Order Guidelines

Monday, December 3, 2012

Hai Saya Berdilemma Sarcolemma

Assalamualaikum.
Izinkan aku menggunakan kata ganti diri 'aku' dan 'gua'  dalam entri ni.

Aku sebenarnya ada krisis sekarang ni. Krisis ni berlanjutan sejak dari sebulan atau lebih yang lalu. Tau la, dok India ni kasut cepat rosak. Kasut pe tah tu yang aku baru beli seminggu before fly kat Mid Valley, harga cam leh tahan la kan. RM69 kot. Kalau gua, memang tak la kan nak beli kasut rege cam tu (kuikui). Gua takat RM40 pun nak sesak nafas dah. Letak kat kaki je pun kan. Hikhik. Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, namun tidak menghasilkan sebarang pelangi o.O''

Kasut tu dah nak hancur! Okay, satu, aku blame maybe kualiti material kasut tu tak good good sangat kot. Dua, aku blame cuaca India yang time baru fly sini dulu, tengah musim monsun. Hujan memanjang makanya kasut tersebut basah kering basah kering lalu trigger ia untuk macam nak mereput kahkah. Tiga, aku blame batu-batu kerikil (ceyyy) kat depan International Hostel ni. Korang bayangkan la, semua batu saiz nak besar-besar penumbuk ni ha. Jalan pun sakit kaki. Apatah lagi kasut yang ada direct contact dengan jalan tu. Memang merosakkan kasut. Well orang lain pun komplen kata kasut cepat rosak pasal jalan tu. Okay jalan tu adalah gua rasa faktor terbesar kasut cepat rosak. Nombor 2 tu abaikan lah. Tak baik en menyalahkan takdir. Hihi

So sejak lebih sebulan yang lalu aku survey kekasut ni kat online shopping sites antaranya Myntra, Jabong, Flipkart mahupun Snapdeal. Tapi kasut yang gua suke tu dalam Jabong la. Converse merah. Masalahnya harga dia Rs.1099 (rm64.65) which sebenarnya standard la kan, tapi sebab bajet kedekut sangat nak cari kot kot ada yang lagi murah, tak jadi beli kasut tu. So berminat jugak dengan kasut Converse kaler turquoise ni, murah je, Rs.800 something, which kalau convert duit Malaysia, around RM48 something camtu la. Tapi aku menggantungkan perasaan nak beli tu...... sampailah sekarang. Tengok-tengok kasut turqoise tu, DAH HABIS... Tahniah Iliana... Eh no, dah habis tu masa a few weeks before ni. Sebab masa tu nak beli beg Nike kat Myntra, so ingat leh order sekali kasut kat Jabong tu, tapi tu la takde rezeki kan. Last last tak beli..

Harini bukak Jabong, tengok-tengok kasut tu dah harga asal balik (sebelum ni ada diskaun), sama harga dengan Converse merah. Cait! Baik aku beli converse merah! Dah la converse merah memang dah lama menjadi idaman kelbuku... hikhik

Tapi, tu la krisisnya sekarang. Now hal duit dah jadi nombor dua (ceyy ingat kaya sangat la tu), and hal kaler tu jadi prioriti. Camne ah? Takut ah susah nak pakai kaler merah ni. Baju dah la tak menentu je kaler aku ni. Kang cam orang gila kang pegi kelas =.= Nak beli sangatttttt dah ni tapi tu je yang jadi penghalang. Makanya, gua pun pegi google "people with red converse sneakers" sebab nak kukuhkan keyakinan dan harapan gua untuk ada converse merah ni hihi. Dan lepas tu rajin lak en nak buat kolaj pasal nak letak kat blog ni. Hehe. Nasib la laptop ni ada apps untuk buat kolaj terus.. senang.. hihi


Hah lawa en. Dah cakap dah.. Dah la ramai orang fofuler pakai converse merah hihi. Well, citarasa orang-orang fofuler memang amat selari dengan ai~ miahahahaha

Oh ada kaki Kristen Stewart dalam kolaj tu. Hihi

Makanya, aku berpandangan ke hadapan untuk order kasut ni *muka serius mata pandang ke arah cahaya matahari*

Pastinya aku nampak lebih yakin dengan secalit warna merah di kaki (wakakakakakaka). Kalau gua dah dapat kasut ni, pasti gua kabarkan di blog ini hihihi

Tak sabarnyeeee. Babai kasut hancurku. Hi adik manis merah ku yang baru~

Masalahnya.....
 aku malas nak order lagi ni, tapi rasa nak je kasut tu ada sekarang, tapi.....



p/s: sarcolemma tu kalau nak tau gi google sendiri. Aku bukan buku physiology di sini.

No comments:

Post a Comment