Order Guidelines

Friday, February 22, 2013

KMS North India Trip: Ancestral Goa, Goa



6 Februari 2013

Assalamualaikum.

Hai aku datang lagi menghantui malam-malammu! (malam la sebab time menaip ni waktu malam). Dalam entri lepas, kitorang dibawa oleh pakcik tourist guide ke Casa Araujo Alvares (walaupun semalam dah menaip pasal tempat ni dan dah berjaya hafal nama ini secara tepat, namun harini tetap terlupa balik akan namanya) yang bosan tu kan, menurut Iliana lah. Hihihi *gelak malu* Berdekatan dengan Casa Araujo Alvares tu pulak, iaitu tempat memula kitorang beli tiket masuk tu kan (sila rujuk balik entri yang lepas), ha, kat situ la sebenarnya terletaknya Ancestral Goa ni.

Ala, dengar nama pun korang mesti dah leh tangkap kan tempat ni ada apa.



Masuk je, waaaaah kami disambut oleh ini! *ini!*

*ini!*

*ini!*

*ini!*



Erm maaf.. Iliana tak kenal la tu siapa. Mungkin ada dalam cerita-cerita tradisional India.. mungkin Rama dalam Ramayana, mungkinkah? :/



Bigfoot? Nampak tak perkataan bigfoot kat pintu tu? Kenapa ada bigfoot? Nanti kita sama-sama bongkarkan...




Disebabkan mata aku dah rosak dengan keseksian para patung orang native ni semua, maka aku nak sebarkan virus kerosakan mata kat korang semua juga! Heheheeeee~

Patung kat atas ni tak silap aku, diorang bawak alat-alat menangkap ikan kot. Almaklum je lah kan, Goa ni berlautan, makanya, tangkaplah ikan! (ayat style mak-mak dalam drama melayu kat tv sebab guna frasa 'almaklum je lah kan~')



Adl acah acah nak jadi subject candid dalam gambar ni ehehehe sebenarnya memang candid pun. Maaffff Adl kerana aku mengatakan kau acah acah candid di sini! hihihi




Seksi tak seksi tak??? KORANG KENA BUKA MATA LUAS-LUAS!!

Goa kan kawasan mukabuminya banyak pantai, dan memang terkenal dengan pantai pun kan, makanya, mungkin sebab tu banyak buah kelapa kot.




Ha ni sopan. Dolly dan Dhoyah sedang berposing ala ala orang bangsawan Goa zaman dedulu lettew ahaks.






 Jalan jalan dan terus berjalan, kami ternampak buah gajus raksasa ini (buah gajus kan tu?) Rasanya kat Goa ni memang ada kaitan dengan penanaman buah gajus kot sebab masa dalam bas, pakcik guide tu ada cerita pasal buah gajus siap bagi kitorang passing passing lagi buah gajus untuk ditatap sekalian umat. Tapi explanationnya aku tak dengar, cam bese ah sumbat telinga sebab fed up tak faham pe pakcik ni cakap wakakakaka

Menurut sumber 1 (rujuk di hujung entri), tourists selalunya akan membawa pulang buah gajus ni (cashew nut) sebagai ole-ole dari Goa. Pokok buah gajus ni banyak tumbuh kat hillsides kat Goa ni. Musim berbunganya adalah ketika bulan Januari, dan mula berbuah ketika bulan Mac, April dan awal Mei. Kalau tengok dalam gambar kat bawah ni kan, buah dia terdiri daripada dua bahagian; yang warna kuning tu dipanggil "apple" dan yang kecik kat bawah tu la buah gajusnya. Buah gajus tu biasanya akan dipetik, dan applenya pulak akan digunakan untuk menghasilkan 'feni'. 'Feni' ni sejenis alkohol, makanya, anda anda yang beragama islam jangan terpedaya pula untuk mencuba 'feni' ni ya yaa yaaa~! Hehehehe



Ni ke bigfoot yang diuar-uarkan sepanjang perjalanan kat taman ni? Konfius aku :/



Berbanding aku yang ayu dan sopan, rasanya Farah lebih layak menjadi bigfoot. Tahniah Farah!




Patung tu cam agak lucah weh! Rasanya dia tayang muntot! Cis dasar. Adakah taman ini dibina untuk merosakkan mata-mata kami yang suci ini? Ni mesti agenda Freemason ni :/




Dengan Dhoyah. Maappp gambo gelap dan terasa begitu malas sekali nak edit untuk kasi terang hihihi
Garangnye muka pakcik kat tengah-tengah dinding tu :/




Amboi Farah, laju je dah dapat tangkap mamat tempe pengembala kambing sorang. Dapatla menantu orang luar negara sorang untuk parents Farah.. hihihi

Menerusi gambar ini, dapatlah kita membuat konklusi bahawa penduduk Goa dedulu mengembala kambing... Cey cubaan untuk berfikir secara kritis nampaknya di dalam blog ini wahwah.




Mungkin sebenarnya, Adilah bigfoot yang dicari-cari itu??



Walaupun bigfoot itu dikatakan berbahaya, tapi nampaknya kitorang telah disahkan sebagai World's Most Dangerous Ani........ erm Creature sudah.




"Do you want to be happy? Then go and make others happy."

Saya sukaaaa dinding ni! Macam kartun-kartun Lat kan?





Dinding ni pun menarik. Dalam ni kalau tak silap aku, ada jual cenderamata. Tapi siapa la sangat yang nak beli souvenir kat sini.. Mahal kan. Walaupun kedai ini seperti kedai zaman batu, tapi barangan yang dijual amat mahal sekali...





Bila dah keluar dari kedai zaman batu tu, eh tetiba leh member lak ngan pakcik ni. Cool en tourist orang Malaysia kehkeh.




Hmm nampak ni? Sebenarnya takde pe pun yang menarik pasal benda ni kalau dilihat secara mata kasarnya (cewah), tapi yang boleh kasi kekaguman tu ialah sebab sculpture ni ditoreh/dikikis/ditarah/di-carved untuk menjadi bentuk seperti ini. Hebat tak? Kalau korang rasa tak hebat tak kisahlah. Tapi aku memang kalau asal benda yang ada kaitan dengan carving-carving ni, semua aku rasa hebat, nak-nak carve batu kan. Ekau ingat sonang? Kitorang dakdak dentistry tau la sebab kitorang kena carve gigi dari wax kuikuikui. Tu baru wax, belum batu lagi (sape yang gile sangat nak carve gigi guna batu kahkahkah)

Menurut sumber 2, sculpture bernama Sant Mirabai ni berukuran 14 meter panjang dan diukir selama 30 hari oleh MJA Alavres. Ia telah disahkan sebagai sculpture laterit terpanjang di India oleh Limca Book of Records. Sant Mirabai ni la main highlight kat Ancestral Goa ni sebenarnya.

Selain tu, Ancestral Goa ni juga menyediakan sistem audio yang sama macam kat Casa Araujo Alvares tu. Kat setiap point, akan bersuara lah suara rakaman yang menceritakan perihal kehidupan masyarakat Goa zaman dedulu. Tapi kan, well memandangkan we oll bukan dakdak skema (ehem) malah tidak menunjukkan minat untuk stay dan dengar, makanya kitorang berlari-lari meninggalkan semua points sebab berasa amat bosan sekali! Kesian suara tu bercerita sorang-sorang sebab kitorang tinggalkan dia kat belakang. Kahkahkah...

Kesimpulannya, aku tak jumpa pun bigfoot dia kat sini. Entahla taktau apasal tempat ni juga dikenali dengan nama Bigfoot (tempat ni I mean Ancestral Goa ni la). Tengok dalam google pun dia kata tempat ni juga dipanggil bigfoot something like that la. Padahalnya bulu hidung bigfoot pun takde :/ ingatkan ada la patung bigfoot ke dalam ni.

Kesimpulan kedua pula, tempat ni cam lagi bosan dari Casa Araujo Alvares. Kahkah nak menangis air mata darah aku!

Untuk pengetahuan lebih pasal Ancestral Goa, korang boleh view website ni:
http://www.ancestralgoa.com

Best gak ah website ni, dia buat dalam bentuk map kawasan seluruh Ancestral Goa ni (tak sure sangat yang ni), then korang just klik kat mana-mana spot dalam map tu.

Tunggu next entry lagi dalam siri jelajah KMS North India Trip! Hihihii~ 

*Please take note yang Goa bukanlah dalam kalangan North India sangat. Selatan je dan, well, panas je. Cam kat Malaysia.. haha...

2 comments:

  1. Liana ko x msuk dlam 2 amik gmbar kaki bsar 2 ker? 2 la big foot.. ad human feet saiz bsar gjah.. knonnya dewa diorang pijak la kowt.... btw syabas dngan entri yg berjaya, looking forward to next one..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh nobid haah aku taktau pun ada tapak kaki tu. Haha demm aku ketinggalan T.T thx btw sebab bagitau keke --> gelak kau hahahahaha

      Delete