Order Guidelines

Saturday, December 31, 2011

Siapa Kawan Anda

*gambar ihsan google*



Assalamualaikum.

Nak cerita pendek je ni.

Kawan duniawi dan kawan ukhrawi.
Tak tau la kalau istilah ni memang wujud dan dah digunakan, tapi kali ni saya menulis atas idea sendiri yang diilhamkan oleh Allah.

Kawan duniawi tu kawan keduniaan kita. Kawan kita bergelak tawa, kawan kita bergurau senda, kawan kita bermain, kawan kita bersiar-siar, kawan kita bersosial. Ada kebaikan dan ada keburukannya kawan duniawi ini. Kita memang gembira bila bersama dengan kawan duniawi, tapi kita berkemungkinan besar akan terlibat dengan gejala lagho. haha

Kawan ukhrawi ni kawan yang membantu kita mengingati akhirat. Kawan yang banyak memberi pengisian kepada kita. Kawan yang boleh membantu kita berfikir mengenai tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Kawan yang boleh membantu kita untuk terus berada di landasan yang betul, landasan yang menuju Allah SWT. Kawan ukhrawi ini tiada keburukannya. Hanya kebaikan semata. Mereka boleh dibawa bercerita tentang masalah kita, mereka boleh menjadi pengubat ketika kita sedih, dan mereka boleh menaikkan semangat kita untuk terus berjuang di landasan yang benar.

Saya bersyukur dikurniakan sahabat yang ramai dan baik. Ada yang duniawi, dan ada yang ukhrawi. Saya rasa perbezaan inilah yang melengkapkan diri saya. Saya rasa kehidupan sosial saya dapat diseimbangi. Terima kasih Ya Allah.

Kenalpasti siapa kawan duniawi dan siapa kawan ukhrawi anda, insha Allah anda dapat mengawal cara hidup anda :)

Assalamualaikum! :D



*nak promote Bro Nayzak lagi. haha*

DAY 5: Best Friend

30 Days Drawing Challenge

Date: 31/12/2011


Best Friend. Ramai kot. Jadi tak kan nak lukis satu-satu kan. Okay, saya lukis gambar seorang school girl tanpa muka. Semua best friends saya boleh fit-kan muka diorang kat muka budak ni. Haha. Saya sayang semua kawan-kawan saya~~

Oh ya, memang status best friend ni hanya untuk perempuan. Why? Korang percaya ke adanya best friend berlainan jantina? Saya tak. Bagi saya, best friend yang lain jantina bagi saya hanyalah suami saya nanti, and saya pun tak tau siapa suami saya, so, tak mungkinlah suami saya tu best friend saya sekarang. Haha. Kalau korang punya best friend tu lelaki contohnya, kalau korang tak berjodoh dengan dia, then dia kawin dengan perempuan lain, agak-agak korang still jadi kawan baik lelaki tu ke? Itu pasal saya menegaskan di sini, takde istilah best friend lain jantina ni. There's no such thing. Okay? haha no offense. Ini hanya pandangan peribadi. Okay, dah 2012 ni. Post larut malam. Gudnyte peeps~

Assalamualaikum...

Friday, December 30, 2011

Hati ke Hati


*gambar dari Bro Nayzak. Carilah kat deviantart. Beliau sangat bagus. Respek pada dia sebab boleh berdakwah melalui kreativitinya berkarya*

Nina masih ingat lagi, ketika itu Nina berusia 6 tahun, dan berkawan baik dengan Mika. Mika ialah seorang kanak-kanak perempuan yang juga bertadika di tadika yang sama dengan Nina. Walaupun Nina aktif dan suka bermain lari-lari dengan kanak-kanak lelaki yang lain, namun Nina juga gemar belajar membaca. Dan akhirnya, Nina sudah pandai membaca pada peringkat tadika. Selain itu, Nina juga aktif menyertai pelbagai jenis pertandingan dan juga persembahan yang disertai oleh tadika itu. Sehinggakan Nina pernah diketawakan oleh kawan-kawannya pada hari graduasi tadika apabila Nina muncul di atas pentas, menceritakan kisah Singa dengan Tikus dengan berpakaian kostum seekor singa. Dengan takdir Allah, Nina telah dipilih oleh guru tadikanya untuk menjadi pelajar terbaik dan menerima hadiah yang paling besar ketika hari graduasi.

Enam tahun kemudian. Nina menerima keputusan 5A dalam UPSR, dan Nina masih ingat betapa gembiranya ibunya menjemputnya dari sekolah dengan membawa sekeping slip peperiksaan yang digenggam erat olehnya. Hari-hari Nina kemudiannya sungguh gembira. Pada suatu hari, ibu Nina berkata kepadanya, "Tak sia-sia Nina dapat pelajar terbaik masa tadika dulu. Terbukti sudah bahawa Nina layak menerimanya."

Nina hairan, lalu bertanya, "Kenapa ibu?"

Ibunya menceritakan bagaimana emak Mika begitu tidak berpuas hati hanya kerana Nina yang mendapat gelaran itu, dan bukan anaknya. Dia mengatakan bahawa Nina mendapat gelaran itu hanya kerana guru tadika itu mempunyai talian persaudaraan dengan Nina, padahal baginya anaknya lebih layak. Nina termenung. Dia tidak dapat mengingati apa yang pernah berlaku ketika hidupnya di tadika dahulu. Apa yang dia dapat ingat adalah, memang Nina sangat bersungguh-sungguh untuk belajar ketika di tadika dulu walaupun kehidupan hariannya penuh dengan aktiviti bermain. Pernah sekali itu Nina seorang diri duduk di satu sudut untuk membaca, sedangkan kanak-kanak yang lainnya berlari-lari mengejar antara satu sama lain. Pernah sekali itu Nina membaca buku mengenai warna. Baginya buku itu sangat menarik, lalu dia syorkan buku itu kepada rakannya untuk membaca, namun hanya ditatap kosong oleh rakannya itu. Maka, Nina bertekad kali ini untuk menganggap bahawa gelaran yang diberikan kepadanya enam tahun lalu itu adalah sesuatu yang dia berhak ke atasnya, dan bukan atas sebab pertalian saudara. Nina bertekad untuk melupakan kata-kata emak Mika yang kelihatannya sangat mesra dengan dirinya ketika berdepan dengannya.

Tiga tahun kemudiannya. Nina sekali lagi berjaya menggembirakan hati ibu dan ayahnya apabila dia berjaya menggapai keputusan 8A dalam PMR. Untuk kesekian kalinya, Nina masih ingin mencuba untuk memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh bagi mengembangkan sayapnya setelah kegagalannya untuk mendapat tempat semasa di Tingkatan 1. Namun, Allah itu yang berkuasa dalam sesuatu perancangan. Nina tidak berjaya mendapat tempat di mana-mana sekolah berasrama penuh. Walaupun sedikit terkilan, namun Nina tetap memujuk dirinya dengan berkata kejayaan tidak terletak di mana tempat kita belajar. Dalam pada itu, Nina mendapat tahu bahawa seorang wanita yang juga merupakan emak kepada seorang lagi rakannya ketika di sekolah mengatakan bahawa keputusan yang Nina dapat itu tidak berkualiti, dan disebabkan itu Nina tidak dapat meneruskan pengajiannya di sekolah-sekolah berasrama. Baginya, keputusan PMR anaknya yang berjaya mendapat tempat di sebuah sekolah berasrama vokasional adalah lebih berkualiti berbanding Nina walaupun anaknya tidak mendapat keputusan 'straight A's' dalam PMR. Nina hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata sebegitu. Yang pasti, Nina mahukan keputusan yang terbaik baginya dalam SPM nanti.

