Order Guidelines

Thursday, December 22, 2011

Melaka Family Trip Part 1

Tarikh: 17 Disember 2011
Masa: Pagi
Keanggotaan: Keluarga ai, keluarga makyang, keluarga paktam


Assalamualaikum! Cuti sekolah? Yes ai masih bersekolah! Dengan ini ditegaskan bahawa, saya masih bersekolah di IB World School! School tu sekolah lah kan. Ala-ala highschool la ni. Hikhik

Okay adik apa bikin ini cuti sekolah?

Macam-macam~

Salah satunya??

Wuhuuu pegi melawat Melaka!!!



Di atas highway. Cantik kan. Kabus ni sederet memanjang macam tu. Cantik sangat. Subhanallah cantiknyeeeeee !!!!



Destinasi pertama adalah di......... Dewan Perdana FELDA !!! Of course kat KL.. Datang sini sebab ai nak kawin..



kfine ai tak jadi kawin sebab takde baju pengantin =.=
so duduk lah kat meja tetamu aje.

*ai berasa sungguh dilayan! hahahahahaa*



Ni le pengantinnye. Tak tau apa nama -.- Anak jiran jauh yang tak dikenali (pengantin lelaki ye harap maklum). Hanya mengenali emaknya dan adik-beradiknya. hahahahahahahaha


Okay! Next destination, yang juga merupakan destinasi yang sebenarnya iaitu.... MELAKA! Sampai kat Melaka around 4 to 5 pm la kot. So petang tu memang takde berjalan lagi. Malam baru se-round dua kat Melaka (ayat abanglong masa dulu-dulu tu... hahahahaha)


Malam 1 di Melaka: Kami pergi ke Melaka River Cruise. Iliana takda dalam gambar kerana Iliana yang bertanggungjawab untuk mengambil gambar.



Deme ni lagi...



Gua punya blog, so gua mesti ada.






Lampu warna warni kat bawah jambatan tu. Looks interesting enough?













Best sangat pegi River Cruise ni! Ala-ala kat Venice lak kan. Tak sangka pulak kat Melaka ada tempat cam ni. Before ni tak tau pun. haha. Yang penting, suasana malamnya sangat syokkk. Lawa gila aih lukisan-lukisan mural kat dinding bangunan tu. Kagum gila tengok. Elok jugak buat macam tu, ada benda yang menyeronokkan untuk ditatap daripada sekadar cat putih cat oren macam kaler bagunan tipikal kan. Orang-orang yang duduk-duduk minum kat sepanjang sungai tu pun mesti rasa hebat. Ai yang tengok pun terasa kehebatannya. Oh ya, maybe ai tampak hebat sehingga ada mat saleh yang kelihatannya hebat melambai ke arah kami secara begitu hebat sekali? Wakakakakaka.. sukati gua la nak tulis apa~

Seriously nampak macam pemandangan dalam cerita-cerita english. eh yaka. haha. Tapi lebih kurang macam tu la kan. Minum-minum kat belakang kedai yang mana terdapatnya pemandangan sungai. Awhhhh~

Secara amnya, family kitorang je yang riuh kat atas bot tu sedangkan ada beberapa family lagi kat situ. Ate kome takkan senyap je.. boring seyhhh. hahaha. Lagipun, kebisingan ini banyak didorong dan diketuai oleh PAKTAM. Ye. Paktam. Kahkahkah

At the end, hujan renyai-renyai pun turun.. basah jugaklah :| walaupun tak basah banyak.



Then, bot dah naik, hujan dah turun, perut pun minta diisi. Makan apa lagi, kat Melaka mesti la makan asam pedas Melaka! Kat sini kitorang makan asam pedas ikan err.... tak ingat dan asam pedas daging. Ehem-ehem. Pengkritik makanan nak komen sikit. Rasanya sebagai penggemar tegar asam pedas, ai rasa biasa je rasa asam pedas kat kedai ni. Tapi harganya maaaaahal! Tak order banyak jenis lauk pun. Basically asam pedas dengan ulam-ulam je kot rasanya. Yang penting ai makan asam pedas dengan ayam goreng je. Taknak bagitau nama kedai ni :(



Lepas makan, kitorang jalan-jalan kat Dataran Pahlawan. Tu, nampak tak dalam gambar tu, ada tulis Pahlawan Walk? Memang kalau jalan kat sini, rasa macam pahlawan gua cakap sama lu. Kahkahkah. Ada apa lagi kat situ malam-malam, pasar malam le =..= Oh ya, ada juga orang karaoke yang tak berapa nak sedap sampai ada sorang brader niaga kat situ menjerit suruh stop nyanyi dalam nada yang manjewww-manjewwww~ hahahahaa. Okay, takde la manje sebenarnya. Dia macam gurau-gurau je.


Sebagai penutup entri ni, TADAAAAA!!!! Cupcake maktam buat sempena birthday Kaklong dengan Ijat.
Thank you maktam!! Sedap dap dap dap cupcake-cupcake ini. haha

Happy birthday kaklong dan ijat!!

***to be continued***

2 comments:

  1. atototototo momeynyewww iwan jeles.. hahak
    ala nanti jejalan le sesame lain kali. haha

    ReplyDelete