Order Guidelines

Friday, July 23, 2010

KOMPILASI CERITA-CERITA TAK BERPENGHUJUNG - #1 TANGGA YANG TAK BERPENGHUJUNG

JAM tepat menunjukkan pukul 1 pagi, ketika Haiza, seorang pelajar IB tahun satu di Kolej MARA Seremban melangkah keluar dari bilik E104 di aras 1 yang merupakan bilik kawannya. Dia berada di sana sejak pulang dari musollah setelah menunaikan solat isyak berjemaah untuk belajar bersama-sama Anis (bukan nama sebenar).

Haiza begitu tekun belajar sehingga tidak menyedari bahawa masa berlalu begitu pantas, dan dia hanya menyedarinya apabila mula terasa mengantuk. Haiza ingin pulang ke biliknya E302 di aras 3.

"Haiza, kamu nak kite temankan balik ke bilik ke? Dah lewat malam ni," tanya Anis.

Seraya Haiza menjawab, "Ala dah la tu, tak payah la. Bukan jauh sangat pun. Nanti kamu perpeluhan pula."

Anis mengangguk tanda bersetuju. Selepas bersalam-salaman, Anis lantas menutup pintu biliknya untuk tidur, manakala Haiza pula perlu menempuh perjalanan yang masih JAUH...

Haiza melangkah setapak demi setapak. Mendaki anak-anak tangga dengan penuh kesabaran. Sekali sekala Haiza mengerling jam tangannya. Sudah jam 1.15 pagi. Aku perlu cepat, kalau tidak esok aku mengantuk ke kelas, bisik hati Haiza.

Haiza mempercepatkan langkahnya mendaki anak-anak tangga itu. Suasana begitu hening, dan lengang. Sesekali terdengar bunyi cengkerik menghiasi malam, menemani perjalanan Haiza. Pandangannya terbatas berikutan keadaan larut malam yang pekat. Namun, apa yang dirasai oleh Haiza, perjalanannya kali ini mengambil masa yang lebih panjang berbanding perjalanannya pada hari biasa. Peluh mula memercik di dahi Haiza. Dia berasa sangat penat. Kakinya lenguh, tidak lagi mampu melangkah.

Tiba-tiba, Haiza terpandang sesuatu bergerak di hadapannya. Haiza memerhati dengan penuh minat. Sebuah
escalator ! Haiza berasa begitu gembira. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, Haiza yang kepenatan segera beralih ke escalator tersebut. Namun, sekali lagi perkara yang pelik berlaku padanya. Masa dirasakan begitu panjang, sangat lambat berlalu. Sehingga lenguh di kakinya terasa sudah hilang, tiba-tiba escalator tersebut berhenti. Dan apa yang ada di hadapannya ialah, SEBUAH TANGGA ! Haiza mengeluh.

"Aish, kenapa ada tangga lagi ni? Kenapa jauh sangat nak ke bilik aku ni? Padahal kat aras 3 je," Haiza mengomel seorang diri. Haiza yang sudah kepenatan akibat kekurangan tidur memilih untuk meneruskan perjalanannya. Dia melangkah setapak demi setapak, dan setapak lagi, lagi setapak, setapak, setapak, dan
another one setapak. Namun, dia masih gagal menemukan aras 3 di mana terletaknya bilik dia !

Haiza sudah hampir berputus asa. Matanya dirasakan begitu berat. Haiza terduduk di pinggiran tangga itu, bagai melukut di tepi tangga yang tak pernah berpenghujung...

Haiza akhirnya terlelap di situ sepanjang malam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokkan harinya, rakan-rakan sebiliknya, Abodhi dan Nad merasa gusar kerana Haiza tidak pulang-pulang sejak malam tadi. Mereka membuat keputusan untuk mencari Haiza. Saat mereka melangkah keluar dari E302, mereka terus terpana dan terkesima menyaksikan Haiza menyembah bumi di tepi tangga aras mereka. Haiza kelihatannya tidak sedarkan diri. Mereka bingkas mengangkat Haiza ke bilik dan melabuhkannya di atas pembaringan. Mereka berusaha menyedarkan Haiza dengan menyimbah sebaldi air. Namun masih tidak berjaya. Mereka membuat keputusan untuk mengambil
fire extinguisher untuk memancut tepat ke muka Haiza, namun malangnya, Haiza terdengar perbualan mereka lalu terus bangun.

Abodhi dan Nad terkejut. Mereka terus mendapatkan Haiza dan bertanya mengenai peristiwa yang berlaku di malam sebelumnya. Haiza hanya mampu memberikan riak wajah yang kosong. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada malam tersebut. Ia kekal menjadi tanda tanya. Misteri tangga yang tidak berpenghujung masih tidak terbongkar....

SEKIAN

by : Laena and Anyss

3 comments:

  1. kau ni bikin cemas n gerun je akak nk naik tangga kt aisyah smpai level 3 tu!

    ReplyDelete
  2. mengarut2....ish...lagha2.....perpeluhan??wakakka(golek2 ak gelak)adakah ini untuk BM HL??

    ReplyDelete
  3. kak lisa : hihihi x sangke karya ini berjaya ! hahahaha ! org lain x kate seram pon, dorang kate lawak je :(

    hafiz : yesss....HL tu...hahahaha...bahasa tinggi punya..haha

    ReplyDelete