Dua tahun kemudiannya pula. Nina akhirnya menamatkan zaman persekolahannya. Pada bulan Mac tahun berikutnya, Nina sekali lagi, dengan izin dan rahmat Allah berjaya mendapat keputusan 'straight A's' dalam SPM. Kali ini Nina telah menitiskan air matanya kerana terlalu gembira, di samping ibunya yang menemaninya di tepi ketika slip peperiksaan diserahkan kepadanya. Bagi Nina, ini adalah buktinya bahawa walaupun dia gagal mendapat tempat di sekolah berasrama penuh, dia masih mampu berdiri setanding dengan pelajar-pelajar pintar di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Terdetik di hati Nina, tidakkah mak cik yang dahulunya mengatakan keputusan PMRnya tidak berkualiti itu mengkritik keputusan SPMnya juga?

Akhirnya Nina melanjutkan pengajian dalam kursus persediaan sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran. Suatu hari, dengan izin Allah, Nina mendapat berita bahawa anak mak cik tersebut melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan. Di samping itu, agaknya demi untuk menyedapkan hatinya, mak cik itu berkata kepada seseorang bahawa kursus kedoktoran yang Nina ambil itu tidak bagus kerana katanya, pada zaman sekarang, orang lebih mahukan jururawat berbanding doktor. Ya Allah, pada masa itu Nina hanya mampu tertawa...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


*gambar ihsan google*

Cerita di atas ini takde kaitan dengan sesiapa, dan nama-nama watak hanyalah rekaan semata-mata, kalau ada ter-sama tu, hanya kebetulan lah. Haha

Macam tu lah. Dapat tak point cerita ni? Saya bukan hendak mengkritik atau apa, tapi menerusi cerita ini, kita boleh lihat macam mana sikap masyarakat kita yang suka iri hati akan kejayaan orang lain. Sampai bila kita nak maju kalau macam ni je sudahnya hari-hari? Cubalah sokong menyokong antara satu sama lain, bukankah itu lebih bermanfaat daripada beromong kosong? Menafikan sesuatu yang kita sudah tahu apa kebenarannya? Ingatlah, tin yang berisi kalau kita baling ke atas lantai, bunyinya sangat rendah, tetapi kalau tin kosong? Ya, memang kuat bunyinya.

Kejayaan, dan kegagalan itu, semuanya milik Allah. Manusia yang merasainya hanya dapat berbuat sedemikian apabila Allah menghendakinya.

Semoga kita yang generasi baru ini tak perlulah mewarisi sikap-sikap macam ni. Macam tak perlu je dalam masyarakat kita kan? Tambah-tambah bila buat kat seorang kanak-kanak perempuan, atau gadis. Macam tak gentle langsung. Hahahahaha. Come on la, that is soooo uncool...

Okay la, no offense ya. Ini sekadar renungan bersama.

Assalamualaikum..

DAY 4: Favourite Place

30 Days Drawing Challenge

Date: 30/12/2011



Assalamualaikum. Cey favourite place. Tak tau apa nak lukis sebenarnya, sebab tajuk ni macam general sangat kan. Mula-mula bajet nak lukis bilik tidur sendiri. Cey. Ate dah memang itu feveret place ai, nak buat macam mana kan. haha. Tiba-tiba, teringat masa study leave haritu, sembang-sembang dengan Syaza, Fawwwah, dan Nabila. Ai cerita tanya diorang ada tak imaginary place yang akan datang setiap kali pejam mata, time macam nak bayang sesuatu tu. Ia macam something yang automatik kite akan ada kat situ bila kite pejam mata. Korang ada tak?? Haha.. Syaza dengan Fawwah ade, tapi Nabila takde. You should have one, Nab! haha

Oh ya, ai ingat yang Syaza punya imaginary place dia kat atas satu bukit hijau, yang mana kat puncaknya tu ada sebatang pokok. I'm not sure whether ada bangku ke tak kat atas tu. Farah pulak kat tepi pantai, dia kata dia pakai baju putih, tapi tak ingat secara detailnya macam mana keadaan kat pantai tu yang buatkan ia something yang special.

Mine? Macam dalam lukisan kat atas tu la. Tak la sama macam tu, in fact tak sama pun, just roughly je la macam tu. Ada air terjun kecil, yang jatuh kat dalam sebuah kolam. Kolam tu pulak membentuk satu stream yang mengalirkan air tu keluar. Dia tak besar tau, sungai tu sangat narrow. Keliling tu semua ada bunga and berumput hijau yang halus tajam-tajam tu, tau kan? Then ada pokok sikit, tapi kat luar kawasan pagar tu ialah sebuah hutan, means that tempat ni kat dalam hutan, tapi spot tu tak macam hutan. Haih susah la nak cakap. haha. Cey ada rabbit di situ, comel la sikit kan. hihi. Bestnyaaa kalau dapat guling-guling kat atas rumput tu! Basically macam tu la cerita dia. Tapi mustahil la kan ada tempat macam ni. Tetiba kat dalam hutan boleh ada tempat yang tetiba berumput hijau halus-halus tu. haha

Tu je la cerita pasal imaginary place kitorang. Anda ada? hehe kbai.



Say hi to Syaza :)

Assalamualaikum~

Thursday, December 29, 2011

DAY 3: Favourite Food

30 DAYS DRAWING CHALLENGE

Date: 29/12/2011




Favourite food ada banyak, jadi mari pilih yang menjadi kegemaran kalau rasa memerlukan sesuatu mengisi mulut. haha. Aiskrim! Sapa tak suka aiskrim memang tak muda remaja =.=





Bila makan kat rumah, kite boleh mengembangkan sikit kreativiti kite. Macam aiskrim kat atas yang berperisa vanilla+strawberi ni, ai tambahkan serbuk Milo kat atasnya.Waaaaa sedapnya 



Kat kolej, gua selalu makan aiskrim ni yang ni, beli kat koop la. Waals SOLERO. Memang ber-solero lah 

kalau makan aiskrim. Luar rasa lemon-lemon-lime, kat dalam vanilla. Sedaaaapnyaa! Lagipun murah je.

 RM1 je.

*gambar ihsan Google*



I'm craving for this right now. Awhhh....
*gambar ihsan Google*

Assalamualaikum :)

Wednesday, December 28, 2011

DAY 2: Favourite Animal

30 DAYS DRAWING CHALLENGE


Date: 28/12/2011




Favorite animal ialah ayam? Orang asyik tanya macam ni je bila kata nak lukis ayam untuk task ni. haha. Ayam tak cukup comel kah? Actually takde la minat ayam hidup-hidup macam ni. Ai minat ayam yang sedia dihidang je. Tapi untuk task ni, okay kut kalau lukis ayam. Lagipun kat rumah ni binatang yang ada hanyalah ayam, excluding cicak, semut, labah-labah, atau pape je lah kan.

Bajet macam nak lukis ayam yang comel, end up macam ayam cacat je. Muna lak kata ayam ni macam tercekik (?). Aaaaaaa... comel la ayam tu!!



*ini bukan keadaan reban yang sebenar. Ni masa belum sampai waktu mencuci reban. haha. Ayam pun dimandi dengan dettol tau ~ ~ ~*

Oh ya, btw inilah ayam kitorang. Ayam serama or ayam katik, erm mana-mana je lah. Masa malam-malam, macam ni lah diorang. Yang jantan tu naik ke tingkat dua (ye.. reban diorang ada dua tingkat). Tapi gambar ni masa ayam betina tu tengah mengeram. Sweet kan? Hahaha. Lagi satu, haritu adik ai cakap, masa petang-petang dia bawak ayam jantan tu keluar ke kawasan rumah. Yang betina tu duduk je diam-diam kat tempat mengeram. Ayam jantan tu tengah mandi pasir kat belakang rumah. Tiba-tiba, ayam betina tu menjerit. Ayam jantan tu terkesima, lalu cepat-cepat lari kat reban. Eh eh sweetnye korang 




Deme ni heran.. banyak kali dah bertelurnye, tapi haram mau menetas.. ibu ayam ni tak reti mengeram. Tapi alhamdulillah, kali ni diorang berjaya tetaskan anak! aummm. haha. Anaknya asalnya ada 3, tapi sekor tu terjatuh dari tingkat dua, lalu mati :'(



Ayam jantan lak dikurung di tempat lain so that ada sikit ruang untuk anak-anak ayam yang still dalam pantang tu membesar sikit. hikhik



Tadaaa! Comel kan?



Ai paling sayang kat ayam jantan ni je. Nama dia Beby. Wakakaka.. tak jantan langsung -..-

Assalamualaikum 

FO9 Vacation




Tarikh: 28/12/2011
Tempat: Taman Hutan Lipur Papan dan Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Keanggotaan: Man, Nad, Ony, Laena, Muna (ikut turutan gambar di atas)

Apa itu Fo9? Fo9 stands for Friends of 9, bajet-bajetnya nama geng kitorang lah. Dianggotai oleh Laena (Iliana), Man/Pikok (Afiqah), Mun/ Muna (Amirah), Nad/ Naddy (Nadiah), Bella (Nabilah), Ony/ Aunbon (Auni), Jijah (Nuratikah), Qho/ Vasqu (Kamaliah), dan Qaqa (Atiqah). Okay nama panggilan memang lain gile daripada nama sebenar =.=

Berikut merupakan gambar-gambar masa kat Papan. Ha, memang nama tempat tu Papan. Sho?












Yes, datang untuk bergambar aje, bukan untuk mandi. Takat celup-celup kaki je la. Haha. Seriously takde orang langsung kat situ kecuali gardeners (I guess they are) kat Taman Herba tu. Bila fikir-fikir balik, mak ai, bahaya gila !

Okay, next destination is, our Kellie's Castle! Oh ya, sini la tempat shooting drama Nilapura kat TV3 dalam slot Aksi tu. Ceheh padahal gua tak tengok pun cerita tu -..-





Ni rooftop yang paling tinggi. Sebenarnya sorang je yang naik ke atas ni, iaitu orang yang amik gambar ni. Rasanya Man. Oh maaan tak berani nak naik atas tu! Tinggi sangat plus lutut terasa longgar. hahaha



Yang tempat kaki Nad masuk tu sebenarnya master bedroom kat castle ni. Mr. Kellie Smith punya la. Ai suke bilik-bilik kat sini. Yala, ala-ala klasik orang putih bilik la. Best!!!

Oh ya, jangan tiru aksi orang kat belakang ni. Tak senonoh! eeee! Okay saje je diri kat sini untuk tangkap gambar konon, padahal kitorang suruh Man fokuskan kat orang belakang tu. hahaha



Tangga menuju ke bilik penyimpanan minuman keras. Okay ni turun sampai ke pintu masuknya je. Sebab bilik tu gelap sangat. Nampak la sikit-sikit dia punya rak-rak tu.



ROOFTOP
*Iliana yang amik gambar ni*


I'm talking to my mom~
hehe



Okay, panas gila kat rooftop tu. Sampai tapak kaki pun terasa habanya. Duduk jap kat teduhan ni. Sejuk naaa~



Best sangat dapat pegi keluar jalan-jalan!! Wuhuuuuu!!!

Bye!
Assalamualaikum

Monday, December 26, 2011

Masak Je Le Paprik Kalau Lapo

Assalamualaikum dan hai! Hari ini ialah hari buku resipi kayhh.

Ai suke juge makan lauk paprik kalau makan kat kedai. Tapi tu la, sampai bila asyik nak suka hat orang masak je. Semalam petang-petang tetiba rase lapo, terus bukak buku resipi kaklong nak cari resipi paprik. Cehhh! Senang gile masak lauk ni! >berlagak tak aku

Masak pun dekat-dekat nak pukul 7pm. So masa cerita Tentang Dhia sedang berkumandang di corong-corong radio.. bukan bukan... televisyen ye.. jadi time tu saya sedang bertarung di dapur! So inilah 1st time saya try masak lauk paprik. Lauk lain dah biasa dahh~ wakakaka > berlagak lagi sekali

So mari nak sharing is caring resipi masak paprik!


Abaikan sudu bengkok dan duit syiling tu. Sangat sedap ni kayhhh ai masak! Rasa macam chef kat kedai punya masakan.

So, awak, awak, dan awak kat luar sana tu perlukan:

Bawang (ai suke pakai bawang besar)
Bawang putih (ai suke pakai dua atau tiga ulas)
Halia (ai pakai 1 inci setengah kot. hahahaha!!!!)
: Semua ni hiris untukbuat tumisan macam biasa lah.

Serai (ai pakai sebatang) : yang ni hiris nipis-nipis, tapi rasanya kalau ketuk pun okay gak kot. Hiris nipis-nipis ni susah nak makan le, sebab ai akan asingkan dia dari apa yang ai makan. Take time je!
Cili padi (ai pakai 5 biji): Diketuk-ketuk ya~

Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
(ni semua suka hati korang lah. gua letak ikut suka gua. tapi rasanya dalam ratio yang lebih kurang sama kot)

Lauk yang korang nak (ai pakai ayam): Jadi kalau pakai ayam, potong kecik-kecik ye.

Daun limau purut (ai pakai 3 tangkai) : Ni boleh la hiris kecik-kecik ke, nak peronyok-peronyok ke, sukati la.
Sayur-sayuran (semalam ai guna bunga kobis dengan cili merah yang dihiris je): Potong macam biasa lah.

Garam
Gula
(Secukup rasa kayhh)

1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.
2. Bila rasa-rasa dah panas tu, masukkan bahan tumisan (Bawang, bawang putih, halia).
3. Bila bahan tumisan dah naik bau, or macam biasa la macam yang korang masak tu kan, pastu masukkan serai dengan dengan cili padi tu.
4. Then tak lama lepas tu, masukkan sos-sos tersebut.. Kacau rata ya.
Lepas tu masukkan la ayam. Kat sini korang boleh je nak masukkan sotong ke, udang ke, whatever la kan.
5. Gaul rata. Agak-agak sendiri la bila nak masak kan. HA HA HA
6. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut bersama garam dan gula.
7. TADAAA! Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan berwap.. WOW. Heaven!

Teruk gila step-by-step memasak dalam blog ni



Pergi kenduri orang kawin. Anak jiran. Well, teringin nak letak gambo sendiri kat dalam blog macam orang lain, tetapi agak malu ngade-ngade kat situ. hahaha. Conteng muka sendiri pun cool apa. Aku yang kata lah. Okay bai.

DAY 1: Yourself

30 DAYS DRAWING CHALLENGE

Date: 27/12/2011



Ni. nama budak ni Laena... Mula-mula ingat nak lukis pakai skirt dengan blouse, sebab ai suke pakai macam tu, but then tersilap ratio badan tu.. Nampak macam pendek dan cacat semacam. Nak selamat, lukis le pakai jubah. Plus, I do love wearing jubah. hehe

I want people to see me as what I've drawn right here. Insha Allah. hehe~

**muka nak innocent aje -..- **

30 Days Drawing Challenge


Dengan ini secara rasminya, yeay Iliana menyahut cabaran ini!

by Aunbon

Dia kot yang mewujudkan cabaran ni. haha
Wuhuuuu!

OH MAN THIS IS SO MUCH FUN !

Skirt Baru ♥

Assalamualaikum 


Wuhuu saya telah membeli skirt baru!



Bestnya dapat skirt baru. Habis jugaklah separuh daripada elaun bulanan (budak KMS mesti boleh tau harga skirt ni secara tepat. haha). Tapi baru ni Iliana berbelanja duit elaun. Selama kat kolej, pakai duit raya je. Banyak tak duit raya gua sampai boleh menampung kehidupan gua kat sana??? Sehingga sekarang masih berbaki. hahaha

Skirt ni kain cotton, corak * kecik-kecik. Besttnyaaaaaaa! Btw, skirt ni sangat panjang. Bila dipakai macam dalam gambar tu, dia punya getah bukan kat paras pinggang lagi, tapi dah sampai ke level organ perut. Bukan perut aka abdomen tu ya, kat paras organ perut. Take note. haha




Tu, nampak tak tu kat mana kedudukan 'stomach'? Ha kat paras situ la skirt ni dipakai -..- Ibu kata kena potong. haha. Sapa yang tinggi sangat pakai skirt panjang macam ni? Aku ingat aku ni dah cukup tinggi bagi seorang perempuan :S



Ni corak skirt tu. Ai sukeeeee sangat !

