Order Guidelines

Saturday, February 2, 2013

Hanging Bridge, Manipal




Assalamualaikum :)

EXAM DAH HABISSSSSS!!

Wau begitu sekali semangat jiwa yang bebas dari cengkaman eksaminasi wakakaka. Padahal baru habis 2nd block. Oh well, esoknya, kitorang ada aktiviti dengan group usrah. Kitorang pergi...

HANGING BRIDGE kat MANIPAL!

Tarikh: 2 Februari 2013


Masa ni baru sampai. Pengalaman menggunakan jalan kampung (memandangkan ni kawasan kampung) sangat mencemaskan sebab ia mengingatkan aku kepada jalan lama ke Cameron Highlands! Hahaha. Nope. Jalan kat Cameron Highlands way better than this one la of course kan sebab jalan on the way ke Hanging Bridge ni berlobang-lobang. Tapi perasaan pening dan loya nak muntah tu, takde beza pun. Haha

Oh, masa ni kak-kak senior tempah kereta uolls. Uolls leh bilang dengan jari berapa kali iolls naik kereta kat sini. SEKALI JE! Wahahaa so ini first time la naik kereta. Kat sini public transport dia bas dengan autorikshaw (tuk-tuk) je, takde teksi, so kome expect nak naik kereta sapa kat sini? Kereta lecturers? Hahahaha...................

Memang tak la kan.






The Hanging Bridge

Seriau masa jalan atas ni. Bergoyang-goyang. Of course la kan dah dia tergantung. Tapi best gilaaaa sebab angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Sebenarnya takde pe pun kat tempat ni, tapi yang menariknya ada jambatan gantung yang panjangnya err, entah la. Nak kata 100meter, cam tak mungkin leh lalu habis jambatan ni dalam masa yang singkat. Nak kata 50 meter, asal rasa tengok dak dak sekolah rendah dulu lari 50 meter nampak cam dekat je? So kesimpulannya, no data on the length ekekeke =B


Pemandangan kat sini sungguh damai. Cewah. Angin pun best best je.





Kitorang pergi ke seberang sungai dan berkelah kat tepi tu. Kak-kak kami best bawak banyak ngat makanan dan adik-adik fungsinya untuk ngap ngap ngap sahaja tengsss akak akak! Heheheee





Ni kak Nadia. Belakang tu yang tak nampak muka tu kak Atiqa. Kang kome cari le mana satu muka kak Atiqa hehehe. Kak Atiqa is my akak usrah together with other friends, and kak Nadia is another kak usrah for my other friends. Kata Aisyah, ni kira cam usrah mega lettew sebab combine. Haha. Ni pun tak complete orang yang datang sebab ada yang dah nak balik Malaysia. Cuti kome, cuti!




Ada Dolly, Aisyah, Iqlima, Farah, Qina, Kak Atiqa dan Kak Nadia.




Atototo ni Dolly :)



Dolly dan Aisyah :)



Ni Fawwwwwah!





Ni ayam (eh tetiba)



Gambar segera dari kamera Qina.






Asal nampak comei Aisyah peluk kak Nadia???




Mak ayam pun nak tangkap gambar gak. Bajet tak penah jumpe ayam padahal kat rumah pun ada Beby (Beby tu ayam serama kitorang. Ia comel okay)






Lepas habis sesi makan dan sesi perkongsian dalam usrah, aktiviti seterusnya, yang juga wajib dibuat kalau pergi Hanging Bridge ialah...


naik sampan!





 Kikikik Farah nak menyambut tangan aku tapi aku gi tangkap gambar dia.





Tak syak lagi, sampan macam ni adalah yang jenis tebang pokok pastu korek isi dalam pokok tu kan? Cam Robinson Crusoe buat. Taktau sapa Robinson Crusoe? Google le. Gua belajar Robinson Crusoe untuk literature masa form 2. Best dowh cerita dia.





Kat sebalik sampan tu ada pakcik sebenarnya. Dia korek pasir sungai kot sebab atas sampan dia banyak pasir menimbun. Tak tenggelam ke sampan tu??? =/




Hahaha pakcik ni lawak. Dari jauh nampak tangan dia dua-dua bergerak, cam orang tadah tangan nak baca doa pun ada. Lama lak tu.


Dan kita semakin menghampiri beliau...



Oh pegang tali pancing rupenye! Tapi taktau le pebenda tali tu. Dia masuk dalam air, maybe dia tangkap ikan guna camtu je kot tali tu. Tak sakit tangan ke pakcik? =/



Lepak ah pakcik ni. Muka sama je sepanjang ketiga-tiga gambar hahahaha




Paya bakauuuu. Sungai ni kak Atiqa kata bersambung dengan laut, so no wonder la ada bakau-bakau bagai ni kan.



Koleksi gambar reranting 1




The pakcik. Kuatnye beliau leh mendayung secara manual. Bawak 8 orang lak tu. 9 orang termasuk dia. Tak lenguh muscle ke pakcik =/

Pasti lenguh. Sian pakcik.. mungkin mencari rezeki buat keluarganya.. =/




Ada struktur cam batu karang kat laut. Mungkin air laut pernah masuk ke sini? Mungkin air ini ialah air masin? Tiada siapa yang tahu....


Tapi ni sungai =/



Koleksi gambar reranting 2




Koleksi gambar reranting 3




Pokok ni bestnye kalau leh panjat pastu bergayut kat hujung dahan tu, berbuai sikit pastu terus terjun dalam sungai! Harharharr pastu leh buat cam iklan cuti cuti malaysia yang Siti Saleha berlakon tu pastu leh narrate bahasa melayu guna slang2 orangputih sikit cakap "Saya jadi seperrrti Tarzan, macam dalam cerrrite-cerrrite Lat!"




Dakdak anak muda tempe..



Koleksi gambar reranting 4




Burung helang! Sampai senget-senget kamera nak kejor tangkap gambo helang.




Cuba cari burung yang tersembunyi di sini!






Akhirnya perjalanan kami kembali ke tempat permulaan, maknanya dah habis le.




So before balik, tangkap lagi gambar kat Hanging Bridge.




Dan bunga-bunga turut seakan-akan berduka dengan pemergian kami pulang ke universiti...




Jom balik!





Bye-bye Hanging Bridge Manipal!

2 comments:

  1. Assalaamualaikum sister..
    This one is the hanging bridge in Kemmannu. There is one in Rampur, very close to Manipal. That one is much better than this one.. :)

    ReplyDelete