Order Guidelines

Sunday, November 9, 2014

Black & White

Assalamualaikum
Haritu aku ada join Black & White Challenge setelah nominated oleh kawan aku. Mula-mula aku ingatkan kena post gamba yang memang originally amik dengan B&W mode, tapi kawan aku kata boleh je edit gamba berwarna jadi B&W, so I accepted the challenge!

Challenge ni disertai melalui facebook. So just upload gambar kat facebook beserta caption "Got nominated by bla3... Now nominating bla3 to post a black and white shot for 5 days and nominating someone else on each day. #BW_Challenge"

Hashtag tu harus ada k. Kita perlu post gambar pada hari-hari yang berlainan, satu gambar setiap kali post, untuk 5 hari. Not necessarily kena post setiap hari la. Just post bila korang free dan ada mood. Mood tu penting k. Haha

Aku sebenarnya agak suka dengan B&W. The thing about B&W photos ni kan, bagi aku senang nak bagi gambar nampak outstanding. Kalau gambar berwarna, kadang-kadang nampak biasa tapi bila in B&W, nampak lawa dan senang nak bagi gambar nampak lebih dramatik. That's one thing why I like B&W photos.

So kat sini aku nak share a few photos yang aku dah pilih untuk upload ke FB dalam #BW_Challenge ni. Dan aku include sekali original photos untuk comparison. Saja jaaa nak bagi orang tengok coloured and B&W versions. Haha






















#1 Kapu Beach, Karnataka, India

Gambar original untuk shot ni personally is one of my favourite shots. Sebab aku suka. Tu je reasonnya. Hahaha

Taken using Nikon 1 J1 10-30mm



 

#2 Yellow Lotus at Dal Lake, Srinagar, Kashmir

Gambar ni diambil waktu naik shikara (pengangkutan utama di Dal Lake) waktu petang-petang. Tenang sangat! Huwaa rindu Kashmir :'(

Taken using Samsung Galaxy S3






















#3 A Baby Boy From Matayen Village

Matayen Village ni satu kampung yang agak isolated dari kawasan ramai penduduk. Sebab kampung ni terletak kat lereng-lereng gunung, on the way to Ladakh. Kampung ni supah lawa, one of the best places I have been to. Selain tu, gambar ni jugak adalah one of my favourite shots. Budak ni pulak dah la comel, wangi lak tu. Aku sempat mintak kebenaran mak dia untuk cium dia hahaha

Taken using Samsung Galaxy S3






#4 Hand-to-Hand

A cute squirrel found in..... Taman Negara Kinabalu! Memandangkan kamera aku tak power, so bokehnya pun tak power la kat background gambar ni. Tak ingat la apa kategori bokeh camni, pernah baca dulu tapi dah terlupa. Kiranya bukan bokeh yang bagus la. So bila tuka jadi B&W, aku terangkan sikit background so that tak rosakkan fokus pada subjek.

Taken using Nikon 1 J1 10-300 mm





#5 St. Philomena's Church, Mysore, India

Gambar ni pada aku biasa-biasa je asalnya. Tapi bila dah tuka B&W, macam jadi menarik pulak. Langitnya nampak extra dramatic, tambah lak dengan subjeknya bangunan church yang architecturalnya ala-ala zaman gothic. Read more about this church's architectural on the net ya. Menarik!

Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm



Gambar-gambar extra:



#1 The Sky Lantern Project

Event ni akan diadakan setiap kali musim Diwali di Manipal, India. Tempat kampus kitorang dulu.. Hehe. Akan diadakan pada waktu malam di padang Endpoint. Aku pernah cover story pasal event ni dulu. Sila rujuk travelogue India di sidebar kanan blog --->

Taken using Samsung Galaxy S3





#2 Sunset at Agra Fort, India

Agra Fort ni terletak di Agra, India. Berdekatan dengan Taj Mahal jugak. Ni pun one of my favourite shots.

Taken using Nikon 1 J1 10-30 mm

Okay tu sesi sharing gambar-gambar kite! Thank you for viewing this hehe =)


Saturday, November 8, 2014

To This One Anonymous (Too Many Anons Unfortunately)

Assalamualaikum

Rasa absurd gila bila tau people actually still do read my old blog post yang kadang-kadang aku dah tak ingat pun. Aku mengaku la kadang-kadang memang aku ada tulis post kritikan, which aku jarang gila buat kat blog ni, selalunya aku akan kritik dalam hati je. And bila aku kritik tetiba dalam blog, memang diakui expression aku melalui penulisan memang nampak agak emo kot? Haha. Tapi tu la, benda yang jarang aku buat, bila sekali buat, memang uncontrollable. LOL

And aku rasa aku dah bersihkan dah blog aku dari unnecessary emotional posts, tapi ada tertinggal satu lak, and unfortunately itu la yang ditemui oleh seorang Anon. I wonder jugak how on earth dia boleh terjumpa post yang satu tu jugak. But untuk bersangka baik, maybe dia google something and terjumpa post tu la kot. Anyway Anon, untuk kesejahteraan masyarakat saya telah pun mendelete post tu.. Sebenarnya post tu takda pape pun, it's just a critic from a customer to a shopping mall yang tak menyediakan tempat solat temporary untuk pengunjung time tengah renovation. And aku tak sentuh langsung pasal kritikan terhadap pekerja. Aku rasa dia salah sangka aku bengang kat pekerja mall tu kot. Padahal pekerja-pekerja mall tu baik kot cuba tolong aku. The thing is that, aku kritik mall tu. Sebab pelik la kat Malaysia mall sebesar tu takleh sediakan surau temporary, at least satu bilik kecil pun jadi la, and itu yang membuatkan aku questioned, camne kebajikan pekerja dijaga kalau macam tu, sebab ramai je pekerja muslim kat situ. So Anon, I hope you dont get me wrong if you happen to find this post.

Forget about that. It's just the younger me. Everyday we are turning older, and hopefully wiser. So forgive me okay, Anon? Thank you for visiting.

Hype, The Clinical Year Is Officially ON! Part 2

Assalamualaikum.
Hi Iliana datang lagi! Blogging ni sekali datang mood, sangat berkobar-kobar perasaan nak update blog, maka terhasillah part 2 entri pasal masuk clinical year! Zzzz

Anyway, rasanya dah banyak kali kot aku mention dalam blog ni yang clinical phase kitorang adalah di Melaka. 2 tahun preclinical phase kat MMMC Manipal campus, dan another 3 years clinical phase kat MMMC Melaka campus. So, aku dah officially menetap di Melaka for at least another 3 years! Insha Allah, moga 3 tahun at most je lah. Sebab kalau lebih than 3 years, meaning.............
ada sangkut. K. Mohon dipermudahkan bagi kita semua aameen.

Iliana berazam nak tulis pendek je untuk entri ni. Ganbatte! hehe


Walaupun duduk di Melaka, kotaraya yang penuh dengan tempat-tempat pelancongan dan mencuci mata melihat pelancong asing (kalau ada yang kacak la hihi), tapi aku sangat jarang keluar. Yela sebab kitorang satu rumah (aku, Yani dan Aida) takda transport masa awal-awal duduk sini. So memang agak terbatas pergerakan memandangkan rate teksi kat sini sangat mahal! I mean, kat sekitar Bukit Baru (area kolej kitorang dan tempat kitorang tinggal) pun boleh dicaj RM15 walaupun ke destinasi yang aku kira sangat dekat. Mungkin agak bias comparison aku ni, tapi Seremban pun bandar gak, tapi jauh lebih murah (aku compare dengan Seremban sebab 2 tahun dok Seremban masa buat foundation dulu memang teksi adalah pengangkutan utama budak-budak KMS). Standard RM7 je nak gi memana. Hmm sebabnya pada hemat aku (ceyy) Bukit Baru ni bukannya tempat tumpuan pelancong, macam Seremban la gak suasananya, tapi harga teksi sangat mahal T.T I iz student yang tak berkemampuan T.T

Yela bayangkan la, contohnya kalau nak gi Melaka Sentral yang dekat tu pun dicaj RM15 untuk beli tiket balik Ipoh, tiket bas balik Ipoh lak plus minus RM37, then nak balik ke rumah balik, naik lagi teksi dan dicaj another RM15. Tak ke cam stress gilaaa tengokkan angka cost perjalanan nak beli tiket sahaja dah sampai RM30? Belum lagi campur dengan tiket Ipoh-Melaka lak. Hahahaahahaa *gelak kurang siuman*

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan kehidupan kita dari semasa ke semasa sebab bersama kesusahan kan ada kesenangan? =') Now kitorang dah dipermudahkan dari aspek transportation, tq Yani :*


Oh bercakap pasal gi jalan-jalan kat Melaka, gambar kat atas tu baru like my first time keluar jenjalan dengan kawan-kawan BDS aku, tu pun tumpang naik kereta Adzrif hihi macih Adzrif dan Bal yang turut berkongsi duit minyak kereta ittew hehe.

