Order Guidelines

Thursday, February 28, 2013

KMS North India Trip: Dona Paula, Goa


6 Februari 2013

Assalamualaikum :)

Hai! Wahwah berapa hari dah tak update blog. Kalau cemni progresif, cemne nak habiskan travelog India aku ni??? Salahkan kelas yang dah start bermula Isnin lalu! Wahwah sedap-sedap je nak salahkan kelas padahal kau pun nama student. Hmm saya kini masih lagi tak dapat adapt dengan kehidupan sebagai pelajar. Entah bila masanya pulak aku bukan pelajar kan, tapi lepas dah balik trip ni, cam asyik ngantuk je bangun pagi tu, pastu nanti kelas nguap nguap sampai berlinang air mata..

K la sebelum entri ni mengambil masa tido aku dengan lebih banyak (kfine masa belajar sebenarnya), meh nak cerita pulak pasal Dona Paula! Dona Paula, masih lagi terletak di Goa, dan masih lagi pada hari pertama trip kitorang kat Goa =.= banyak toi tempat gi dalam satu hari. Sambung dari entri yang lepas, lepas kitorang gi makan NASIK BERIYANI tu, pakcik tour guide bawak kitorang ke sini pulak. Wahwah nama kemain Dona Paula. Ada fefeeling Mexico je bile dengar. Tapi that time kitorang just jalan-jalan je kat situ, so memang tak tau kenapa namanya Dona Paula. Dan kini telah aku google kisah mengenai Dona Paula ni! Terharu tak? Sila terharu sebab aku memberikan masa tidoku (masa belajar lah!) untuk google bebenda ni supaya travelog aku tampak berilmiah gitu hihi.


Ayuh ke Dona Paula! :D



Antara haiwan yang sempat terserempak dengan kami.. burung gagak! Ye burung gagak ni kau pegi la memana pun kat India ni, semua gagak je banyak. Gagak here, gagak there, gagak everywhere. Tension juge sebab bunyi burung gagak kan annnoying ahaks. Oh! Cerita pasal gagak tak best sangat. Yang lagi best kitorang jumpe ialah...


TADAAAAA! Hihihi.. sebelum sampai kat port pelancong datang kat Dona Paula tu, kena jalan kaki sikit pastu kat situ ada la rumah-rumah penduduk, chalet-chalet, hotel.. and kat sebuah rumah tu kan, ada haiwan ni! Dengan anak-anaknya sekali hakhakhak
(gambar dari kamera Husni kayhhhhhhh :D hahahaha)



Ni antara pemandangan kat Dona Paula.



Menurut pandangan Iliana, Iliana merasakan tempat ni cam ala-ala Lumut je. Entah la. Sebab Lumut pun jadi tempat orang amik angin, camni jugaklah kan. Tapi India takkan sama dengan Malaysia, lihat sajalah bersepah-sepah anjing tido dalam gambar tu. Haha. Nasib bukan anjing yang jenis kaki kejo.



Menurut sumber internet (well, cam biasa lah. Ni bukan zaman IB lagi yang lebih mengutamakan sumber dari buku), nama Dona Paula tu diambil sempena nama anak Viceroy masa zaman kolonial kat India ni. Viceroy tu aku pun tak pasti dalam bahasa melayunya apa, tapi, ala agak-agak la dia macam pangkat la tu. Rasanya orang tu Viceroy kat Goa ni la kot. Pastu, nama anak dia ialah Dona Paula de Menezes. Ewah.

Bila dah duduk negara orang kan, kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Ewah sekali lagi. Makanya, akhirnya si Dona Paula pun jatuh cinta dengan seorang penduduk tempatan yang bernama Gaspar Dias. Gaspar Dias adalah seorang nelayan. Kalau di-synchronise-kan dengan kehidupan realitiku masa kini, contohnya macam kawan Iliana ni, belajar kat India la, dari Malaysia, sama cam ai, pastu dah lepas 5 bulan dok kat India, terjatuh cinta lak dengan tempe sorang kat sini.. ceheh pandai kan aku guna contoh taknak guna nama diri sendiri, makanya letaklah nama "kawan Iliana" jek. So dakdak MMMC, korang pick je la mana-mana nama dakdak MMMC yang korang suke nak ganti nama "kawan Iliana" tu hehehehe. Pastu kawan Iliana ni nak kawen dengan tempe tu, tapi korang rasa parents dia nak react apa? Kemungkinan besar permintaan kawan Iliana tu nak kawen dengan tempe tu akan direject sama sekali oleh parents dia!

Jadi kesimpulan dia kat sini, sebenarnya keluarga si Dona Paula tu tak bagi la dia kawen dengan Gaspar Dias tu. Yela kot-kot bapak dia dah ada calon dari kalangan bangsa negara dia sendiri kan.. Nak dijadikan cerita, sebab sedih tak dapat kawen dengan pakwenye, Dona Paula pun terjun dari tebing tepi laut, yang mana sekarang nama tempat tu adalah Dona Paula.



Mungkinkah inilah tebing tempat Dona Paula terjun? Dengar cerita, hantu Dona Paula still menghantui tempat ni :/ yekerrrrni... Pastu ada jugak kata dia ada muncul dengan memakai rantai mutiara je. Yih? Apakah ini? Seksi sangat ._.''






Adakah ini sebenarnya patung untuk memperingati kisah cinta Dona Paula dan Gaspar Dias? Tiada jawapannya di sini.............





Pemandangan dari atas puncak Dona Paula. Kat sini best! Berangin gile. Nak terbang-terbang je topi sekali dengan tudung aku. Ceh. Yang biru-biru tu semua gerai-gerai jual baju la, topi la, memacam la.


Sebab dah asyik nak terbang je topi, terpaksa guna getah topi tu =.= that's sooooo uncool TT_____TT
Ni dengan Husni, Dolly dan Sarah! :)




Another view from top of Dona Paula.




Group photo harus ada! Tapi ni bukan the whole group pun. Tak lengkap 22 orang. Tapi kan, sebenarnya, kat sebelah kanan gambar ni, ngeng je ada sepasang merpati dua sejoli bercinta. Siap buat style hindustan lagi. Pastu orang nak tangkap gambar pun diorang still buat dunno je dan teruskan misi percintaan diorang kat situ. oh annoying! Sampai aku terlanggar belakang badan hero dia pun still taknak berganjak dari situ. Tegar sungguh percintaan mereka! Nak tiru Dona Paula lettew.




Ni le deme. Wauuuu romantis sungguh! Entah-entah.. sebenarnya diorang ni.. bayangan puaka sahaja..... wuuuuuu..... erm cam harus je sembunyikan identiti diorang ni kan. HAHAHAHA

Dona Paula ni jugak turut dikenali dengan nama Lovers Paradise kat Goa ni. Mungkin pasangan-pasangan muda di sini mengambil pendekatan menyahut seruan percintaan Dona Paula lalu dating kat sini -.- rimas seh.

Oh ya. Selain tu tempat ni juga ada jadi tempat penggambaran filem. Kata sumber internet tu la.. Possible juge.. Tempat ni kan tempat orang bercinta.. hihi



Okay this time model of the entry jatuh kepada Farah!! AI sukeww ngat ngat dengan gambar ni hihi



Sebelum balik tangkap la gambar lagi ^^




Jadi, lepas tu, semua dah penat kan jadi kami dibawa pulang ke cottage kami.. Cey namanya cottage tauuuu.



Jymi's Cottages! Biliknya takde la up mana pun tapi orang putih pun ada duduk sini kahkah. Ada wifi yang penting.. leh online kat laptop lelama dan upload gambo bebanyak hihi



(gegambar Jymi's Cottages adalah ihsan kamera Farah)

Okay itu sahaja! Semoga dapat pengetahuan am yang baru mengenai Dona Paula, Goa. Assalamualaikum!


*nak bagi kredit kat kengkawan yang kite ada curik gambo dari kamera diorang hihi tengs semua!


Sumber:

http://www.goaholidayhomes.com/dona-paula-beach-in-goa.php

No comments:

Post a Comment