Order Guidelines

Saturday, February 23, 2013

KMS North India Trip: Devki Krishna Temple dan Shree Manguesh Devasthan, Goa

6 Februari 2013

Assalamualaikum! Hai hai Iliana datang lagi! Kome sihat ke? Jom tanya iman memasing, sihat tak? (cewah ada fefeeling usrah pule gitew hewhew) Untuk entri kali ni, masih lagi dalam hari pertama percutian di Goa. Lepas pergi ke Ancestral Goa, pakcik guide bawak kitorang jenjalan melawat temple-temple yang ada kat Goa ni pulak. Goa ni secara amnya, sangat kurang orang muslim. Seperti yang diberitahu, majoriti penduduk kat Goa ni beragama kristian kalau tak silap.

Tapi kat Goa ni ada banyak temple-temple lama so sebab tu kot pakcik guide bawak kitorang melawat ke sana. Dalam satu hari tu, dia bawak kitorang ke dua temple dan satu gereja lama yang besar kat Goa ni. Untuk church tu next entry pulak la kan. Yang ni pun dah sampai dua tempat aku compile sekali dalam satu entri. Kehkeh

Untuk entri kali ni, aku just nak share gegambar dari tempat-tempat tu je sebab nak tulis pun, aku tak tau pe yang patut aku tulis. Sebab kitorang berjalan ke tempat-tempat tu pun untuk mencuci mata jek. Pakcik tu pun takde nak cerita-cerita pun alkesah temple-temple tersebut, so, nak google pun malash hihi.

Masuk jangan risau, free jek semua. Takyah bayor okaii hehe

Makanya, tataplah gambar-gambar sekitar temple-temple tersebut :D



DEVKI KRISHNA TEMPLE


Di luar kawasan temple.




Laluan masuk ke dalam temple.




Bunga-bungaan yang dijual di luar kawasan temple. Kat sini juga ada jual topi-topi, shades, air minuman, malahan makanan ringan juga seperti keropok-keropok.










Dalam ni la kuilnya. Cantik pulak tengok bangunan ni. Ala-ala rumah pulak. Tingkap dia yang penting tuuu. Comel! Hehe ai sukeww.




Omak panasnya kat sini!



Makanya, haruslah kita membeli topi lalu dipadankan dengan shades wahwah lagak pelancong sungguh uoll.


Seterusnya, pakcik bawak kitorang ke sini pulak. Huk aloh penat siot pakcik. Kitorang dah tak rela sebenarnya tapi, layan je lah. Padahal lagi rela senanya aku dok dalam bas ada aircond tu. Ni kalau keluar, kena berpanas, kemudian kena jalan jauh lak T.T





SHREE MANGUESH DEVASTHAN



Tempat ni memula nampak cam lemah semangat sikit sebab jauh gilaaaaa jalan dia! Tengok je la kat gambar tu. Nasib baik kitorang tabah. Makanya sampai jugelah ke temple tu.



Yang membuatkan tempat ni better dari temple sebelumnya, ialah kat situ banyak gerai-gerai souvenir! Ate itu je la pun yang pelancong suke kan? At least, pelancong like we olls ahaks.




Bak kata seorang kawan FB aku dulu, "Lembu kat India ni dah macam kucing kat Malaysia je."

Maksudnya, lembu-lembu kat India ni semua berkeliaran sebagaimana kucing-kucing berkeliaran kat Malaysia. Ahahaha so true.




Aiiiii... awak comel la moomoo.. hehehe




Okay la memandangkan aku dah tergoogle sikit tadi pasal temple ni, so aku ceritalah sikit pe yang aku tau pasal temple ni, tengs to google! Ihiks

Katanya, temple ni didedikasikan buat Lord Mangueshi, a form of Lord Shiva. Ia turut dikenali sebagai Mangireesh atau Manguesh. Mitos mengatakan selepas Shiva kalah main game dadu dengan isterinya, Parvati (i don't know whether it was really a 'dadu' ke tak sebab dalam artikel tu sebut 'dice', so aku translate as dadu je la. Taktau la kalau dice game tu ada maksud something else), beliau kehilangan semua pemilikannya lalu merayau-rayau sebelum berhenti berehat di Kushastali untuk bermeditasi yang mana merupakan satu bahagian dari Selatan Goa.




Kemudiannya, Parvati mencari Lord Shiva dan terserempak dengan seekor harimau yang garang ngat ngat (ehee) lalu beliau berteriak meminta tolong kepada Lord Shiva. Lepas tu, baru dia tau yang rupa-rupanya harimau tu adalah jelmaan Lord Shiva yang saje nak test keberanian Parvati. Dalam keadaan terkejut, Parvati mengeluarkan kata-kata yang berbunyi "Trahi Mam Grisha" yang bermaksud "O Lord of the Mountains, save me".

Tempat yang mana dikatakan berlakunya cerita ini kemudiannya dibinakan sebuah temple dia atasnya, iaitu di kawasan selatan Sungai Zuari (sekarang ni katanya ada Village of Cortalim kat tempat tu). Namun begitu, semasa pendudukan Portugis di Goa, temple tu dah diubah kedudukannya dari tempat asal ke Priol, iaitu di mana temple ini terletak sekarang. Portugis ni memang sesuka hati dia je nak kacau tempat orang kan? Memang dasar. Tu je la serba sedikit cerita berkaitan dengan temple ni.




The BDS Three Musketeers ha yola tu kau. Hahaha. Adl menayangkan poskad Goa nya yang dibeli kat gerai-gerai souvenir kat luar temple ni. Duhh ketika menaip ni, aku berasa amat rugi kenapalah aku tak beli poskad Goa ritu ha? Poskad Mumbai dengan Agra je yang aku ada sekarang ni. Cait.




Sarah, Husni, Tiha, ehem ehem, Aisyah, Dhoyah, Adilah, Atiqah, Farah :)



Ni lak model of the entry today :D hehehe aku suke ngat gambar ni senanye. Kemain lagi Anis. Haha



Apa yang aku bawak pulang dari temple tu pada hari tu ialah benda-benda ni ha. Amik kau gelang siput kerang aku beli sampai 10 uoll, dah murah kan hihihi. Bertemakan pepantai sikit kan memandangkan Goa ni terkenal dengan kawasan pantai. Bukan aku nak pakai semua ni pun, nak kasi ole-ole kat saudara mara yang sesuai memakainya aja~ ehehehe. Yang kat tengah tu ialah fridge magnet, which memang wajib dibeli sebab ibu suke mengumpul fridge magnet :) Akif nanti datang rumah makngah jangan cabut dan baling fridge magnet makngah beli plishhh ^^ ekekeke rindu lak kat si Akif memanggil manggil ai "ma ngah... ma ngah..." hikhik

K la tu je untuk entri kali ni. Lepas ni..... destinasi seterusnya ialah Bom Jesus Basilica church! Insha Allah akan dikongsi untuk entri akan datang :D Thanks for reading! Assalamualaikum!




Sumber:

1. http://www.getsetgoa.com/temples-in-goa/shri-mangueshi-temple-goa

No comments:

Post a Comment