Photo courtesy Ila, edited using VSCO Cam filter |
6 Jun 2014
Assalamualaikum wbt
So, lama jugak tak update blog ni mengenai kehidupanku yang menyayat hati di India ni. Sila gantikan perkataan yang italic tadi tu dengan perkataan yang berlawanan. Haha! No la, actually life as a student in India isn't that bad. Walaupun setahun lebih jugak selalu aku memikirkan 'argh mengapa aku tercampak ke tempat ini', well, as a Muslim, kita percaya yang setiap benda yang Allah dah tetapkan untuk kita, itu yang terbaik untuk kita kan? Orang putih kata, every cloud has a silver lining, yela tu sangat kan. I think I do have a love-hate relationship with this country. Haha. Sometimes tak suka, dan sometime aku sangat suka kat negara ni, culturenya, makanannya, warnanya, bahasanya, sampai buat aku rasa sedih bila nak back for good, to realise that I wont be here anymore, living here I mean.
Whatever it is, harini kitorang buat a short and sweet getaway ke Malpe Beach! Aku dah penah cerita dah dulu pasal Malpe Beach. Sila check travelogue aku kat sidebar kanan blog ni k. Hampir dua tahun duduk kat Manipal, baru harini aku merasa naik unta kat pantai ni! Tapi ni pengalaman kedua aku naik unta. First time masa kat Chowki Dhani, Jaipur. Dah la sejuk malam-malam time tu, naik unta lak hahaha. Oh yang tu aku tak cover lagi storynya sebab travelogue North India aku baru sampai tang Mumbai hahaha
Sebenarnya dari sebulan lepas lagi aku dah gian nak gi pantai. Sejak dari exam block 3 lagi. Tapi asyik tak jadi je. And kena pergi cepat-cepat ke pantai sebelum monsun betul-betul datang kat India ni. So, baru harini jadi alhamdulillah. Sebenarnya Amy la haritu ajak lepak pantai makan seafoods. And to think of the things we are gonna face in this block, dua viva, tests, competency test for prosthodontics teeth arrangement, basic life support course, and of course block 4 exam and university exam after that, hmm why not pergi sekarang? Hehe and of course, leh naik unte!!
AWAS DALAM POST NI AKU DAH JADI DAKDAK MONOPOD OMG
Selfie on a camel- checked! |
Tadaaaa! Aku naik unta dengan Amy. Memula tanya bhaiyya tu, "How much?"
Dia kata "100 rupees. One person."
Aku pun OMG mahalnya! Aku rasa kat Jaipur dulu cam puluh-puluh rupees je aku naik unta? Pastu tetiba otak aku automatik pergi convert ke duit Malaysia "Eh eh baru plus minus RM5. Woi $^%*&^&$ murah dah la ni!"
Tak. Aku takde mencarut la tu. Tu nak menunjukkan fikiran aku yang bergerutu. Yih ada ke term ni?
Atas unte lagi! Yeyey tudung Amy penyek dan aku tak =P |
Oh actually kan, aku tak sangka aku akan jadi dakdak monopod zzzzzz. Semua ini ku lakukan kerna memikirkan nak travel ke Kashmir nanti! Insha Allah kalau takde masalah. Sebab travel 4 orang je, alang-alang sikit, taknak la sesape left out dalam gambar. So aku spend la about Rs1000 gak la kat sebatang besi monopod ni walaupun hakikatnya kat Malaysia lagi murah. But who cares? Sebab aku nak pakai gi Kashmir nanti hahahahahaa
Nadia, Farah dan Ila dari view camel-eyes =P |
Cuaca just nice je petang tadi. Around 5pm dah tak panas sangat so best la naik unta tepi pantai berbayu laut sambil tunjah sana sini monopod atas unta tu sampai tempe (local people) ramai usha pelik. Ah biarkan. Aku tidak peduli sama mereka!
Tapi memang pelik pun pakai monopod sini sebab jarang ada jual. Jual online pun susah nak cari, apatah lagi jual kat kedai. Banyak jual monopod untuk photographer punye type tu je. Takde sangat untuk handphone.
Lepas tu Farah dengan Nadia pun naik unta jugak. Next thing on list; makan seafoods! Tapi sayang tak semeriah dulu seafoods harini. Maybe musim kurang seafoods kot. Dulu pergi banyak gila pilihan. Masakan yang diorang offer sama je. Goreng rempah apa tah. Sama je semua gerai buat camtu.
Tadi tak tangkap gambar pun. Ni gambar yang masa dulu-dulu punya aku pegi dengan geng MD62 (zaman Kolej Mara Seremban). Makan macam ni je la. Yang hijau tu sambalnya. Best! Sangat sempoi. Makan tepi jalan dekat pantai. Semua orang patut tau yang kalau seseorang tu mampu makan kat gerai tepi jalan di India, maknanya dia dikira adventurous! Hahahaha
K takat tu je. Gambar-gambar kat atas tu semua aku edit guna filter VSCO Cam sebab aku suka filters yang app tu ada.
Anyway, nanti kat Jammu, Kashmir kitorang maybe akan join buat paragliding kat sana, and I was thinking maybe nak amik video or photograph masa buat that activity, tapi my phone takde lubang tempat nak sangkut tali untuk phone tu. Or memang smartphone semua dah takde benda lubang tu eh? Kalau ada cara lain, boleh la try kongsi. Kalau takde, maybe aku terpaksa melupakan hasrat tu because I wouldn't risk my phone for that purpose! Haha. Ayah kasi hadiah lepas pass IB k. Mesti la sayang.
Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment