Just recycling back the old doodle. hewhew
Saturday, June 23, 2012
Thursday, June 21, 2012
My Current Desktop
Berbulan sudah desktopku begini. Comel kan wallpaper ni? Eh cakap le comel cepat! Recycle Bin dan folder nama BB dapat disembunyikan dengan begitu comel sekali. That's why I love this wallpaper so much. Haha. Bukan pasal gambo dak laki kata ilebiu dekat dak pompuan tu. Gua tak main le puppy2 love ni.
Windows Media Center ni kengkadang gua rasa menyibuk je, menyebabkan mata ni takleh nak tengok desktop ni dalam keadaan yang kosong. Tapi apa boleh buat, dengar lagu guna benda alah ni sangat cool. Hikhikss
Dan cool tak, malas nak letak watermark kat gambar url blog, so letak kat sticky note tu ha. HAHAHA...
Kthxbyeslm.
Assalamualaikum (erh boringnya entri ni)
Tuesday, June 19, 2012
Sotong Halia dan Telur Bungkus Best Tapi Nyamuk Tetap Juara Bertahan Bagi Kategori Annoying!
Assalamualaikum, hai hai!! Tu diaaaa panjangnya tajuk entri. K k relaks!
Chef L daaaaatang lagi~
Kali ini dengan resipi baru belajar dari internet~ !!!
Okay ini apa yang ai masak harini.
K tipu. Harini ibu yang masak. Gulai tempoyak k. Gua masak semalam. Ha ni semalam dah upload dah gambo tapi pemalas sangat nak menyambung menaip. K k k.. relaks semua.. so kali ni gua nak share resipi carca marba i'ollz kat u'ollz.. well ai pun blaja dari internet gak. Maap tak dapat nak kasi kreditas sebab dah lupa mana satu website gua amik. hewhewhew.. (licik nya taknak kasi credit)
Okay, maybe korang penah makan ayam masak halia kat restoran restoran, mungkin? I'ollz selalu je. Dan sebab suke ngat ngat, seharusnya kita belajar untuk memasaknya sendiri ye tidak? *tangan di telinga mahu mendengar jawapan balas dari para penonton*
YE.....
So, kalau nak paling senang belajar masak, GOOGLE. Kayh. HAHAHAHA....
Oh ya, sebab semalam takde ayam kat rumah (takkan le nak sembelih si Beby dan keluarganya, tak sudi), dan ada sotong, maka gua gantikan ayam dengan sotong, maka terhasillah,
SOTONG MASAK HALIA!!
Ceyceycey sedap ke tidak? Sedap ke tidak? Sedap ke tidak? Lantak pi la kalau nampak tak sedap pun janji rasanya menepati rasa yang pernah ku rasai suatu ketika dulu di restoran-restoran. Maknanya gua tak silap belajar resipi le. Hewhewhew sekali lagi...
Okay so, korang perlukan:
Bahan tumisan:
Bawang (ai guna bawang beso je.. senang. Potong macam biasa korang potong)
Bawang putih (ai berkenan menggunakan khidmat dua ulas bawang putih yang montok. Ketuk-ketuk then cincang-cincang. eh ganasnya u'ollz.. hahahahahaa)
Halia (suke hati u'ollz le nak pakai banyak mana. Tapi takyah la teruja sangat sampai guna sebijik halia tu. Potong memanjang dan kurus-kurus ye)
Sotong yang dipotong-potong manje (awww~)
Sos tiram
Cili merah (ai pakai sebijik je)
Tepung jagung (dibancuh dengan air supaya menjadi halus dan mulus)
Garam
Methodology:
1. First of all, berkenan ai nak cakap, FUYYOH! METHODOLOGY! Dah lama dah tak menaip lab report. HAHAHAHA
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Tumis bahan tumisan. Memula ai tumis bawang dengan bawang putih je, then dah ala-ala kuning keemasan sikit mereka tu, baru masukkan halia.
4. Pabila mereka nampak sungguh sebati bergaul bersama dalam kuali tu, then masukkan sos tiram! Banyak mana, terpulang pada banyak mana kuah korang nak. Gua suke kuah banyak. Tapi jangan banyak sangat masuk. Karang nak tambah air lagi.
5. Okay pabila diri dah berasa yakin, masukkan air ke dalam kuali. Sukati nak banyak mana.
6. Sotong-sotong juga sudah menjerit kegembiraan, maka masukkan mereka ke dalam kuali supaya ke-excited-ness diorang dapat dikekalkan pada momentum yang sama di dalam kuah halia tersebut.
7. Pabila diri berasa lebih yakin, maka masukkan tepung jagung yang dibancuh tu ke dalam kuah tersebut bagi memeriahkan suasana. Takyah banyak sangat, pepandai la. Tepung jagung pun untuk memekatkan suasana kuah je.
8. Masuk garam sesuka hati.
9. Masuk hirisan cili, dan kalau suka, masuk hirisan bawang besar. Erm, gua rase le kan, kalau masak lauk ni secara kering (meaning tak banyak kuah macam kat restoran-restoran selalu buat), mungkin lebih best masukkan potongan cili kering? Ahha tampak sungguh berkeyakinan!
10. Makanya, tutup api dan siap dihidang bersama nasi putih panas!
Then dengan girangnya chef L nak masak telur bungkus lak. Actually, isi telur bungkus ni korang buat camne pun, pabila dibungkus dengan telur still akan dipanggil as telur bungkus. Faham? So ini just cadangan resipi je. Makanya, let's us move to...
TELUR BUNGKUS !
Mari mulakan dengan memasak isi dalamanya dulu.
Anda perlukan (ya, mereka tak perlukan anda, namun andalah yang memerlukan mereka):
Daging kisar
Cili siam (dipotong potong)
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam
Bahan tumisan:
Bawang besar yang didadu-dadukan (eh macam lagu dap..dip..dup.. dap..dip..dup di dalam dada)
METHODOLOGY:
1. Panaskan minyak di dalam kuali lalu tumiskan segera bawang yang di dap..dip..dup.. tu.
2. Pabila sudah naik bau beserta kuning keemasan, maka masukkan daging kisar yang pada hemat saya, sukati andalah nak letak banyak mana.
3. Bila dah masak daging tersebut, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dalam ratio yang lebih kurang sama, tapi takyah banyak. Telur bungkus nak kena kering-kering! Jangan lupa untuk mengacau mereka sehingga sebati.
4. Pastu masuk garam. Kacau lagi (dalam orang putihnya, disturb mereka lagi wakakakakakaa)
5. Masukkan hirisan cili.
Angkat. Then dadarkan telur, make sure kena sekata ye ketebalannya, dan kasi nipis sikit telur dadar tu. Kalau tak, takleh nak bungkus.
Oh ya. Saya mengaku saya gagal membungkus disebabkan ketebalan tidak sekata. Kat tengah-tengah tertebal pula sebab saya meninggalkan kuali sebentar selepas menuangkan solution telur tersebut. Sepatutnya terus erm.. apakah term yang digunakan bagi meratakan telur ke serata kuali???
Dan pleaseee, guna minyak yang sikit bangat untuk menumis tu sebab nanti daging tu ada kuar-kuar minyak sikit kan? Eh ke optical illusion mahupun imaginasi gua je? Dalam gambar tu memang oily ngat ngat ngat sebab tak mengurangkan minyak masa nak menumis. But don't worry, gua buang minyak tu sebelum membungkus! (MEMBUNGKUS. Kengkononnye)
K la tu je Chef L nak bertandang kali ni. Hope u'ollz suke. Kahkahkah... I'ollz tak kesah~
Anyway, kaki ni dah takleh nak flirt sangat dah dengan nyamuk ni. Asal banyak nyamuk ni?? Rimas ahh! Annoying, nyah kau dari sini!
Kbai
Assalamualaikum!
Thursday, June 14, 2012
Doodle for E204 !
Assalamualaikum,
Yep, E204! Nombor bili kitorang. Sebelum blok Aisyah tukar nombor-nombor bilik, nombor bilik kitorang ialah E105. Nombor bilik masa dok kat blok Farabi lak ialah F218 (pleaseee kata betul weh.. kite tak ingat dah. ha ha ha), and bila dah siap renovate, nombor bilik kat Aisyah dah ditukar, aras kitorang dah tukar nombor jadi aras 2. So, itulah sebabnya dari E105 jadi E204. Haa dari nombor 5 jadi nombor 4 tu pulak pasal masa mula-mula, bilik pantri pun diberi nombor jugak. So sekarang dah tolak satu nombor sebab bilik pantri tak dikira sekali.
Eh perlu ke cerita pasal sejarah nombor bilik ni?
Erm pape pun, saje je buat doodle ni. Mia, Laena dan Dhoyah (sebutan manje dayah. kahkahkah)
Mia tu ai lukis gambar dia pakai t-shirt dengan cardigan hitam dan seluar jeans. Yep. Trademark Mia. Haha. Tudung lak forever hitam. Tapi this one ai buat kaler kelabu~ Eh Mia penah gak pakai tudung kaler lain tapi masa awal-awal dulu je kan? Hahaa
Dhoyah lak baju yang dilukis ni ialah t-shirt muslimah dia yang kaler merah tu, pakai dengan seluar jeans kaler biru muda dia tu. And suka pakai pashmina or shawl. Yang dilukis ni ialah pashmina yang Mia kasi hadiah kat Dhoyah. Kaler merah. Ai punye kaler pink coklet coklet sikit~
Hope dapat jumpe lagi masa graduation yang insha Allah bulan Ogos ni, and insha Allah dapat jumpa lagi masa sambung degree. Semoga kita semua lepas cutting point dengan jayanya! Ameeeen!
Hohoho..
Lukis tangan, scan, then kaler guna MyPaint. Background guna Adobe Photoshop CS3.
K daaaa~ salam yayang buat Mia dan Dhoyah~ ahahaha
Monday, June 11, 2012
100% Pergantungan Hanya Kepada Allah, Kan?
Assalamualaikum!
Dan haiiii!
Kali ini Iliana akan memainkan watak sebagai 'aku' dan 'saya'.
Haaa.. siapakah 'aku' dalam petikan? Iliana le. okay? Soalan BM PMR agaknye.
Okay tadi terserempak dengan status seorang rakan di fb (cey rakan), yang dah banyak kali saya baca dah before ni, tapi tak tau kenapa, tadi rasa status tu sangat bermakna, lalu saya mintak izin untuk kopi dan pasta status tu kat atas status saya juge. Dan oh ya, gambar kat atas ni sebenarnya printscreen dari status orang tu kat fb, then saya edit le kasi lawa sikit. Ha senang kan? printscreen dan edit. takyah menaip balik, tapi just kena tambah url blog di situ la. Hak milik kot. haha
Sebenarnya dalam status ni, saya tertarik dengan ayat yang ketiga tu, iaitu
"And whoever fears Allah? He will make for him a way out."
atau mengikut terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu pula,
"...Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya."
Surah Al-Talaq (65), ayat 2
Kadang-kadang, tanpa kita sedari, kita tak meletakkan 100% kebergantungan kita kepada Allah apabila kita berhadapan dengan masalah. Kita rasa berseorangan apabila menghadapi masalah, dan hilang punca bila gagal memikirkan jalan keluar kepada permasalahan itu. Kesannya, kes bunuh diri menjadi popular dalam kalangan orang-orang yang putus harapan, sebagai contoh bila menghadapi masalah kewangan, bunuh diri. Gagal dalam percintaan, gantung diri. Masalah keluarga, terjun bangunan. Dan lazimnya, bila kita dengar berita-berita seumpama ini, apa yang bermain dalam benak kita ialah, orang itu membuat keputusan tanpa berlandaskan iman. Ha, inilah dia. Umum tau jika kita mendahulukan iman dalam membuat keputusan, kita dapat menilai baik buruk sesuatu keputusan yang hendak kita buat tu. Macam tu juga kalau kita menghadapi masalah. Kalau kita terfikir untuk mengakhiri nyawa kita demi melarikan diri dari masalah itu, tanya iman kita balik. Dan iman kita akan jawab, "Allah itu ada. Allah yang mengurniakan masalah kepada kita, dan Allah juga yang boleh mengilhamkan kepada kita jalan keluarnya". Bukan dengan melakukan perbuatan yang memudaratkan.
Cuba kita imbas balik firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286,
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....”
bermakna, dalam setiap masalah yang kita hadapi tu, pasti kita mampu hadapinya kerana Allah tahu akan kemampuan kita untuk menghadapinya. Dan oleh sebab itulah, betapa pentingnya kebergantungan kita kepada Allah setiap kali kita menghadapi masalah.
Okay sekarang nak share cerita pasal saya pulak. Bagi saya, benda ni betul-betul tak disangka-sangka akan berlaku. Okay, sila amik perhatian lagi. Nak share je. haha
*watak AKU pula*
Okay okay, benda ni jadi pada hari Jumaat lalu, lepas balik BTN. Bas untuk turn perempuan lambat sikit sebab bas bawak budak lelaki je dulu untuk solat Jumaat, sekali dengan pakcik bas la. So dalam pukul 2pm, bas sampai ke kem untuk ambil kitorang pulak, then sampai kat kolej around 2:40pm. Before sampai betul-betul kat depan kolej tu, aku dah siap-siap dah call Seremban cab so that bila dah sampai kolej, boleh terus dapat cab terus menuju ke T1. Tolongggla.. walaupun sampai kolej lambat, still berharap nak kejar bas Transnasional pukul 3pm balik ke Ipoh. TAKNAK BALIK ESOK DAN TAKNAK AMIK BAS JENAMA LAIN!! T____T
Nak taknak, kena berkejar-kejarla ke T1, sebabnya tiket bas tak beli lagi, dan masa dah suntuk sangat. So yang aku ingat, lepas sampai je kat T1, aku, Dila and Ainul memang terus berlari ke kaunter tiket. Masa beli tiket tu, jam dah pun tunjuk pukul 2:55pm. '5 minit lagi!'
Alhamdulillah, tiket aku dan Dila selamat dibeli. Yang jadi masalah ialah tiket Ainul yang nak turun di Tanjung Malim. Dila dah terus tuju ke tempat bas (oh ya sebelum tu aku dah pegi dulu tempat bas nak masukkan luggage dalam bas), dan aku tunggu dengan Ainul kat kaunter tiket. Tak tau la, pekerja baru agaknya.. Sangat lambat dia menaip, dan laaaaaaama sangat nak proses tiket tu. Come on, 5 more minutes kot. Setelah lama gak la menunggu, baru la girl tu cakap,
"Pergi kat kaunter lagi satu boleh tak? Ada masalah la kat sini."
Ya Allah! Lama menunggu, akhirnya itu hasilnya? Haha sabor je laa.. Dan demi mengejar masa, aku terus berlari ke sebelah hujung T1 yang jauhhhh tu sebab nak belikan tiket Ainul. Duit Ainul ada kat aku, so memang aku lari umpama atlet lari pecut 200meter la ke kaunter tiket lagi satu. Ainul lak dah tertinggal, tak tau mana dia hilang. Dah sampai kat kaunter tiket lagi satu tu, tup tup bro tu kata,
"Tiket ke Tanjung Malim dah habis."
:|
erm, okay.. now what??
Ainul dah hilang, duit dia kat aku, and rasanya mesti dah lebih pukul 3pm.
TRIP BAS AKU MACAM MANA?? Takmau rugi RM24.60 dan takmau tinggal sorang-sorang kat Seremban... D':
Waktu tu, teringat terus nak call Ainul. Bukak beg. Trang tang tang.. henpon aku takda! Lari balik ke kaunter mula-mula tadi kot-kot tertinggal kat situ. Tanya girl tu, dia kata takde pun henpon kat situ. And masa tu betul-betul dah macam... aaaaaaaaaa takpe la, tak balik Ipoh dulu pun takpe la. Asalkan henpon mesti ada kat tangan balik! HENPON MESTI ADA walaupun tak secanggih dak dak touchscreen sekarang ni kan. haha
Lari nak ke tempat bas, berhenti kejap kat tempat duduk tepi tu sebab nak cari gak henpon. Tak puas hati. Duit Ainul letak kat bangku tu, pastu terus selongkar beg. Nak terkeluar-terkeluar dah isi beg tu kat atas lantai T1. TAKDA JUGA! Pastu ada sorang pakcik yang duduk dekat situ tanya,
"Kenapa ni dik.. nampak kelam kabut je. Cari apa?"
Aku tanpa menoleh, muka bagaikan ditoreh tak berdarah, jawab,
"Cari henpon saya pakcik! Hilang!"
Pastu pakcik tu jawab,
"Cari pelan-pelan, ha nak berterabur dah duit tu."
Masa tu memang kelam kabut dan sangat susah hati. Allah je tau perasaan masa tu. Masa tu aku teringat untuk beristighfar, mintak sangat sangat sangat dalam hati supaya Allah tenangkan hati. Lepas tu aku cepat-cepat kemas beg, terus berlari kat bas aku. Kawan-kawan semua dah tunggu kat situ. Pakcik bas pun ada sekali. Aku cakap kat Dila dengan macam nak teroyak (nangis dalam bahasa Perak) dah, bahawasanya henpon aku hilang. Dila terus cakap
"Eh tadi aku call kau, tapi ada orang jawab."
Ya Allah! Maknanya ada orang pegang henpon aku waktu tu! Aku pun mintak henpon Dila, call balik nombor aku. Yang jawab call tu, rupanya pakcik teksi tadi. Aku terus cakap
"Encik, saya nak balik henpon saya...!"
Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik, dan pakcik tu kata sambil menjerit (sebab aku tak berapa nak dengar apa dia cakap memandangkan T1 sangat bising)
"Tungguuuuuu!!!!"
"Oh okay pakcik! Saya tunggu kat tempat tadi!"
Lalu aku memutuskan panggilan, dan terus menghadap pakcik bas.
"Pakcik! Henpon saya tertinggal dalam cab! Boleh tak tunggu sekejap? Pakcik tu nak hantar balik henpon saya!"
Lalu pakcik bas berkata,
"Boleh! Takpe dik, kalau tak sempat sangat, naik bas pukul 10pm pun boleh!"
Bersyukur sangat! Allah permudahkan segalanya. Aku terus berlari ke tempat teksi T1 (Ya Allah sangat penat sebab T1 tu besar!). Tunggu kat tempat teksi tu berseorangan. Tak peduli kat orang sekeliling. Tak peduli nak diri kat bawah tempat redup. Masa tu tak sampai hati nak berdiri kat tempat redup. Biar aku diri dalam panas. Tu la kau, kalau tak cuai, mesti sekarang dah duduk selesa dalam bas ber-aircond, now rasakan, diri tempat panas! ujar the dark side of Iliana. Aku akur.
Laaaaama jugak la tunggu. Setiap kali aku nampak ada teksi melintas, aku berharap itu adalah pakcik tadi. Namun hampa. Masa tu, semua keluar dari mulut. Astaghfirullah, subhanAllah, Ya Allah Ya Allah Ya Allah, doa supaya pakcik tu cepat sampai segalanyalah keluar. Mana yang sempat, aku baca. Masa tu aku terfikir, kalau betul ada rezeki aku, henpon akan dapat juga aku pegang balik. Kalau betul ada rezeki aku, aku akan tiba di Ipoh juga malam tu. Sepenuhnya berserah sahaja kepada Allah sebab Allah yang menentukan sama ada pakcik teksi tu boleh sampai ke T1 atau pun tidak, dan sama ada pakcik bas sanggup nak tunggu aku lagi atau pun tidak. Aku redha. Balik esok pun takpe, yang penting, I must get my phone, no matter what happen!
Akhirnya, setelah beberapa minit, pakcik teksi sampai jugak. Ya Allah air mata dah bergenang, terus aku berlari ke teksi tu. Bukak pintu teksi tu, dan nampak pakcik tu menunjuk ke arah henpon aku yang dia letak atas seat penumpang depan teksi tu. Aku terus ambil dan mengucapkan terima kasih dengan muka yang sangat sangat bersyukur setelah berwajah pasrah! Tak lupa juga, aku beri sedikit reward kepada pakcik tersebut. Walaupun kecil, namun aku betul-betul dah niatkan untuk bersedekah kepada pakcik tu, dan tentunya nilai itu takkan dapat menyamai kejujuran dan keikhlasan pakcik tersebut untuk membantu aku.
Okay. Next. Terus aku berlari ke tempat bas. Dengan penuh kegembiraan, dan masih sedikit cuak sebab menjadi penyebab kelewatan bas tersebut bergerak, aku terus mengucapkan terima kasih kat pakcik bas pulak sebab sanggup menunggu aku. Ya Allah masa nak naik bas tu, Allah je yang tau betapa maluuuunya muka aku nak berhadapan dengan penumpang-penumpang lain! Duduk je aku kat atas seat aku, aku tengok jam tangan aku, 3:17pm.
Bas Transnasional yang dijadualkan bergerak pada jam 3pm pada hari Jumaat, 8 Jun 2012 delay 17 minit kerana Iliana ==''
Itulah kisahnya. Hari terakhir aku menaiki bas dari Seremban ke Ipoh, dan hari itulah yang menjadi yang terburuk sekali dalam pengalaman aku menaiki bas. Kesimpulannya, walau sesulit mana pun masalah yang kita hadapi, ingatlah, Allah sentiasa ada untuk memandang kita. Yakinlah dengan Allah yang mana segala hasil yang kita dapat, itu adalah ketentuan Allah. Ada rezeki, ada. Kalau takda rezeki, Allah pasti merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Yang penting, pujuk hati kita untuk sentiasa ingat pada Allah ketika menghadapi kesusahan. Lagi bagus, didik hati kita untuk mengingati Allah dalam waktu senang, which is lebih sukar daripada ketika waktu susah, kan?
Henpon itu kini ada di tangan saya sekarang, dan saya selamat tiba di rumah mengikut waktu yang dijadualkan. Allah yang tentukan semua itu. Dan siapa sangka, Ainul kemudiannya dapat tiket untuk naik bas yang sama dengan aku dan Dila, walaupun sebelum tu dah tau tiket bas ke Tanjung Malim dah habis. Tak tau macam mana, mungkin pakcik bas tolong masa time aku gi sibuk mencari henpon kot. See? Ada hikmahnya kan. Kesusahan yang kita hadapi mungkin memberi kebaikan kepada orang lain.
Alhamdulillah.
All praises to Allah (pinjam ayat dalam lagu Maher Zain jap)
Assalamualaikum!
Sunday, June 10, 2012
Dua Perspektif Berbeza
Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Hai, watak yang dimainkan oleh Iliana pada hari ini ialah sebagai 'saya'.
Okay. Sebenarnya dah lama dah nak buat post ni, sejak dari hari pos status facebook (sila rujuk gambar di atas) ni lagi, which is lebih kurang 2 hari lalu. Tapi tak berkesempatan. So, kat sini saya just nak ulas sikit-sikit je pasal status ni berikutan ada juga yang salah faham dengan maksud statement tu, tak kurang juge ramai yang like, tak tau tu maknanye setuju atau tak (hehe). So, sekali baca, apa reaksi anda? Saya pro-government? Anti-government? Haha.. Jawapannya.. dua-dua salah! Sebab statement kat atas tu sangat umum dan sangat tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam erti kata yang lain, atas pagar. Tak tau kat tang mana yang nampak ada pro nye..
Okay, first, pasal mempermain-mainkan pemimpin. Hal ini sebab sebelum menulis status tu, saya dah banyak kali sangat dah terjumpa dengan gambar-gambar yang diedit semacam untuk menghina atau memperlekehkan pemimpin, or yang sama waktu dengannya. Kreatif tu memang kreatif, tapi berbanggakah kita jika kreatifnya kita itu terletak pada keburukan? Bukannya kebaikan. Menggalakkan lagi orang ramai untuk berterusan mengutuk, mencaci, menghina. Sukakah kita? Mungkin sesetengah orang suka, tapi pada pendapat saya, tindakan tersebut sangat tidak matang dan memalukan. Selama ni kita tengok negara luar, terutamanya Amerika, selalu buat macam tu terhadap pemimpin diorang. Tu budaya luar, suka memperlekeh pemimpin sendiri. Dan sekarang ni, okay negara kita pulak.. Adakah ini satu indikator kemajuan negara kita? Atau merupakan satu indikasi bahawa ceteknya pemikiran orang kita? Hormatilah pemimpin-pemimpin kita walaupun ada sesetengahnya kita tak suka (diectly).
Okay next, pasal orang-orang yang komen-komen kat page-page politik kat facebook. Kebanyakannya, hampir kesemuanya senang cakap, komen menggunakan emosi. No fact. Emosi berleluasa. Makanya, berleluasalah penggunaan kata-kata makian dan carutan. Dan kebanyakannya adalah generasi muda. Kenapa kita tak boleh menulis dengan berhemah? Nak kritik pemimpin boleh, tapi perlu kena pada gayanya. Bukan mencarut. Ini, apa yang saya lihat kebanyakannya memaki tanpa memberikan solusi. Jadi, komen tersebut boleh diiktiraf sebagai komen kosong. Takda isi. Sedih melihatnya. Mentaliti apakah yang kita miliki? Sampai bilakah agaknya baru kita dapat status mentaliti kelas pertama tu? Semua komen-komen tak berasas ni menjadi bukti betapa rendahnya tahap pemikiran kita. Sekecil-kecil perkara, walaupun komen, sangat boleh menunjukkan tahap manakah mentaliti kita itu.
Seterusnya, pasal suka menggelar-gelar pemimpin. Banyak sangat, thank to FB, kalau tak saya memang tak pernah dengar words ni semua. Najib jadi najis la, Anwar jadi Anwar al-juburi la, anjing, barua, semua curse pun keluar. And I was like, =.='' apakah itu? Sesetengah perkataan tu nak difahami pun tak boleh sebab tak pernah tau. Once again, thank to FB. Korang janganlah fanatik sangat sampai menggelar-gelar macam ni. Tak kisah, mana-mana parti pun yang korang sokong. Yang saya lihat, both side ada sindrome macam ni. Sekali lagi ditegaskan, ini pendapat atas pagar. Minta maaf atas perkataan-perkataan kasar di atas tu, tu semua ihsan pengkomen-pengkomen di FB ==''
Kadang-kadang kita tak sedar, tulisan kita itu boleh menjadi fitnah. Maka, berhati-hati dalam menulis. Entri ni pun dibimbangi kalau-kalau ada terjadi fitnah pulak, tapi insha Allah, takde. Kalau ada, tolong tegurkan.Apa yang saya lihat lagi, kalau asal ada gambar pakcik-pakcik polis, mostly orang yang mengomen akan tulis something like "anjing kerajaan", "makan rasuah". Saya nak tanya, adakah orang-orang yang menulis macam tu, tau dengan secara jelas bahawa orang yang berkenaan dalam gambar tu (dalam kes ini, polis tu la) benar-benar makan rasuah? Kalau tak, anda buat fitnah tu.. haaa.. Kesian kat pakcik-pakcik polis yang mencari rezeki halal sebagai seorang anggota polis. Memang tak dinafikan, ada je yang ambil rasuah, tapi korang sure 100% ke bahawa 100% polis ambil rasuah? Oh please.. Jangan membuta tuli.
