Order Guidelines

Thursday, February 21, 2013

KMS North India Trip: Casa Araujo Alvares, Goa


Tarikh: 6 Februari 2013

Assalamualaikum! Hai. Ini adalah second entri untuk siri KMS North India Trip. Kenapa KMS? Sebab yang join ni semua budak-budak ex-Kolej Mara Seremban (KMS) yang study kat Manipal University ni je. Dulu time foundation dah berkawan kan, sampai ke India pun senang buat trip sesame. Hehe

Untuk memulakan cerita, selepas kitorang berhenti menumpang kat sebuah masjid kat Goa ni kan, lepas dah settle breakfast semua tu, bas tourist kitorang pun dah ready kat luar masjid untuk bawak kitorang gi beberapa tempat untuk hari pertama holiday tu.



Ni masa dalam bas, ketua trip iaitu Adl memberikan sepatah dua kata cewaaah. Semangat sekali wajahnya ekekeke. Dan selepas itu.... tiba-tiba muncullah seorang pakcik tua dalam bas tersebut! Rupenye tu la tourist guide kitorang untuk hari tu =='' Punyalah kecoh pakcik tu dengan gelak berdekah-dekahnye. Ngeri lak aku dengor. So sementara bas bergerak, pakcik tu cerita la itu, ini, itu, ini, namun malangnya, aku tak dapat tangkap english dia :/

Kawan-kawan yang lain ada la yang dengar bebetul pe dia cerita, aku lak, hmm tak mampu dah menderita nak tangkap pe benda dia cakap, so aku sumbat telinga dengan earphones ekekeke



Aku lupa pun nak tangkap gambar semua orang masa dalam bas, tapi ni je yang ada. Jaaaaadi lah kan. Gambar dakdak laki pun boleh laaaah. Kahkah hepi yek kome padahal masa ni innocent lagi taktau ke mana pakcik ni nak bawak kome kihkihkih *ketawa jahat



Tiba-tiba kami turun di sini! Oh tempat apakah ini? Kami disambut oleh anak gajah yang baru belajar bertatih ini. Comel la pulak tengok anak gajah berposisi begini.


Gajah ini pula telah dilatih untuk menampung tiang di atasnya. Gajah-gajah akrobatik mungkin semua ini... Haish cut the crap! Takyah nak merepek jauh sangat.



Ni lak ape ye? Kite tangkap je gambar dulu.......... sesuka hati je Iliana menangkap gambar dengan gembira tanpa menyedari yang sebenarnya kena bayor kalau nak tangkap gambo dalam ni! Wakakakakaa tu la bahana sumbat telinga dengan earphone masa pakcik tu bercerita kat dalam bas tadi! Ni tempat nak bayar tiket sebenarnya. Harga tiket ialah,

Rs 100 seorang (RM 6)

manakala kalau nak bawak kamera lak kena bayar tiketnye harga Rs 20 (RM1.20)



Lepas dah bayar, korang leh sewenang-wenangnya menayang tiket-tiket korang umpama kad kuasa kat guard-guard yang mengawal di sini dengan riak wajah yang bangga. Lalu tangkaplah gambar mereka sekali dah alang-alang tu kan.



Nampak seperti rumah biasa? Atau rumah korang? Inilah dia....

Casa Araujo Alvares!

Ini sebuah rumah peninggalan orang Portugis kat Goa ni sebenarnya. Menurut sumber pertama (rujuk sumber di hujung entri), nama rumah ni adalah sempena nama pemiliknya iaitu Eufemiano Araujo Alvares, seorang lawyer masa zaman kolonial.


Dakdak gosip on the way nak ke rumah bang Portugis.



Ni Balqia, classmate dentistry gua. 1st featuring dalam blog ni mungkin. Kehkeh



Ni Hasif. Dakdak MBBS. 1st featuring dalam blog ini juga mungkin hehe



Mereka adalah bodyguards saya. Macehh korang... kehkeh



Anis kusyuk habis dengar pakcik tourist guide ni bercakap sebelum masuk dalam rumah ni.

Rumah ni dah disediakan kemudahan suara pencerita dan pencahayaan automatik. Nak tau camne? Korang kena ikut je pakcik yang jadi tourist guide Casa Araujo Alvares ni, pastu dia bawak korang kat satu spot dalam rumah tu, pastu tempat tu akan dilimpahi lampu limpah (cewah) dan akan ada narrator menceritakan perihal benda-benda yang dilimpahi cahaya limpah tersebut. Eh? Pastu kalau pakcik guide tu nak cerita pape extra information, dia cerita la pastu korang kena kejar suara dan lampu automatik tu kalau tak korang tak dapat dengar dah. Wakakakaka



Ni tongkat-tongkat bang Portugis. Tulang dah tak kuat mungkin..



