Assalamualaikum.
Harini kelas habis
jam 10 pagi. Sampai je rumah, pastilah online kan hewhew. Bila buka Facebook,
berderet-deret cerita pasal kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 yang
membawa seramai 239 penumpang. Kalau diikutkan, beberapa jam lagi genap 24 jam
kehilangan pesawat ni. Ya Allah, apa yang aku fikir sekarang, just membayangkan
semua yang berada dalam pesawat tu. Apa keadaan diorang? Adakah diorang masih
bernafas sepertimana aku bernafas sekarang ni?
Yes. Uncertainty is
the scariest thing.
Walau sehebat mana
pun teknologi manusia tercipta, tiada daya kekuatan kita melainkan hanya dengan
pertolongan Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dan bagaimana keadaan
mereka sekarang, dan semoga Allah melindungi setiap seorang dari mereka dari
sebarang kesulitan.
Actually, benda
pertama yang aku terbaca pagi tadi pasal isu ni, adalah mengenai tweet
seseorang yang dianggap agak berpengaruh kat negeri aku. Yes. Negeri Perak. Aku
rasa ramai je yang tau. And aku takleh nak kata aku sure 100% yang menulis tu
adalah dirinya sendiri, sebab zaman sekarang ni ramai je suka buat akaun palsu,
memburukkan nama orang lain. Contohnya, isu tweet seorang bekas artis ni yang
tidak enak dibaca mengenai isu ni, which turned out to be false. Fake account.
Yang kes orang berpengaruh sorang ni, aku tak tau la. Boleh pulak kan dia buat
sarcastic joke pasal Bermuda Triangle kat Vietnam yang menyebabkan kehilangan
MH370 dari radar.
And actually that
explains why I wrote this status earlier today,
"There's no need
for anyone to make sarcastic joke over the missing MAS airplane issue cause it
will contribute nothing. And it's just annoying. Why not just stay quiet and
keep on praying?"
Kerana benda-benda
macam ni sangat annoying tau tak. No matter kau orang berpengaruh ke, orang
buat fake account ke, rakyat marhaen ke, please, be matured. Why joking around
on something serious? Isn't there any empathy in your heart? Orang semua panik,
keluarga mangsa menangis-nangis tunggu perkembangan semasa, buat solat hajat
bagai, and why on earth do exist these kind of people yang asyik nak joking
around je dalam hidup dia? You are playing with a serious case involving the
life or death or hundreds of people in the airplane.
Dalam hadith Arba'in,
hadith ke-15,
Abu Hurairah ra.
menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa beriman kepada
Allah dan hari Akhir, hendaklah ia berkata baik atau diam; Barangsiapa beriman
kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah ia menghormati tetangganya; Barangsiapa
beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah ia memuliakan tamunya."
(HR Bukhari dan
Muslim)
Berkata baik atau
diam. Ramai keyboard warriors dalam FB tu dok salahkan itu, salahkan ini.
Bercakap tanpa asas dan fakta. Belum lagi yang mencarut sana sini, mengutuk
sana sini. Sedar tak kamu semua yang perkataan-perkataan itu semua tidak baik,
dan jika tak baik, bermakna ia bukanlah sesuatu yang baik untuk diperkatakan,
lalu jika tidak ada sesuatu yang baik untuk diperkatakan, maka diam. Remain
silent.
Komen-komen yang tak
diperlukan ni just menambah perisa dalam isu ni je, menambahkan panas dan
mengelirukan orang ramai. Cukuplah dengan kerja-kerja macam ni. Daripada
berbuat hal tak bermanfaat macam ni, lebih baik gunakan tangan yang menaip
perkataan-perkataan buruk tu, dan mulut yang melontarkan ayat-ayat yang
menyakiti orang lain, untuk berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan misi-misi
mencari pesawat ini, dan semoga semua yang berada di dalamnya dilindungi dan
selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Berdoa, berdoa, dan berdoa.
Jangan menambahkan
stress orang lain.
Terima kasih membaca
=)
No comments:
Post a Comment