7 Februari 2013
Assalamualaikum!
Suke pantai tak? Kalau suke pantai, datanglah ke Goa! Hihihi *gelak comel. Ala macamlah kat tempat lain takde pantai kan nak ngajak ke Goa jugakkk. Tapi kalau kat India ni, in case korang datang India lah kan, Goa lah tempat percutian pepantai yang popular yang aku tau la. Memandangkan tu je yang aku tau, makanya aku mengisytiharkan Goa adalah tempat yang paling popular dengan pantai kat India ni!
Dalam banyak-banyak pantai kat Goa, masa hari kedua kat Goa ritu, kami telah memilih untuk bersiar-siar di Palolem Beach! Selepas berpenat lelah membasah keringat (membasah + keringat. Betul ke frasa ni?) berjuang di medan perang pagi sampai ke tengahari tu, bolehlah singgah ke pantai pada petang harinya pula untuk menenangkan minda dan menghirup udara nyaman pantai ahaks.
Macam biasa, bas akan tinggalkan kitorang jauhhhhh dari kawasan yang sepatutnya kitorang berada. Apakah keperluan di situ nak menguji kekuatan kami berjalan jauh? Cey katenye bas takleh masuk ke dalam tu. Takpe la, sambil jenjalan tu leh tengok kawasan sekitar kan. Kat Palolem ni yang bestnya ialah korang leh shopping bebanyak kat sini! Dan boleh bargain secara hardcore bagi mendapatkan barang yang diidami secara murah! Kalau korang pandai bargain la. Ala testing-testing la sikit kan orang kedai tu tengok berapa jauh dia sanggup nak tahan bargain-an korang tu haha. Ada je kawan kitorang yang power gile bargain sampai dapat murah gile, dan sampai setempek dapat ayat dari penjual tu, "YOU CRAZY!", tapi what hal kan, asal dapat murah kahkah.
Kawasan penjualan bebarangan souvenir ni adalah di sepanjang jalan sebelum sampai ke kawasan pantai. Best gua cakap sama lu. Ada jual baju, of course kan, pastu ada kedai jual barang-barang kulit, ada jual souvenirs like fridge magnets, keychains, hmm jadi, best lah kirenye. Sebab sebagai pelancong adalah merupakan satu rukun untuk kita membeli souvenir di tempat yang kita lawati bukankah begitu? *mata bersinar*
*pakai spek* Baiklah, seperti biasa, kalau entri pasal pantai, cam best je kalau letak map kan? Ayuh anak-anak, mari cikgu tunjukkan keadaan muka bumi di Palolem Beach ni.
Ye.. beginilah rupa Palolem Beach jika kita lihat dari kacamata Google Map. Nampak tak yang bertanda petak biru ada gambar bas tu? Ha rasanya takat tu je la kenderaan dibenarkan masuk. Tapi dikecualikan untuk auto kot (auto = tuk tuk kat Thailand tu) sebab melepasi tanda tu, banyak je auto kat dalam tu in case korang tak larat nak jalan kaki kan. Jadi berdasarkan peta ni, beyond tanda petak biru bas tu menghala ke pantai tu, ha sepanjang laluan tu la korang leh shopping souvenirs dengan sewenang-wenangnya.
Tadaa! Cewah tetiba dah sampai ke pantai. Pantai is pantai, so cam biasa la, cam pantai lah. Haha. Pasirnye sama je macam pasir pantai lain, takde pasir kaler putih cam pasir pantai yang lawa gile kat mana tah kat Malaysia tu kan. Ada kan? Tapi aku taktau kat mana hihi.
Berbanding dengan laut, aku lagi suka mandi air sungai. Tapi aku suka juga mandi laut! Dan sebenarnya tak perlu pun nak tulis mana satu aku lagi suka sebab taktau pun yang mana satu aku lebih suka =.=''
Tapi this time aku tak dapat mandi! Jarang weh, jarang aku tak gi mandi pabila pergi ke tempat sumber air! Ini semua gara-gara
1. Malas nak tukar baju basah
2. Takut susah nak tukar baju
3. Malas nak basuh baju
Arghh memang adat menjadi wanita, sukarnya nak menyalin pakaian kan kan kan? :'( bukan masalah dari segi susah nak cari tempat salin, tapi, well, baju perempuan ni banyak nak kena ada kahkahkah!
And sebenarnya macam tak secure dah pun sekarang ni kan nak salin baju kat memana. Orang zaman sekarang ni licik sangat dengan pelbagai ciptaan kamera pengintipnya kan kan! :'(
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Kalau takut dilambung ombak juge, jangan menonton cerita Ong Bak.
Kahkahkah tak lawak :I
Tapi best kan kalau dapat menginap kat rumah percutian cam ni. Bangun-bangun pagi leh terus nampak laut, dah dengar bunyi ombak. Tu baru betul cara holiday kat pantai kan. Experience the nature kat tempat tu kan.
Capturing myself :)
Awek omputeh berlambak la bersidai kat sini. Siap ada satu geng ni kan, duduk kat gigi air, pastu posing-posing yang boleh dikatakan maut gak la, pastu kawannya pulak tangkap gambar dia. Aish dasyat seh diorang ni hahaha
Sebab kitorang datang agak lewat petang, so ada la peluang nak tengok sunset. Tapi masa ni belum sunset lagi, just hampir nak sunset. Acah acah sunset je gegambo ni sebab malas nak set kamera tu kan, biar je la nampak cam dah gelap. Haha. Subhanallah, cantiknya bumi ciptaan Allah ni kan.. Satu kelebihan kite merenung laut ialah kita dapat pahala kan? Ni aku salin dulu kot masa tengok Tanyalah Ustaz kehkeh. Lagi dua kelebihan, ialah bila kita melihat Kaabah dan melihat wajah ibu bapa kita. Ustaz tu siap seloroh lagi katanya, dengan syarat bukan tengok orang yang bermandi-manda dalam laut tu, dan bukan gambar Kaabah kat atas sejadah tu. Haha. Kalau gambar Kaabah yang memang gambar Kaabah, tu tak sure lah. Tapi, tataplah wajah ibu dan ayah kita banyak banyak banyak kali!
Sebagai seorang muslimah, kita wajiblah mengekalkan identiti muslimah kita walau ke mana kita pergi! Pakailah stoking, itukan aurat kita juga :) Biarkan basah, nanti tukar la stoking lain. Just, bring another pair of clean socks. Spare je. Bukan susah kan. Biarlah stoking kita basah terkena air dari kaki kita dijilat api neraka ye dak T.T insha Allah.
Yang penting, cam bese la mat mat minah minah saleh mesti la pandang pelik kebende le bebudak ni pakai stoking dalam air laut. Tapi kan, bukan nak kata apa, tapi a bit of perasaan proud to be a muslim tu muncul jugak la. Yala itukan identiti kita kan hihi. Uolls non-muslim tak buat, weolls buat.. hehe
Herm cam bese, setiap orang, dalam kameranya sendiri, mesti the least face in all pictures captured would be her/himself. Betul tak? Mesti la betul ahaks dah kau pegi tangkap gambar kan cane lak muka kau nak ada dalam tu. Lain la kalau selca kan haha. So, tengs to Husni sebab banyak tangkap gambar ai ekekeke sayang Husni! Hihi (kasih sayangku diukur melalui daya penangkapan gambar semata-mata?)
Kopi kapal api
Kitorang aim nak jalan ke hujung pantai ni, sedangkan bebudak lain entah ke mana tah diorang pegi masa ni. Yang dakdak laki lak ramai yang gi mandi laut, pastu tengah jenjalan tu tetiba terjumpa lak si Hasif ni. Eh, uoll tak mandi? Getus hatiku. Lalu dia tak semena-mena jalan ikut kitorang..
Tengs Farah for the picture! ^^
Another two companions, Husni and Farah. Gua curik dari kamera lu Husni. Hikhik
Maka inilah kami!!! Yang pergi berjalan bersama-sama ketika itu..
Kat sinilah hujung pantai yang kitorang nak pegi tu. Kalau korang check balik kat dalam peta tu, tempat ni cam menghala ke arah barat laut sikit (erm peta tu arah atas dia sentiasa ke utara kan?)
Cubaan membuat gambar romantik dengan Husni kahkah
So, kat sinilah hujungnya! Air kat sini cetek je masa tu. Dan lebih tenang sebab tak ramai orang.
Kalau tak silap, rasanya kawasan ni la tempat berakhirnya sungai ke laut. Mungkin...
Pasir kat kawasan tu nampak je lembut beralun cenggini, padahal beralun-alun tu keras! Makanya jalan kat atas pasir pantai ni wahwah mengalahkan jalan kat atas batu refleksologi pulak.
Tips bagi yang sayangkan kasut dan tak mau meninggalkannya merata-rata takut digonggong haiwan liar mahupun tangan-tangan buas manusia, ikatlah tali kasut tu kat tali beg. Camni! Hihi only applicable on shoes with strings and, beg sekolah. Kahkahkah.