Jadi mungkin itu sahaja. Jangan terlalu beremosi dalam mempertahan pendirian sendiri. Beradab juga, kena ingat-ingat. Kita rakyat Malaysia kan berbudi bahasa. Nak berdebat, lakukan secara berhemah. Terima pandangan orang, dan utarakan pandangan kita. Kalau kita tak boleh menerima, macam mana kita boleh expect orang nak terima pandangan kita? Dan sesuatu pendapat yang seseorang itu ada semestinya bersebab, kenapa dia berpandangan sedemikian. Itu yang perlu kita tahu sebelum nak membahaskan pendapat mereka. Kerana kita perlu tahu, apa yang kita pegang itu tak semestinya betul, dan apa yang orang lain pegang tak semestinya salah. Ohh sangat seronoknya dok atas pagar. Haha.
Namun dalam masa tu saya masih gembira kerana masih ramai juga yang rasional semasa berhujah. Tidak beremosi melulu-lulu (eh ada ke word melulu-lulu. lulu tu macam pelik je). Sampai yang tak pernah komen or tegur kat facebook pun join komen kat status tu. Haha. Terima kasih Wani, Nobid, dan Nurhafiz Omar. Korang saya lihat sungguh berhemah dalam mengeluarkan pendapat dan macam yang Nurhafiz Omar buat, kalau dia tak faham dengan kenyataan saya, dia akan bertanya kembali. Ha kan aman je berbincang macam ni. Seronok sangat. Terima kasih!!
Apa yang saya percaya selama ini, mustahil sesuatu pertubuhan itu semuanya baik. Yang hitam itu pasti ada kerana manusia semuanya berbeza ragam.
Okay kantoi ayat amik dari tagline sepanduk kumpulan mana entah masa BTN haritu. Kata diorang, fasi diorang punya ayat ni. Ayat ni yang saya tertarik, so buat la jadi doodle. Erm doodle perempuan tu men bantai le lukis, buruk le sebab lukis pakai touch pad laptop ni. Kalau lukis atas kertas lawa le sikit kot. haha
Okay, buang yang keruh, ambil yang jernih.
I love Malaysia, assalamualaikum!
Friday, June 8, 2012
A Quick Update: I'm Home!
I really miss our BTN camp which was held at Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau. Everything was amazing! But I'm not gonna make any review on that event here. Another entry soon, maybe. But the best thing about BTN is... REUNION.! Meeting friends from IB Batch 6, especially my classmates, is something that I really, really, really waiting for, especially after the college life ends. I really gonna miss BTN. Seriously, though there are so many people who always give BTN a bad impression to those who never experienced it before, just like me, it just that, ah come on. Don't always put your perspective on the negative side. Why don't you keep your eyes on the positive side sometimes, and you shall be happy. Haha.
Really miss you MD62.
Assalamualaikum.
Saturday, June 2, 2012
Off to BTN!
For those who are still not familiar with 'BTN', BTN stands for Biro Tata Negara.
Haha tak pernah experience lagi. So esok akan bergerak ke Seremban, then tido satu malam kat kolej which is wuhuu! and Isnin akan naik bas kolej beramai-ramai ke Rembau, ke kem BTN kat sana. Hope everything goes well. And yah, doodle kat atas tu saje je rajin nak buat. Well, kena la laksanakan plan yang dah dirancang dari masa exam IB tak habis lagi tu kan (untuk rujukan, sila rujuk sidebar blog ni)
*doodle dari sketch book yang di-scan ke dalam laptop
*menggunakan MyPaint untuk colouring
Oh ya, kenapa pakai baju kurung tu? Kenapa tak lukis baju fancy-fancy ka, best sikit..
*1st: sebab ni nak gi BTN, bukannya nak pegi holiday!
*2nd: baju tu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan bebudak IB perempuan sebab tak pasti kena bawak ke tidak baju sedemikian sebab menurut orang-orang yang dah ber-BTN sebelum ni, kata kena pakai sedemikian. Ada yang kata tak payah pun tak pe. So? Haha gua bawak je. Dah alang-alang ada baju kurung putih sekolah yang dah singkat tu dengan kain hitam sepupu masa dia form 6 dulu. Kecoh semua orang kat FB dalam group batch, macam-macam isu nak pegi ke BTN ni pun! :D
Hewhewhew
5 hari di BTN, kesian kau blog forever alone tanpa tuanmu di sisi. Bye!
Assalamualaikum~
Subscribe to:
Posts (Atom)