Order Guidelines

Friday, July 13, 2012

Contoh World Literature Malay A1 (SL)


Assalamualaikum! Erm entri kali ni just nak share World Literature Malay A1 gua masa buat IB dulu (cey macam dah lama benor meninggalkan IB!). Erm tak tau pun apa result World Lit ni pasalnya tau-tau subjek Malay A1 gua dapat 7 (alhamdulillah!), so memang tak tau markah or gred untuk World Lit ni. Tapi, sebab TOK dapat C, tak dapat lah nak share. Tak baguih buat apa nak share. hahahaha. Tapi Hazim dapat la share memandangkan TOK dia dapat A T___T Ha, selain tu, sebab dulu masa check traffic blog ni, ada orang sampai ke blog ni sebab dia google "World Literature Malay IB". Tu la, lu nak cari apesal tak tanya gua lu nak tengok world lit? So takpe la gua post la kot-kot di masa hadapan ada orang nak tengok lagi contoh world lit ke kan.. hewhew.. So world gua, gua buat perbandingan untuk novel Okonkwo dan Madame Bovary. Enjoyyyy~


p/s World Lit adalah essay yang tidak melebihi 1500 patah perkataan bagi subjek-subjek A1 dalam IB

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Tajuk: Bagaimanakah perwatakan watak wanita dalam novel OKONKWO karya Chinua Achebe dengan MADAM BOVARY karya Gustave Flaubert berkongsi persamaan dan mempunyai perbezaan dari segi penonjolan watak oleh kedua-dua orang penulis?

Kata orang, kerenah dan sikap manusia boleh berbeza mengikut sesuatu kawasan tersebut. Hal ini kerana adat dan norma masyarakat sekeliling mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk peribadi seseorang itu yang dipancarkan melalui perwatakannya. Wanita merupakan insan yang begitu penting dalam memastikan kelangsungan keturunan manusia di bumi ini. Pentingnya kaum wanita dijelaskan dalam peribahasa Melayu yang berbunyi “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, yang mana wanita di sini diibaratkan sebagai tiang negara; jika baik wanita dalam sesebuah negara itu, maka baiklah negara itu.[1] Menerusi novel Okonkwo karya Chinua Achebe dan Madam Bovary, hasil sentuhan Gustave Flaubert, esei ini akan membuat perbandingan antara karakter-karakter wanita dalam kedua-dua buah novel ini.

Chinua Achebe memaparkan wanita sebagai insan yang memiliki perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap anak. Hal ini dapat dibuktikan dengan tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh Ibu Nwoye terhadap Ikemefuna yang merupakan tawanan dari Mbaino. Walaupun Ikemefuna baru berada di Umuofia, Ibu Nwoye sudah menunjukkan sikap bertimbang rasa sehingga menganggap Ikemefuna sebagai anaknya sendiri. Ikemefuna juga mengalami muntah-muntah awalnya, dan Ibu Nwoye menghulurkan kasih sayangnya dengan ‘datang ke sisinya dan mengusap-usap dada serta belakang anak muda itu’ (halaman 29). Hal yang sama turut dipancarkan melalui watak Ekwefi, isteri kedua Okonkwo selepas Ibu Nyowe. Larangan Okonkwo yang tidak membenarkan Ezinma memakan telur tidak dipedulikan Ekwefi. Kasihnya Ekwefi terhadap anaknya yang begitu menyukai telur memberinya keberanian untuk member anaknya makan telur secara rahsia. Hubungan antara mereka begitu rapat yang mana digambarkan dalam pernyataan yang berikut:

“Perhubungan antara mereka bukan setakat ibu dan anak. Ada terselit di dalamnya semacam rasa persahabatan seperti orang yang setaraf kedudukannya, yang diperkukuhkan lagi dengan sama-sama menyimpan rahsia makan telur di bilik tidur.” (halaman 79)

Meneliti teks Madam Bovary pula, Emma mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Berthe, yang mana menjadi kebanggaannya. Dia akan menanggalkan pakaian Berthe dan menunjukkan ruas-ruas badannya kepada tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Baginya, ‘kanak-kanak adalah penghiburnya’ (halaman 92). Dia amat menyayangi kanak-kanak dan akan mendakap dan mendodoikan anaknya dengan nyanyian yang merdu. Dalam satu peristiwa lagi, Emma telah menyebabkan pipi Berthe terluka kerana terjatuh. Dia lantas terus ‘menerkam dan mendukung anaknya memeluknya sambil memanggil orang gajinya’ (halaman 100). Dia menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut dan tidak mahu turun ke ruang tamu untuk menjaga anaknya.

Dalam aspek lain pula, kedua-dua penulis turut menggarap wanita sebagai golongan yang berjiwa seni. Dalam novel Okonkwo, wanita akan berhias untuk Pesta Ubi Nasi Baharu dengan melukis corak berwarna putih, kuning dan hijau tua di badan mereka. Mereka juga ‘melukis tubuh mereka dengan sisir kayu dan melorek corak-corak hitam di perut dan di bahagian belakang mereka’ (halaman 39). Ini merupakan satu kesenian yang ditonjolkan oleh kaum wanita masyarakat Ibo yang menjadi tradisi puak tersebut.

Emma Bovary juga digambarkan sebagai seorang yang berjiwa seni dan memiliki kehalusan dalam seni. Emma mempunyai bakat melukis yang begitu menjadi kebanggaan suaminya, Charles. Charles sangat berbangga mempunyai isteri sepertinya dan menggambarkannya dengan menggantung dua lukisan pensel Emma di dinding. Selain itu, Emma juga berbakat dalam bermain piano. Kehebatannya bermain piano digambarkan penulis dengan kenyataan yang berikut:

“Dia bermain piano dengan lancar tanpa berhenti-henti. Bunyi muzik dari piano itu kedengaran jauh ke hujung kampung apabila jendela bilik terbuka luas...” (halaman 38)

            Sebagai wanita, sesorang itu perlu menjalankan rutinnya sebagai seorang suri rumahtangga. Menyorot kembali teks Okonkwo, wanita diperkenalkan sebagai watak yang begitu komited dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Seperti contoh, isteri-isteri Okonkwo bergilir-gilir menyediakan makanan buat suami mereka. Dalam bab 5, terdapat babak di mana isteri kedua Okonkwo, Ekwefi menyediakan makanan daripada ubi nasi bersama-sama Ezinma untuk Okonkwo sebelum perlawanan gusti bermula. Sebelum Ezinma menghantar makanan ke obi Okonkwo, penulis turut menyatakan bahawa sebelum itu anak isteri pertama Okonkwo, Obiagelli telah menghantar makanan ke obi Okonkwo. Setelah Ezinma, Nkechi, anak perempuan isteri ketiga Okonkwo pula yang menghantar makanan. Daripada babak ini, kita dapat melihat bagaimana isteri-isteri Okonkwo begitu patuh dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai suri rumahtangga, iaitu dengan menyediakan makanan dan bergilir-gilir menghidangkannya kepada suami mereka.
           
Gustave Flaubert juga memegang pendapat yang sama dalam aspek tanggungjawab seorang wanita terhadap suami dan keluarganya. Keutamaan Emma setelah berkahwin dinyatakan dalam dialognya dengan Monsieur Leon seperti yang berikut:

                “Muzik saya? Memang! Bukankah saya mempunyai rumah untuk diurus, seorang suami untuk dijaga dan seribu lagi tugas rumahtangga yang mesti saya utamakan?”

Dialog tersebut menguatkan fakta bahawa Emma mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap urusan rumahtangganya. Selain itu, Emma juga akan menyusun rapi selipar Charles di tepi katil, menjahit kot suaminya yang terkoyak, menggantikan butang kemeja yang tercabut, dan menyusun topi suaminya dengan kemas di dalam almari. Sikap suka menjaga hal ehwal rumahtangganya membuatkan Emma dihormati oleh penduduk setempat, di mana ‘para peniaga di situ memujinya kerana keistimewaannya sebagai seorang isteri yang bijak mengurus rumahtangga’ (halaman 93).

            Seterusnya, penulis kedua-dua novel menggambarkan wanita sebagai isteri yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan kehidupan suaminya. Dalam novel Okonkwo, isteri kedua Okonkwo yang bernama Ekwefi dikatakan sering hamil anak ogbanje. Di kala isteri-isteri Okonkwo yang lain dapat memberikan zuriat kepada Okonkwo, Ekwefi pula berduka kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya yang terbesar selepas berumahtangga, iaitu memberikan keturunan buat suaminya. Namun dia tidak berputus asa demi kebahagiaan suaminya. Hal ini dapat dilihat apabila Ekwefi tidak serik-serik untuk hamil walaupun sudah sembilan kali keguguran. Ujian ketabahan dirinya akhirnya berakhir apabila anaknya Ezinma berjaya mengharungi kehidupan sehingga menjadi seorang anak gadis.

            Meneliti kembali teks Madam Bovary, Emma juga berusaha membahagiakan suaminya dengan cuba untuk mewujudkan perasaan cinta dalam dirinya. Kadang-kala, dia melafazkan bait-bait romantik dan menyanyikan lagu-lagu yang mendayu buat Charles. Walau bagaimanapun, Charles tidak menunjukkan jika perasaan cintanya kepada Emma semakin bertambah. Hal ini yang menjadi faktor utama Emma berasa bosan dengan Charles.

Afrika dan Perancis, dua negara berbeza latar belakang dan kebudayaan yang dipisahkan oleh lautan, nyata memberikan idea yang berbeza mengenai wanita kepada Chinua Achebe, penulis dari Afrika dan Gustave Flaubert, penulis dari Perancis. Kedua-dua negara ini bukan sahaja berbeza dari segi geografi dan cuacanya, malah berbeza perwatakan bagi wanita-wanitanya.

Kedudukan yang terbaik bagi seorang isteri ialah di sisi suaminya. Maka, isteri yang baik ialah isteri yang setia dan taat kepada suaminya tanpa sebarang alasan. Bagi Okonkwo, dia memiliki isteri-isteri yang taat dan setia kepadanya walaupun dilanda musibah. Ketiga-tiga isteri Okonkwo mengikutinya berhijrah ke Mbanta berikutan hukuman dibuang dari Umuofia yang diterimanya setelah melakukan jenayah betina. Kesetiaan isteri-isteri jelas dilihat kerana mereka tidak langsung berpaling daripada Okonkwo yang pada waktu itu menghadapi situasi yang sangat genting sedangkan jika isteri-isterinya berkehendak meninggalkan Okonkwo, mereka mampu untuk melakukan sedemikian namun tidak mereka lakukan.

Berbeza dengan novel Madam Bovary pula, wanita diketengahkan sebagai simbol kecurangan seorang wanita apabila Emma bertindak berlaku curang terhadap suaminya dengan menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain, iaitu Monsieur Leon dan Monsieur Rodolphe Boulanger. Hal ini kerana Emma merasakan bahawa  Charles seorang yang membosankan dan tidak menepati citarasanya. Bagi Emma, ‘seorang lelaki sepatutnya serba tahu dan bijak dalam segala hal harian, mampu menaikkan nafsu isteri, mengetahui nilai-nilai hidup dan segala misteri tentang kewujudan manusia’ (halaman 38). Sikap acuh tak acuh yang diperlihat oleh Charles kepada Emma membuatkan dia mudah jatuh hati kepada lelaki lain yang lebih memahami kehendak dirinya.


Antara lain perbezaan perwatakan wanita yang kelihatan menerusi kedua-dua novel ini ialah wanita yang mempunyai naluri sebagai pelindung. Pelindung di sini merujuk kepada sifat keibuan seorang wanita terhadap anaknya yang tidak akan membiarkan anaknya disakiti, dibahayakan, ataupun diapa-apakan. Meneliti teks Okonkwon, watak seorang ibu didapati begitu melindungi anaknya dengan baik sekali. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap satu-satunya anak yang dimiliki membuatkan Ekwefi sanggup melakukan apa sahaja asalkan keselamatan anaknya terjamin. Sewaktu Ezinma demam panas, yang mana kemudiannya dibawa oleh pawang Chielo ke gua Agbala, Ekwefi rela membelakangkan ketakutannya dan mengejar Chielo secara rahsia dalam kegelapan malam demi memastikan anaknya tidak diapa-apakan oleh pawang tersebut. Ketika menunggu di luar gua, Ekwefi menangis sambil bersumpah di dalam hati untuk meluru ke dalam gua tersebut jika dia mendengar sebarang tangisan Ezinma. Kesanggupannya untuk mati bersama Ezinma jika anaknya itu disakiti jelas menunjukkan betapa Ekwefi sangat melindungi anaknya.

Namun berbeza pula dengan watak Emma Bovary. Hal ini kerana jika Ekwefi sedikit pun tidak rela anaknya disakiti, Emma pula tergamak menyakiti anaknya hanya kerana Berthe ingin mendapatkannya ketika perasaanya tidak tenteram. Emma telah bertindak menolak anak kecilnya itu sehingga terjatuh sebanyak dua kali. Kesannya, pipi Berhe terluka akibat terkena kaki almari. Walaupun selepas kejadian itu Emma menyesal akan tindakannya, namun peristiwa tersebut membayangkan sifat dalaman Emma yang kurang dari aspek perlindungan terhadap anaknya. Seperti Ekwefi, dia menunjukkan komitmennya untuk melindungi anaknya dengan sepenuh hati, namun Emma pula bersikap seperti acuh tidak acuh.

Secara keseluruhannya, gaya para novelis menggarap watak wanita di dalam novel mempunyai persamaan walaupun dilatari kebudayaan yang berbeza. Perbezaan antara kedua-dua watak wanita pula mungkin dipengaruhi oleh norma masyarakat setempat dan perbezaan taraf hidup sesuatu watak itu. Watak wanita merupakan elemen yang sangat penting dalam sesebuah novel itu, bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai sifat yang berbeza, namun tetap berkongsi naluri yang sama, kerana mereka tetap adalah seorang wanita.


(1460 words)

Friday, July 6, 2012

Picture of a Dream


Assalamualaikum

Alhamdulillah, I just received good news yesterday. And this morning I've called my mentor to confirm on the 'good news', so alhamdulillah. Just waiting for the next step, which is to check it by myself on the website. Haha what am I talkin bout? Sokay, another entry maybe, insha Allah. hehee


I just tried to picture myself being at this place, haha. Ahhhaaaaaaa I hope everything's gonna be well! The dream is getting closer. Ya Allah please make everything goes smoothly for us. Ameeen! :)

Thursday, July 5, 2012

Perak Awesome Trip: Kellie's Castle, Batu Gajah


Tarikh: 26/06/2012
Keanggotaan: Iliana, Wani, Nabila, Syaza, Aida, Aina, Izzah, dan Dila!

Bayaran masuk: RM4
Student price: RM3

Tu la, penting kalau berjalan bawak student card. Siapa tau u'ollz leh dapat diskaun kan kan? Selagi masih student ni, selagi tu la kita harus pulun habis-habis benefit student card ni! Nanti tak dapat dah! Kalau orang kata "hek eleh takat kurang seringgit je tak kemaruk la bro" , so lu boleh balas "Lu kesah pehal bro, seringgit boleh beli air mineral la bro, naik Kellie's Castle panas lu tau apa??"
Eh okay, so dalam entri lepas, kitorang pergi ke Gua Tempurung yang happening tu. And then, balik dari Gua Tempurung tu, lepas dah siap-siap tukar pakaian kat surau dan bilik air yang disediakan kat Gua Tempurung tu, kitorang terus menuju ke KELLIE'S CASTLE !




Okay moh cerita sikit pasal background Kellie's Castle ni. Kellie's Castle dibina oleh seorang Scottish bernama William Kellie Smith. William dilahirkan di Dallas dan pada suatu hari yang hening dan bening... beliau melangkah menuju ke Malaya seawal usia 20 tahun (woiii sebaya aku!) dengan membawa segunung harapan untuk mencari rezeki.. eh yeke. Memandai je. Ha tapi betul la tu. Lepas tu dia ada usahasama dengan Alma Baker which I do not know who is this person, but to tell ya this story, so I just have to include his/her name, but I'm pretty sure that Alma Baker is a man.  Okay lepas tu dah kaya kan, maka William yang masih muda kacak ganteng bergaya pun memulakan misi untuk mencari aset di bumi Batu Gajah. K ayat yang anda baru baca sebentar tadi tu dah digubah dengan melampaunya oleh Iliana. Takde sape pun penah buat review pasal penampilan William Kellie Smith, so just ignore that. Menambah kesedapan ayat je. hikhik

K William akhirnya berjaya membeli tanah hutan di daerah Kinta, yes itu daerah tempat tinggal saya yang kaya dengan bijih timah (kalau tak tau maknenye kau pernah mengalami kemunduran dalam subjek Geografi dan Sejarah). Tanah tu kemudiannya dijadikan estet untuk penanaman pokok getah, dan dinamakan Kinta Kellas. Pada 1909. William membina rumah agamnya (cey nak translate jadi bahasa baku aje tau you, mansion tu mansion) yang diberi nama Kellas House, di mana pembinaannya bercirikan ala-ala Greco-Roman (aippp, jangan jadi malas! Google apa itu Greco-Roman kalau tak tau!). Dikatakan batu-bata rumah ni semua diimport dari India dan pekerja-pekerjanya semua dari India sebab katanya William sangat suka dengan India. Tapi, rumah ni tak dapat disiapkan sebab pada awal 1920an, ramai para pekerjanya terkena serangan Spanish Flu (k ni pun tak tau. Adakah penyakit selesema orang Sepanyol?). Ramai yang mati... Oh ya, 1500 meter dari istana/rumah ni pun ada satu kuil yang dipercayai dibina untuk para pekerjanya dulu. Dikatakan juga ada satu terowong rahsie dibina di bawah tanah menghubungkan Kellie's Castle dengan kuil tu tapi tak de pun orang jumpa rasanya.

Kedudukan Kellie's Castle di mata Google Map

Google Map


Pada Disember 1926, William mati kerana pneumonia, manakala isterinya Agnes terus bergegas pulang ke tanah airnya kembali bersama-sama anak-anak mereka iaitu Helen dan Anthony, MAKA, dengan ini, terbiarlah istana tersebut sendirian.. And ada yang kata Anthony tu terkorban dalam World War II.


Ini pintu masuk ke jambatan yang merentasi sebatang sungai di hadapan Kellie's Castle.


Yep, ini yang biasa dengar kalau cerita pasal Kellie's Castle. Nampak roh William Kellie Smith merayau-rayau kat koridor tingkat 2 istana ni.


Ni la lorong berhantu tu. Nampak tak yang kat hujung lorong ni? Ha yang tu bukan manusia. Tu hantu.


Ni kalau tak silap lorong kat bilik-bilik keluarga diorang. Best bilik anak diorang sebab setiap bilik ada sebuah bilik kecik, macam bilik untuk berhias something macam tu la. Best! And bilik Helen ada lorong rahsia yang menyambungkannya dengan bilik Anthony. Kalau ada penjahat, mereka boleh bersatu menentang kejahatan! *mata bersinar*


Okay kalau masuk masuk je Kellie's Castle, mesti akan bertembung dengan lorong tangga yang kecik ni duu. Tangga ni menuju ke bilik bawah tanah. Bilik penyimpanan arak kalau tak silap sebab ada banyak rak-rak kat dalam bilik tu macam tempat nak letak botol arak (ala macam cerita-cerita orang putih tu..). Oh ya, tak berani pun nak masuk bawah tu pasal gelap gelita sangat and dulu-dulu masa kecik selalu dengar orang cerita dalam bilik tu ada ular ghaib yang besar. Eeeee


Ni Dila. Tangga yang Dila naik ni adalah tangga sulit yang menghubungkan master bedroom dengan.. err tak tau. Hubungkan ke bawah terus kot. Kot kot ada perompak ke apa ke, boleh lari terus keluar rumah guna tangga sulit kan kan.


Ni pula kat rooftop. Rooftop dia luas juga la, tapi tak la luas sangat. Luas yang macam luas sikit tu la. Pape je la kan. William merancang rooftop ni akan menjadi tempat bermain tennis dan juga boleh menjadi tempat partayyyyy! Erm kalau William ada helikopter pun best kan boleh landing atas rooftop ni.


Ha kat sini boleh la berpartayyyy reramai. Meriah sikit.


Ni Aida.. dengan mata belalangnya...


Aida, Nabila dan Dila !


 Okay, set timer kat camera Syaza, lalu berlari-lari anak untuk mengambil tempat di depan camera pabila lampu kat kamera berkelip-kelip menandakan ia sudah terlalu ingin mengambil gambar kami! Kat rofftop juge ni.


 Ni lak, kat rooftop yang paling tinggi. Ada dua rooftop kat Kellie's Castle ni. Satu yang luas tempat partayyyy tadi tu. Yang ni rooftop kecik yang agak-agak petak la saiznya. Rofftop ni atas menara istana ni. Menara ni ada juga menempatkan lif yang sepatutnya menjadi lif yang pertama di Malaysia. Gua tak kata.. sumber dari internet yang kata...hahaha. Tempat yang kitorang pijak ni la lorong untuk lif turun naik.


Syaza dan tangga menuju ke rooftop menara.

Gambar ni ha, kat rooftop menara. Gila tingggi makanya masing-masing gementar lalu tangkap gambar secepat mungkin. Cey ayat nak exaggerate je kan.


 Ni ada kat belakang bangunan utama Kellie's Castle. Tak tau la apa fungsi tempat ni. Kat dalamnya ada ruang untuk bilik air yang mempunyai jubin marmar yang sangat tebal kalau dibandingkan dengan jubin zaman sekarang ni, maka, gua membuat konklusi bahawa bangunan ni mungkin dapurnya! Wahhh besarnyaaa dapur !!!!


 Sebelum balik, mari bergambar lagi.



Erm Kellie's Castle pernah jadi tempat shooting filem Anna and the King. Nak tau kat mana istana Anna and the King tu sebenarnya? Ha ada la dalam beberapa kilometer kot dari Kellie's Castle. Ia terletak dalam kawasan Clearwater Sanctuary Resort Batu Gajah, tempat main golf mainly. Dengar cerita, dah nak terlupus secara semula jadi dah istana tu. Yala istana tipu kan. Dulu-dulu masa kecik ada la nampak istana emas tu.

Kalau korang pernah tengok TV3 dulu cerita Nilapura, diorang pun berlakon kat Kellie's Castle juga. But no, ai tak tengok pun cerita tu. hahahaha

Okay next, ayah Dila bawa kitorang lunch kat Mee Rebus Ramlee pulak yang terletak di Station 18. Entahla, tapi rasanya Mee Rebus Ramlee ni agak popular di Perak, kot. Ada banyak gak cawangannya. Tapi gua tak pernah rasa pun mee rebusnya, sebab tak suka sangat makan mee. Gua makan nasi ayam dia je.


 So hi, this is my nasi ayam! ^^


And this is the mee rebus.


Okay setakat tu sajalah cerita pasal Kellie's Castle. Jumpa lagi, bye!
Assalamualaikum~

Rujukan:
2. http://paranormalstories.blogspot.com/2010/02/kellies-castle_04.html

Special thanks to Syaza for the beautiful pictures from her camera :) ehem tapi ade jugak gambauu dari camera ai~ hehe

Tuesday, July 3, 2012

Perak Awesome Trip: Gua Tempurung, Gopeng


Tarikh: 26/06/2012
Keanggotaan: Iliana, Syaza, Wani, Izzah, Dila, Aina, Aida, dan Nabila
Pakej: Tour 3
Harga: Dewasa RM11
Jam: 10 am


Assalamualaikum dan haiiii ! Last week, gua dengan beberapa classmates gua berhadapan (???) dengan satu trip bersama di negeri Perak! K kirenye gua dengan Dila tuan rumah la pasal kitorang dak Perak. Hewhew. Ada la beberapa tempat kitorang lawati, and entri ni akan melaporkan kisah di Gua Tempurung dahulu ya!

