Order Guidelines

Monday, June 11, 2012

100% Pergantungan Hanya Kepada Allah, Kan?


Assalamualaikum!
Dan haiiii!

Kali ini Iliana akan memainkan watak sebagai 'aku' dan 'saya'.
Haaa.. siapakah 'aku' dalam petikan? Iliana le. okay? Soalan BM PMR agaknye.

Okay tadi terserempak dengan status seorang rakan di fb (cey rakan), yang dah banyak kali saya baca dah before ni, tapi tak tau kenapa, tadi rasa status tu sangat bermakna, lalu saya mintak izin untuk kopi dan pasta status tu kat atas status saya juge. Dan oh ya, gambar kat atas ni sebenarnya printscreen dari status orang tu kat fb, then saya edit le kasi lawa sikit. Ha senang kan? printscreen dan edit. takyah menaip balik, tapi just kena tambah url blog di situ la. Hak milik kot. haha

Sebenarnya dalam status ni, saya tertarik dengan ayat yang ketiga tu, iaitu 

"And whoever fears Allah? He will make for him a way out."

atau mengikut terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu pula,

"...Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya." 
Surah Al-Talaq (65), ayat 2


Kadang-kadang, tanpa kita sedari, kita tak meletakkan 100% kebergantungan kita kepada Allah apabila kita berhadapan dengan masalah. Kita rasa berseorangan apabila menghadapi masalah, dan hilang punca bila gagal memikirkan jalan keluar kepada permasalahan itu. Kesannya, kes bunuh diri menjadi popular dalam kalangan orang-orang yang putus harapan, sebagai contoh bila menghadapi masalah kewangan, bunuh diri. Gagal dalam percintaan, gantung diri. Masalah keluarga, terjun bangunan. Dan lazimnya, bila kita dengar berita-berita seumpama ini, apa yang bermain dalam benak kita ialah, orang itu membuat keputusan tanpa berlandaskan iman. Ha, inilah dia. Umum tau jika kita mendahulukan iman dalam membuat keputusan, kita dapat menilai baik buruk sesuatu keputusan yang hendak kita buat tu. Macam tu juga kalau kita menghadapi masalah. Kalau kita terfikir untuk mengakhiri nyawa kita demi melarikan diri dari masalah itu, tanya iman kita balik. Dan iman kita akan jawab, "Allah itu ada. Allah yang mengurniakan masalah kepada kita, dan Allah juga yang boleh mengilhamkan kepada kita jalan keluarnya". Bukan dengan melakukan perbuatan yang memudaratkan.

Cuba kita imbas balik firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286,

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....”

bermakna, dalam setiap masalah yang kita hadapi tu, pasti kita mampu hadapinya kerana Allah tahu akan kemampuan kita untuk menghadapinya. Dan oleh sebab itulah, betapa pentingnya kebergantungan kita kepada Allah setiap kali kita menghadapi masalah.

Okay sekarang nak share cerita pasal saya pulak. Bagi saya, benda ni betul-betul tak disangka-sangka akan berlaku. Okay, sila amik perhatian lagi. Nak share je. haha

*watak AKU pula*

Okay okay, benda ni jadi pada hari Jumaat lalu, lepas balik BTN. Bas untuk turn perempuan lambat sikit sebab bas bawak budak lelaki je dulu untuk solat Jumaat, sekali dengan pakcik bas la. So dalam pukul 2pm, bas sampai ke kem untuk ambil kitorang pulak, then sampai kat kolej around 2:40pm. Before sampai betul-betul kat depan kolej tu, aku dah siap-siap dah call Seremban cab so that bila dah sampai kolej, boleh terus dapat cab terus menuju ke T1. Tolongggla.. walaupun sampai kolej lambat, still berharap nak kejar bas Transnasional pukul 3pm balik ke Ipoh. TAKNAK BALIK ESOK DAN TAKNAK AMIK BAS JENAMA LAIN!! T____T

Nak taknak, kena berkejar-kejarla ke T1, sebabnya tiket bas tak beli lagi, dan masa dah suntuk sangat. So yang aku ingat, lepas sampai je kat T1, aku, Dila and Ainul memang terus berlari ke kaunter tiket. Masa beli tiket tu, jam dah pun tunjuk pukul 2:55pm. '5 minit lagi!'

Alhamdulillah, tiket aku dan Dila selamat dibeli. Yang jadi masalah ialah tiket Ainul yang nak turun di Tanjung Malim. Dila dah terus tuju ke tempat bas (oh ya sebelum tu aku dah pegi dulu tempat bas nak masukkan luggage dalam bas), dan aku tunggu dengan Ainul kat kaunter tiket. Tak tau la, pekerja baru agaknya.. Sangat lambat dia menaip, dan laaaaaaama sangat nak proses tiket tu. Come on, 5 more minutes kot. Setelah lama gak la menunggu, baru la girl tu cakap,

"Pergi kat kaunter lagi satu boleh tak? Ada masalah la kat sini."

Ya Allah! Lama menunggu, akhirnya itu hasilnya? Haha sabor je laa.. Dan demi mengejar masa, aku terus berlari ke sebelah hujung T1 yang jauhhhh tu sebab nak belikan tiket Ainul. Duit Ainul ada kat aku, so memang aku lari umpama atlet lari pecut 200meter la ke kaunter tiket lagi satu. Ainul lak dah tertinggal, tak tau mana dia hilang. Dah sampai kat kaunter tiket lagi satu tu, tup tup bro tu kata,

"Tiket ke Tanjung Malim dah habis."

:|

erm, okay.. now what??

Ainul dah hilang, duit dia kat aku, and rasanya mesti dah lebih pukul 3pm.
TRIP BAS AKU MACAM MANA?? Takmau rugi RM24.60 dan takmau tinggal sorang-sorang kat Seremban... D':

Waktu tu, teringat terus nak call Ainul. Bukak beg. Trang tang tang.. henpon aku takda! Lari balik ke kaunter mula-mula tadi kot-kot tertinggal kat situ. Tanya girl tu, dia kata takde pun henpon kat situ. And masa tu betul-betul dah macam... aaaaaaaaaa takpe la, tak balik Ipoh dulu pun takpe la. Asalkan henpon mesti ada kat tangan balik! HENPON MESTI ADA walaupun tak secanggih dak dak touchscreen sekarang ni kan. haha

Lari nak ke tempat bas, berhenti kejap kat tempat duduk tepi tu sebab nak cari gak henpon. Tak puas hati. Duit Ainul letak kat bangku tu, pastu terus selongkar beg. Nak terkeluar-terkeluar dah isi beg tu kat atas lantai T1. TAKDA JUGA! Pastu ada sorang pakcik yang duduk dekat situ tanya,

"Kenapa ni dik.. nampak kelam kabut je. Cari apa?"

Aku tanpa menoleh, muka bagaikan ditoreh tak berdarah, jawab,

"Cari henpon saya pakcik! Hilang!"

Pastu pakcik tu jawab,

"Cari pelan-pelan, ha nak berterabur dah duit tu."

Masa tu memang kelam kabut dan sangat susah hati. Allah je tau perasaan masa tu. Masa tu aku teringat untuk beristighfar, mintak sangat sangat sangat dalam hati supaya Allah tenangkan hati. Lepas tu aku cepat-cepat kemas beg, terus berlari kat bas aku. Kawan-kawan semua dah tunggu kat situ. Pakcik bas pun ada sekali. Aku cakap kat Dila dengan macam nak teroyak (nangis dalam bahasa Perak) dah, bahawasanya henpon aku hilang. Dila terus cakap

"Eh tadi aku call kau, tapi ada orang jawab."

Ya Allah! Maknanya ada orang pegang henpon aku waktu tu! Aku pun mintak henpon Dila, call balik nombor aku. Yang jawab call tu, rupanya pakcik teksi tadi. Aku terus cakap

"Encik, saya nak balik henpon saya...!"

Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik, dan pakcik tu kata sambil menjerit (sebab aku tak berapa nak dengar apa dia cakap memandangkan T1 sangat bising)

"Tungguuuuuu!!!!"

"Oh okay pakcik! Saya tunggu kat tempat tadi!"

Lalu aku memutuskan panggilan, dan terus menghadap pakcik bas.
"Pakcik! Henpon saya tertinggal dalam cab! Boleh tak tunggu sekejap? Pakcik tu nak hantar balik henpon saya!"

Lalu pakcik bas berkata,

"Boleh! Takpe dik, kalau tak sempat sangat, naik bas pukul 10pm pun boleh!"

Bersyukur sangat! Allah permudahkan segalanya. Aku terus berlari ke tempat teksi T1 (Ya Allah sangat penat sebab T1 tu besar!). Tunggu kat tempat teksi tu berseorangan. Tak peduli kat orang sekeliling. Tak peduli nak diri kat bawah tempat redup. Masa tu tak sampai hati nak berdiri kat tempat redup. Biar aku diri dalam panas. Tu la kau, kalau tak cuai, mesti sekarang dah duduk selesa dalam bas ber-aircond, now rasakan, diri tempat panas! ujar the dark side of Iliana. Aku akur.

Laaaaama jugak la tunggu. Setiap kali aku nampak ada teksi melintas, aku berharap itu adalah pakcik tadi. Namun hampa. Masa tu, semua keluar dari mulut. Astaghfirullah, subhanAllah, Ya Allah Ya Allah Ya Allah, doa supaya pakcik tu cepat sampai segalanyalah keluar. Mana yang sempat, aku baca. Masa tu aku terfikir, kalau betul ada rezeki aku, henpon akan dapat juga aku pegang balik. Kalau betul ada rezeki aku, aku akan tiba di Ipoh juga malam tu. Sepenuhnya berserah sahaja kepada Allah sebab Allah yang menentukan sama ada pakcik teksi tu boleh sampai ke T1 atau pun tidak, dan sama ada pakcik bas sanggup nak tunggu aku lagi atau pun tidak. Aku redha. Balik esok pun takpe, yang penting, I must get my phone, no matter what happen!

Akhirnya, setelah beberapa minit, pakcik teksi sampai jugak. Ya Allah air mata dah bergenang, terus aku berlari ke teksi tu. Bukak pintu teksi tu, dan nampak pakcik tu menunjuk ke arah henpon aku yang dia letak atas seat penumpang depan teksi tu. Aku terus ambil dan mengucapkan terima kasih dengan muka yang sangat sangat bersyukur setelah berwajah pasrah! Tak lupa juga, aku beri sedikit reward kepada pakcik tersebut. Walaupun kecil, namun aku betul-betul dah niatkan untuk bersedekah kepada pakcik tu, dan tentunya nilai itu takkan dapat menyamai kejujuran dan keikhlasan pakcik tersebut untuk membantu aku.

Okay. Next. Terus aku berlari ke tempat bas. Dengan penuh kegembiraan, dan masih sedikit cuak sebab menjadi penyebab kelewatan bas tersebut bergerak, aku terus mengucapkan terima kasih kat pakcik bas pulak sebab sanggup menunggu aku. Ya Allah masa nak naik bas tu, Allah je yang tau betapa maluuuunya muka aku nak berhadapan dengan penumpang-penumpang lain! Duduk je aku kat atas seat aku, aku tengok jam tangan aku, 3:17pm.

Bas Transnasional yang dijadualkan bergerak pada jam 3pm pada hari Jumaat, 8 Jun 2012 delay 17 minit kerana Iliana ==''

Itulah kisahnya. Hari terakhir aku menaiki bas dari Seremban ke Ipoh, dan hari itulah yang menjadi yang terburuk sekali dalam pengalaman aku menaiki bas. Kesimpulannya, walau sesulit mana pun masalah yang kita hadapi, ingatlah, Allah sentiasa ada untuk memandang kita. Yakinlah dengan Allah yang mana segala hasil yang kita dapat, itu adalah ketentuan Allah. Ada rezeki, ada. Kalau takda rezeki, Allah pasti merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Yang penting, pujuk hati kita untuk sentiasa ingat pada Allah ketika menghadapi kesusahan. Lagi bagus, didik hati kita untuk mengingati Allah dalam waktu senang, which is lebih sukar daripada ketika waktu susah, kan?

Henpon itu kini ada di tangan saya sekarang, dan saya selamat tiba di rumah mengikut waktu yang dijadualkan. Allah yang tentukan semua itu. Dan siapa sangka, Ainul kemudiannya dapat tiket untuk naik bas yang sama dengan aku dan Dila, walaupun sebelum tu dah tau tiket bas ke Tanjung Malim dah habis. Tak tau macam mana, mungkin pakcik bas tolong masa time aku gi sibuk mencari henpon kot. See? Ada hikmahnya kan. Kesusahan yang kita hadapi mungkin memberi kebaikan kepada orang lain.

Alhamdulillah.
All praises to Allah (pinjam ayat dalam lagu Maher Zain jap)
Assalamualaikum!

2 comments:

  1. kadang-kadang bukan mudah untuk kita bergantung 100% pada Allah bila menghadapi waktu-waktu sukar macam ni.
    great job.

    siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah akan tunjukkan jalan keluar baginya. (tak ingat ayat mana. sila semak tafsir.he3)
    pertolongan itu hanya milik Allah semuanya.(39:44)


    bila dah terkena dengan sapaan hidayah Allah,peluk hidayah Allah tu erat-erat ^^

    ReplyDelete
  2. Anon: yep. Tapi bila orang dah buntu sangat, mungkin dengan mengingati Allah tu dapat bagi perasaannya lega. Lai orang, lain caranya kan? huhu btw thx for commenting :)

    ReplyDelete