi, sebab nak naik boleh tahan tinggi jugak la tangga dia.
Ni view opposite to masjid ni. Kedai-kedai biasa je. Bangunan kat belah kanan dalam gambar ni, tak silap aku tu Red Fort.
Oh ya, korang takleh bawak masuk beg tau dalam masjid ni. So semua beg kitorang tinggal je kat dalam tempo. Kasut pun sama. Tak boleh bawak naik. Nasihat aku, simpan semua kasut dalam tempo jugak, jangan gatai nak tinggalkan kat pintu pagar masjid ni, karang balik berkaki ayam la pulak kot. Hahaha
Oh ya, korang takleh bawak masuk beg tau dalam masjid ni. So semua beg kitorang tinggal je kat dalam tempo. Kasut pun sama. Tak boleh bawak naik. Nasihat aku, simpan semua kasut dalam tempo jugak, jangan gatai nak tinggalkan kat pintu pagar masjid ni, karang balik berkaki ayam la pulak kot. Hahaha
Pemandangan sisi masjid
Dekat pintu masuk ada orang jual-jual jugak. Tak ingat apa lagi yang diorang ada jual, tapi yang ni ada jual kopiah haha
Ni antara pemandangan kat dalam masjid. Ada banyak burung merpati. Masjid ni roughly kawasannya berbentuk segi empat, and dikepung dengan binaan macam atas ni. Gambar atas ni tak silap aku pintu gerbang masuk.
Ni another side of the masjid area, and gambar ni ditangkap dari dalam masjid.
Yep yang ni pintu gerbang masuk yang tadi tu. Nampak tak minah-minah saleh pakai baju kaler kuning, oren tu semua? Baju tu semua disediakan kat pintu masuk masjid ni. So kalau korang datang pakai tak proper, silalah pakai baju tu iye? Hahaha
Bagi yang muslim terutamanya, dah tau nak masuk masjid, lagi nak pakai tak proper buat apa ye dak? Diorang ni takpe la sebab bukan muslim. So, ayuh lah kita semua berpakaian menutup aurat walau di mana kita berada! *Kempen tutup aurat*
Burung merpati penuh atas salah satu kubah masjid. |
Masjid ni adalah satu signifikan dalam sejarah tamadun Islam di India, sebab masjid ni adalah masjid yang terbesar di India, dan dibina oleh individu yang sama yang membina Taj Mahal, iaitu Shah Jahan. Nampak tak macam mana kita pernah berkuasa di bumi India ni?
(Adakah kau lupa~ kita pernah berjaya~ Adakah kau lupa~ kita pernah berkuasa~ Memayungi dua pertiga dunia~)
Tetiba lagu ISK bermain di benakku ahaks
Ni antara kawasan di dalam masjid. Gambar dalam masjid semua kawan aku yang tangkapkan sebab, well, it was the time of the month for me, hehe. Walaupun ada sesetengah pandangan yang membenarkan perempuan yang tengah uzur untuk masuk masjid, tapi sebab ni negara lain, mungkin lain pegangan pandangan, so papehal better aku duduk luar je untuk mengelakkan pape isu.
Ini la rupa masjid tu! Cantik kan? Warna kubah tu dengan warna macam brick-red masjid ni nampak sangat bangunan klasik, entah la taktau nak explain macam mana sebab aku bukan terer pun diksi-diksi ni kennn hahaha. But I just like the color combination, and of course the architecture itself. Architectural design masjid ni ada iras-iras Red Fort yang juga dibina oleh Shah Jahan, which situated just opposite to this Jama Masjid, tapi kitorang tak sempat pegi haritu.
Orang dulu-dulu sangat hebat ilmu pembinaan dan design dia kan? =')
Orang dulu-dulu sangat hebat ilmu pembinaan dan design dia kan? =')
Suhu masa ni, sedang-sedang je la sejuknya, tapi cukup nyaman. Huwaaa suka betul la aku suhu camni!
Aku taktau la masjid ni masih berfungsi penuh sebagai masjid, atau sekarang lebih kepada bangunan bersejarah untuk menarik pelancong semata-mata. Tapi aku harap masjid ni masih berfungsi untuk mengumpulkan umat islam untuk sama-sama berjemaah di dalamnya. Sebab bangunannya dah cantik dah, suasana sangat selesa dan mendamaikan, dengan ada kolam besar kat depan masjid ni. Kolam tu deme kata tempat amik wudhu.
Hmm I just love to be in places like this. Maybe because it is a historical place, and maybe also because it is a masjid itself. A masjid which is also a historical building. Hahaha dah kebenda aku merepek ni -_-
Alang-alang dah sampai, mungkin membuatkan Kidin merasa berkobar-kobar nak compare pemandangan real dengan gamba dalam buku pelancongan? Hahahaha |
Itu je kot nak share untuk New Delhi. Maaf, kitorang tak banyak spend masa kat New Delhi, so dua tempat je sempat lawat. Kalau korang datang Delhi, banyak lagi tempat boleh pergi macam Qutub Minar, Bahai Temple, lagi apa eh? Tak ingat. Haha. Aku ada sorang kawan yang jugak orang local, dia study kat Manipal College of Dental Sciences (MCODS) (satu dental college bawah Manipal University jugak), and dia asal dari Delhi. Erm actually tak sure dia dari Delhi atau Agra. Tapi area-area situ jugak la. Bila cerita kat dia yang aku pernah pegi Delhi, dia sangat excited, tapi bila aku cerita dua tempat ni je aku pergi, dia macam 'What?! Tu je kau pegi dalam banyak-banyak tempat boleh pegi kat Delhi?'
Haha. Takde rezeki. But I would love to come back to New Delhi, insha Allah one fine day.
Alhamdulillah settle dah entri untuk New Delhi. Jumpa lagi untuk next entri.
Thanks for reading!
aku rase aku yg tangkapkan, hahahaha
ReplyDeleteYes yes Hasif! Sebab kau yang pegang kamera aku! Hahaha
Delete