Okay, Gua Tempurung ada menyediakan 4 jenis tour; dua dry tour dan dua wet tour.

Tour 1 (GF --> Tak tau stands for what!!): Paling pendek perjalanan, kering, harga RM6 dewasa, kanak-kanak tak diketahui
Tour 2 (TOW --> Top Of the World): Tour kering yang lebih panjang, harga RM9 dewasa, RM4.50 untuk kanak-kanak
Tour 3 (Tak tau apa singkatan namanya): 2.5km kalau tak silap, lebih-lebih kurang macam tu la, dry and wet, harga dewasa RM11, kanak-kanak, why should I care? HAHAHAHAHA
Tour 4 (GT --> Grand Tour): Nama pun dah grand kan, ha yang ni paling mencabar, 3km lebih, dry and wet, dan ini perjalanan yang paling lengkap. Harga RM22 kot untuk dewasa, kanak-kanak? Eh kanak-kanak tak elok mencabar-mencabar ngat macm ni.. bahaya.. hikhik

Nak kena pegi pukul berapa?

Okay, tempat ni bukak dari jam 8:30 am kalau tak silap, tapi ADVISABLE untuk tiba sebelum jam 10:00 am. Sebab nanti nak kena register lagi, apa lagi tu semua kan persediaan dia. Jadi ambil masa sikit. Untuk wet tour, sampai pukul 12:00 pm je dibuka. Selepas itu, takde dah wet tour. Takut hujan ke apa kan, bahaya. Dry tour dibuka sampai petang.

And and and... hari Jumaat takde wet tour ye. Ada dry tour je. Baki hari yang ada lagi 6 tu, semua available untuk wet tour.

So... kitorang sampai around 10:00 am cam tu la.

K kucing tu seriously datang dari mana tah semata-mata nak dok depan kitorang untuk bergambar. BIOR BETOI ???!


Bergambar kat kolam hiasan sikit.. Nampak benor bukan tujuan nak tangkap gambo kolam tu sebab nampak kolamnya 'secolet tet' je ha! (secolet tet = kecik bebenor)


Yep, inilah realitinya.. Bukan edit tambah lighting ni! haha. Seriously memang cantik tangkap gambar dalam gua tu bila kat part ada spotlight. Dia kasi efek cam keemasan! Tantek ngat!!

Okay, ni yang 1st tour guide kitorang tunjuk. Ni permukaan dinding gua ni. Bila disuluh, nampak macam muka kucing. Horror gile muka dia. SENYUM! haishhh

Ni pulak menyerupai kepala kambing. alooo nomey nomey.

Ikan!

Macam dolphin tak kalau dilihat secara menegak?

Bentuk gajah.. hah malas nak cakap dah. Kalau rasa ada macam bentuk gajah, ada la.. kalau tak nampak.. takpe la..datang le ke Gua Tempurung sendiri! hahahaa


Ni lak namanya... MONALIZA! Ye... Monaliza, bukan Monalisa!

Nampak tak? Yang ni coraknya nampak macam imam (yang paling kiri tu) and kat belakang dia berbaris makmumnya..

Ni macam bentuk orang perempuan tengah cuci rambut secara mencangkung. Fahami rajah tersebut!

Ni alat-alat untuk melombong bijih timah.

Para peserta seramai 8 orang!

Ni lukisan puak-puak komunis untuk merancang pembunuhan Sir Henry Gurney. Siap ada lukis jam lagi untuk menunjukkan masa yang dirancang untuk aktiviti tersebut =='' Kalau tak tau cerita pasal Henry Gurney memang sia-sia je belajar sejarah kat skola dulu. wakakaka. Ha, Gua Tempurung memang jadi markas komunis pun dulu.

