Order Guidelines

Wednesday, March 12, 2014

Mumayyiz Ke Tidak?

Assalamualaikum

Aku taktau la kalau apa yang aku nak cerita ni berlaku kat korang jugak ke tidak. Dulu aku ingat benda-benda tak cerdik yang aku dan budak-budak sebaya di sekeliling tu, kitorang je buat. Semakin lama, semakin aku tau yang benda tu sometimes, satu dunia budak-budak buat. Thanks to the internet, baru aku tau kita semua sama je. Haha. Contohnya main buat suara robot kat kipas berdiri tu, err apa lagi ye. Tetiba dah lupa.

Anyway, now aku nak ceritakan benda-benda kepercayaan 'khurafat' yang aku dan kawan-kawan aku masa kecik dulu buat. Biasalah. Zaman belum mumayyiz kan kata orang.  Hihi

Masa kecik-kecik dulu, kat taman perumahan aku ada sorang budak laki ni macam lembut-lembut sikit. Aku takde la kawan sangat dengan dia, sebab geng aku haruslah gurlsss gang je. Convent kennn. Haha. Tapi ni geng taman perumahan je. Kat sekolah aku kawan dengan orang lain. Apakebendakah yang budak-budak ni fikir dulu-dulu? Erm sebab kat taman perumahan tu, kawan-kawan aku mostly kawan-kawan kakak aku. Diorang sama ada sebaya dengan kaklong, or tua setahun daripada kaklong. Namun masa tu aku apa kisah. No age boundary mannn! Walaupun sekarang aku sangat merasakan ada boundary umur dalam berkawan. Kahkah. Aku lagi selesa kawan dengan kawan sebaya sebenarnya =P

Okay back to the story. Oleh sebab budak ni lembut, mula la keluar cerita tahyul bebudak. Aku taktau mana munculnya cerita ni, tapi itulah yang di-passing-passingkan dalam kalangan bebudak taman tu dulu. Ceritanya begini..

"Eh si X tu kan, dia jadi lembut sebab masa dia kecik-kecik dulu (masa ni dia tadika rasanya, so 'kecik-kecik dulu' tu merujuk kepada range usia dia dari baby sampai sebelum tadika kot), dia tersedut bijik saga. Tersedut ikut hidung, tak boleh keluar, sebab tu dia jadik lembut."

Ya Allah. Tolonglah kata kelakar weh! Aku rasa nak guling-guling je bila teringat cerita ni sekarang. Haha! Macam mana entah boleh terciptanya cerita cam tu. Pelik gilaaa. Pandai pulak tu nak memilih bijik saga menjadi punca seseorang menjadi lembut gemalai haihh. And disebabkan cerita tu la aku boleh kenal macam mana rupa biji saga tu. Kalau tak, mana aku kenal macam mana rupanya masa kecik-kecik dulu. And disebabkan cerita tu jugak, kalau terjumpa biji saga, kitorang akan like, "Eh jaga-jaga, jangan main dengan biji saga, nanti jadi awwww..."

[credit]

Kat sekolah pun taknak kalah jugak kepercayaan tahyul dia. Sekolah aku dulu, SK St. Bernadette's Convent, terletak bersebelahan dengan bukit yang jadi tanah perkuburan orang Cina. Well, bila dah ada kubur, mula la ada cerita misteri budak-budak sekolah rendah kan, khususnya budak Darjah 1. Aku still ingat lagi satu kepercayaan kalau ada rombongan datang menghantar si mati ke tanah perkuburan. Waktu tu akan berbunyi gendang-gendang dan orang-orang mengiringi van yang membawa tubuh si mati, and banyak kertas-kertas tulis tulisan Cina tu dibaling ke udara... (ala takkan tak pernah tengok scene macam ni dalam movie Chinese). Kalau dalam movie hantu Cina yang klasik, aku rasa tu adalah kertas yang sama yang akan ditampal ke dahi hantu Cina yang melompat-lompat tu.

**Trivia: Aku suka tengok movie lama cerita hantu-hantu Cina sebab tak seram and lawak.. aku suke gile tambah-tambah cerita A Chinese Ghost Story 1, 2 dan 3.

Okay, so bila adanya orang menghantar orang mati ke tempat tu, akan ada la reminder dari kawan-kawan yang prihatin (masa ni Darjah 1).

"Tutup pusat!"

Aku pun tak paham la kenapa nak tutup pusat lagi sedangkan memang semua orang dah siap berbaju dah kalau pergi sekolah. Kakaka. Maksudnya di sini, tutup pusat guna kain sekolah, I mean, tarik kain sekolah tu ke atas sikit untuk cover bahagian pusat. Ahh sungguh aku tidak mengerti kenapa boleh wujudnya ketahyulan sebegini walhal semua orang memang dah sedia ada tutup pusat dah haiyyyaaa. Hahaha

Tapi seingat aku, budak-budak ni kata tutup pusat tu macam nak prevent hantu masuk dalam badan kot. I think so? Hahahaha

Kalau pasal histeria-histeria pulak, honestly aku tak pernah tengok depan mata, and sangat jarang la jadi kat sekolah aku. Ada tu ada rasanya, tapi aku dengar cerita orang je. Tapi satu lagi ketahyulan masa aku sekolah rendah dulu, kat sekolah aku ada satu lorong ni, terletak antara dua baris bangunan setingkat, and lorong ni kira lorong utama la kat sekolah aku sebab dia direct terus dari porch untuk kereta-kereta yang berhormat kat sekolah aku (berbumbung) and terus bersambung dengan tangga panjang gila ke bangunan atas bukit. FYI, sekolah aku ni bukan macam sekolah lain yang bertingkat-tingkat dalam satu blok. Sekolah kitorang berblok-blok dan satu blok hanya satu tingkat. Sebabnya sekolah kitorang ni kat atas bukit, so kalau korang faham macam mana bentuk teres kat bukit untuk menanam sayur-sayuran (masuk pembelajaran Geografi lak), macam tu la basically bentuk sekolah aku. Dari satu teres ke satu teres yang lain, ada tangga yang menghubungkan.

Okay yang pasal lorong tu kan, dia pendek je. Tapi masa aku sekolah rendah dulu, sekolah ada gantung gambar pengetua pertama sekolah tu kat lorong tu. Namanya St. Ignatius. Yes orang putih la sebab sekolah ni kan under gereja orang putih dulu-dulu masa zaman sebelum merdeka. So nak dijadikan cerita, ada orang kata ada kakak sekolah menengah kadet polis terkena histeria masa pandang gambar tu semasa lalu kat lorong tu. Oh ya, nak kabor jugak, sekolah rendah dengan sekolah menengah kitorang bersambung. Sekolah menengah lagi tinggi kat atas bukit, so mendakilah dengan gembira ye =') Padang sekolah menengah paling cool sebab ada kat puncak bukit hahahaha

So bila adanya cerita macam tu, mulalah keluar precaution "Jangan tengok gambar tu masa lalu kat lorong tu."

Haha. Tapi alhamdulillah, sepanjang aku lalu kat situ, takde apa-apa buruk yang jadi pun. And masa aku darjah berapa entah, gambar tu diturunkan atas alasan apa, aku pun taktau. Gambar tu disimpan dalam bilik pejabat lama yang dikunci, sebelah lorong tu je. Aku masa sekolah rendah dulu selalu je dok mengintai dalam bilik pejabat lama tu, and nampak la ada gambar tu dalam tu. Pejabat tu aku taktau diorang letak apa je dalam tu, sebab memang takde orang pun yang guna pejabat tu untuk bekerja.

Hmm lagi apa ek?
Okay aku dah takleh nak recall apa lagi kegiatan tahyul masa zaman sekolah rendah dulu. Bila ingat-ingat balik, Ya Allah rasa kelakar gila, and dalam masa yang sama, rasa bersyukur jugak sebab walaupun ada ketahyulan-ketahyulan macam tu, ia tak sikit pun mengganggu akidah kita sebagai orang islam sehingga sekarang. Masa tu yela, kanak-kanak belum mumayyiz, pakai hentam je asalkan cerita nampak best. Haha. Pulak tu parents mana tau apa yang kita dok dengar-dengar cerita bebudak kat sekolah.

Baru-baru ni, dengar tak cerita pasal guna bomoh untuk cari pesawat MH370 tu? Tak perlu kot aku nak jadi pengulas pulak pasal tu kat blog ni. Cukup la kat FB tu berlambak gila orang jadi pengulas pasal tu. Aku honestly, tak bersetuju, sebab sebagai umat islam, kita ada manual hidup kita yang Allah dah hadiahkan buat umat Nabi Muhammad SAW, iaitu Al-Quran, ditambah pula dengan hadith, yang mana selagi kita berpegang teguh dengan kedua-dua ni, kita takkan sesat selamanya kan?

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulnya." (HR Malik)

Aku yakin yang baca blog aku ni (insha Allah ada yang baca.. mana aku tau?? Blog traffic says so =P ) semuanya dah mumayyiz kan, so pilihlah berdasarkan kedua perkara itu, sebab ia dah ada jaminan yang akan membawa kita ke jalan yang betul kan?

Mungkin ada hikmahnya kenapa Allah takdirkan adanya manusia-manusia camni tampil ke dapan dalam waktu-waktu macam ni. Bak kata sahabat aku sorang ni kat FB,

"Betul tu, tapikan mana la tau sebab mereka dah keluar berita cam ni nanti ada orang yang soleh yang baik2 sudi nak bantu diorang pula. ha, lain hajat di hati, lain pula Allah swt beri."

Alhamdulillah for Allah has blessed me with good friends around me =') Mungkin bila jadi macam ni, masyarakat kita akan lebih terbuka mata untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk, dan semoga ada insan yang boleh membetulkan keadaan ini, macam yang sahabat aku cakap tu.

Still ada yang ragu-ragu ke "Nak terima ke taknak eh perbuatan-perbuatan yang kelihatannya macam pelik jeeee ni..."

Dalam hadith Arba'in, hadith ke-11,

Abu Muhammad al-Hassan bin Ali bin Abi Thalib ra., cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata, aku telah hafal sabda Rasulullah SAW,
"Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu."
(HR Tirmidzi dan Nasa'i)


"Mumayyiz itu adalah individu yang sudah mampu untuk membezakan di antara yang baik dan buruk samada untuk dilakukan atau untuk ditinggalkan." [sumber]

So, anda dah mumayyiz kan?


p/s Ini hanya pandangan peribadi penulis, dan penulis pun tak baik (read: sempurna) mana pun. Sama-sama perbaiki diri okay! Insha Allah =) Tapi serius kelakar aku tengok video-video depa ni.. haha

No comments:

Post a Comment