Order Guidelines

Tuesday, May 29, 2012

#2 My Precious: Old Books?

> Buku lama?
> Buku zaman sekolah you mean?
> Dah lama dah jadi buku baru~ muahahaha (dah recycle le maknenye)

Ala normal la tu kalau buku semua hantar tempat kitar semula kan lepas dah habis exam. Sama le jugak bila dah habis IB ni. Berkehidupan dalam zaman IB ni lagi banyak membazir kertas, tambah-tambah segala lab reports yang kena redo tu, segala draft-draft untuk EE, IAs, mahu pun TOK dan WorldLit, oh tidak ketinggalan segala kertas-kertas exam dan nota. Huh. Dah lama dah makcik-makcik kat KMS tu jual kat lori kitar semula.

Eh tapi satu je yang tak dihantar ke kitar semula. Nota IRP chemistry. Haha nilai sentimentalnye sangat tinggi sebab classmates semua ada bagi contribution untuk notes tu. Buku-buku fotostat semua dah hantar untuk jualan amal (cey) di kolej dan yang dibawa pulang hanyalah buku-buku original. Ngeh3

Kalau pasal sekolah punya pulak, buku yang still disimpan, ada la beberapa. Antaranya buku CAKNA, buku kerja BM. Bagus buku tu. Ada banyak quote yang menarik. Selain tu, ai simpan juga buku nota sains untuk Biology masa form 5. Why? Content-nye tak menarik pun, tapi kulitnye je yang best. Wakakakakaa. Ate takkan la nak simpan cover buku je, so simpan je la satu buku sekali.

Why? WHY OH WHY nak simpan buku-buku ni? Sebab Madam Lu (cikgu Bio) dulu suruh kitorang hias kulit buku nota sains so that lawa~ ahahahaa.. sukeeee sangattttt!!

So here they are,

Ada dua buku nota sains Biology, I dan II. Depan belakang lekat dengan gambar cool-cool kayh (kalau tak cool pun so what? hahaha). Kalau melekat gambar atas cover buku, kenalah balut buku ni dengan plastik, kalau tak akan tercarik-carik jugak lama-kelamaan gambar-gambar tu. Ha tu pasal kekal jelita je buku ni. Orang kate, buku-buku tersebut awet muda =.=''

Ha yang ni pulak baru terjumpa tadi. Buku untuk menyalin contoh karangan masa form 4. Eh masa bila muncul buku ni? Tetiba je nak menonjolkan diri kat depan ai.

Buku ni biasa-biasa je, yela buku salin karangan kot. Apa yang bestnye. Tapi ada satu je yang paling best dalam buku ni, masa tu Puan Kamisah bagi tugasan untuk mereka satu jenis produk konon-konon dikeluarkan oleh kita la kan. Ha ni le produk keluaran ai. Muahahahaa 'Selembut jemari ibu" katanya. Wakakakaa


Bajet nak buat nama CherryTea, sekali lupa ni subjek BM. Kengkononnye macam inovatif la ni cipta produk jelmaan pati ceri dan khasiat teh. Haha!

Ni pulak karangan cikgu suruh buat pasal produk kita tu. Kat belah kanan tu pulak karangan promosi untuk produk tu. Cikgu bagi MENARIK k untuk promosi ai. Hewhewhew...

Erm tu je la. Gua ni jenis yang suke menyimpan barang-barang lama, yang kadang-kadang berakhir jadi sampah je. Menyemakkan bilik. Tapi susah la nak buang satu-satu barang tu.. Takut nanti at last kita akan memerlukan balik benda tu. Kan susah kalau dah buang. And lagi satu, sebab nak simpan kenangan yang ada pada sesuatu benda tu. Macam contohnya IRP notes Chemistry tu la. Tu pun nasib baik la gua tak simpan draft TOK essay gua yang masa tu first time gua dapat B, memang terharu gile la kan. Mula-mula rasa nak simpan tapi demotivate lak lepas kawan-kawan kata tak payah.. buat berat beg je berkemas bawak balik ke rumah. HA-HA-HA.

Tapi ramai je kan yang ada tabiat macam tu kan?

Err tu je la kot. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment