Assalamualaikum!
Hai. Like I have told you in my previous entry, last Sunday, aku dengan Hazim pergi join satu program under VSO. So this is our first program! Wawawa.. excited kome! Program supposedly start jam 4:30 pm, so kitorang bertolak ke tempat tersebut lebih kurang 4:20 pm camtu la. Ala dekat je pun.
So, nama tempat tu adalah.......
ASARE!
Berdasarkan temu bual dengan orang-orang di sana, most patients kat sini adalah pesakit austistik. Okay first time join program camni, so rasa awkward tu pasti ada. Haha. First aktiviti masa hari tu ialah aktiviti mewarna.
Dia ni.. erm adalah budak first yang aku dengan Hazim approach. Memandangkan ni first projek kitorang join, and kitorang je budak Malaysia kat situ, so, kitorang membuat keputusan untuk bergabung! Wahahaha.... Tak ingat la nama budak ni.. Tapi seronok sebab dia kiranya boleh jugaklah ikut apa kitorang suruh dia buat, eg. kitorang kaler satu part tu dengan warna merah, then suruh dia kaler area tu dengan kaler merah, and he did so. Best kan?
Hazim kata "Aku rasa kita telah memberi perubahan kepada budak ni.."
Ha yela tu. Hahahahaha
Hasil didikan ku dan Hazim. Pandai dah adik ni mewarna :')
Yang belakang tu nampak comel kan? And dia selalu senyum bila tengok aku. Boleh tak aku assume yang dia suka kat aku? :/ wahahahahaha
Hazim dan.... err budak kami. I repeat, kitorang taktau nama dia. haha
Oh and daripada member volunteer yang lain, kitorang belajar tanya "What's your name?" dalam bahasa Kannada. Bahasa Kannada ialah bahasa negeri Karnataka while Hindi tu adalah national language India ni. Makanya, kalau anda orang negeri lain selain dari Karnataka, tak semestinya anda faham apa yang orang Karnataka cakap. Ha camtu la kisahnya language barrier kat India ni. Kita kat Malaysia insha Allah takde masalah macam ni kan. Kalau ada pun like kes-kes terpencil je kan hahaha.
Okay so seingat aku la, "what's your name?" in kannada ialah "Hesaru?" Tapi malangnya, taktau apa silap kitorang pronounce ke apa ke, sorang pesakit pun tak respon kat soalan kitorang WAHAHAHAHAHA! Tak tau la kalau memang diorang kadang-kadang tak nak jawab soalan orang.
Pesakit-pesakit kat sini adalah dari pelbagai lapisan umur. Dari kanak-kanak,
sampailah ke orang tua.
Mungkin boleh aku panggil dia as auntie? Hmm auntie ni suka orang tangkap gambarnya. Lepas sorang student MIT (Manipal Institute of Technology) tangkap gambar dia, dia mintak aku lak tangkapkan gambar dia. Hehe sho shweet..
Ramai kata Hazim dah ada style doktor dah bila tengok gambar ni =.=''
Budak ni tiba-tiba nampak macam tak selesa, dan nampak boring, pastu Hazim cakap "Aku rasa budak ni dah boring la mewarna. Tiap-tiap hari Ahad je kena mewarna." Wahahaha
And tiba-tiba dia tarik tangan Hazim, lepas tu letakkan di dadanya. Ammmmboih! Hahahaha
Akak ni (akak la sebab dia muda lagi) umurnya baru 26 tahun, and yang bagusnya ialah dia boleh cakap English fluently! And dia juga bekerja kat hospital. Katanya kerja dia menghantar fail-fail kat doktor, tulis nombor, etc. Katanya, dia suka menulis. And dia cerita dulu-dulu pun dia sekolah kat sekolah asrama, and kat situ la dia belajar cakap english and sebab tu la dia terer speaking. Wahaha
After that, kitorang main musical chair! Pembetulan, bukan kitorang yang main tapi mereka yang main. Kalau kitorang yang main mungkin lebih rakus dari diorang main kahkah. Diorang main leklek je. Siap ada pakcik tua ni jalan cool je, and everytime music stops, dia mesti akan dapat seat. Magic sungguh pakcik ni T.T
Kan? Pakcik ni dapat seat semedang! Tapi last-last pakcik ni kalah juge.. haha...
Orang-orang kat sini kata pakcik ni suka bergambar dengan perempuan, and sebab tu bila dia nampak aku pegang kamera, laju je dia pegi kat students MIT ni pastu tarik tangan diorang untuk tangkap gambar dengan dia. Ya Allah nasib baik aku bawak kamera! So takde sebab kenapa dia nak tarik tangan aku kahkahkah!
Erm yang kiri tu je yang aku ingat namanya. Namanya Sneha, umur 19. Wahwah semua details orang aku nak letak dalam blog ni. Bahaya sungguh Iliana.
Haha pastu kan, ada orang pasangkan lagu Hindi ni, rasanya lagu dalam cerita Jab Tak Hai Jaan, then yang pesakit yang botak ni kan, wow ganas sunggoh dia menari! Haha serius aku gelak gila-gila time ni sebab dia menari sangat sangat penuh perasaan! Siap dengan mimik muka lagi tu yang tak tahan tu.
Okay ni la game musical chair nye. Nampaknya gambar agak tidak mengikut susunan.. haha
Pakcik dan awek MIT lagi.
Pakcik dan awek MIT lagi TT__________TT
Lepas tu pulak, aktiviti terakhir kitorang petang tu ialah evening walk. *You don't say?* K fine namanya pun waktu petang, takkan la morning walk afternoon walk kan.
Pakcik ni sekali lagi panggil aku untuk tangkap gambar dia dengan kawannya ni. Siap tarik tangan kawannya tu sebab nak pegang tangan. Hahahaha.. pehtu buat muka serius :I klaka la pakcik ni.
Akhir sekali, before balik haruslah tangkap gambar dengan pesakit favourite wahahaha.. (apa term untuk diorang eh? Pesakit tu cam lain macam je bunyinya. Tapi betul la kan pesakit? Hmm)
Oh before tu, nak cerita sikit pasal budak ni. Budak ni like the youngest patient la kat Asare ni. Kecik lagi, and sangat aktif! Dari masa mula-mula lagi dia suka usik-usik Hazim. Hmpph suke kat Hazim lettew! Beberapa benda menarik yang aku rasa menarik pada Akash ni ialah dia suka kat jam tangan, so kalau korang pakai jam tangan, mesti dia akan pergi kat korang pastu main-main jam tangan korang. So cute! :3 Pastu dia suka peluk orang and suka gosok-gosok perut orang. Haha Hazim la mangsa dia. Iliana tidak.. hahaha..
Tapi sebenarnya, dalam happy happy dengan gelagat diorang, rasa jauh hati jugak bila tengok diorang, tambah-tambah yang Akash ni. Dia kecik lagi, and hidup dia hanyalah dalam pusat jagaan ni, and takde rakan sebaya. Sedihhhhhnyaaa :'(
Makanya, bersyukurlah kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan tubuh badan dan akal yang sempurna. Kalau kita rasa kitalah yang paling tak bernasib baik dalam dunia ni bila baru sedikit diuji oleh Allah, ingatlah kat luar sana lebih ramai orang yang berhadapan dengan ujian yang lebih besar. Satu pengajaran baru buat aku juge yang selalu merungut bila dihadapkan dengan sedikit masalah :(
Okay semoga kita memperoleh segala yang baik-baik sahaja menerusi apa kerja yang kita lakukan. Semoga Allah juga redha dengan niat kita join program-program volunteer macam ni. Aameen.
Terima kasih membaca! Babai.
Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment