Assalamualaikum! Hehe hai. Harini 21 Februari 2013, dan harinilah group trip kitorang selamat tiba di Manipal. Overall, trip ni sangat sangat best, alhamdulillah. Sebabnya, melalui trip ni, seriously banyak gila pengalaman baru kitorang dapat kutip yang memang takkan dapat la kat Malaysia. Alhamdulillah sekali lagi sebab Allah beri peluang ni untuk kitorang rasa pengalaman yang pelbagai sepanjang trip ni which akan aku ceritakan satu-satu dalam setiap entri pasal trip ni nanti, insha Allah. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghabiskan travelog India aku ni wuuuuuu. takut nanti makin lama, semangat makin deteriorate, semakin demotivate untuk menulis.. hahaha
Untuk entri ni, aku (aku guna ganti diri 'aku' je la untuk the whole entry k. Rasa cam lebih sesuai lak ahaks) nak cerita pasal hari pertama perjalanan kitorang dari Manipal-Mangalore-Goa. Mangalore takde dalam list percutian kitorang pun, tapi sebab kitorang naik train ke Goa dari Mangalore, so kenalah gi Mangalore dulu. Jarak perjalanan Manipal-Mangalore dengan menaiki bas ialah 1 jam setengah.
Ni beg-beg aku. BEG-BEG AKU PADA ASALNYA. Haha. Last-last lain jadinya sebab.. eh nantilah cerita apa jadi kat Goa tu. Haha. So pada asalnya yang aku carry adalah satu beg travel yang bapak berat ni (masa memula bawak tu rasa cam demotivate like 'camne aku nak harungi 16 hari trip ni dengan bawak beg berat cenggini kat belakang ni??' and 'camne kalau tulang belakang aku senget lepas ni??'), satu sling bag dan beg kamera aku yang mana tergantungnya Leanot ku di situ hikhik.
Group kitorang terdiri daripada 14 dakdak perempuan dan 8 dakdak lelaki. Kitorang bergerak ke Mangalore asing-asing lelaki perempuan. lebih senang kan. So kitorang yang perempuan berkumpul kat lobi hostel pada jam 2:30 pm pada 5 Februari 2013 sebab nak amik bas ke Mangalore jam 3:00 pm. Oleh sebab beg memasing berat cam bawak spare tyre (ni ayat Brader kalau tak silap kahkah), so kitorang amik auto untuk ke bus stop Manipal ni. Dekat je tapi tak lalu aih nak jalan kaki bawak beg cenggitu hahaha.
Masa ni semua dah amik tempat memasing dalam bas merah ni (bas ni panggilnya government bus. Bas yang cantik dan bersih haha)
Ni Aisyah dan Fatau~
Dolly~
Farah~ my roommate during the whole trip hehe
Dah sampai Mangalore! Cey pakai shades tauuu padahal pakai pun sebab nak tido dalam keadaan gelap masa dalam bas tanpa menghiraukan jika ada tempe-tempe yang memandang hahahahahahaha... Cey nak berbackgroundkan MCODS wakakakakaka mentang-mentang la kau pun dak Manipal kan tapi aip kitorang dak main campus Manipal University kat Manipal k hahahahaha.
Pastu, sementara nak tunggu malam, sebab train kitorang pukul 10:00 pm, kitorang duduklah menumpang kat Masjid Noor kat Mangalore untuk bersolat dan, err, berehat. Haha. Sementara tu, Husni, Sarah dan Aisyah pergi ke City Centre Mall sebab nak shopping bebarang sikit, and dalam masa yang sama diorang tolong tapaukan nasik arab untuk jadi dinner kitorang malam tu kat train station.
Sementara duduk dalam masjid tu, bolehlah kita beramah-mesra sikit dengan penduduk tempatan. Ahaks. Comel tak budak kecik ni? Nama dia Fuad. Okay comel sangat dia ni TT______TT
So dalam pukul 8:00 pm camtu, kitorang semua pun bergerak ke Mangalore Junction train station dengan menaiki auto.
Sambil tunggu train, sambil makan nasik arab bersama-sama, sedap lak tu, sambil-sambil la kita menangkap gambar. Hehe. Dalam masa yang sama, sempat jugakla bersembang dengan pakcik kat sebelah aku, tengok-tengok, dia pun muslim juge.. Aisyah siap bersembang dengan dua orang tourists orang putih lagi uoll!
Then group lelaki pun sampai. Akhirnya complete la kumpulan trip kitorang ni. Yang paling tak leh blah nye, kitorang semua mati-mati ingat train kitorang sampai pukul 10:00 pm, rupe-rupenye pukul 10:00 pm tu tu masa train tu bergerak! Lepas dah dapat confirmation, semua orang berlari-lari mencari koc kitorang koc S4 sedangkan masa tunggu tu kitorang kat S11 ! Hahahaha lawak gile masa ni, memang pengalaman toi berlari-lari membawa beg bapak berat pastu berlari-lari taktau berapa ratus meter sebab train tu panjang gile! Mula rasa macam dalam filem hindustan dah aih mengejar train. Masa tu sebenarnya baru pukul 9:40 pm, tapi sebab semua first time naik train India, semua macam kelam kabut takut tertinggal train. I tell ya, memang lawak gila + penat gila masa tu.
Satu masalah rakyat tempatan India ni kalau dalam train, selalunya ramai je yang pakai duduk seat orang. Tapi yang group aku (Farah, Aisyah, Husni, Sarah dan Adilah), alhamdulillah la makcik tu baik dan bagi balik kat kitorang seat tu. Ada dua group lain dalam group trip aku ni yang ada masalah dengan tempat duduk sebab ada tempe (panggilan dakdak Malaysia untuk local Indian) yang enggan mengalah. Haha. Dah amik tempat orang, pastu degil lak taknak blah. Cait. Tampo kang. Tapi alhamdulillah, menjelang time nak tidur, rasanya diorang semua dapat balik tempat diorang kot.
So tips kat sini, kalau ada yang nak travel by train kat India ni, korang kena tegas la dengan hak korang. Tapi cakap tu biar bersopan dulu sebab tempe ni kan popular dengan sikap suke make scene kan kan. Kang tak pasal-pasal pulak kita join gaduh-gaduh pukul-pukul gusti-gusti lak dengan diorang ni haha. Tapi in case diorang taknak blah jugak, panggil je orang berkuasa train tu. Selalunya ada la macam guard dia or kalau tak pun, nanti mesti orang datang check tiket ada datang kat tempat korang, so gunakan la kuasa penge-check tiket tu untuk rampas balik tempat korang! Ahaks. Yang penting, kena yakin! Ewaah~
Gembira di tempat sendiri. Aku dah siap berbaring dah ha walaupun perasaan geli-geli tu ada. Haha. Biasa la kan perasaan geli-geli tu walaupun tempat tu bersih (bersih ala kadar je la kan).
Train yang kitorang naik ni dari jenis sleeper dan open air. Tak amik yang airconditioned punya. Rasanya, better korang travel naik train open air la sebab kitorang takde la masalah sangat dengan bau-bau ni. Sebabnya, kalau dengar kawan-kawan yang naik train aircond, diorang cerita macam dasyat gila bau-bau yang diorang hadapi kalau train tu berhenti. Maybe sebab koc diorang terkedap macam tu kot. Memang kalau train tu berhenti, bau busuk sikit tu ada sebabnya toilet dalam train ni terus lepas ke landasan. Haha. Faham tak? Toilet dia takde nye nak kumpul-kumpul segala macam jenis bahan buangan korang. Korang buang direct terus ke atas landasan je toilet dia tau tak. Haha. So biasa la tu bau busuk tu. Busuk memang busuk kalau train berhenti, tapi masih boleh ditahan la kan. Kata survivor kan, tahan le sikit. Kikikik. Tapi kalau train berjalan, best je dok dalam open air punye sebab dapat rasa angin yang sangat mendamaikan, ewah. Pemandangan sepanjang perjalanan pun boleh kata lawa juga, kalau korang travel masa siang. Tapi masa travel ke Goa dari Mangalore ni, kitorang amik train malam sebab nak jimat daytime untuk aktiviti bercuti.
Perjalanan Mangalore-Goa by train ialah selama 5 jam.
Dalam pukul 3:00 am tu, kitorang pun sampai ke Madgaon train station. Sempat la tidur sikit-sikit dalam train tadi.
Sejuk jugak la pepagi buta ni kan, so prepare je sentiasa sweater korang. Aku memang takde bawak sweater langsung, sebab aku dah ada trench coat Tized aku ni. Hihi dia trench coat yang acah-acah je sebab kain dia bukan kain coat pun hihi tapi best kalau nak dibuat ganti sweater.
Lepas tu, kitorang amik cab untuk ke masjid (well I don't remember the name of this masjid). Dalam plan kitorang akan singgah duduk kat masjid ni untuk solat subuh dan lepastu baru bergerak bila hari dah siang dengan bas tourist. Tapi, ni lagi satu kejadian. Sampai-sampai je kat situ, masjid tu still bertutup. Masa tu kitorang tak tau yang cab kitorang drop kitorang kat pintu belakang masjid tu. Pintu belakangnye sederet dengan bangunan kedai (susah nak cerita camne), so dari belakang, masjid tu tak nampak macam masjid yang biasa kita tau. So takleh masuk. Haha. Makanya, kitorang duduk la kat luar bangunan tu beramai-ramai. Ada yang bersembang, menangkap gambar, baca al-Quran, dan ada jugak yang dah start menulis travelog.
Tidur dengan penuh kasih sayang aww aww
Tidur dengan penuh kasih sayang aww aww
Dalam masa nak masuk waktu subuh tu, alhamdulillah akhirnya ada orang lelaki datang ke masjid tu. Rupa-rupanya, sebenarnya ada je orang kat dalam masjid tu, macam pak syeikh syeikh je rupenye, hehe, maybe tak dengar kitorang bagi salam kot.
Dipendekkan cerita, kitorang selamat menunaikan solat subuh di masjid tu dan pagi tu, kitorang lelaki perempuan berasingan mencari makanan sendiri. Kahkah. Tapi kitorang yang perempuan ni, Husni dengan Aisyah yang keluar belikan makanan, pastu bawak balik ke masjid, kitorang makan beramai-ramai. Best sangat! Makan beramai-ramai, bila berebut-rebut jadi makin sedap kan makanan tu. Hahahaha
Husni siap bawak tuna Ayam Brand lagi.
Tu sahajalah cerita untuk hari pertama perjalanan kitorang. Menempuh pelbagai onak dan ranjau yang berliku. Ewah. Next stop? Insha Allah akan menaip lagi. Kehkeh sementara ada mood nak update travelog ni kan kan hihi. K byeeeee! Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment