Order Guidelines

Tuesday, June 19, 2012

Sotong Halia dan Telur Bungkus Best Tapi Nyamuk Tetap Juara Bertahan Bagi Kategori Annoying!

Assalamualaikum, hai hai!! Tu diaaaa panjangnya tajuk entri. K k relaks!

Chef L daaaaatang lagi~
Kali ini dengan resipi baru belajar dari internet~ !!!
Okay ini apa yang ai masak harini.
K tipu. Harini ibu yang masak. Gulai tempoyak k. Gua masak semalam. Ha ni semalam dah upload dah gambo tapi pemalas sangat nak menyambung menaip. K k k.. relaks semua.. so kali ni gua nak share resipi carca marba i'ollz kat u'ollz.. well ai pun blaja dari internet gak. Maap tak dapat nak kasi kreditas sebab dah lupa mana satu website gua amik. hewhewhew.. (licik nya taknak kasi credit)

Okay, maybe korang penah makan ayam masak halia kat restoran restoran, mungkin? I'ollz selalu je. Dan sebab suke ngat ngat, seharusnya kita belajar untuk memasaknya sendiri ye tidak? *tangan di telinga mahu mendengar jawapan balas dari para penonton*

YE.....

So, kalau nak paling senang belajar masak, GOOGLE. Kayh. HAHAHAHA....
Oh ya, sebab semalam takde ayam kat rumah (takkan le nak sembelih si Beby dan keluarganya, tak sudi), dan ada sotong, maka gua gantikan ayam dengan sotong, maka terhasillah,

SOTONG MASAK HALIA!!


 Ceyceycey sedap ke tidak? Sedap ke tidak? Sedap ke tidak? Lantak pi la kalau nampak tak sedap pun janji rasanya menepati rasa yang pernah ku rasai suatu ketika dulu di restoran-restoran. Maknanya gua tak silap belajar resipi le. Hewhewhew sekali lagi...

Okay so, korang perlukan:

Bahan tumisan:
Bawang (ai guna bawang beso je.. senang. Potong macam biasa korang potong)
Bawang putih (ai berkenan menggunakan khidmat dua ulas bawang putih yang montok. Ketuk-ketuk then cincang-cincang. eh ganasnya u'ollz.. hahahahahaa)
Halia (suke hati u'ollz le nak pakai banyak mana. Tapi takyah la teruja sangat sampai guna sebijik halia tu. Potong memanjang dan kurus-kurus ye)

Sotong yang dipotong-potong manje (awww~)
Sos tiram
Cili merah (ai pakai sebijik je)
Tepung jagung (dibancuh dengan air supaya menjadi halus dan mulus)
Garam

Methodology:
1. First of all, berkenan ai nak cakap, FUYYOH! METHODOLOGY! Dah lama dah tak menaip lab report. HAHAHAHA
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Tumis bahan tumisan. Memula ai tumis bawang dengan bawang putih je, then dah ala-ala kuning keemasan sikit mereka tu, baru masukkan halia.
4. Pabila mereka nampak sungguh sebati bergaul bersama dalam kuali tu, then masukkan sos tiram! Banyak mana, terpulang pada banyak mana kuah korang nak. Gua suke kuah banyak. Tapi jangan banyak sangat masuk. Karang nak tambah air lagi.
5. Okay pabila diri dah berasa yakin, masukkan air ke dalam kuali. Sukati nak banyak mana.
6. Sotong-sotong juga sudah menjerit kegembiraan, maka masukkan mereka ke dalam kuali supaya ke-excited-ness diorang dapat dikekalkan pada momentum yang sama di dalam kuah halia tersebut.
7. Pabila diri berasa lebih yakin, maka masukkan tepung jagung yang dibancuh tu ke dalam kuah tersebut bagi memeriahkan suasana. Takyah banyak sangat, pepandai la. Tepung jagung pun untuk memekatkan suasana kuah je.
8. Masuk garam sesuka hati.
9. Masuk hirisan cili, dan kalau suka, masuk hirisan bawang besar. Erm, gua rase le kan, kalau masak lauk ni secara kering (meaning tak banyak kuah macam kat restoran-restoran selalu buat), mungkin lebih best masukkan potongan cili kering? Ahha tampak sungguh berkeyakinan!
10. Makanya, tutup api dan siap dihidang bersama nasi putih panas!


Then dengan girangnya chef L nak masak telur bungkus lak. Actually, isi telur bungkus ni korang buat camne pun, pabila dibungkus dengan telur still akan dipanggil as telur bungkus. Faham? So ini just cadangan resipi je. Makanya, let's us move to...


TELUR BUNGKUS !


Mari mulakan dengan memasak isi dalamanya dulu.

Anda perlukan (ya, mereka tak perlukan anda, namun andalah yang memerlukan mereka):
Daging kisar
Cili siam (dipotong potong)
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam

Bahan tumisan:
Bawang besar yang didadu-dadukan (eh macam lagu dap..dip..dup.. dap..dip..dup di dalam dada)

METHODOLOGY:
1. Panaskan minyak di dalam kuali lalu tumiskan segera bawang yang di dap..dip..dup.. tu.
2. Pabila sudah naik bau beserta kuning keemasan, maka masukkan daging kisar yang pada hemat saya, sukati andalah nak letak banyak mana.
3. Bila dah masak daging tersebut, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dalam ratio yang lebih kurang sama, tapi takyah banyak. Telur bungkus nak kena kering-kering! Jangan lupa untuk mengacau mereka sehingga sebati.
4. Pastu masuk garam. Kacau lagi (dalam orang putihnya, disturb mereka lagi wakakakakakaa)
5. Masukkan hirisan cili.

Angkat. Then dadarkan telur, make sure kena sekata ye ketebalannya, dan kasi nipis sikit telur dadar tu. Kalau tak, takleh nak bungkus.

Oh ya. Saya mengaku saya gagal membungkus disebabkan ketebalan tidak sekata. Kat tengah-tengah tertebal pula sebab saya meninggalkan kuali sebentar selepas menuangkan solution telur tersebut. Sepatutnya terus erm.. apakah term yang digunakan bagi meratakan telur ke serata kuali???

Dan pleaseee, guna minyak yang sikit bangat untuk menumis tu sebab nanti daging tu ada kuar-kuar minyak sikit kan? Eh ke optical illusion mahupun imaginasi gua je? Dalam gambar tu memang oily ngat ngat ngat sebab tak mengurangkan minyak masa nak menumis. But don't worry, gua buang minyak tu sebelum membungkus! (MEMBUNGKUS. Kengkononnye)

K la tu je Chef L nak bertandang kali ni. Hope u'ollz suke. Kahkahkah... I'ollz tak kesah~
Anyway, kaki ni dah takleh nak flirt sangat dah dengan nyamuk ni. Asal banyak nyamuk ni?? Rimas ahh! Annoying, nyah kau dari sini!

Kbai
Assalamualaikum!

2 comments: