Order Guidelines

Thursday, May 10, 2012

Kita Sering Melupakan Kematian, Namun Kematian Tak Pernah Melupakan Kita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah exam dah habis 3 subjek dah. Another 3 to go! (kecilkan mata sambil genggam tangan)

(dalam entri ni Iliana akan memegang watak sebagai Ai dan Saya)

So, dalam seminggu adalah dalam 3 hari untuk exam, macam minggu ni hari Selasa, Rabu dan Khamis, so sekarang ni free, dan rasa tak terdaya nak membaca buku, so nak update blog sekejap, memandangkan ada hal besar baru terjadi ni. Sebenarnya, baru tadi call ibu sebab dapat dapat misscall daripada ibu pagi tadi. Ibu miscalled dalam pukul 10:30 am, ibu tau-tau je orang habis exam pukul 10:00 am.. hahaha (ate mestila tau. Takkan tak tau ==''). Malangnya, masa tu gi berfoya-foya kat bilik sebeblah merangkap bilik Anis. Yela, hari ni dah habis exam, mestila nak bersosial sikit kat bilik orang lain. Wakakaka. Okay sudah. Then tadi ai pun call ibu nak tanya kenapa. And guess what?

Mak saudara saya meninggal dunia sebab bersalin semalam, and ibu taknak bagitau semalam sebab takut mengganggu exam saya. Semalam memang penat sangat! Sampai pukul 6:00 pm exam. Exam petang-petang memang melemahkan.

And memang betul tindakan ibu sebab lepas dapat berita tu, memang rasa sedih sangat. Tak tau la macam mana kalau semalam dapat tau. Mesti sepanjang exam asyik teringat. Memang menangis, tambah-tambah bila kita semakin dewasa, kita akan semakin mengerti erti kehilangan.

Kematian pertama yang saya hadapi. 2002. Kehilangan satu-satunya opah yang pernah saya kenal dalam hidup saya memandangkan opah dan tok belah ibu dah tiada sebelum saya lahir (actually tok belah ibu meninggal waktu saya masih bayi). Masa tu, umur baru 10 tahun. Masih kanak-kanak, and dalam fikiran kalau ada orang meninggal, mesti kena menangis sebab sedih. Cuba jugak untuk menangis waktu tu, tapi tak boleh. Kematian kedua, arwah opah saudara @ Opah Chik belah ibu. 2007. Walaupun umur dah 15 tahun, mungkin sebab kurang terasa, jadi memang tak menangis, just rasa sayu masa menatap wajah arwah kali terakhir. Kemudian masa tahun 2009, masa trial SPM kot, ayah kawan baik saya meninggal dunia. Ini yang ketiga. Masa tu menangis, sebab kita sebagai kawan, mesti boleh rasa bila kawan kita hilang ayah, bila kawan kita sedih, dan kita bayangkan macam mana hidup kita nanti kalau hilang ayah. Sedih sangat.

2010. Merupakan kematian yang paling memberi efek pada saya. Seminggu sebelum result SPM keluar, tok belah ayah meninggal, 8 tahun selepas arwah isterinya. Ya Allah masa tu Allah je yang tau perasaan aku. Untuk SPM dulu, arwah tok selalu buat solat hajat untuk saya, selalu bagi air Yasiin yang arwah sendiri baca untuk saya (okay start nangis balik dah), and arwah yang dah sangat tua dan pendengarannya yang dah tak kuat tu selalu cakap, suruh saya sambung belajar kat Australia. Huhu. Tak tau kenapa Australia. Tok, kalau ada rezeki, saya sambung belajar kat India, pun boleh kan? Tapi bukan rezeki tok untuk tau result SPM saya. Seminggu sebelum keluar result, tok pergi. Baru 3 hari sebelumnya kami balik ke kampung untuk ziarah tok. Rindu nak pegang dan urut badan tok :'( Dapat tau berita kematian tok around jam 8:00 pm, and masa on the way nak balik kampung tu, selalu berharap dalam hati yang tok sebenarnya belum meninggal, result SPM pun tak keluar lagi ni! Tapi bila dah sampai, masuk je dalam rumah, memang terus menangis memikirkan yang saya dah takde tok, tok saya tak dapat tau resut SPM saya. Tau tak macam mana sedih dan kecewanya? Malam tu tidur kat rumah arwah tok, dan bila bangun, rasa macam 'eh mimpi ke tok dah meninggal?' and bila tengok kat ruang tamu, jasad tok masih kat situ, menunggu untuk disemadikan pagi tu. Tambah-tambah bila nak kafankan, memang menangis lagi. Rasanya ini kali pertama saya menangis dengan dahsyat sekali sebab kematian. Seminggu lepas tu, menangis lagi sebab tengok-tengok SPM dapat 10A. Kalau ikutkan, lepas tu dua kali gak la ada termimpi tok. Ada satu mimpi tu, macam kat dalam rumah tok, berkumpul dengan saudara-mara macam sebelum ni, and dalam mimpi tu, tok diberitahu yang saya dapat straight A's, and Tok gelak-gelak gembira macam yang arwah selalu buat sebelum ni. Yes, memang ni mimpi je, and bukan nak percaya mimpi, tapi at least benda tu boleh buat saya lega, sekurang-kurangnya dalam fikiran saya, yes, tok dah tau result saya. Lepas satu beban. And memang tak dinafikan sampai sekarang, even minggu sebelum exam haritu saya cerita kat sorang kawan kisah tok ni, rasa sebak tu still ada. Nak menangis dah, tapi still boleh control. Haha. Tok, orang sayang tok sangat...