Waktu musim hujan, kawasan ni akan menjadi air terjun. Nampak tak bentuk semula jadi seperti beralun-alun macam pergerakan air kat dalam gambar ni? Itu kesan pergerakan air terjun.

Batu kapur yang berkilat-kilat sebab mengandungi air.

Nampak tak? Macam bentuk perempuan hamil dari sudut tepi. Nampak tak???? Rambut dia panjang... awuuuuu.. seramnyaaa.... hahaha....

Batu yang tampak lonely tu ada lekuk di tengahnya hasil perbuatan titisan air terhadapnya setelah sekian lama! Masih lagi menitik hingga ke saat ini...

Macam  kera tengah memandu tak? Err macam kera tengah naik go-cart je.




Aktiviti menyentuh tanah yang mengandungi bijih timah yang ngat ngat halus!


Ini pula ialah stalagmite yang baru je nak terbentuk hasil titisan air melalui stalagtite di atasnya. Nampak tak dia macam susu-susu tu? Ha part yang tu keras sebenarnya. Nampak je macam susu.. SUSU KERAS TU!


Ehem. Nampak tak? I WAS HERE. Eh no no... Ada '8 MD62' kat situ. Why don't us wrote I WAS HERE on the rock? Because I WAS HERE is too mainstream !! ==''

Okay itu bermaksud, ada 8 orang budak MD62 dah sampai di Gua Tempurung!

Okay.. lepas tu bermulalah wet journey kitorang. Best sangat! Ada sliding kat batu, merangkak dalam air di bawah stalagtite yang banyak, baring dalam air sambil tutup semua torchlight, dan macam macam lagi! Seronok sangat! Sayang takde gambar.. Sebab takde siapa yang berani mempertaruhkan kameranya! Haha

Tips untuk bawak kamera dengan selamat:
Bungkus dengan plastik yang air takleh masuk, and masuk dalam tupperware yang ketat dan kedap udara. Sebelum nak bawak pegi gua, test-test dulu kat rumah, tengok masuk air ke tak. Gua dah buat dah haritu, sampai hari nak pegi Gua Tempurung, tak jadi nak bawak sebab takut kamera rosak ke apa ke. Yala, kite mana tau apa nak jadi kan.

Ni bila dah habis dah. Dah sampai kat tempat awal-awal masa masuk dalam gua. Kawasan ni pernah jadi tempat shooting dalam filem Duyung, masa Apek jumpe banyak harta karun tu.. Oh ya, airnya sangat jernih dan sejuk! Best sangat!
Tips lagi:

1. Pakai seluar yang tebal, takut terkoyak ke apa ke masa sliding kan.
2. Pakai kasut sukan, kalau boleh yang tidak diperbuat dari fabrik. Kasut macam ala2 kulit or getah adalah yang terbaik untuk dibawa masuk ke dalam air.
3. Kalau ada pad lutut, lagi bagus. Sebab sakit kot lutut merangkak dalam sungai gua tu! Banyak batu halus!
4. Torchlight harus ada. Sebab memang gelap gelita dalam gua tu (kat kawasan yang takde spotlight)
5. Air. Ye. Dahaga!


Lepas caving... kita main flying fox pula!

Harganya?

RM20 untuk 3 kali main per individu. Kalau nak main sekali, RM10. Baik main 3 kali kan? Oh ya, 3 kali tu untuk satu orang, tak boleh campur-campur orang rupenye =.= kalau tak lagi jimat kan. hewhewhew




Syaza di platform persediaan!
Hah gua la tu.

Iccah Iccah! IZZOH !

Haha menarik la gambar Wani ni.

Haih...

Antara kemudahan kat Gua Tempurung ni adalah toilet, tempat mandi, surau, gerai makan, gerai souvenir, sewa basikal, dan ada tasik kat depan gua. Untuk main kayuh-kayuh dalam tasik tu kot.

K itu je perjalanan di Gua Tempurung! Perjalanan akan bersambung lagi...!
Bye!
Assalamualaikum~