Order Guidelines

Tuesday, May 15, 2012

MekDehhhhhhhhh

Date: 15 May 2012
Time: 5:30 pm
Venue: Seremban Parade

Assalamualaikum.. ahha entri pasal makanan lagi. Entahlah nak jadi journal makanan ke hape tah blog ni. And don't worry, undang-undang yang melarang peng-update-an blog semasa musim exam sudah dimansuhkan. Kikikik

Ahad haritu Hari Ibu kan? Haaa tau tak, malam tu le gua dengan Dhoyah nak terlapo-lapo pulak. Call Dominos Pizza, dia kata dah tutup order sebab dah busy sangat. Katanye, SATU MALAYSIA BUSY. Tak tau le benor ke idok. Sebabnya Hari Ibu. Harharhar.. Hari Ibu satu hari pelepasan bagi ibu-ibu untuk memasak, mungkin? Erm hypothesis tu tak best sangat. Hypothesis kedua: Mungkin anak-anak nak bagi ibu-ibu berehat dari memasak, and diorang pulak nak serve untuk ibu diorang BUT THEN.. tak reti masak, so call Dominos. Settled. Eh yeke? Haha nama pun hypothesis, so what kan. Haha

Ha lepas tu kitorang try call McD pulak. Laparrrr.. nak sangat makan! Mula-mula dah macam hampir-hampir je nak dapat order dah.. tiba-tiba...!

Operator: Erm Kolej MARA Seremban yang dekat dengan Seremban Parade tu ke?
Dhoyah: Ha ye ye.
Operator: Oh maaflah. Sekarang ni takde rider.

T___________________T

Okay. Takde rider. And I was like =='''

Okay. Tak kisahlah. Oleh sebab tu, gua dengan Dhoyah berazam nak makan salah satu gak dalam minggu ni! Either McD, or Dominos. And at last kitorang decide nak keluar pegi makan kat McD Seremban Parade yang takde rider mase tu tuuuuuuu... wakakakaka

So, siapa yang terlibat dalam komplot makanan kali ni?

Yada yada yada... sape lagi kalau bukan WANI! haha and of course me there. Yang kat bawah kiri tu le Dhoyah sepet and kanan tu Mia. Dhoyah dengan Mia roommate ai k. Dah hampir 2 tahun kami bergusti dalam bilik. Selalunye ai menang and Dhoyah kalah. Mia neutral.

Pape je la kan.

Dari atas, kiri: Mine, Wani's
Dari bawah, kiri: Mia's, Dhoyah's

An attempt to be artistic le kengkononnye.

Anddddddddd... Yezzaaa ai dengan Mia bungkus bawak balik bubur nasik sorang satu. Bimbang malam karang lapo... wakakaka

**Ai takdapat bayaran dari MekDehhhhh kayhhh.

Assalamualaikum~


Update: kami sekarang dah boikot McD k.. rasanya ni last time makan McD lulz (2014)

No comments:

Post a Comment