Order Guidelines

Friday, April 20, 2012

Pencemaran Bunyi: It's So Stressful!

Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya tak membebel negatif kat blog. Tapi sekarang gua kena membebel! Sebab dah takde FB tempat nak bagi bebelan. Okay sekarang ni tak tau la, dah la lagi seminggu nak final exam. Makin banyak pulak benda stressful datang kat sini. As if ada orang baca blog aku ni. Tapi kalau ada budak KMS yang baca takpe gak. Ni pengakuan ikhlas tau.

Okay paling stressful ialah pasal bunyi bising. Tak tau la junior atau senior yang buat, tapi kitorang boleh buat kesimpulan student year berape yang buat bising but I wont mention it here. Masalah la kamu ni. Hari tu balik dari kelas dalam pukul 2:20 pm, dah dengar bunyi kuat gile dari asrama Farabi iaitu asrama lelaki yang bersebelahan dengan asrama kitorang. Pasang lagu kuat-kuat. Sampai dari DS boleh dengar, apatah lagi dari asrama dan juga bilik gua yang menghadap asrama diorang. Come on la, dah la pasang lagu Selena Gomez yang ala-ala

'ah I love you like a love song bebeh. Ahhh I love you like a love song bebeh'

Tak macho langsung kau pasang lagu Selena Gomez kuat-kuat macam tu. KONSERT SELENA GOMEZ DIADAKAN DI BLOK LELAKI. Euw? Haha

Bagi saya, perbuatan ni langsung tak beradab. Okay kalau kau tak beradab dengan orang, tapi kenapa tak beradab dengan Allah? Why on earth do I say so? Sebabnya.. budak-budak IB balik pukul 2:20pm.. of course la belum solat. Balik bilik baru solat. Ha lepas tu kau sedap-sedap pulak pasang lagu kuat-kuat, nak mengganggu orang solat ke dik, or bang? Tak baik tau. Bagi hormat sikit kat orang lain. Tak pulak kata ni A-Level atau IB student yang buat. Tak penting pun tau budak mana yang buat. Asalkan motifnya sangat tak berfaedah. Ini penghakiman secara individual.

Ha hari ni pulak dengar bunyi drum. Kuat jugak. Kalau tak kuat takde la sampai kat DS boleh dengar. Entah kebenda la dak-dak ni buat.. Tolong la. Kat KMS ni semua student kot yang occupy asrama. Student maknanya pelajar. Pelajar maknanya orang yang belajar. So 100% orang kat sini aktivitinya ialah belajar. Dan kau yang minoriti ni nak mengganggu orang yang majoriti ni belajar? Come on la. Prinsip hidup kau is soooo unrealistic.

Yang paling tak leh bla, kerap gila dengar bunyi tamborin (tamborin la kot nama dia) yang selalu main dalam muzik nasyid tu. Dulu-dulu ingat 'oh ada latihan nasyid kot' or 'oh diorang ada competition kot'. Tapi kalau dah selalu tu, takkan la tiap2 bulan ada pertandingan? Rasanya dari sem lepas lagi dah selalu dengar bunyi ni. Oh ya, baru beberapa jam tadi dengar masa buat keje kat Wispi. Heran la dengan bunyi-bunyian ni. Kalau korang buat for the sake of CAS hour takpe gak.

Kalau lelaki kat blok tu boleh complain kebisingan budak perempuan blok kitorang ni suka menjerit-jerit, okay their case is even worse. Jerit-jerit tu sekali sesi paling tidak pun bertahan dalam 5 ke 10 saat je. Kalau lagu? Berminit-minit. Stress gua. And yang suka jerit-jerit kat blok ni pun satu. Kenapa perlu menjerit kuat-kuat? Blok laki tu pun mau dalam 10 to 20 meters away, tapi still boleh dengar. Yang hat ni pun stress gak. Exam sem lepas gua pernah kena bunyi bising ni sampai kena lari ke bilik orang lain untuk menghindari bunyi jeritan ni. Arghhh

Apa-apa pun, saya membantah penganjuran konsert terbuka kat kawasan asrama KMS. Nak-nak lagu Selena Gomez. Hahak. Takde lah. Kesian kat Selena Gomez. Tak pasal-pasal.

Sampaikan tadi Anis cakap "Rasa macam dah ada kat sekolah muzik pulak."

Hah so true.

No comments:

Post a Comment