Saturday, July 31, 2010
MISTERI KASUT BERDIRI YANG TAK BERPENGHUJUNG....
Wednesday, July 28, 2010
Yesterday
Date : 27 July 2010
Venue : Wispi
Starring by : Nyna, Wanda, Hakim, Amir
Di suatu petang di Wispi...
Hakim : okeh, hari ini kita nak bincang pasal projek kite dlm English for the International Day.
Hakim(bukan nama sebenar) tu presiden kelas DM26.
Nyna(bukan nama sebenar) duduk sebelah Wanda(bukan nama sebenar) ketika tu, opposite to Hakim. Mereka semua dari kelas DM26.
Nyna nak online sebentar kerana ade hal perlu berbincang dgn Ony (nama sebenar) dan telah membawa lappy ke Wispi. Tengok-tengok, hari tu wifi kat Wispi demam, so x boleh nak masuk langsung..sangat gewwwwam niewwww !
Hakim pon terus bercakap dan bercakap..until..
Hakim : okey Nyna, kamu buat.... Nyna, Nyna. Kamu tgh buat apa tu ha?
Nyna : ha?? Apa??
Amir : dia ni blur la..hahahahaha..
Nyna : (memandang Amir) Mana ade blur...xde...
(memandang Hakim )Rahsie.
Hakim : cakaplah kamu buat apa tu..
Nyna : test internet.
Hakim : okey dah dah, tutup dulu.
Nyna : alaaaaaa.....
Nyna pon tutup lappy. Lepas bincang2 sikit, Nyna rase mengantuk. Dan Nyna rase xde sape yang perasan yang dia nak tertidur. Nyna pon senget...senget...dan senget lagi..hampir tertido..lepas tu..
Hakim : Nyna. Nyna. Weh Nyna.
Nyna pon terus terbukak mata dan melihat dunia, wahhhh....
Amir : dia nak tido..hahahaha
Nyna : huh ada apa lagi.
Hakim : bla..bla..bla...
Depan Nyna dgn Wanda ade sebuah kotak yang besaaaaaaaarr...
Nyna pon ambil kotak tu dan masukkan kepala ke dlmnya, Wanda pon join..dorang dok gelak2 dlm kotak tu. Kikikikik
Hakim : Nyna ! Nyna ! mana Nyna !
Nyna senyap.
Hakim : Nyna !
Nyna pon keluar dari dlm kotak tu.
Nyna : ye ade apa?
Hakim : bla...bla..bla...
Nyna bosan. Lalu Nyna mendapat idea! Nyna pon masukkan laptop tu dlm kotak tu, dan..yes ! Hakim x tau apa yang Nyna buat ! hehehe. ya..betul2 mcm gamba di bawah ni...hahahahaha....
Tapi malangnya, internet connection masih gagal. Lalu Nyna dan Wanda pon main webcam..yeeehaa.. beznye, xpe la x dapat main internet, tangkap gamba pakai webcam pon jadi la...hehehehe...
Saturday, July 24, 2010
hari ini
THIS IS NOT MYSELF [LAENA]
Friday, July 23, 2010
KOMPILASI CERITA-CERITA TAK BERPENGHUJUNG - #1 TANGGA YANG TAK BERPENGHUJUNG
Haiza begitu tekun belajar sehingga tidak menyedari bahawa masa berlalu begitu pantas, dan dia hanya menyedarinya apabila mula terasa mengantuk. Haiza ingin pulang ke biliknya E302 di aras 3.
"Haiza, kamu nak kite temankan balik ke bilik ke? Dah lewat malam ni," tanya Anis.
Seraya Haiza menjawab, "Ala dah la tu, tak payah la. Bukan jauh sangat pun. Nanti kamu perpeluhan pula."
Anis mengangguk tanda bersetuju. Selepas bersalam-salaman, Anis lantas menutup pintu biliknya untuk tidur, manakala Haiza pula perlu menempuh perjalanan yang masih JAUH...
Haiza melangkah setapak demi setapak. Mendaki anak-anak tangga dengan penuh kesabaran. Sekali sekala Haiza mengerling jam tangannya. Sudah jam 1.15 pagi. Aku perlu cepat, kalau tidak esok aku mengantuk ke kelas, bisik hati Haiza.
Haiza mempercepatkan langkahnya mendaki anak-anak tangga itu. Suasana begitu hening, dan lengang. Sesekali terdengar bunyi cengkerik menghiasi malam, menemani perjalanan Haiza. Pandangannya terbatas berikutan keadaan larut malam yang pekat. Namun, apa yang dirasai oleh Haiza, perjalanannya kali ini mengambil masa yang lebih panjang berbanding perjalanannya pada hari biasa. Peluh mula memercik di dahi Haiza. Dia berasa sangat penat. Kakinya lenguh, tidak lagi mampu melangkah.
Tiba-tiba, Haiza terpandang sesuatu bergerak di hadapannya. Haiza memerhati dengan penuh minat. Sebuah escalator ! Haiza berasa begitu gembira. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, Haiza yang kepenatan segera beralih ke escalator tersebut. Namun, sekali lagi perkara yang pelik berlaku padanya. Masa dirasakan begitu panjang, sangat lambat berlalu. Sehingga lenguh di kakinya terasa sudah hilang, tiba-tiba escalator tersebut berhenti. Dan apa yang ada di hadapannya ialah, SEBUAH TANGGA ! Haiza mengeluh.
"Aish, kenapa ada tangga lagi ni? Kenapa jauh sangat nak ke bilik aku ni? Padahal kat aras 3 je," Haiza mengomel seorang diri. Haiza yang sudah kepenatan akibat kekurangan tidur memilih untuk meneruskan perjalanannya. Dia melangkah setapak demi setapak, dan setapak lagi, lagi setapak, setapak, setapak, dan another one setapak. Namun, dia masih gagal menemukan aras 3 di mana terletaknya bilik dia !
Haiza sudah hampir berputus asa. Matanya dirasakan begitu berat. Haiza terduduk di pinggiran tangga itu, bagai melukut di tepi tangga yang tak pernah berpenghujung...
Haiza akhirnya terlelap di situ sepanjang malam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya, rakan-rakan sebiliknya, Abodhi dan Nad merasa gusar kerana Haiza tidak pulang-pulang sejak malam tadi. Mereka membuat keputusan untuk mencari Haiza. Saat mereka melangkah keluar dari E302, mereka terus terpana dan terkesima menyaksikan Haiza menyembah bumi di tepi tangga aras mereka. Haiza kelihatannya tidak sedarkan diri. Mereka bingkas mengangkat Haiza ke bilik dan melabuhkannya di atas pembaringan. Mereka berusaha menyedarkan Haiza dengan menyimbah sebaldi air. Namun masih tidak berjaya. Mereka membuat keputusan untuk mengambil fire extinguisher untuk memancut tepat ke muka Haiza, namun malangnya, Haiza terdengar perbualan mereka lalu terus bangun.
Abodhi dan Nad terkejut. Mereka terus mendapatkan Haiza dan bertanya mengenai peristiwa yang berlaku di malam sebelumnya. Haiza hanya mampu memberikan riak wajah yang kosong. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada malam tersebut. Ia kekal menjadi tanda tanya. Misteri tangga yang tidak berpenghujung masih tidak terbongkar....