Order Guidelines

Sunday, June 10, 2012

Dua Perspektif Berbeza


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
 Hai, watak yang dimainkan oleh Iliana pada hari ini ialah sebagai 'saya'.

Okay. Sebenarnya dah lama dah nak buat post ni, sejak dari hari pos status facebook (sila rujuk gambar di atas) ni lagi, which is lebih kurang 2 hari lalu. Tapi tak berkesempatan. So, kat sini saya just nak ulas sikit-sikit je pasal status ni berikutan ada juga yang salah faham dengan maksud statement tu, tak kurang juge ramai yang like, tak tau tu maknanye setuju atau tak (hehe). So, sekali baca, apa reaksi anda? Saya pro-government? Anti-government? Haha.. Jawapannya.. dua-dua salah! Sebab statement kat atas tu sangat umum dan sangat tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam erti kata yang lain, atas pagar. Tak tau kat tang mana yang nampak ada pro nye..

Okay, first, pasal mempermain-mainkan pemimpin. Hal ini sebab sebelum menulis status tu, saya dah banyak kali sangat dah terjumpa dengan gambar-gambar yang diedit semacam untuk menghina atau memperlekehkan pemimpin, or yang sama waktu dengannya. Kreatif tu memang kreatif, tapi berbanggakah kita jika kreatifnya kita itu terletak pada keburukan? Bukannya kebaikan. Menggalakkan lagi orang ramai untuk berterusan mengutuk, mencaci, menghina. Sukakah kita? Mungkin sesetengah orang suka, tapi pada pendapat saya, tindakan tersebut sangat tidak matang dan memalukan. Selama ni kita tengok negara luar, terutamanya Amerika, selalu buat macam tu terhadap pemimpin diorang. Tu budaya luar, suka memperlekeh pemimpin sendiri. Dan sekarang ni, okay negara kita pulak.. Adakah ini satu indikator kemajuan negara kita? Atau merupakan satu indikasi bahawa ceteknya pemikiran orang kita? Hormatilah pemimpin-pemimpin kita walaupun ada sesetengahnya kita tak suka (diectly).

Okay next, pasal orang-orang yang komen-komen kat page-page politik kat facebook. Kebanyakannya, hampir kesemuanya senang cakap, komen menggunakan emosi. No fact. Emosi berleluasa. Makanya, berleluasalah penggunaan kata-kata makian dan carutan. Dan kebanyakannya adalah generasi muda. Kenapa kita tak boleh menulis dengan berhemah? Nak kritik pemimpin boleh, tapi perlu kena pada gayanya. Bukan mencarut. Ini, apa yang saya lihat kebanyakannya memaki tanpa memberikan solusi. Jadi, komen tersebut boleh diiktiraf sebagai komen kosong. Takda isi. Sedih melihatnya. Mentaliti apakah yang kita miliki? Sampai bilakah agaknya baru kita dapat status mentaliti kelas pertama tu? Semua komen-komen tak berasas ni menjadi bukti betapa rendahnya tahap pemikiran kita. Sekecil-kecil perkara, walaupun komen, sangat boleh menunjukkan tahap manakah mentaliti kita itu.

Seterusnya, pasal suka menggelar-gelar pemimpin. Banyak sangat, thank to FB, kalau tak saya memang tak pernah dengar words ni semua. Najib jadi najis la, Anwar jadi Anwar al-juburi la, anjing, barua, semua curse pun keluar. And I was like, =.='' apakah itu? Sesetengah perkataan tu nak difahami pun tak boleh sebab tak pernah tau. Once again, thank to FB. Korang janganlah fanatik sangat sampai menggelar-gelar macam ni. Tak kisah, mana-mana parti pun yang korang sokong. Yang saya lihat, both side ada sindrome macam ni. Sekali lagi ditegaskan, ini pendapat atas pagar. Minta maaf atas perkataan-perkataan kasar di atas tu, tu semua ihsan pengkomen-pengkomen di FB ==''

Kadang-kadang kita tak sedar, tulisan kita itu boleh menjadi fitnah. Maka, berhati-hati dalam menulis. Entri ni pun dibimbangi kalau-kalau ada terjadi fitnah pulak, tapi insha Allah, takde. Kalau ada, tolong tegurkan.Apa yang saya lihat lagi, kalau asal ada gambar pakcik-pakcik polis, mostly orang yang mengomen akan tulis something like "anjing kerajaan", "makan rasuah". Saya nak tanya, adakah orang-orang yang menulis macam tu, tau dengan secara jelas bahawa orang yang berkenaan dalam gambar tu (dalam kes ini, polis tu la) benar-benar makan rasuah? Kalau tak, anda buat fitnah tu.. haaa.. Kesian kat pakcik-pakcik polis yang mencari rezeki halal sebagai seorang anggota polis. Memang tak dinafikan, ada je yang ambil rasuah, tapi korang sure 100% ke bahawa 100% polis ambil rasuah? Oh please.. Jangan membuta tuli.

Jadi mungkin itu sahaja. Jangan terlalu beremosi dalam mempertahan pendirian sendiri. Beradab juga, kena ingat-ingat. Kita rakyat Malaysia kan berbudi bahasa. Nak berdebat, lakukan secara berhemah. Terima pandangan orang, dan utarakan pandangan kita. Kalau kita tak boleh menerima, macam mana kita boleh expect orang nak terima pandangan kita? Dan sesuatu pendapat yang seseorang itu ada semestinya bersebab, kenapa dia berpandangan sedemikian. Itu yang perlu kita tahu sebelum nak membahaskan pendapat mereka. Kerana kita perlu tahu, apa yang kita pegang itu tak semestinya betul, dan apa yang orang lain pegang tak semestinya salah. Ohh sangat seronoknya dok atas pagar. Haha.

Namun dalam masa tu saya masih gembira kerana masih ramai juga yang rasional semasa berhujah. Tidak beremosi melulu-lulu (eh ada ke word melulu-lulu. lulu tu macam pelik je). Sampai yang tak pernah komen or tegur kat facebook pun join komen kat status tu. Haha. Terima kasih Wani, Nobid, dan Nurhafiz Omar. Korang saya lihat sungguh berhemah dalam mengeluarkan pendapat dan macam yang Nurhafiz Omar buat, kalau dia tak faham dengan kenyataan saya, dia akan bertanya kembali. Ha kan aman je berbincang macam ni. Seronok sangat. Terima kasih!!

Apa yang saya percaya selama ini, mustahil sesuatu pertubuhan itu semuanya baik. Yang hitam itu pasti ada kerana manusia semuanya berbeza ragam.


Yang penting sekarang ni ialah,


Okay kantoi ayat amik dari tagline sepanduk kumpulan mana entah masa BTN haritu. Kata diorang, fasi diorang punya ayat ni. Ayat ni yang saya tertarik, so buat la jadi doodle. Erm doodle perempuan tu men bantai le lukis, buruk le sebab lukis pakai touch pad laptop ni. Kalau lukis atas kertas lawa le sikit kot. haha

Okay, buang yang keruh, ambil yang jernih.
I love Malaysia, assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment