Assalamualaikum
Haritu aku ada join Black & White Challenge setelah nominated oleh kawan aku. Mula-mula aku ingatkan kena post gamba yang memang originally amik dengan B&W mode, tapi kawan aku kata boleh je edit gamba berwarna jadi B&W, so I accepted the challenge!
Challenge ni disertai melalui facebook. So just upload gambar kat facebook beserta caption "Got nominated by bla3... Now nominating bla3 to post a black and white shot for 5 days and nominating someone else on each day. #BW_Challenge"
Hashtag tu harus ada k. Kita perlu post gambar pada hari-hari yang berlainan, satu gambar setiap kali post, untuk 5 hari. Not necessarily kena post setiap hari la. Just post bila korang free dan ada mood. Mood tu penting k. Haha
Aku sebenarnya agak suka dengan B&W. The thing about B&W photos ni kan, bagi aku senang nak bagi gambar nampak outstanding. Kalau gambar berwarna, kadang-kadang nampak biasa tapi bila in B&W, nampak lawa dan senang nak bagi gambar nampak lebih dramatik. That's one thing why I like B&W photos.
So kat sini aku nak share a few photos yang aku dah pilih untuk upload ke FB dalam #BW_Challenge ni. Dan aku include sekali original photos untuk comparison. Saja jaaa nak bagi orang tengok coloured and B&W versions. Haha
#1 Kapu Beach, Karnataka, India
Gambar original untuk shot ni personally is one of my favourite shots. Sebab aku suka. Tu je reasonnya. Hahaha
Taken using Nikon 1 J1 10-30mm
#2 Yellow Lotus at Dal Lake, Srinagar, Kashmir
Gambar ni diambil waktu naik shikara (pengangkutan utama di Dal Lake) waktu petang-petang. Tenang sangat! Huwaa rindu Kashmir :'(
Taken using Samsung Galaxy S3
#3 A Baby Boy From Matayen Village
Matayen Village ni satu kampung yang agak isolated dari kawasan ramai penduduk. Sebab kampung ni terletak kat lereng-lereng gunung, on the way to Ladakh. Kampung ni supah lawa, one of the best places I have been to. Selain tu, gambar ni jugak adalah one of my favourite shots. Budak ni pulak dah la comel, wangi lak tu. Aku sempat mintak kebenaran mak dia untuk cium dia hahaha
Taken using Samsung Galaxy S3
#4 Hand-to-Hand
A cute squirrel found in..... Taman Negara Kinabalu! Memandangkan kamera aku tak power, so bokehnya pun tak power la kat background gambar ni. Tak ingat la apa kategori bokeh camni, pernah baca dulu tapi dah terlupa. Kiranya bukan bokeh yang bagus la. So bila tuka jadi B&W, aku terangkan sikit background so that tak rosakkan fokus pada subjek.
Taken using Nikon 1 J1 10-300 mm
#5 St. Philomena's Church, Mysore, India
Gambar ni pada aku biasa-biasa je asalnya. Tapi bila dah tuka B&W, macam jadi menarik pulak. Langitnya nampak extra dramatic, tambah lak dengan subjeknya bangunan church yang architecturalnya ala-ala zaman gothic. Read more about this church's architectural on the net ya. Menarik!
Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm
Gambar-gambar extra:
#1 The Sky Lantern Project
Event ni akan diadakan setiap kali musim Diwali di Manipal, India. Tempat kampus kitorang dulu.. Hehe. Akan diadakan pada waktu malam di padang Endpoint. Aku pernah cover story pasal event ni dulu. Sila rujuk travelogue India di sidebar kanan blog --->
Taken using Samsung Galaxy S3
#2 Sunset at Agra Fort, India
Agra Fort ni terletak di Agra, India. Berdekatan dengan Taj Mahal jugak. Ni pun one of my favourite shots.
Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm
Okay tu sesi sharing gambar-gambar kite! Thank you for viewing this hehe =)
cantiklahhh semua gambar.
ReplyDeletebetul kata sis, b&w effect boleh buat gambar nampak lagi dramatik.
salam kenal dari ecah^^