Kbai.

Assalamualaikum ♥

Saturday, December 24, 2011

Kepala Blog Baru

Assalamualaikum!


Okay. Ye tuuuu diaaaaaaa tajuk entri kita. Kepala blog baru. Macam tak payah la sangat nak translate kan. Ngengadeww je lebih. Kisahnya lebih kepada penukaran header baru blog ai ni. hikhik. Blog ni plain je, before ni pun pakai header plain jeeeee. Sebelum ni gua pakai header yang didesign secara malas dan bajet macam cool la tu buat style word LAENA yang dikotak-katikkan tu. Ye, dikotak-katikkan di sini bukan membawa maksud yang gua dipermainkan dan dibudak-budakkan oleh diri gua sendiri, tetapi word LAENA tu diletak atau dihiasi dengan kotak-kotak. Heh? Tak faham sudah. Tengok gambar sudahhh~


Ni la dia. Zaman LAENA diperkotak-katikkan. Kini aku sudah bebas dari kotak. Well, people used to say, Think Out of the Box. Yeahh and now i'm free and currently i'm staying outside of the box. Wuhuu

Okay bila cakap pasal out of the box, mesti la something yang creative and semestinya bukan yang plain (awas. Plain bukan bermaksud putih yang nampak bosan semata-mata). So, kali ni bercadang tak nak pakai font yang disediakan di dalam program editor. Cey kali ni nak guna konsep c&p lah (kopi dan pasta). Untuk wordings, terima kasih kepada Encik Google! Saya google je huruf-huruf tu =.=
Keje malas ke ni? Ahhh tak la malas sangat.. nak mencari huruf yang tampak menarik pun perlukan masa, dan itu merupakan satu kerja! Jadi di sini, saya tak malas walaupun menggunakan teknik c&p (kopi dan pasta).

Berikut merupakan hasil pencarian dan juga merupakan huruf-huruf yang digunakan untuk header baru ni :)




oh ya. Memang huruf 'a' selepas huruf L tu tak ada. Sebab huruf 'a' tu tak pakai c&p (kopi dan pasta). Huruf tu tulis je terus dari program editor. Jangan persoalkan kenapa!! ai marah nanti.

Lagi satu, memang penting ada huruf L style old english tu. Well, L-kun.. ai minat dia, dia pun minat ai sikit-sikit.


So inilah hasilnya. Cantum-cantum-cantum, bak kata Iliana c&p (kopi dan pasta)... dan siap! Oh ya, saje menambah muka Hatake Kakashi versi perempuan kat situ. Kaler merah kan, nampak berani sikit. hahahahha

Okay itu sahaja. Oh ya, di sini saya menggunakan program yang sama saya gunakan untuk design 'bunting' dalam pertandingan kat Kolej MARA Banting bulan Oktober hari tu (nampaknya ai tak cerita lagi pasal kemenangan ai di sini. ehehe), iaitu Adobe Photoshop CS3. Ye, ai bukannya profesional pun.. tu pasal kerja macam ni je.. hahaha.. Tapi menang nombor satu kayhhhh untuk pertandingan design 'bunting' tu. hahaa. Okaylah kot untuk kerja orang tak profesional. haha

** 'bunting' tu bukan bunting = mengandung okayy. Ramai orang yang tak tau bahawasanya banner yang menegak tu namanya ialah 'bunting' (sebutan: banting). Banner is banner, and bunting is not a banner. It is a bunting. Diorang adik-beradik... rupa tak sama, nama pun tak sama gak lah.

Assalamualaikum:)