Assalamualaikum!
Huarghh dah lama gila tak update blog. And travelogue aku tak usah cakap la, dah ke laut dah semua. Camne tah nak siapkan semua. Tak best la tak siapkan ye dak. Semua tu kenangan!
Okay la, this time nak cerita pasal air terjun kedua tertinggi di India, terletak di negeri Karnataka ni juga, iaitu
JOG FALLS!
Jog Falls/ Gerosoppa Falls (dalam bahasa Kannada (bahasa tempatan negeri Karnataka): ಜೋಗ್ ಜಲಪಾತ) juga turut dikenali sebagai Jogada Gundi. Ia terletak di sempadan daerah Shimoga dan Uttara Kannada. Ia terhasil dari aliran Sungai Sharavathi dan mempunyai ketinggian 253 meter. Tinggi, hah? Lagi jauh dari kalau korang lari 200 meter kat sekolah dulu sampai tercungap-cungap wahahaha
Thanks to wikipedia, dapatlah aku menyediakan pendahuluan yang cukup berilmiah buat korang. Hihi
Jog Falls/ Gerosoppa Falls (dalam bahasa Kannada (bahasa tempatan negeri Karnataka): ಜೋಗ್ ಜಲಪಾತ) juga turut dikenali sebagai Jogada Gundi. Ia terletak di sempadan daerah Shimoga dan Uttara Kannada. Ia terhasil dari aliran Sungai Sharavathi dan mempunyai ketinggian 253 meter. Tinggi, hah? Lagi jauh dari kalau korang lari 200 meter kat sekolah dulu sampai tercungap-cungap wahahaha
Thanks to wikipedia, dapatlah aku menyediakan pendahuluan yang cukup berilmiah buat korang. Hihi
6 OKTOBER 2013
Jarak perjalanan, honestly aku tak tau, malas nak google sebab malas pun nak buat orang impress lagi wakakaka. So, rajin-rajin la ek google sendiri. Tapi kalau dari Manipal, maybe around 5 hours jugak la perjalanan. Kitorang haritu bergerak dari Manipal pukul 12:00 tengah malam, and of course, sewa kereta beserta driver la.
Supposedly kitorang boleh sampai ke Jog Falls ni sebelum Subuh, tapi, haha nak tau something tak? Masha Allah banyak gila dugaan sepanjang perjalanan nak pegi tu. Takpe, dugaan yang mentarbiyahkan kita, apa salahnya =')
Aku masuk-masuk je kereta malam tu, memang aku shut down terus pasal sebelum tu, kitorang ada event untuk orientasi batch junior BDS yang baru masuk. Agak penat la, so memang target nak tidur dengan selesa tanpa gangguan je dalam kereta tu. Pasang ipod, cari posisi selesa, dan tidur. Tapi seingat aku, walaupun aku tido, aku boleh rasa betapa bergoncang-goncangnya aku sewaktu tidur tu. Masha Allah again, jalan dia teruk gila! Aku sendiri pun tak pasti kawasan mana yang jalan teruk gila tu, tapi macam 80% perjalanan, memang jalannya berbumpy-bumpy dan dapat rasa driver tu selalu cuba mengelak-ngelak potholes kat jalan. Teruk wei, korang kalau yang tak boleh tidur tu, and rasa ada motion sickness, baik makan motion sickness pill siap-siap. Jalan kat India ni memang teruk sikit, tambah-tambah kat kawasan selatan ni la. Utara yela cantik dan moden dengan urbanisasinya ahaks.
Lepas tu, dalam pukul 2 pagi, tiba-tiba aku rasa kereta tu berhenti. Dan agak lama pulak tu. Tengok-tengok... tayar pancit -_-'' Setelah lama pakcik driver tu cuba menukar tayar tu, tapi still tak boleh, maka dia kejutkan kitorang semua, mintak keluar dari kereta sebab takleh nak tuka tayar. Obviously la memang tak boleh, hahaha sebab semua tidur dalam kereta tu. Bila keluar je dari kereta, tuptup hujan pulak. Ya Allah, lama pulak hujan tu. Dan lebat. Sebab bulan Oktober ni kan still dalam fasa post-monsoon, so still berhujan walaupun tak sekerap waktu monsoon. And kitorang pun nasib baik ada tempat berteduh dekat kawasan tu jugak. Gerai makan agaknya. Tapi dah tutup la. And kawasan sekeliling tu memang gelap. Banyak pokok-pokok, macam kawasan hutan je. Haha. Pakcik driver tu kesian la, cuba nak tuka tayar dalam hujan. Lepas tu ada la beberapa kawan aku pegi tolong pegangkan payung untuk pakcik tu. Bagus kan? Aku jugak tak bagus hihi
Sudahnya, lama lepas tu baru masalah settle bila ada lori bawak air Bisleri (jenama air minuman kat India) datang tolong. Sebelum tu jenuh jugak pakcik tu tahan kenderaan-kenderaan yang lalu, tapi hapahhh sorang pun taknak berenti =( Alhamdulillah dengan usaha dua orang kawan aku, mungkin kerana mereka tampak cantik, hihi, lori Bisleri pun berenti memberikan bantuan hewhew
Time kitorang dah sampai ke kawasan Jog Falls tu, hari dah nak cerah. Tapi perjalanan nak sampai ke tempat yang nak dituju masih berbaki. So untuk selamat, kitorang buat dulu solat hormat waktu dalam kereta tu. Bergoyang-goyang jugak la aku solat time tu sebab jalan nak ke Jog Falls ni bergelek-gelek (ada ke boleh aku guna word ni) sikit, macam nak ke Cameron Highlands. Namun sebab sebelum bangun untuk solat hormat waktu tu aku tidur, so aku tidak la mengalami sebarang adverse effects seperti nausea, vomitting mahupun throbbing headache hahaha.
Just perkongsian, siapa-siapa yang tak tahu mengenai solat hormat waktu, solat ni boleh dibuat jika kita khuatir tidak sempat untuk menunaikan solat secara sempurna, eg: dalam kereta, dan tak boleh berhenti untuk solat di atas jalan. Dan juga kalau tak dapat nak berwudhu'. So, just solat macam biasa, nanti bila dah sampai ke destinasi, solat tu hendaklah diqadakan kembali.
Alhamdulillah, bila dah sampai, rasa segar sangat! Sebab kawasan tu agak nyaman, dan sejuk pagi sangat menyamankan jua =') cecei. Kat Jog Falls ni ada disediakan washroom, boleh kalau nak buang ringan-ringan, berat-berat, mahupun untuk mandi. Tapi berbayar la yek semuanya. Kebersihan adalah di tahap yang memuaskan *insert thumb up here*
Pagi yang berkabus |
Tolonglah rasa stress tengok Hanis tu. Haha |
Just so you know, Jog Falls ni bukanlah air terjun yang korang sampai je, dah boleh terus ke gigi air dia. No. Korang akan sampai kat puncak dia dulu. That's why awal entri ni terus aku letak gambar pemandangan Jog Falls ni dari atas, sebab memang tu pemandangan first yang korang akan nampak kalau sampai ke sini. So untuk pergi ke air dia, kena turun ke bawah. Berapa anak tangga dia, aku taktau la berapa ratus. Adakah mencecah seribu anak tangga? Haha. Dinasihatkan sila membawa air mineral botol besar untuk turun ke bawah ni ye. Sebab nanti bila nak naik balik, takut pengsan kerana dehydrated hahaha
Cantik kan? Lagi info untuk korang, Jog Falls ni air dia banyak macam ni time lepas monsoon je. So kalau nak datang, nak experience percikan air terjun dia yang best dan cantik macam ni, sila pergi lepas monsoon ye, dalam bulan September-Oktober camtu. November aku tak sure la still banyak macam ni ke tak airnya. Kalau tak, air terjunnya sangat kecik, dan mungkin kering kot? Erm tak sure haha. Tapi time monsoon, dalam bulan Jun-Ogos, atau Jun-Julai macam tu, waktu peak monsoon, sila jangan menempah maut pergi ke sini ye. Sangat bahaya sebab time tu air dia sangat banyak, sangat deras dan berkuasa membunuh. Aku tak tau la kalau ada undang-undang ke apa pasal ni, tapi rasanya dilarang turun ke situ kot time monsoon. Airnya jadi macam Niagara Falls. Kalau rajin pergi la google *again*
Akhirnya dah dapat memijak sungai ini! Airnya subhanallah sejuk gilaaaaa! Oh one more, sila pakai kasut yang selesa macam korang nak gi hiking kecil-kecilan k. Bukanlah macam hiking bebetul pun, tapi untuk keselesaan dan keselamatan jugak. Sebab banyak aktiviti memanjat batu kat sini, selain dari menurun dan memanjat tangga.
Kononnya artistik la edit gambar kaler camni wakakaka |
Kitorang mandi jugak kat kawasan air terjun tu. Urgh sumpah best. Percikan air terjun tu sangat kuat sampai orang yang tak mandi pun sama basah macam orang yang mandi. Tapi kalau korang pergi all girls, berwaspada sikit tau. Sebab banyak lelaki local mandi kat sini. Mandi pakai kain sarung je pulak tu hikhik. Bukan apa, kita mana boleh expect kalau apa-apa nak jadi, dan la tempat tu kira sunyi jugak la, jauh ke bawah, kalau jadi apa-apa, nak lari naik atas balik? Haha try la lari panjat tangga tu kalau boleh lol
So, sentiasa berwaspada selain bertawakal kepada Allah.
Alhamdulillah, satu experience yang menarik dapat berkunjung ke Jog Falls. Jog Falls bukanlah satu air terjun yang biasa-biasa, tapi air terjun yang sangat indah, yang korang akan dapat rasai nikmatnya ciptaan Allah ni selepas korang bersusah payah nak sampai ke situ. Macam orang kata, macam tu la kalau nak dapat nikmat syurga. Kena lah bersusah payah dulu kat dunia ni sebelum dapat menikmati indahnya syurga, kan?
Sebelum aku tutup entri ni, aku nak bagitau, balik dari Jog Falls tu teruk aku kena motion sickness sampai muntah satu plastik, takleh nak bukak mata and kena cover mata taknak bagi terang kena cahaya matahari. Kalau tak aku rasa nak muntah lagi. Lepas tu makan motion sickness pill, tido tak ingat dunia sampai kepala aku terhantuk-hantuk ke pintu kereta sikit pun aku tak sedar. Thanks to friends, diorang lapikkan kepala aku dengan cardigan Husni kot? Sebab taknak bagi kepala terhantuk kuat dah haha =') Berhenti solat kat masjid pun, aku still macam di awangan-awangan. Sedation. Kahkah
My suggestion: Jog Falls PATUT untuk dikunjungi sekali seumur hidup. Pergi buat syarat je la kan dah alang-alang duduk India kan. I don't think I wanna visit there again for second time hahaha
=)
No comments:
Post a Comment