Di mana aku ingin menangkap gambar di dalam cermin, di situlah ada Hasif. Ceh nampaknya sebenarnya hanya Hasif bodyguard aku, dan Balqia tidak pernah memegang jawatan tersebut.. Kahkahkah...



Ni taman rumah ni. Mungkin juga kebun. Bagus kan. Bercucuk tanam di laman sendiri, masakan semua dijamin kesegaran! (Y)



Almari pakaian.



Ni katil. Obviously @.@



Ni katanya waris-waris bang Portugis ni. Lalu kami berasa tidak puas hati "Ke mana hilangnya wajah Portugis itu???"

Sungguh tidak Portugis sekali wajah mereka...



Ni buaian baby. Asal tempat ni nampak cam seram :/




Menurut pakcik guide, lampu ni dedulu guna half water, half oil. Tak tau la cemana. Dulu masa belajar Physics masa SPM pun bukannye aku suke pun bab-bab electricity mahupun magnetism... wakakaka



Aku tak akan pernah mengijinkan topeng-topeng scary ni wujud di dalam rumahtangga ku nanti! Tu diaaa spirit ibu ibu indonesia sudah keluar pula.



Farah seakan-akan mampu pula mendengar suara bisikan spirit ibu ibu indonesia tadi........ by the way tingkap ni ditutup menggunakan kerang-kerang laut. Ala bukan kerang yang legap tu, tapi yang nipis sekeping tu. Pebenda tah nama dia.



Ha ni ha bendanya. Bisa juga dibuat gantungannya ibu ibu bapak bapak *tampar diri sendiri kerana petah sungguh berbicara dalam bahasa indonesia*



Ni ruangan menyimpan air-air mabuk. No good, no good...



Topeng scary lagi =.=




Ni ruangan meditasi keluarga ini. Kalau kat rumahtangga ai nanti ruangan meditasi haruslah ada gambar ai. Pasti akan tenang bila menatap wajahku hihihihi

K tipu je. Kite orang islam mana ada meditasi-meditasi ni.



Taman di tengah rumah.



Ni kat belakang rumah. Demm dalam gila perigi dia. Gayat aku tengok. Tengok gambar pun nak seriau, belum lagi berdiri kat tepi perigi ni betul-betul :/ 

Menurut sumber kedua (sila rujuk hujung entri), kedalaman perigi ini adalah 150 kaki. Dalam tak dalam ha???? Dengar cerita air perigi ni tuan rumah kongsi dengan penduduk kampung yang berdekatan. Baik hati bang Portugis...




Hasif dan err... bekas simpanan air?



Hihihi ni jamban uolls.





Husni ingin berkongsi bakat memasak air.




Sudah ku katakan dengan indah bahawa di mana ada aku ingin bergambar di cermin, pasti adanya Hasif!




Gambar family nak dinner sekali. Adakah ahli keluarga bang Portugis sama banyak dengan bilangan trip members kitorang? Ini harus disiasat.



Ini blog aku, makanya aku harus ada!




Ni ada dia tunjuk sedutan beberapa filem yang guna rumah ni as tempat shooting.



Akhirnya aku bebas dari cengkaman rumah ini!!! Bentak hati Iliana..




Sebelum keluar kita tangkap gambar dulu. Ekekeke.

Sepanjang entri ni, aku lagi banyak meng-condemn dari memuji kan? Sebabnya aku berasa sungguh bosan sekali melawat rumah ini! Hahahaha tu diaaa jujurnya ai! Bukan aku sorang je la. Ramai je kata bosan. Entah-entah semua pun bosan tapi memasing buat-buat kagum dan hepi sebab dah bayor Rs 100 entry ticket tambah Rs 20 camera ticket wakakakakaka wakenabeb!!

Korang kalau yang minat dengan bebenda camni, datanglah ke sini kat Goa ni. Tapi jangan bawaku ke sini lagi, ku tak sudi! Hahhahahahahaha...

K la tu sahaja entri untuk Casa Araujo Alvares, saya, Nur Iliana membuat liputan dari Goa. Assalamualaikum!

(ceh penipu padahal dah ada kat dalam bilik hostel kat Manipal dah)




Sumber:

1. http://www.casaaraujoalvares.com/goa-first-museum.htm
2. http://www.40kmph.com/casa-araujo-alvares-loutolim-salcette-the-traditional-inheritance/

3 comments: