Tarikh: 26/06/2012
Keanggotaan: Iliana, Wani, Nabila, Syaza, Aida, Aina, Izzah, dan Dila!
Bayaran masuk: RM4
Student price: RM3
Tu la, penting kalau berjalan bawak student card. Siapa tau u'ollz leh dapat diskaun kan kan? Selagi masih student ni, selagi tu la kita harus pulun habis-habis benefit student card ni! Nanti tak dapat dah! Kalau orang kata "hek eleh takat kurang seringgit je tak kemaruk la bro" , so lu boleh balas "Lu kesah pehal bro, seringgit boleh beli air mineral la bro, naik Kellie's Castle panas lu tau apa??"
Eh okay, so dalam entri lepas, kitorang pergi ke Gua Tempurung yang happening tu. And then, balik dari Gua Tempurung tu, lepas dah siap-siap tukar pakaian kat surau dan bilik air yang disediakan kat Gua Tempurung tu, kitorang terus menuju ke KELLIE'S CASTLE !
Okay moh cerita sikit pasal background Kellie's Castle ni. Kellie's Castle dibina oleh seorang Scottish bernama William Kellie Smith. William dilahirkan di Dallas dan pada suatu hari yang hening dan bening... beliau melangkah menuju ke Malaya seawal usia 20 tahun (woiii sebaya aku!) dengan membawa segunung harapan untuk mencari rezeki.. eh yeke. Memandai je. Ha tapi betul la tu. Lepas tu dia ada usahasama dengan Alma Baker which I do not know who is this person, but to tell ya this story, so I just have to include his/her name, but I'm pretty sure that Alma Baker is a man. Okay lepas tu dah kaya kan, maka William yang masih muda kacak ganteng bergaya pun memulakan misi untuk mencari aset di bumi Batu Gajah. K ayat yang anda baru baca sebentar tadi tu dah digubah dengan melampaunya oleh Iliana. Takde sape pun penah buat review pasal penampilan William Kellie Smith, so just ignore that. Menambah kesedapan ayat je. hikhik
K William akhirnya berjaya membeli tanah hutan di daerah Kinta, yes itu daerah tempat tinggal saya yang kaya dengan bijih timah (kalau tak tau maknenye kau pernah mengalami kemunduran dalam subjek Geografi dan Sejarah). Tanah tu kemudiannya dijadikan estet untuk penanaman pokok getah, dan dinamakan Kinta Kellas. Pada 1909. William membina rumah agamnya (cey nak translate jadi bahasa baku aje tau you, mansion tu mansion) yang diberi nama Kellas House, di mana pembinaannya bercirikan ala-ala Greco-Roman (aippp, jangan jadi malas! Google apa itu Greco-Roman kalau tak tau!). Dikatakan batu-bata rumah ni semua diimport dari India dan pekerja-pekerjanya semua dari India sebab katanya William sangat suka dengan India. Tapi, rumah ni tak dapat disiapkan sebab pada awal 1920an, ramai para pekerjanya terkena serangan Spanish Flu (k ni pun tak tau. Adakah penyakit selesema orang Sepanyol?). Ramai yang mati... Oh ya, 1500 meter dari istana/rumah ni pun ada satu kuil yang dipercayai dibina untuk para pekerjanya dulu. Dikatakan juga ada satu terowong rahsie dibina di bawah tanah menghubungkan Kellie's Castle dengan kuil tu tapi tak de pun orang jumpa rasanya.
Kedudukan Kellie's Castle di mata Google Map Google Map |
Pada Disember 1926, William mati kerana pneumonia, manakala isterinya Agnes terus bergegas pulang ke tanah airnya kembali bersama-sama anak-anak mereka iaitu Helen dan Anthony, MAKA, dengan ini, terbiarlah istana tersebut sendirian.. And ada yang kata Anthony tu terkorban dalam World War II.
Ini pintu masuk ke jambatan yang merentasi sebatang sungai di hadapan Kellie's Castle.
Yep, ini yang biasa dengar kalau cerita pasal Kellie's Castle. Nampak roh William Kellie Smith merayau-rayau kat koridor tingkat 2 istana ni.
Ni la lorong berhantu tu. Nampak tak yang kat hujung lorong ni? Ha yang tu bukan manusia. Tu hantu.
Ni kalau tak silap lorong kat bilik-bilik keluarga diorang. Best bilik anak diorang sebab setiap bilik ada sebuah bilik kecik, macam bilik untuk berhias something macam tu la. Best! And bilik Helen ada lorong rahsia yang menyambungkannya dengan bilik Anthony. Kalau ada penjahat, mereka boleh bersatu menentang kejahatan! *mata bersinar*
Okay kalau masuk masuk je Kellie's Castle, mesti akan bertembung dengan lorong tangga yang kecik ni duu. Tangga ni menuju ke bilik bawah tanah. Bilik penyimpanan arak kalau tak silap sebab ada banyak rak-rak kat dalam bilik tu macam tempat nak letak botol arak (ala macam cerita-cerita orang putih tu..). Oh ya, tak berani pun nak masuk bawah tu pasal gelap gelita sangat and dulu-dulu masa kecik selalu dengar orang cerita dalam bilik tu ada ular ghaib yang besar. Eeeee
Ni Dila. Tangga yang Dila naik ni adalah tangga sulit yang menghubungkan master bedroom dengan.. err tak tau. Hubungkan ke bawah terus kot. Kot kot ada perompak ke apa ke, boleh lari terus keluar rumah guna tangga sulit kan kan.
Ni pula kat rooftop. Rooftop dia luas juga la, tapi tak la luas sangat. Luas yang macam luas sikit tu la. Pape je la kan. William merancang rooftop ni akan menjadi tempat bermain tennis dan juga boleh menjadi tempat partayyyyy! Erm kalau William ada helikopter pun best kan boleh landing atas rooftop ni.
Ha kat sini boleh la berpartayyyy reramai. Meriah sikit.
Ni Aida.. dengan mata belalangnya...
Aida, Nabila dan Dila !
Okay, set timer kat camera Syaza, lalu berlari-lari anak untuk mengambil tempat di depan camera pabila lampu kat kamera berkelip-kelip menandakan ia sudah terlalu ingin mengambil gambar kami! Kat rofftop juge ni.
Ni lak, kat rooftop yang paling tinggi. Ada dua rooftop kat Kellie's Castle ni. Satu yang luas tempat partayyyy tadi tu. Yang ni rooftop kecik yang agak-agak petak la saiznya. Rofftop ni atas menara istana ni. Menara ni ada juga menempatkan lif yang sepatutnya menjadi lif yang pertama di Malaysia. Gua tak kata.. sumber dari internet yang kata...hahaha. Tempat yang kitorang pijak ni la lorong untuk lif turun naik.
Syaza dan tangga menuju ke rooftop menara.
Gambar ni ha, kat rooftop menara. Gila tingggi makanya masing-masing gementar lalu tangkap gambar secepat mungkin. Cey ayat nak exaggerate je kan.
Ni ada kat belakang bangunan utama Kellie's Castle. Tak tau la apa fungsi tempat ni. Kat dalamnya ada ruang untuk bilik air yang mempunyai jubin marmar yang sangat tebal kalau dibandingkan dengan jubin zaman sekarang ni, maka, gua membuat konklusi bahawa bangunan ni mungkin dapurnya! Wahhh besarnyaaa dapur !!!!
Sebelum balik, mari bergambar lagi.
Erm Kellie's Castle pernah jadi tempat shooting filem Anna and the King. Nak tau kat mana istana Anna and the King tu sebenarnya? Ha ada la dalam beberapa kilometer kot dari Kellie's Castle. Ia terletak dalam kawasan Clearwater Sanctuary Resort Batu Gajah, tempat main golf mainly. Dengar cerita, dah nak terlupus secara semula jadi dah istana tu. Yala istana tipu kan. Dulu-dulu masa kecik ada la nampak istana emas tu.
Kalau korang pernah tengok TV3 dulu cerita Nilapura, diorang pun berlakon kat Kellie's Castle juga. But no, ai tak tengok pun cerita tu. hahahaha
Okay next, ayah Dila bawa kitorang lunch kat Mee Rebus Ramlee pulak yang terletak di Station 18. Entahla, tapi rasanya Mee Rebus Ramlee ni agak popular di Perak, kot. Ada banyak gak cawangannya. Tapi gua tak pernah rasa pun mee rebusnya, sebab tak suka sangat makan mee. Gua makan nasi ayam dia je.
So hi, this is my nasi ayam! ^^
And this is the mee rebus.
Okay setakat tu sajalah cerita pasal Kellie's Castle. Jumpa lagi, bye!
Assalamualaikum~
Rujukan:
2. http://paranormalstories.blogspot.com/2010/02/kellies-castle_04.html
Special thanks to Syaza for the beautiful pictures from her camera :) ehem tapi ade jugak gambauu dari camera ai~ hehe
Special thanks to Syaza for the beautiful pictures from her camera :) ehem tapi ade jugak gambauu dari camera ai~ hehe
No comments:
Post a Comment