6 Februari 2013
Assalamualaikum.
Hari ni aku rasa kurang gembira. Cewah. Hal ini berikutan hari ni adalah hari last cuti kitorang budak BDS! Esok dah start kelas. Cit. Yang malasnya sebab lepas ni bermula la balik kehidupan 6 hari kelas seminggu. Penat tau tak penat. Capek is capek. Kalau dedulu, hari Jumaat le paling heaven sebab esoknya Sabtu cuti, namun sekarang, tiada lagi keriangan di hatiku pada hari Jumaat melainkan hari tersebut adalah hari yang mulia dalam agama islam.. huhu..
Teringat pulak ayat Puan Siti Mariyam masa kat KMS dulu, beliau cerita masa beliau belajar kat US dulu, kat universitinye terkenal dengan phrase "It's a sin to study on Friday" sebabnya well, esoknya Sabtu kan. Watlek watpis la kan kahkah tapi, unfortunately kitorang kat Manipal ni tak dapat dah la merasai nikmat kegembiraan hari Jumaat tu :'( waaaaaaa taksukaaaaa!
Okay lah tu je luahan perasaan. Ni blogging ni pasal nak sambung lagi cerita trip kitorang tu. Last entri, kitorang dibawa melawat temples yang lebih kurang popular la gak untuk pelancong kat Goa tu. And then, lepas tu kitorang dibawa pula melawat satu church lama yang ada di Goa ni, dan katanya, ni adalah church yang terbesar di Goa.
Church ini diberi nama Bom Jesus Basilica, dan of course, mempunyai ciri-ciri kePortugisan dalam reka bentuk sebab ia adalah salah satu peninggalan pendudukan Portugis di Goa. Ia terletak 10 kilometer dari arah timur Panaji. Church ni sebenarnya salah satu tapak warisan dunia (World Heritage Monument). Ia mula dibina pada tahun 1605 dan sebenarnya, church ni popular sebab ia menempatkan makam dan jasad St. Francis Xavier yang masih dalam keadaan baik, sehingga ke hari ini, selepas 400 tahun.
Jasad St. Francis Xavier tu akan dipamerkan untuk tatapan umum sekali dalam satu dekad je. Menurut sumber internet pun, katanya kali terakhir pamerannya adalah masa tahun 2004. So lagi sekali tayang maybe tahun 2014 la kan. Memang kitorang tak dapat tengok la kan sebab datang one year earlier kahkah.
Church ni diberi nama "Bom Jesus" yang bermaksud "Good Jesus" atau "infant Jesus".
Ni adalah pintu masuk ke dalam church ni. Sorry uoll, no camera inside, so tak dapat lah ai nak share architecture dalaman church ni. Tapi aku boleh kata la yang dalam tu sangat cantik la sebab design dia cam bangunan English lama-lama kan. Siap ukiran-ukiran dengan patung-patungnya berwarna emas lagi. Taktau la tu just paint ataupun memang disalut emas betul-betul, tapi dengar cerita masa kat dalam tu, yang warna emas tu memang betul-betul emas. Lepas tu kat dalam tu, kitorang dibawa la berjalan-jalan sambil tourist guide kitorang tu bercerita macam-macam pasal church ni kat kitorang.
Dan satu pantang larang kalau korang nak masuk church ni, korang takleh pakai topi tau. Lagi satu, rasanya takleh pakai shades gak kot. Kihkih masa datang ni dah la aku tengah pakai dua-dua benda tu sekali, so bila masuk, kena tanggalkan la benda-benda tu. Sebab musabab kenapa takleh pakai, kita taktau la kan. Mungkin sebab custom masyarakat tempatan kot, tapi macam tak je kan. Apa lak kaitan rakyat India dengan topi kan? Tu bukan pakaian tradisional diorang kan. Haha. So, mungkin ada kaitan dengan custom orang Portugis, atau mungkin juga untuk menghormati rumah ibadat penganut kristian. Ada la tu kan maksud penggunaan topi-topi ni, kita mana tau. Haha. So, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (eh aku guna peribahasa yang betul kan?), so, kita bila nak melawat tempat orang, ikutlah segala pantang larang kat tempat tu kan. Sama je macam kat Malaysia pun, pelancong non-muslim nak melawat masjid-masjid kita pun, kena menutup aurat juga kan.
Dah sememeh dah aku kan, tapi masih gagah untuk bergambar!
Sebelum pulang, pakcik guide telah diarahkan untuk mengambil group photo kitorang! Nice cukup semua 22 orang. Kalau nak tau, kitorang pecah rekod travel dakdak Melaka-Manipal Medical College (MMMC) sebabnya senior-senior pun tak pernah gi travel bawak member seramai ni! Kahkah bagus!
Tiha dan Adilah
Le girls
Le boys
Sejak entri lepas, aku memutuskan untuk cari gambar 'model of the entry', so untuk entri ni, gambar Adzrif dan Nobid ni aku pilih untuk jadi model of the entry sebab entah, aku suka gambar ni. Kahkahkah...
Adl membuli Nobid?
Jangan risau Nobid! Husni datang memberi bantuan!
Ni kat seberang Bom Jesus Basilica ni. Takde cerita pun pasal bangunan ni sebab bukannya aku pegi pun tempat tu hihihi. Setakat tu je cerita untuk tempat yang kitorang pergi ni. Next? Kitorang pergi makan. Nasik beriyani. NASIK BERIYANI. Tau tak kitorang dah naik muak asyik-asyik makan nasik beriyani je. Tak larat dah woiii. Kalau dulu dok Malaysia jarang jarang je makan nasik beriyani kan, kat sini, like everyday kau leh makan nasik beriyani, dan itu bisa membuatkan manusia menjadi fobia dengan nasik beriyani! Kahkah melampau sangat tu sampai fobia.
Next destination? DONA PAULA. Wauuu apakah itu? Ada kaitan dengan cerita La Usurpadora yang ada kembar baik kembar jahat bernama Paula dan Paulina itu kah? Tettttt! Salah. Nanti la kite cerita next entry, Insha Allah. Hihihi. Tengs membaca! Harap dapatla memberi sikit pengetahuan kat korang yang belum pernah sampai kat Goa, India ni pasal tempat-tempat yang popular kat situ. Semoga bermanfaat :) Assalamualaikum.
Sumber:
ReplyDeletecabs2go cab Rental from Mumbai to Shirdi and get best Best Deals on your cab booking. Hire taxi for full day from Mumbai to Shirdi. Taxi Rental services available for all types of cab
mumbai to shirdi taxi innova