2010 juga. Bulan Julai. Classmate saya masa form 4 dan form 5. Akibat leukemia. Masa tu rasanya kelas pertama TOK (Theory of Knowldge) saya kat KMS. Pagi-pagi dapat berita, and dekat kelas menangis. Call ibu. Mata bengkak masa belajar TOK. Huhu. Masa arwah tok meninggal, arwah kawan saya ni, Farahida ada ucap takziah dalam SMS. Tak sangka lepas tu dia pulak pergi. Masih ada lagi SMS arwah dalam henpon saya. 
2011. Bulan Julai juga. Setahun lepas arwah Farahida yang pertama tadi meninggal. Mendiang Tanusha meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Bulan Oktober lepas tu pulak, pagi-pagi ibu call kata Pak Uda, bapa saudara belah ayah meninggal dunia. Masa tu ontheway nak pegi kelas, around 7:40am. Macam nak terhenti gak la berjalan masa tu. 1st class pagi tu, menangis senyap-senyap dalam kelas sebab terasa sedih sangat. It was like, Ya Allah, tak dapat jumpa Pak Uda dah? Sampaikan waktu tu Aina yang duduk kat sebelah rasa bersalah sebab saya menangis, dia cakap "Laena, kalau kite ada buat apa-apa salah, kite mintak maaf tau." (Dia tak tau sebab apa saya menangis. Huhu)

And semalam, makteh belah ibu pula. Sebab bersalin anak bongsunya. Mengadu kat kawan-kawan, pastu termennagis pulak. Huhu. Semua ni jadi bila kita teringat balik kenangan-kenangan lama. Macam mana susah hidup arwah, celotehnya, ketawanya, dan tambah-tambah bila teringat anak-anak arwah masih kecil. Okay tadi baru lepas menangis. Dan sama jugak, I said to myself 'Tak dapat jumpa makteh dah?'

Sesungguhnya semua yang hidup pasti akan mati. Tapi yang membezakan setiap sorang daripada kita ialah amalan kita. Pernah ke kita rasa bersedia untuk menghadapi kematian? Tanya diri kita sendiri.

*google kasi pinjam*
 Kadang-kadang, atau mungkin kerap juga, saya terfikir, macam mana nanti kalau dah meninggal? Cukup ke amalan aku untuk memberi kesenangan dalam dunia ukhrawi aku? Saya tak perlu nak nasihat orang lain, cukup dengan menasihati diri sendiri yang masih serba kekurangan ni. Bila baca tentang azab neraka, kite takut, kite sedih, kite menangis. Nabi pun menangis tengok azab kat akhirat, terutamanya bagi perempuan. Sedar, banyak dosa yang kita pikul. Semalam saya menung tengok tangan saya. Terfikir, macam mana nanti bila tangan ni hancur bila kematian menjemput kita? Kita akan kembali ke tanah, sehebat mana pun kita. Mcam mana keadaan kat padang Mahsyar nanti? Okay selalu takut pasal azab kubur dan keadaan masa kat padang Mahsyar nanti. Selalu takut, macam mana nanti kalau aku sorang-sorang je? Padahal memang akhirnya macam tu kan. Hanya amal ibadah kita yang dapat menyelamatkan kita. Oleh tu, jom berubah kepada yang lebih baik sebelum terlambat!

Bismillahirrahmanirrahim


"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"


Surah al-An'am ayat 32

*google kasi pinjam. thank you iluvislam.com*

Kita kena selalu ingat yang kematian tu bila-bila masa je boleh berlaku. Kematian tu selalu mengejar kita, kita je yang selalu leka dengan duniawi. Kejar kehidupan akhirat, maka dua-dua kehidupan dunia dan akhirat kita akan dapat. Kalau kita kejar kehidupan dunia je? Maka dunia je la yang kita dapat. Eh macam pakej pulak kan. Haha. Korang mesti nak pakej yang menguntungkan, kan? Buy 1, free 1. Belilah akhirat, nescaya dapat dunia. Kalau kita jual kehidupan akhirat kita untuk mendapat kehidupan dunia, aaaa rugi sangat kan? Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang beriman kelak.


Bismillahirrahmanirrahim


"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."


Surat al-Ankabut, ayat 64




Semakin hari, kita semakin mendekati kematian. Sejak hari pertama kita dilahirkan lagi, kita dah mendekati kematian walau hanya berkurang beberapa minit je tempoh kehidupan kita kat dunia. Allah banyak kali berfirman dalam al-Quran mengenai kehidupan akhirat yang kekal dan kehidupan di dunia ni diibaratkan sebagai senda gurau je. Bukalah terjemahan al-Quran korang, dan bacalah. Huhu

Bismillahirrahmanirrahim


"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


Surah al-Asr, ayat 1-3



Al-Fatihah buat saudara-saudara kita yang sudah kembali dijemput Ilahi.

Assalamualaikum.

**Borhan pun dah takde.. Bila tengok gambar-gambar lama Borhan, rasa sayu sangat! (Borhan tu kucing otai kat KMS kayhh)

2 comments:

  1. .

    hati-hati menjaga hati.
    jangan sampai terbaca tulisan atas batu nisan.
    nanti jadi buta ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. tapi apa kenapa komen yang tu? sedangkan tak nampak pun tulisan pada batu nisan kat gambar tu (kalau betul la apa yang saya rasa Anon fikirkan) huhu. besides, gambar tu dari iluvislam, so saya rasa okay kalau gunakan kat sini. anyway, thanks for commenting.. :)

      Delete