So, at last aku dapat gak rasa cendol yang aku rasa agak popular la kat Melaka, which is yang situated opposite to bangunan merah Stadhuys tu. Aku tak pernah tau camne nak pronounce nama bangunan merah tu. Anyway, kalau gi sini, pleaseee makan cendol durian dia. Sedap ya amat. I'm not a fan of durian though I'm a pure Perakian lol, tapi cendol durian ni is totally an exception! Sedap gila weh. Harga RM3.20 tak silap aku. Not bad la. Kalau cendol biasa RM1.80.


7 November 2014
Community Visit ke Tadika Nur Balqis, Taman Merdeka, Melaka

Semalam, giliran kumpulan kitorang lak gi community visit. Dua kumpulan akan pergi setiap minggu, and satu kumpulan pergi ke tadika, dan satu lagi pergi ke rumah OKU. Group aku was assigned to go to this tadika.

Basically kitorang tak buat pape pun, just duduk dan tengok ada 3 orang kakak ni (mungkin wakil dari Kodomo Lion kot?) buat persembahan story telling kat budak-budak tadika ni pasal kepentingan menggosok gigi, mengurangkan pengambilan makanan manis, dan cara-cara menggosok gigi yang betul.


Tengok lah singa yang comel di tengah itu. Chia Hua, our classmate yang kena pakai tu lol. Mesti panas gilaaa pakai costume mascot Kodomo Lion tu hahaha.



 And then lepas kakak-kakak tu balik (selamba je aku letak diorang as kakak. Entah-entah sebaya hahahaha), budak-budak ni ditinggalkan dengan kitorang yang clueless taktau buat pape. Sebab takda preparation langsung. So ended up kitorang bantai je ajak budak-budak ni menyanyi, menari chicken dance guna music manual yang kitorang nyanyi sendiri (this one sadis gila), main London bridge is falling down, falling down, falling down yang aku tak pernah tau nyanyi lagu tu, tapi kena belajar on the spot dalam masa a few seconds sahaja. Fortunately la lagu tu senang dan ulang2 lirik yang sama je kakaka



Itu saja lah yang kitorang buat. Aku suka community visit camni sebab mengingatkan aku pada CAS (Creative, Action, Service) yang kitorang wajib buat masa zaman amik International Baccalaureate (IB) diploma kat Kolej Mara Seremban dulu. Tapi CAS dulu best la sebab memang akan buat preparation habis-habisan sebelum pegi. Ni, clueless habis semua orang hahahaha



Tu je update yang ringkas ini walaupun still panjang gak entry ni. Oh I just cannot :'(
Aku kan baru habis posting pedo, cam best lak kan layan main-main dengan budak-budak ni sampai berpeluh gila hahaha.

Kids. I love kids! I can handle kids! I can manage them! *kesan posting Pedodontics tak habis lagi*
Sebab macam susah gila je nak handle pedo patient dalam dentistry? Hmm =/
Thank you for reading.

Friday, November 7, 2014

Hype, The Clinical Year Is Officially ON!

Assalamualaikum

Nov 7, 2014
Wow, dah plus minus sebulan 2 minggu dah masuk third year dentistry. Now dah selamat dah masuk clinical phase of Bachelor of Dental Surgery (BDS)! :)
Post ni takde motif sangat pun, just ditulis sebab aku fikir suatu hari nanti mesti aku akan menyesal sebab tak tulis pengalaman awal masuk clinical year memandangkan entri macam ni hanya akan ada ruhnya (tudiaaa ruh baq hanggg) kalau ditulis ketika masih baru dan segar dalam ingatan. Wahwah =’)

Bila kata pasal clinical year, selain terbayangkan akan mula dapat patient, mesti akan terbayangkan posting-posting yang berkesudahan tu jugak. So gua ingat boleh la gua nak cerita sikit hihi

GENERAL MEDICINE POSTING/ GENERAL SURGERY POSTING

Selaku pelajar pergigian, orang selalu tertanya-tanya apa je yang kitorang buat. Semua ingat kitorang just main-main dengan gigi. Semua orang tertanya-tanya kenapa budak dental pun kena beli stethoscope. Bila cakap kena gi posting kat Hospital Melaka, orang-orang macam “Heh korang nak buat apa time posting? Check gigi semua orang ke?”

It sometimes does hurt hati kecilku sebab orang macam pandang remeh pada budak dental but it’s okay, already get used to it since dah masuk tahun ketiga bergelumang dengan BDS =’) Kalau masa first year dulu banyak gak ah butthurt dengan orang-orang yang begini. Tambah-tambah yang jenis suka compare ‘my course is harder than youhh’. I believe everyone is struggling no matter what course they are taking. Believe me, everyone is struggling, so I suggest everyone to just focus on your own struggle if you cant understand other people. Rather than hurting people, it’s better if just keep quiet and live our own life gituhh. Emo pulak aku. Kata tadi dah moved on. Kahkah

Basically, dental students pun kena belajar basic medical. Bukan pasal morphology gigi semata-mata. Bukan membancuh simen gigi pada kadar yang optimum semata-mata. Bukan belajar camne nak cabut gigi semata-mata. Bukan hanya belajar buat gigi palsu yang nampak senang tapi berapa ramai yang dah penah menangis dalam kelas prostho (that includes me kahkah). Bukan hanya belajar composition gigi yang ada enamel, dentin, cementum, pulp, dan structures setiap satunya. Bukan hanya belajar sifat-sifat bahan yang digunakan dalam dentistry. Bukan hanya belajar mengenai physics di dalam dentistry.

Tuberculosis, leprosy, anthrax, salmonella, shigella, brucellosis, congestive cardiac failure, HIV, hepatitis, influenza, anemia, leukemia, diabetes mellitus, rheumatic heart disease, antifungal drugs, antiepileptic drugs, antipsychotic, antidepressant, sedatives and hypnotics, antitubercular, antidiabetic, dan lagi aku dah malas nak recall hahaha. Semua ni kitorang kena belajar jugak walaupun ada certain diseases yang tak related langsung dengan dentistry. Tapi kena belajar sebab sebagai seseorang yang akan bergelumang dalam dunia perubatan, basic medical kena ada. I suppose.

So, marilah kita sama-sama menghormati antara satu sama lain dengan lebih menjaga hati orang, aku pun mungkin ada terlepas tak jaga hati orang, tapi sekurang-kurangnya beringatlah :) semua orang ada struggle masing-masing.


Oh ya, bercakap pasal posting kat Hospital Melaka ni, the whole batch dibahagikan kepada 2 kumpulan besar; General Medicine dan General Surgery. Aku sekarang masih dalam General Medicine posting, dan nanti akan rotate dengan the other group untuk surgery pulak. So setakat ni aku boleh cerita pasal General Medicine je lah sebab aku tak masuk surgery lagi.

General Medicine ni kitorang masuk ward general human diseases, macam kalau ada orang demam denggi ke, pneumonia ke, TB ke, asthma etc, kat situlah ward yang diorang akan admitted to. Basically kitorang just round ward dan clerk patient. Amik history, sembang-sembang sikit, dan nanti present case dekat doctor. Oh, and kitorang kena buat general examination kat patient jugak, and that explains why we dental students also need a stethoscope for ourselves. Nak check heartbeat, check sound resonance etc etc. Kena belajar palpate patient which doctors expect kitorang dah tau how to palpate patient walhal kitorang tak diajar pun benda tu dalam Physiology year 1 dulu. Sebab aku tau budak medic ada belajar palpate and kitorang tak. Bila posting kat hospital, tetiba kena tau pulak en. Hahaha. And basically general examination yang kitorang buat adalah check mata, tangan, pulse, palpate sana sini termasuk lymph nodes, chest, dan abdomen, check oral cavity macam tengok bawah lidah warna camne, kalau kebiruan indicates cyanosis gitu-gitu hal la. Okay done with General Med posting.

SPECIALTY POSTINGS

Specialty posting ni pulak adalah postings berkaitan dengan ke-dentistry-an. Dan specialty posting ni kitorang buat dekat poliklinik Melaka-Manipal Medical College (MMMC) je. Poliklinik kolej kitorang lawa sangat T.T Saya sangat suka T.T

Okay, semua specialties ada 6 altogether.
  • Pedodontics: a.k.a. paediatric dentistry; bidang berkaitan pergigian kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah. Dalam posting ni kitorang ada satu je exercise iaitu sealant placement atas gigi. Lain-lain, kitorang just duduk berkumpul dan lecturer ajar masa dalam klinik macam history taking, topics related to sealant, chronology of primary teeth and permanent teeth, dan behaviour management untuk pedo patient. Takda kaitan dengan pedophile k. Orang tend to terbayang pedophile bila orang sebut pedo hahaha
  • Periodontics: berkaitan periodontology, iaitu berkaitan dengan periodontal ligament dan structures around it la kot. Yang ni takleh nak explain la sebab kalau nak explain, aku dah kena tulis macam lecture Oral Biology first year kang. Hahaha. Oh, belajar buat scaling dalam posting ni nanti insha Allah.
  • Prosthodontics: Someone told me this is the backbone of dentistry masa first year dulu. Prostho (derived from prosthetic) membawa maksud macam, palsu, atau kau ganti sesuatu yang asli dengan sesuatu yang prosthetic laah haha payahnya nak explain. Contohnya, berkaitan penggantian dentition yang hilang dengan gigi palsu. So dalam prostho, kita kena belajar camne nak hasilkan gigi palsu yang selamat untuk digunakan anatomically dan… esthetically. Haha
  • Conservative dentistry: Berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan gigi. Bunyi macam satu topik Sains masa UPSR dulu je hahaha. Contohnya, kalau gigi ada caries, selagi boleh dirawat, selagi tu dentist akan cuba rawat! Polisi dentist adalah untuk mengekalkan structure original gigi semaksima yang mungkin, dan membuang structure gigi yang original seminima yang mungkin, apatah lagi untuk mencabut buang gigi camtu je. Sebab tu ada conservative dentistry. Dalam specialty ni, kitorang belajar untuk prepare cavity gigi denagn membuang structure gigi yang rosak dan lepas tu orang panggil tampal balik dengan simen ke, amalgam ke.
  • Oral Medicine and Radiology: Ni postingnya aku taktau lagi camne, sebab benda ni agak baru dan takde pendedahan masa preclinical phase dulu. But radiology must be involving radiography x-ray semua tu kan, and oral medicine is oral medicine. Fullstop. Nanti bila aku dah masuk posting ni nanti aku revise balik entri ni k haha
  • Oral Maxillofacial Surgery: Berkaitan dengan bius, belajar injection, cabut gigi, dan yang seangkatan dengannya. Kiranya berkaitan dengan minor surgery lah. I’m looking forward for this posting actually sebab dalam mindset aku dari dulu, aku berminat untuk further samada Orthodontics ataupun surgery. Tapi lama-kelamaan aku macam tak berapa minat bidang kerja orthodontics but who knows one day aku suka pulak ke, sebab belum belajar lagi pun orthodontics ni lol (Orthodontics = repair rupa bentuk gigi contohnya pemasangan braces)

Semalam adalah hari terakhir aku posting untuk Pedodontics. So next week group kitorang akan masuk posting Periodontics. Tak sabar sebenarnya untuk tunggu time bila kitorang dah ‘legal’ untuk buat scaling kat partner masing-masing sebab masa GDP (General Dental Practice kot) dulu, partner aku check gigi aku ada calculus. Yelaaaa last time aku gi scaling bulan 12 last year kot. Dah lebih 6 bulan dah ni. Plus bila buat dengan kawan of course freeeee hahahahaha

New John Doe! John Doe ni nama phantom head kite hehe. John Doe baru ada pipi. John Doe lama kat Manipal dulu pipi dah koyak rabak ahaks

GDP (GENERAL DENTAL PRACTICE)

GDP kitorang diadakan setiap hari Jumaat. Dulu-dulu masa belum masuk specialty posting lagi, hari-hari kitorang practise GDP. Semua orang ada partner masing-masing, jadi kitorang akan rotate dengan partner la this time turn siapa jadi doctor siapa jadi patient, and vice versa.  Untuk permulaan, kitorang diajar untuk guna system GLOCO. Sistem ni system berkomputer yang bagi aku sangat efficient tapi memeningkan. Basically system untuk register patient, panggil patient bila dah ready, masukkan dental record patient dalam system tu, masukkan treatment record etc etc. so sangat bagus la system ni bagi aku. Dah harga pun mahal kan (lecturers bagitau dulu yang untuk memiliki system GLOCO dalam kolej kitorang ni memakan bajet yang sangat besar. But it does benefit us).

Then, kitorang belajar E&D (Examination & Diagnosis). Benda ni la yang banyak kali kitorang disuruh buat. Asyik laa dok check gigi dengan oral cavity kawan hahaha. Pastu kena belajar masukkan record kawan tu dalam GLOCO.

My first E&D session with Amy

Then, kitorang belajar polishing and prophylaxis. Polish gigi adalah dengan menggunakan brush yang dipasang pada micromotor dan pumice paste untuk polish permukaan gigi. Prophylaxis lak guna rubber cup, juga pada micromotor dan prophylaxis paste yang rasa macam strawberry tu hehe.

Other than that, Prof. ajar juga mengenai Four-handed Dentistry, iaitu how to work efficiently between the doctor and the assistant.

Selain tu, kitorang ada jugak practice untuk rubber dam placement dalam mulut kawan. Yang ni lawak. Masa first class untuk rubber dam placement tu, Amy (my partner) jadi doctor and me as the assistant, try pasang rubber dam kat Adzrif. Tapi sebab tu first time, tak berapa reti la nak letak. Dah la masa tu tak practise pun lagi pasang kat dummy kahkah. And for second class, it was my turn pulak jadi doctor, and masa tu Amy jadi patient, and my other friend, Tiara jadi my assistant. Actually, I was quite blur masa tu, yang aku tau kena belajar pasang rubber dam je. Tapi taktau pun yang doctor suruh buat single tooth je. Aku lak gi punch lubang dari gigi first molar kanan ke first molar kiri. Pergh 12 gigi! Kahkah. Punyalah penat nak pasang, dengan rubber dam asyik terkeluar, pastu risau Amy sakit kot-kot clamp gigi terkena kat gusi ke, sebab masa pasang tu kitorang bagi topical anaesthesia kat gusi Amy. Kot laaa anaesthesia dah habis effect lol. Eventually berjaya gak pasang a few teeth tapi sebab rasa penat gila, pegi panggil Dr. Kapil, and dia tolong pasangkan sikit kuikui. Tapi doc tu baik, nasib baik dia tak membebel “Who asked you to put on 12 teeth??” Kahkah

Me and Tiara and Amy and... rubber dam. LOL

Oh my very first rubber dam placement :')

Amy's turn as the doctor and I'm as the patient, again for rubber dam placement.

Oh, selain dari yang kat atas-atas ni, dalam klinik jugak kitorang di-train untuk cuci dental instruments yang digunakan, pastu disinfect dalam disinfectant solution, dan masukkan dalam plastic packaging untuk sterilization.

Setakat ni, aku berjaya gain balik minat pada dentistry yang dah lama hilang. Trust me, aku dah hilang minat pada dentistry since third month lepas aku join BDS that is masa first year dulu haha! So, alhamdulillah and semoga Allah kekalkan perasaan ni dan kuatkan semangat aku untuk jadi dentist yang baik kekeke

Aku rasa aku nak stop dulu la takat ni. Nanti nak sambung entri lain. Harapnya third year ni dipermudahkan untuk kami semua menuntut ilmu, walaupun dengar cerita senior tahun ketiga ni scary gila. Semoga entri ni ada manfaatnya untuk dental student yang bakal masuk clinical phase nanti, untuk dapatkan sikit gambaran camne permulaan clinical year ni. Juga hopefully boleh bagi image pasal dentistry sikit untuk siapa-siapa yang baru nak apply dentistry! Sebab aku dulu pakai apply je dentistry sebenanya wei. Taktau ponnn kena buat gigi palsu wakakaka. Okay till then, byep! :P