Order Guidelines

Saturday, November 8, 2014

Hype, The Clinical Year Is Officially ON! Part 2

Assalamualaikum.
Hi Iliana datang lagi! Blogging ni sekali datang mood, sangat berkobar-kobar perasaan nak update blog, maka terhasillah part 2 entri pasal masuk clinical year! Zzzz

Anyway, rasanya dah banyak kali kot aku mention dalam blog ni yang clinical phase kitorang adalah di Melaka. 2 tahun preclinical phase kat MMMC Manipal campus, dan another 3 years clinical phase kat MMMC Melaka campus. So, aku dah officially menetap di Melaka for at least another 3 years! Insha Allah, moga 3 tahun at most je lah. Sebab kalau lebih than 3 years, meaning.............
ada sangkut. K. Mohon dipermudahkan bagi kita semua aameen.

Iliana berazam nak tulis pendek je untuk entri ni. Ganbatte! hehe


Walaupun duduk di Melaka, kotaraya yang penuh dengan tempat-tempat pelancongan dan mencuci mata melihat pelancong asing (kalau ada yang kacak la hihi), tapi aku sangat jarang keluar. Yela sebab kitorang satu rumah (aku, Yani dan Aida) takda transport masa awal-awal duduk sini. So memang agak terbatas pergerakan memandangkan rate teksi kat sini sangat mahal! I mean, kat sekitar Bukit Baru (area kolej kitorang dan tempat kitorang tinggal) pun boleh dicaj RM15 walaupun ke destinasi yang aku kira sangat dekat. Mungkin agak bias comparison aku ni, tapi Seremban pun bandar gak, tapi jauh lebih murah (aku compare dengan Seremban sebab 2 tahun dok Seremban masa buat foundation dulu memang teksi adalah pengangkutan utama budak-budak KMS). Standard RM7 je nak gi memana. Hmm sebabnya pada hemat aku (ceyy) Bukit Baru ni bukannya tempat tumpuan pelancong, macam Seremban la gak suasananya, tapi harga teksi sangat mahal T.T I iz student yang tak berkemampuan T.T

Yela bayangkan la, contohnya kalau nak gi Melaka Sentral yang dekat tu pun dicaj RM15 untuk beli tiket balik Ipoh, tiket bas balik Ipoh lak plus minus RM37, then nak balik ke rumah balik, naik lagi teksi dan dicaj another RM15. Tak ke cam stress gilaaa tengokkan angka cost perjalanan nak beli tiket sahaja dah sampai RM30? Belum lagi campur dengan tiket Ipoh-Melaka lak. Hahahaahahaa *gelak kurang siuman*

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan kehidupan kita dari semasa ke semasa sebab bersama kesusahan kan ada kesenangan? =') Now kitorang dah dipermudahkan dari aspek transportation, tq Yani :*


Oh bercakap pasal gi jalan-jalan kat Melaka, gambar kat atas tu baru like my first time keluar jenjalan dengan kawan-kawan BDS aku, tu pun tumpang naik kereta Adzrif hihi macih Adzrif dan Bal yang turut berkongsi duit minyak kereta ittew hehe.

So, at last aku dapat gak rasa cendol yang aku rasa agak popular la kat Melaka, which is yang situated opposite to bangunan merah Stadhuys tu. Aku tak pernah tau camne nak pronounce nama bangunan merah tu. Anyway, kalau gi sini, pleaseee makan cendol durian dia. Sedap ya amat. I'm not a fan of durian though I'm a pure Perakian lol, tapi cendol durian ni is totally an exception! Sedap gila weh. Harga RM3.20 tak silap aku. Not bad la. Kalau cendol biasa RM1.80.


7 November 2014
Community Visit ke Tadika Nur Balqis, Taman Merdeka, Melaka

Semalam, giliran kumpulan kitorang lak gi community visit. Dua kumpulan akan pergi setiap minggu, and satu kumpulan pergi ke tadika, dan satu lagi pergi ke rumah OKU. Group aku was assigned to go to this tadika.

Basically kitorang tak buat pape pun, just duduk dan tengok ada 3 orang kakak ni (mungkin wakil dari Kodomo Lion kot?) buat persembahan story telling kat budak-budak tadika ni pasal kepentingan menggosok gigi, mengurangkan pengambilan makanan manis, dan cara-cara menggosok gigi yang betul.


Tengok lah singa yang comel di tengah itu. Chia Hua, our classmate yang kena pakai tu lol. Mesti panas gilaaa pakai costume mascot Kodomo Lion tu hahaha.



 And then lepas kakak-kakak tu balik (selamba je aku letak diorang as kakak. Entah-entah sebaya hahahaha), budak-budak ni ditinggalkan dengan kitorang yang clueless taktau buat pape. Sebab takda preparation langsung. So ended up kitorang bantai je ajak budak-budak ni menyanyi, menari chicken dance guna music manual yang kitorang nyanyi sendiri (this one sadis gila), main London bridge is falling down, falling down, falling down yang aku tak pernah tau nyanyi lagu tu, tapi kena belajar on the spot dalam masa a few seconds sahaja. Fortunately la lagu tu senang dan ulang2 lirik yang sama je kakaka



Itu saja lah yang kitorang buat. Aku suka community visit camni sebab mengingatkan aku pada CAS (Creative, Action, Service) yang kitorang wajib buat masa zaman amik International Baccalaureate (IB) diploma kat Kolej Mara Seremban dulu. Tapi CAS dulu best la sebab memang akan buat preparation habis-habisan sebelum pegi. Ni, clueless habis semua orang hahahaha



Tu je update yang ringkas ini walaupun still panjang gak entry ni. Oh I just cannot :'(
Aku kan baru habis posting pedo, cam best lak kan layan main-main dengan budak-budak ni sampai berpeluh gila hahaha.

Kids. I love kids! I can handle kids! I can manage them! *kesan posting Pedodontics tak habis lagi*
Sebab macam susah gila je nak handle pedo patient dalam dentistry? Hmm =/
Thank you for reading.

3 comments:

  1. awak. ade IG tak? sy nk follow..

    ReplyDelete
  2. salam akak. boleh tak kalau sy nak mnta email akak? sy nak tnya psl kehidupan kat manipal ni sbb sy bakal ke sana bulan okt ni. dan thanks to post2 akak, rasa neves sy dah kurang sikit. sy pun ambil kos bds gak, jd hrp2 akak boleh tlg saya

    ReplyDelete