No selipar no sandal, and no handbag. Kasut tali leh kawen dengan beg sekolah. Hmm apa yang aku tulis ni :/
Sampai kat sini tanahnye dah mengalahkan tanah gambut tanah laterit pulak aih (abaikan, jangan percaya fakta tanah gambut tanah laterit tu)
Selepas itu, kami telah dingorat oleh seorang jejaka tempatan, yang menawarkan perkhidmatan bawak jenjalan naik sampan (sampan. Sampan okay. Bukan bot berenjin!). Sorang bayar Rs 100 (RM 6). Hasif memula enggan tau, dan hampir nak balik ke pantai tapi kitorang gagah paksa dia jugak! Hahaha last last ikut gak.
Tadaaa! Kitorang naik ni! Best woo ada cam tilam/toto kat tempat duduk tu. Kalau ada hidang chicken chop dengan orange juice lagi best weh. Wahwah berbumbung berenda beropol-ropol lagi uolls.
Chilling. Cewah.
Farah bersama Hasif (oops maap! Dedua tutup mata hihihi)
Dan err... pasangan berbulan madu?
Cakk! Harhar bajet comel la nak aucak aucak
Ni pulak abe gondola.
Hmm tempat ni macam best. Jauh dari orang ramai dan tenang je makan sambil melihat pemandangan kalau makan kat tempat ni. Bakal hasben, jom jom. Kahkah
Ni adalah benda paling menarik sepanjang pengembaraan kitorang kat sini.. Batu tu!
BALANCING ROCK!
Menurut abe gondola, batu yang berdiri kat atas bukit batu tu, adalah terjadi secara semula jadi. Bukan ada mana-mana tangan manusia yang melakukannya. Makanya, Allah Maha Besar! Subhanallah takde apa yang mustahil bagi Allah.
Leanot juga nampaknya gembira menghayati alam :)
Okay kat kawasan ni kitorang buat U-turn untuk pulang. Takut karna hari dah nak malam! Takut nanti ketua trip marah sebab balik lambat kehkeh
Gerai yang menarik hati ni juga sudah memasang lampu kelip-kelipnya. Eeee bestnyaaa kedai makan camni! Bakal hasben, jom jom? ^^
Memula bajet cuak je takut kitorang group paling lambat balik. Ni semua Hasif la punya pasal ni menimbulkan rasa cuak di hati! Haha. Pastu, sampai-sampai je kat pantai...
Hmphh tengah berkayak lagi deme ni??
Tu Adzrif dengan Balqia.
Ni pulak Adl dengan Zul. Hmphhh! Elok je ketua trip pun tak keluo dari ayor lagi! Lalu Hasif disembur.
Husni dan.. err, laut.
Lagi takleh bla, jalan lagi ke dapan, pastu terserempak dengan bebudak yang lain-lain, baru nak turun pantai dari atas bot. Diorang baru balik dari jalan-jalan naik bot! Lagi lambat dari kitorang! Maka memang patut hasif disembur kerana membuatkan kitorang berlari-lari kejap tadi sebab takut lambat =.= haha Hasip, Hasip.. lucu.
Ni la antara dakdak geng naik bot. Curik dari kamera Aisyah kehkeh
Tu sahaja laporan dari Palolem Beach. Kalau suke, leh datang! Best gila kalau shopping souvenir kat sini sebab memurah belako! Tapi rasa menyesal tak beli bebanyak sebab masa tu fikir, ala nanti nak gi utara, maybe dapat beli lagi banyak dengan harga murah kot.. kot.. ha kot tu la telah menyebabkan kami pulang dari trip dengan kekesalan. Haha. Lenkali shopping souvenir bebanyak kat Goa! Untung lebih kat sini!
Dan sebab 'kot' tu la, gua beli dua jek fridge magnet kat Palolem tu. Lawa kot magnet-magnet yang dijual kat situ! Leh dapat murah lak tu T.T
Tuhan tolong, kembalikan masa lalu...
Tengs membaca!
Assalamualaikum ;)
konnnnnnn aku kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteshiapaa kauuuu yang kembaliiiiiiiiiiiiii
Deleteok..nanti aku nak pegi pantai ni..teruskan buat trevelog..nanti aku tau nak pegi mane jek kat india..mcm best jek pantai ni..aku nak shopping souvenirs bebanyak.
ReplyDeleteni macam ayat Izzah je nih. hahahaha shopping la bebanyak wehh! :D
Delete